ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Sunday, November 8, 2009

IMEJ PAS MEROSOT

Ini antara artikel yang dibaca dari Utusan Online sebentar tadi.

Imej Pas merosot

1. Pas semalam dikejutkan dengan pendedahan bahawa imej parti itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kini semakin negatif dengan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada, kata pensyarah dari Jabatan Pengajian Media UM, Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.

2. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang nekad tidak akan meletakkan jawatan walaupun menerima pelbagai kritikan yang mempersoalkan kepimpinannya.

3. Pas tetap terbuka dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak asalkan ia membawa kepada kemenangan Islam.

4. Abdul Hadi berkata, Pas akan mengukuhkan hubungannya dengan pakatan pembangkang yang dimuhasabah sepanjang masa.

5. Lidah rasmi Pas, Harakah ditegur kerana terlalu memberi ruang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Abdul Hadi.]

6. Wakil Pas Johor mahu perbalahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi dihentikan segera.

7. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Pada pendapat saya mengapa Fenomena ini melanda PAS ialah akibat dari kerjasama mereka dengan parti DAP. Namun bagi menutup kelemahan tersebut, seperti biasa mereka akan membuat turn over dengan menyalahkan UMNO. Bayangkan, secara terang-terangan DAP menyuruh melangkah mayat mereka dahulu untuk melaksanakan hukum ISLAM di Malaysia.

Saya setuju pada masa ini, UMNO/Kerajaan dewasa ini masih tidak melaksanakan hukum HUDUD, namun demikian tidak bermakna ianya memperkecilkan undang-undang islam. Perjuangan islam, agenda melayu diteruskan demi Bangsa, Agama Islam dan Negara.

Kalau kepimpinan mereka benar-benar mahu mendapat suara rakyat di dalam EGM yang kini disebut-sebut, antara USUL yang patut dibahaskan ialah meneruskan agenda HUKUM HUDUD seperti yang dilaungkan. Saya pasti, PAS akan mendapat sokongan kembali dari akar umbi.

Renungkanlah.....

Saturday, November 7, 2009

Kejujuran Rosmah dihargai

Sila baca artikel dibawah ini. Alhamdulillah, kalau berita-berita begini selalu kita dengari sudah pasti D.S. Najib tak pening kepala dan pastinya D.S. Najib berbangga. Malahan kami rakyat bawahan juga turut sama berbangga.

Salam 1MAlaysia,
------------------------------------------------------------------------------------------
Kejujuran Rosmah dihargai Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN pengarang@utusan.com.my


Rosmah Mansor bersama penerima cek sumbangan Putera Arab Saudi berjumlah RM7 juta untuk diagih-agihkan kepada NGO dan badan kebajikan di Sri Satria, Putrajaya, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


PUTRAJAYA 6 Nov. - Kejujuran tiada sempadan dan berkat kejujuran itu membawa rahmat.

Ogos lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekeluarga menyertai percutian atas jemputan rakan anaknya, seorang putera raja Kuwait di atas sebuah bot persiaran di selatan Perancis.

Undangan percutian itu diterima anak lelaki sulungnya, Riza Shahriz yang kemudian meminta ibu dan keluarganya menyertai sama.

Percutian berjalan lancar. Pada hari terakhir ketika Rosmah sibuk berkemas termasuk memeriksa pasport ahli keluarganya di bilik penginapannya, beliau terjumpa satu bekas kotak.

''Saya bawa keluar kotak itu, saya buka dan dapati satu barang yang amat-amat berharga kepunyaan Putera Saud al-Saud dari Arab Saudi dan saya terus memberikan barang itu kepada pengurus bot persiaran.

''Saya beritahu tolong pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya, saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa, pastikan ia dalam keadaan baik dan sampai kepada Putera Saud," katanya kepada pemberita di Sri Satria, di sini hari ini.

Seminggu kemudian, beliau mendapat berita bahawa putera diraja Arab Saudi itu sangat gembira kerana menemui semula barang yang amat berharga miliknya.

Melalui orang perantaraan, Putera Saud menyatakan hasratnya untuk memberikan hadiah kepada Rosmah.

Namun, bagi Rosmah, hadiah terbaik buatnya dan suami, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kesejahteraan rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang memerlukan pembelaan dan sumbangan.

''Dan Putera Saud al-Saud kemudian telah bersetuju menyumbang sebanyak AS$1 juta (RM3.5 juta) dan saya bisik lagi, boleh tak saya dapat lebih sikit sebab saya sedang uruskan pembiayaan Sekolah Permata Pintar yang mana kita sedang bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

''Oleh kerana bangunan itu dibiayai kerajaan tetapi pengisian untuk membeli perkakasan dan peralatan terkini dari segi teknologi maklumat, sains dan matematik, (menyebabkan) saya memerlukan sedikit perbelanjaan," katanya.

Dan berkat keikhlasannya itu jugalah yang membuatkan Putera Saud memenuhi hasrat Rosmah.

Beberapa ketika kemudian, Rosmah menerima satu lagi khabar gembira bahawa Putera Saud sudi menyumbangkan AS$1 juta (RM3.5 juta), kali ini kepada Sekolah Permata Pintar. Ia menjadikan keseluruhan sumbangan daripada Putera Saud berjumlah AS$2 juta (RM7 juta).

Isteri Perdana Menteri kemudian berjanji kepada Putera Saud untuk mengagih-agihkan sumbangan tersebut, yang telah diterimanya melalui dua keping cek atas nama beliau (Rosmah).

''Putera Saud mengirimkan surat tanda terima kasih dan surat seterusnya menyatakan sumbangan yang diberikan," katanya.

Bagi membuktikan ketelusannya, Rosmah telah merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perbendaharaan bagi mengelak kemungkinan terdapat pihak yang cuba memutarbelitkan fakta berhubung penerimaan wang itu.

Dan pagi ini, sebanyak 13 buah pertubuhan yang dinaungi Rosmah menerima 'tempias' hasil kejujurannya itu.

Pada majlis di Sri Satria di sini, Rosmah menyampaikan sumbangan masing-masing RM20,000 antaranya kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia, Persatuan Pandu Puteri, Yayasan Pembangunan Anak Yatim Miskin (Pemangkin) dan Festival Fesyen Islamik.

Turut menerima sumbangan adalah Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) dan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) khusus untuk membantu pesakit kronik.

''Bagi seluruh rakyat Malaysia, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Putera Saud.

''Saya mahu berikan segalanya (sumbangan Putera Saud) kepada rakyat, saya gembira membawa rezeki yang disifatkan sebagai agihan 1Malaysia," katanya.