ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Thursday, January 28, 2010

ZULKIFLI NORDIN KELUAR PKR????

Yang baik kita kena sokong walaupun kita berbeza ideologi politik.  Dalam bab ini, saya sebagai penulis blog memberikan sokongan kepada Saudara Zulkifli Noordin di atas ketegasaan beliau menentang di dalam isu penggunaan perkataan ALLAH oleh non-muslim.

Beliau begitu konsisten di dalam perjuangan ini.  Ada ura-ura beliau mahu keluar PKR dan sertai parti lain.  Kita lihat apa yang akan berlaku nanti.......

Silalah baca ulasan Utusan Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

tarmizi.rahim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain untuk meneruskan perjuangan politiknya.

"Saya akan tunggu dan lihat apa tindakan mereka dalam tempoh sebulan ini, insya-Allah baru saya akan melihat tindakan lanjut yang sewajarnya," katanya ringkas dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan beliau akan mempertimbangkan sama ada menyertai UMNO atau menjadi wakil rakyat Bebas sekiranya dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Semalam, Zulkifli menegaskan bahawa beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat daripada PKR berikutan ketegasannya memperjuangkan isu berkaitan Islam.

Sebelum itu, mesyuarat Biro Politik PKR telah memutuskan bahawa Zulkifli akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR ekoran tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas.

Sabtu lalu, Zulkifli membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Masjid India yang mendakwa Khalid terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.

Zulkifli dalam laporannya itu turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman' yang disiarkan laman portal Malaysiakini, kelmarin.

Dalam artikel tersebut, Khalid dipetik sebagai menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang pengunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Sunday, January 24, 2010

PROGRAM JALINAN MESRA

Pada ketika ini sedang berlangsung program Jalinan Mesra.  Insyallah, Y. Bhg. Dato' Fathil akan bersama dengan kita pada pukul 11.00 pagi nanti.

Kepada anda disekitar kawasan ini, dijemput untuk hadir untuk bersama-sama meramaikan majlis serta memeriahkan acara-acara menarik yang telah disusun.

ZULKIFLI BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KHALID SAMAD

Zulkifli buat laporan polis terhadap Khalid


23/01/2010 9:58pm

KUALA LUMPUR 23 Jan. — Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas dikusutkan lagi ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah” ketinggalan zaman.

"Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari ini. - Bernama

Saturday, January 23, 2010

PROGRAM JALINAN MESRA DUN BANGI

24 JANUARI 2010 ~ Satu Program Jalinan Mesra Dun Bangi akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Bangi, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.  Antara aktiviti menarik ialah :-

1.  Pertandingan Gubahan Bunga
2.  Mewarna
3.  Gerai Jualan Makanan & Pelbagai Barangan
4.  Pameran
5.  Pelancaran Alumni dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bangi.

Juga Pemeriksaaan Kesihatan dan Pembukaan Kaunter Pendaftaran SPR.

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

GOLF AMAL UNTUK TABUNG KEBAJIKAN RAKYAT

UMNO Bahagian Serdang bersama Kelab Sukan Komuniti Bangi akan mengadakan Kejohanan Golf Amal pada 7 Februari depan bagi mengutip dana Tabung Kebajikan UMNO Bahagian Serdang.

Kejohanan yang julung kali diadakan di Kelab Golf Danau Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi itu terbuka kepada semua untuk menyertainya dalam usaha menyumbang membantu golongan yang memerlukan di sekitar Parlimen Serdang.

Penasihat kejohanan, Datuk Mohd Fathil Daud berkata, aktiviti amal ini adalah selaras dengan hala tuju Gagasan 1Malaysia yang ingin melahirkan masyarakat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya komuniti setempat tidak mengira kaum dan agama.

“Sambil beriadah dengan sukan golf, kejohanan ini memberi peluang kepada golongan korporat dan swasta untuk menyumbang dan beramal dengan menjadi penaja utama atau membeli ruang iklan dalam buku cenderahati.

“Kejohanan amal ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain serta menjamin kesihatan,” katanya pada sidang media Kejohanan Golf Amal UMNO Bahagian Serdang bersama Kelab Sukan Komuniti Bangi di Kelab Golf Danau UKM, di sini.

Menurutnya, penubuhan Tabung Kebajikan UMNO Bahagian Serdang adalah perancangan jangka masa panjang dalam usaha membantu golongan yang menghadapi kesusahan dan kemiskinan tegar.

“Kita yakin usaha berterusan ini akan memberikan kebaikan kepada semua golongan dan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.



“Selain itu, Penaung Kejohanan Golf Amal ini juga adalah Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.




Mereka yang berminat boleh menghubungi Pejabat UMNO Bahagian Serdang menerusi talian 03-89255978 atau 012-2316112 (Borhan).


BUKAN SUSAH NAK AMBIL HATI RAKYAT


Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein mengikat tali kasut Ahmad Asyraf Mohd. Mokhid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring sambil diperhatikan oleh Ahmad Said pada penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar sempena Program Juara Rakyat peringkat Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Teknik, Kuala Terengganu, semalam.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Tadi baca Utusan Online, saya terjumpa gambar Menteri Dalam Negeri ini yang juga Pengerusi BN Terengganu yang sedang mengikat tali kasut salah seorang pelajar.  Mungkin ini satu permulaan yang baik atau mungkin sifat keperibadian beliau yang sememangnya begitu sayang kepada anak-anak.
 
Kita mahu lebih ramai gambar pemimpin yang begini.  Maaf kata, sebagai orang biasa kita akan cepat rasa tersentuh dengan gambar-gambar begini.  Nak lagi tips, mudah aja.  Pergi mana-mana surau pakai kain pelekat, pakai baju melayu.  Sembahyang tu jadi imam.  Kalau tak mampu ok lah, beri kepada yang lebih afdal.
 
Waktu makan tu, jangan pula pergi yang dekat meja V.I.P.  Makan di khemah belakang bersama dengan orang kampung.  Tak ada kerusi, duduk atas tunggul kayu.  Bersama-sama dengan orang kampung.  Waktu tu, kalau ada wartawan ambil gambar.  Percayalah cakap saya.  Meletup mengalahkan box office.  
 
Memanglah kita buat sesuatu tu bukan untuk menunjuk.  Tetapi kadang kala, apabila menjadi public figure atau tumpuan ramai.  Apabila kita beraksi demikian, ianya juga untuk mendidik pemimpin yang lain buat benda yang sama.  Bukankah itu satu kebaikan juga.
 
Itulah kepandaian Anwar Ibrahim.  Dia pandai menggunakan kesempatan.  Banyak gambar-gambarnya yang membuatkan hati orang boleh menjadi lembut.

 
Maka, ayuhlah pemimpin ku.  Jangan lagi mahukan kerusi empuk.  Jangan lagi mahukan layanan istemewa.  Naik motor kapcai dan round kampung.  Itu akan membuatkan hati orang akan lebih tersentuh.  MB Perak sudah pun berbuat begitu.  Itu tidak mencukupi.  Kita mahu semua PEMIMPIN UMNO DAN BN buat perkara yang sama.
 

MB Terengganu panjat atap.  Kami nak juga tengok pemimpin lain buat benda yang sama.  Bukan sahaja MB, PM, TPM, Menteri-menteri, Timbalan Menteri, sampailah kepemimpin cawangan.

Ayuh.. inilah kempen UMNO JUARA RAKYAT... Dekat lah dihati rakyat, sayanglah dihati rakyat...

PERGINYA TAK KEMBALI

Difahamkan Jenazah Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang akan disemayam di Dewan Besar, Istana Besar, di sini boleh diziarahi segenap lapisan rakyat Johor mulai pagi ini.


Menteri Besar Johor, yang mengumumkan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Johor, malam tadi, berkata, waktu yang dibenarkan kepada orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum adalah dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.

"Penghormatan terakhir oleh orang kenamaan pula adalah bermula dari pukul 11 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari,” katanya di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.

Abdul Ghani berkata, jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada pukul 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada pukul 2 petang.

Semoga Roh Almarhum Sultan mendapat kerahmatan dari ALLAH.  Marilah bersama-sama kita membacakan surah AL-FATIHAH untuk almarhum serta semua muslimin dan muslimat yang telah pergi dahulu menemui penciptanya.

Friday, January 22, 2010

BELAJAR MANDARIN SIRI 1

Hari ini nak ajar cakap mandarin. Belajar la sikit-sikit supaya kita tak dittipu nanti.


Malairen bermaksud orang melayu
Lao ban bermaksud taukeh
 xiaofan bermaksud penjaja

Selamat belajar. Tuntutlah ilmu sampai ke Negeri Cina.

Thursday, January 21, 2010

BELAJAR MANDARIN SIRI 1

Hari ini nak ajar cakap mandarin.  Belajar la sikit-sikit supaya kita tak dittipu nanti. 

Malairen bermaksud orang melayu
Lao ban bermaksud taukeh
xiaofan bermaksud penjaja

Selamat belajar.  Tuntutlah ilmu sampai ke Negeri Cina.

Wednesday, January 20, 2010

MB SELANGOR TAK NAK PEMBANGUNAN DI SERENDAH


Hairan sungguh dengan Menteri Besar Selangor kita nie. YBK nak bina UiTM di Serendah pun dihalang. Kasihan sungguh nasib orang melayu dewasa ini. Namun demikian, syukur juga YBK empunya pilihan. MB Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Melaka sudah offer untuk bangunkan UiTM dinegeri masing-masing. Terpulang kepada YBK untuk yang mana satu pilihan hati.


Berbalik kepada MB kita nie, dengar cerita dia nak jadi Pengerusi YBK dan nak tambah lagi untuk letak adun-adun dari Pakatan Rakyat sebagai syarat untuk YBK boleh membina UiTM di Serendah, Selangor. Yang hairannya, YBK nie nak buat satu Uiversiti untuk Bumiputra. Dan kalau UiTM ini wujud di Serendah, maka limpahan kemajuan akan berlaku di Serendah. Yang MB ni beriya-iya sangat tak beri kenapa? Nak sangat jadi Pengerusi YBK untuk apa? Untuk dipolitikkan badan bukan kerajaan ini?

Kepada YBK, tawaran sudah ada didepan mata. Buka cawangan UiTM di Melaka atau Negeri Sembilan. Banyak kemajuan yang boleh diperolehi oleh rakyat di Melaka ataupun Di NS. MB Selangor mungkin tak nak kemajuan di Serendah. Oleh yang demikian, YBK pilihlah dimana yang disukai.

Sebaiknya bina lah di Negeri Sembilan. Maju juga Negeri Sembilan setapak lagi. Seeloknya bina di Jelebu. Jelebu sebuah kawasan yang sangat strategik.

Sekiranya pembinaan kampus ini terlaksana, ianya akan menjadi satu lagi produk untuk kemajuan Negeri Sembilan amnya dan Jelebu Khasnya.

Jelebu adalah sebuah pekan kecil yang jauh ketinggalan dari arus perdana. Pekan Jelebu tidak setaraf Kuala Pilah, tidak setaraf Bahau, tidak juga setaraf dengan tampin mahu pun rembau yang mana ianya sudah jauh maju kehadapan. Walau bagaimana pun Dato' Seri Rais Yatim sedang dalam usaha bersungguh-sungguh untuk memajukan Jelebu. Jadi inilah peluang Dato Seri Rais Yatim untuk memajukan setapak lagi Jelebu.

Dengan aliran jalanraya yang besar telah dibina sebagi penghubung Seremban dan Jelebu, ianya satu kemudahan yang berbaloi dan selesa kepada penuntut-penuntut serta keluarga penuntut untuk berulang alik sepanjang tempoh pembelajaran nanti.

Malahan kedudukan Jelebu bersempadanan dengan negeri Pahang, sudah pasti UiTM Jelebu akan menjadi tarikan dari 3 negeri berdekatan iaitu Melaka, Pahang, Selangor/KL dan tentunya Negeri Sembilan. Manakala pengunjung dari Kuala Lumpur/Selangor boleh melalui jalanraya Genting Peras yang mana ianya berdekatan dengan Ampang, Selangor.

Manakala Highway Karak hanya terletak 50 KM sahaja dari Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

Pohon Fikir-Fikirkan.......
____________________________________________________________________

MB NS tawar YBK bina kampus UiTM di Negeri Sembilan









09/01/2010 6:58pm

SEREMBAN 9 Jan. – Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan kawasan di negeri itu untuk Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan hasrat membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjemput Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom untuk berbincang dengan kerajaan negeri dan memilih kawasan yang sesuai untuk pembinaan kampus itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini bahawa YBK menghadapi masalah untuk meneruskan projek pembangunan kampus UiTM di Serendah, Rawang, Selangor dan akan mencari tapak alternatif.

Ketika ditemui pemberita di sini, Mohamad berkata, UiTM kini sudah mempunyai kampus tetapnya di Kuala Pilah dan baru-baru ini telah diluluskan pembinaan dua lagi kampus universiti itu iaitu di Seremban 3 yang dikenali sebagai ‘City Campus’ dan di Chengkau, Rembau.

Beliau berkata, kedua-dua kampus itu akan dibina melalui dana swasta.

“Kalau hasrat YBK itu menjadi kenyataan maka kita merupakan negeri pertama yang mempunyai lebih daripada dua kampus UiTM.

“Memang menjadi agenda utama kita untuk melibat pembangunan modal insan dan kita hendak menjadikan negeri ini sebagai lembah pelajaran atau pun hab pelajaran,” katanya. - Bernama


Monday, January 18, 2010

GAGAHKAH PAS

Gagahkah Pas?


Kalau berhujah dan berceramah, Pas dilihat bukan main lagi mempertahankan Islam. Meninggikan martabat Melayu dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah dalam memerintah.

Pas bukan main lagi menuduh UMNO dengan menghamburkan fitnah dan perkataan caci nista.

Tetapi realitinya, adakah Pas benar-benar gagah seperti mana mereka bersuara?

Untuk teruskan bacaan, sila klik dan BACALAH DISINI

Sunday, January 17, 2010

NIK AZIZ AKUI ADA CAH KETING, HASSAN ALI NAFI

Berita semalam kita disajikan oleh pengakuan bahawa MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada wujudnya cantas mencantas dikalangan pemimpin pas.  Hari ini kita dengar pula Dr. Hassan Ali menafikan di dalam buletin Utama TV3. 

Yang jelasnya, kita sebagai pemerhati nampak apa perkara yang berlaku.  Kononnya cantas mencantas ini banyak berlaku didalam UMNO.  Sebenarnya ianya juga berlaku didalam parti-parti lain.  Malah bukanya sahaja didalam parti politik malahan berlaku didalam persatuan, kesatuan, pertubuhan dan macam-macam lagi.  Selagi kita ini bergelar manusia, selagi itulah syaitan akan terus-terusan menggoda.  Janganlah kita nak cakap besar.  Itulah janji syaitan ini.

Lagi besar taraf seseorang itu, lagi besarlah godaan syaitan ini.  Maka sekiranya ditakdirkan sesuatu itu berlaku, bukanlah disebabkan parti, bukanlah disebabkan persatuan, bukanlah disebabkan kesatuan, bukanlah disebabkan pertubuhan pertubuhan, sebaliknya berlaku disebabkan INDIVIDU ITU SENDIRI. 

Sebagi contoh, kalau kita bekerja dengan tentera.  Tup-tup timbul isu injin kapal terbang hilang.  Apakah kita ingin menyalahkan tentera.  TIDAK SESEKALI.  Yang perlu disalahkan ialah individu yang melakukan kerja terkutuk itu sendiri.  Tidak kira ianya berjawatan apa.  Besar atau kecil.

Saya ingin bertanya saudara/saudari yang membaca artikel saya ini sedang bekerja dimana?  Saya pasti saudara/saudari boleh bertindak tidak jujur dengan majikan.  Paling bangsat, ambil pen pejabat dan bawa balik untuk kegunaan sendiri.  Apakah pejabat yang perlu dipersalahkan.  Bukankah salah itu salah saudara/i sendiri.  Kenapa perlu kesalahan itu dipalitkan dengan orang lain.

Kita bertanggungjawab keatas apa yang kita lakukan.  Oleh yang demikian, bila berlaku didalam UMNO, bukan main lagi tuduh-menuduh, keji mengeji.  Apa yang berlaku ialah individu itu sendiri yang tidak tahan digoda, maka berlakulah cantas-mencantas (sekiranya ada). Tetapi UMNO dihentam, UMNO dihina akibat dari perbuatan kita.  Jangan demikian.  Sebaliknya hentamlah individu itu sendiri, hemtamlah pelakon yang bersandiwara itu sendiri.  Hemtamlah orang yang bersalah itu.  Janganlah menghentam UMNO.  UMNO tidak bersalah.

UMNO banyak berjasa kepada rakyat.  Janganlah dituduh UMNO itu jahat.  Saya yakin diluar sana, sekiranya seseorang individu itu bersalah, maka datangnya dari pimpinan UMNO.  Maka, kita semua setuju bahawa hukum individu itu sendiri.  Janganlah dihukum UMNO.

 

Layanlah berita yang ditulis oleh UTUSAN ini.

Nik Aziz akui 'cah keting'


Oleh RAHANA MOHD DAHARI

pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 16 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara terbuka mengakui wujud budaya 'cah keting' atau cantas mencantas dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu tidak menjelaskan secara mendalam sejauh mana seriusnya perkara itu sehingga menyebabkan beliau membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan 'cah keting' semalam.

''Kepincangan tidak hari ini sahaja, sejak anak nabi Adam lagi apabila Qabil bunuh adiknya sendiri, Habil dan sampai sekarang, manusia memuja nafsu dan memuja Allah.

''Susah hendak mencari manusia yang hanya memuja nafsu atau memuja Allah semata-mata selagi ada perjuangan dan pergelutan di antara nafsu baik dan nafsu jahat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan dan Zakat Kepada Pesakit Kusta anjuran Persatuan Kusta Kelantan di sini hari ini.

Semalam, selepas kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap 'cah keting'.

Bacaan doa tersebut menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana pada masa kini, Pas dan kerajaan negeri menghadapi krisis dalaman termasuk isu berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sementara itu Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam seharusnya berdoa bagi memohon perlindungan daripada pelbagai masalah dan kejahatan.

''Doa seperti kita makan nasi tetapi kita lama sangat hidup dalam tradisi, maka doa kita pun bermusim, lepas solat, masa kenduri kita berdoa.

''Ini tidak betul kerana ini budaya Melayu jahil, kita tidak mahu budaya Melayu, kita mahu budaya Islam yang berdoa pada bila-bila masa, makan, minum, tidur, bangun, masuk pejabat, pergi pasar dan doa tidak khusus lepas solat sahaja," ujarnya.

Mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menolak permohonannya untuk menuntut royalti minyak di kawasan bertindih Kelantan dan Terengganu, beliau berkata, kerajaan negeri tetap berhak membuat tuntutan.

''Itu hak Datuk Seri Mustapa namun dia tidak ada hak untuk menentukan rezeki orang lain. Petrol di Kelantan ini adalah hak Kelantan, ada undang-undang atau tidak, ia tetap hak kelantan," katanya

Tuesday, January 12, 2010

Ariff Fahmi Letak Jawatan, Nik Abduh Juga Nak Berundur

Nik Abduh mahu lepaskan semua jawatan

Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz dikhabarkan hari ini mengesahkan mahu melepaskan dua jawatannya dalam pentadbiran negeri yang dibuat secara lantikan politik.

Dua jawatan berkenaan ialah ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Pengarah Binaraya PKINK Sdn. Bhd. (Binaraya), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Bagi jawatan di Binaraya, Nik Mohd. Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, beliau akan berkhidmat sehingga kontraknya tamat pada tahun ini.

Menurut Nik Mohd. Abduh, keputusan itu bagi membolehkan beliau menumpukan kepada pelajaran dan perniagaan yang kini menyebabkan beliau terpaksa berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

"Jika ada tawaran baru, saya akan melepaskannya (menolak) kerana kebiasaannya lantikan ini disambung setiap tahun.

"Tahun ini saya sibuk dengan pelajaran selain mulakan perniagaan. Saya takut mengganggu, saya tidak dapat hadir semua mesyuarat MPKB-BRI dan Binaraya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ketidakhadirannya pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPKB-BRI di sini hari ini.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditanya pemberita tentang kedudukan Nik Mohd. Abduh memberitahu, anak Mursyidul Am Pas itu telah dilantik semula ke jawatan itu.

Bagaimanapun, menurut Takiyuddin, beliau tidak tahu mengapa Nik Mohd. Abduh tidak hadir pada majlis itu.

Pada majlis itu, 18 daripada 25 ahli majlis mengangkat sumpah penerimaan jawatan di hadapan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Pada 25 November lalu, ketika isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang membabitkan iparnya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman memuncak, Nik Mohd. Abduh dalam blognya menyatakan hasrat melepaskan semua jawatan lantikan politiknya dalam kerajaan negeri.

Alasan yang diberikannya ialah kerana ingin melanjutkan pelajaran.

Bagaimanapun, ramai pihak melihat pengunduran Nik Mohd. Abduh mempunyai kaitan dengan kemelut yang melanda keluarganya itu.

Sementara itu, Nik Abduh berkata, beliau telah memaklumkan hasratnya tidak menerima pelantikan sebagai ahli MPKB-BRI kepada parti secara lisan sebelum disusuli dengan surat rasmi.

"Pelantikan ini biasanya dimaklumkan secara lisan terlebih dahulu sebelum surat rasmi dikeluarkan.

"Saya telah memaklumkan secara lisan dan surat lewat dihantar kerana surat tawaran daripada MPKB-BRI juga lewat (dihantar)," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online 12/01/2010

Saturday, January 9, 2010

PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT - TERKINI

12.00 tengah hari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja selesai melancarkan perasmian Program Juara Rakyat yang tentunya mendapat maklum balas positif dari para pengunjung. Sebelum itu beliau telah meninjau kerosakan pangsapuri penduduk di kawasan Bukit Sentosa dan hasilnya beliau mengumumkan peruntukan RM15.6 juta untuk baik pulih bangunan terbabit.


Ucapan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mendekati hati rakyat.  Pemimpin di semua peringkat Kerajaan/Parlimen/Adun/Bahagian/Cawangan dan Sayap Parti perlu membuka mata dan berlari serta menari selari dengan saranan Perdana Menteri.
*****

Tapak expo Program Juara Rakyat penuh sesak dengan masyarakat berbilang kaum yang memenuhi kawasan seawal pukul 9.00 lagi. Dianggarkan seramai lebih 20,000 orang hadir membanjiri majlis sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.

09 JANUARI 2010

*****

9.15 malam – Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Sen. Mej. Jen. Datuk Jamil Khir Baharom baru sahaja selesai merasmikan Forum Perdana Ehwal Islam di Pentas Juara, tapak expo Juara Rakyat. Untuk mengisi ruang forum tersebut terdiri dari ahli panel Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ustaz Farid Ravi dengan mederatornya Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Turut sama memeriahkan acara ialah kumpulan Raihan yang akan menagadakan persembahan selepas berlangsungnya Forum Perdana tersebut.


*****

4.30 petang – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi keluarga daif di sekitar Bukit Sentosa. Turut bersama ialah Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Sementara itu, di tapak expo Juara Rakyat, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal melawat gerai dan beramah mesra dengan para pengunjung Juara Rakyat.

*****

3.15 petang – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke SRJK (C) Bukit Tagar. Sebelum itu Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut berada di kawasan tapak expo dan mengunjungi gerai-gerai.

*****

11.30 pagi – Gerai dan pameran mula dikunjungi orang ramai. Sedang berlangsung ialah syarahan 1Malaysia yang melibatkan acara saringan bertempat di Pentas Juara, tapak expo. Selain itu, ikon 1Malaysia, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan wanita Asia pertama mengembara ke Kutub bersedia beramah mesra dan berkongsi pengalaman beliau di gerai ikon 1Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan turut berada di kawasan tapak expo dan mengunjungi gerai-gerai yang ada bukan sahaja untuk meninjau suasana sekitar tetapi juga untuk merasai sendiri suasana dan kemeriahan yang ada.

08 JANUARI 2010



*******

HULU SELANGOR, 8 Jan. – Program Juara Rakyat yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dibuka meriah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Selain itu, lebih 100 buah gerai yang menjual pelbagai jenis barangan boleh dikunjungi.


AHLI PAS SERTAI UMNO DI KELANTAN

Klik Disini Untuk Sajian Asal
102 Ahli PAS Sertai Umno Di Kelantan


PASIR MAS: Tindakan 102 ahli PAS kawasan Kampung Binjal, Pohon Tar, di sini, menyertai UMNO disifatkan sebagai petanda baik kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata penyertaan ahli PAS itu turut menggambarkan rakyat negeri itu sudah bosan dengan pemerintahan PAS yang semakin bercelaru dengan pelbagai isu.

"Penyertaan ini akan dijadikan dorongan untuk melakukan gerakan secara menyeluruh bagi membolehkan UMNO kembali memerintah negeri itu," katanya kepada pemberita pada majlis bersama Tok Pa di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menerima 102 borang keahlian UMNO yang diserahkan oleh bekas setiausaha PAS cawangan kampung berkenaan, Tuan Roni Raja Sulaiman.

Sementara itu, Tuan Roni berkata kumpulan itu bertindak menyertai UMNO kerana mendakwa PAS gagal menunaikan janji dan menyisihkan kepentingan rakyat. BERNAMA

Friday, January 8, 2010

POGRAM UMNO JUARA RAKYAT


4.30 petang – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi keluarga daif di sekitar Bukit Sentosa. Turut bersama ialah Datuk Seri Shahrizat Jalil.


Sementara itu, di tapak expo Juara Rakyat, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal melawat gerai dan beramah mesra dengan para pengunjung Juara Rakyat.

********************

3.15 petang – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke SRJK (C) Bukit Tagar. Sebelum itu Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut berada di kawasan tapak expo dan mengunjungi gerai-gerai.

********************

11.30 pagi – Gerai dan pameran mula dikunjungi orang ramai. Sedang berlangsung ialah syarahan 1Malaysia yang melibatkan acara saringan bertempat di Pentas Juara, tapak expo. Selain itu, ikon 1Malaysia, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan wanita Asia pertama mengembara ke Kutub bersedia beramah mesra dan berkongsi pengalaman beliau di gerai ikon 1Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan turut berada di kawasan tapak expo dan mengunjungi gerai-gerai yang ada bukan sahaja untuk meninjau suasana sekitar tetapi juga untuk merasai sendiri suasana dan kemeriahan yang ada.

********************

HULU SELANGOR, 8 Jan. – Program Juara Rakyat yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dibuka meriah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Selain itu, lebih 100 buah gerai yang menjual pelbagai jenis barangan boleh dikunjungi.




MOHD NASIR BIN ABU SAMAH


Bergambar kenangan bersama Ybhg. Dato' Paduka Hj. Badruddin Bin Amiruldin.

MOHD NASIR BIN ABU SAMAH ADALAH KETUA UMNO PUTRA MAHKOTA. 

BELIAU JUGA ADALAH AJK UMNO BAHAGIAN SERDANG DAN MEMEGANG JAWATAN TIMBALAN BIRO KEBAJIKAN PERINGKAT SERDANG.

IR NIZAR KEMALANGAN BERSAMA CAMRY KESAYANGAN


KERETA Toyota Camry dipandu Nizar terbabit dalam kemalangan dekat Ipoh, semalam.



IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera selepas kereta Toyota Camry yang dipandunya terbabas dan terbalik dengan empat tayar ke atas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, berdekatan Coliseum Square di sini, semalam.

Kemalangan pada jam 9.20 pagi menyebabkan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu yang memandu sendirian kereta berplat BKC 8851, cedera di siku kanan dan menerima satu jahitan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.


Mohammad Nizar berkata, ketika kejadian beliau memandu dari rumahnya di Sungai Rokam menuju ke sebuah klinik gigi di pusat bandar raya.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian sebuah kereta lain dari Jalan Seruan masuk ke laluannya secara tiba-tiba menyebabkan beliau gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.



"Akibat pelanggaran itu, kereta saya terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas. Bagaimanapun, saya menyelamatkan diri dengan keluar sendiri daripada kenderaan yang remuk itu.


"Saya kemudian dibantu orang awam dan dibawa mendapatkan rawatan di HRPB," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan HRPB, di sini, semalam.

Mohammad Nizar berkata, beliau bersyukur kerana tidak cedera dan selamat dalam kemalangan yang berlaku dalam sekelip mata itu.

Katanya, beliau hanya cedera ringan pada siku kanan dan menerima satu jahitan kini ditempatkan ke Wad 8C hospital berkenaan akibat tekanan darah tinggi.

SETIAUSAHA AGUNG PKR LETAK JAWATAN




KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim keluar dari parti itu, semalam sekali gus menamatkan spekulasi sejak beberapa minggu lalu yang mengatakan beliau tidak gembira dengan keadaan dalaman parti.


Salehuddin berkata, beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Dr Syed Husin Ali.

Salehuddin yang juga seorang peguam, berkata beliau meninggalkan politik seratus peratus dan mahu memberi tumpuan terhadap kerja perundingan korporat di dalam dan luar negara.

"Saya sudah cukup dengan semua ini. Sudah tiba masanya untuk saya beranjak dan saya akan mengembara serta fokus kepada perkhidmatan perundingan.

"Saya sudah berusia 58 tahun... dan saya tidak fikir ada banyak lagi masa produktif yang tinggal, jadi lebih baik saya menggunakan sepenuhnya masa itu sekarang," katanya.

Peletakan jawatan Salehuddin itu adalah satu tamparan hebat kepada PKR yang dilanda masalah dalaman, selain Anwar mungkin melalui satu lagi perbicaraan mahkamah yang panjang atas dakwaan kes liwat.

Salehuddin bagaimanapun, tidak mahu mengulas panjang sama ada isu peletakan jawatannya itu disebabkan oleh masalah dalaman PKR.

"Kehampaan, dengki dan kecewa... semuanya saya fikir adalah sebahagian daripada kehidupan kita dan juga kehidupan politik. Saya fikir sudah cukup kerana selama ini saya memberikan tempoh perkhidmatan cukup baik kepada parti – empat tahun sebagai setiausaha penganjur dan dua tahun sebagai setiausaha agung parti," katanya.

Sumber parti sudah lama mendedahkan pergeseran beliau dengan segelintir pemimpin parti menyebabkan keadaan tidak selesa.

Antaranya perbezaan pendapat beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang setia kepada Anwar, dalam isu mengambil alih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) oleh kerajaan Selangor.

Bulan lalu, Salehuddin dilaporkan begitu marah dan mengirim e-mel kepada pegawai parti yang beliau gambarkan sebagai 'penjahat' dan terbabit dalam 'taktik kotor' berhubung isu pengambilalihan hutang sebuah syarikat swasta oleh agensi kerajaan Selangor berjumlah RM391 juta.




Tham Weng Fatt Letak Jawatan Dalam DAP

Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang keluar parti


PULAU PINANG 7 Jan. - Setelah menjadi ahli DAP lebih 22 tahun, Ketua Pasukan Bertindak parti itu di negeri ini, Tham Weng Fatt, 54, umum keluar parti dan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuat keputusan itu kerana tidak sehaluan lagi dengan perjuangan DAP yang sejak akhir-akhir ini tidak lagi memperjuangkan kepentingan rakyat.

Malah, Weng Fatt yang merupakan antara pemimpin DAP yang sangat dikenali di negeri ini berkata, keputusan tersebut juga dibuat kerana DAP juga gagal menunaikan janji yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

''Saya tidak pernah kecewa kerana tidak diberikan pangkat dan kedudukan tinggi dalam parti, namun saya kecewa setelah melihat kepimpinan DAP negeri ini yang terus meminggirkan kepentingan rakyat sejak memimpin negeri ini.

''Ingin ditegaskan di sini bahawa keputusan dibuat itu adalah muktamad dan dibuat secara sukarela setelah memikirkannya selama dua bulan dan ia juga bukan dibuat di bawah tekanan mana-mana pihak," katanya disini hari ini.

Weng Fatt membuat pengumuman itu selepas dilihat pihak media semasa mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tambahnya, surat perletakan jawatannya dalam parti akan diserahkan kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menafikan berlakunya sebarang perselisihan faham di antaranya dan pemimpin DAP lain di negeri ini dan menegaskan ia dibuat kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan beberapa dasar parti.

''Saya mahu meneruskan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tetapi bukan dengan sebuah sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip yang sama dan telah dilihat lari dari perjuangannya," tegas beliau.

Dalam pada itu, Cheng Guan yang turut ditemui pemberita memberitahu akan menimbangkan untuk memberikan kedudukan tinggi dalam parti kepada Weng Fatt, selaras jasa dan pengalamannya dalam bidang politik yang lebih dua dekad.

''Keputusan Weng Fatt menyertai kami dianggap sangat tepat dan signifikan dalam usaha mengukuhkan lagi PCM memandangkan beliau merupakan pemimpin yang sangat prihatin kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Kon Yeow menegaskan beliau tidak tahu mengenai berita tersebut dan hanya mengetahuinya selepas pihak media mengajukan soalan mengenai perkara itu kepadanya.

Beliau bagaimanapun, akan merujuk dulu perkara tersebut terlebih dahulu sebelum memberi sebarang komen lanjut bagi mengelakkan sebarang salah faham namun mengucapkan selamat maju jaya kepada Weng Fatt jika pekara itu benar.

Wednesday, January 6, 2010

DATUK DR JAMES DAWOS MAMIT TIMB. MENTERI PELANCONGAN YANG BARU




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Mambong, Sarawak, Datuk Dr James Dawos Mamit dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan yang baru menggantikan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib yang meletak jawatan itu pada 14 Disember lalu.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, telah berkenan di atas pelantikan itu yang dibuat selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.

"Pelantikan itu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan diadakan pada Rabu, 13 Januari jam 3 petang di Istana Terenggganu, Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.

Sulaiman, anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 41, meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan atas alasan peribadi selepas ibunya, Puan Sri Laila Taib, meninggal dunia kira-kira enam bulan sebelum itu.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri April lalu, Sulaiman dikekalkan di jawatan itu dalam barisan Kabinet baru. - Bernama


ADUN JAWI (DAP) ANCAM LETAK JAWATAN - MALAYSIAKINI


ADUN Jawi, Tan Beng Huat, mengancam untuk keluar dari DAP dan menjadi wakil rakyat bebas sekiranya kerajaan negeri masih berkeras untuk mengenakan bayaran letak kereta di Nibong Tebal.


Tan berkata beliau kecewa dengan keputusan tersebut dan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya menimbangkannya semula.

"Jika mereka enggan (menarik balik sistem letak kereta berbayar), saya akan (letak jawatan dan jadi calon bebas)," katanya kepada pemberita di pusat perkhidmatannya hari ini.

Sebelum itu, kira-kira 50 wakil penduduk dan ahli NGO berhimpun secara aman untuk membantah keputusan mengenakan bayaran letak kereta, berkuatkuasa 1 Januari.

Sebelum ini, tiada bayaran letak kereta yang dikenakan.

TEONG AI LING MINUM RACUN


Bekas ahli majlis minum racun, ADUN ancam keluar parti


Jan 6, 10 6:54pm rujukan http://www.malaysiakini.com/news/121309

Seorang ahli majlis perbandaran dari DAP yang tidak dilantik semula, telah dimasuk ke hospital selepas ditemui meminum racun paraquat, manakala seorang ADUN DAP pula mengancam keluar parti.

Teong Ai Ling, 33, yang merupakan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas dia ditemui di rumah seorang saudara maranya.

Difahamkan bahawa keadaannnya adalah stabil, tetapi anggota keluargnya tidak membenarkan sebarang pemimpin DAP menziarahinya.

Awal hari ini, perkhidmatan Teong sebagai ahli majlis tersebut tidak diperbaharui oleh kerajaan negeri yang ditunjangi DAP kerana didakwa tidak cekap.

Difahamkan dia kecewa berhubung satu laporan akhbar yang memetik sumber-sumber yang mengkritik perkhidmatannya.


Teong - ketua bahagian Nibong Tebal - merupakan satu-satunya ketua bahagian wanita DAP di Pulau Pinang.







Tuesday, January 5, 2010

DEMONTRASI ANAK-ANAK MUDA ISLAM SELANGOR




TAKBIRRR.......ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...

Kalau posting saya terdahulu Pemuda UMNO Selangor menunda perhimpunan Demonstrasi secara besaran, maka Anak-Anak Muda Islam Selangor (AMIS) pula yang akan melakukan bantahan secara terang-terangan pada 8 Januari 2010, Selepas Solat Jumaat di Pintu Utama Masjid Shah Alam seperti maklumat dari notis di atas.

Kepada Saudara/saudarai semua dijemput hadir. Berita lanjut, sila layari :-
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Monday, January 4, 2010

ISU KALIMAH ALLAH - PEMUDA UMNO SELANGOR TANGGUH PERHIMPUNAN


Pergerakan Pemuda Umno Selangor menangguhkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald yang dirancang diadakan di masjid seluruh Selangor Jumaat ini.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata keputusan itu sebagai menghormati saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua umat Islam bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

"Kami menghormati saranan Perdana Menteri yang tidak mahu isu itu penggunaan kalimah Allah) diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi ataupun perhimpunan," katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam, yang turut hadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda Umno Selangor., lapor Bernama.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Esok, kementerian itu akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

RUANG BICARA FAISAL - GAP

Salam To All,

Selain dari blog GAP, banyak lagi blog-blog yang menterjemahkan banyak isu-isu yang panas-panas dan terkini.  Sila layari http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/


Sepanjang saya mengikuti blog-blog ini, saya dapat berita yang panas dan terkini.

GERAKAN ANTI PKR - GAP

Salam To All,

Sekiranya tuan/puan ingin mendapat berita hangat mengenai isu semasa Politik Tanah Air, sila layari http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Sunday, January 3, 2010

KHALID DIDESAK KELUAR PAS


Khalid didesak keluar Pas Oleh Zanariah Abd Mutalib

Kenyataan sokong keputusan benar gereja guna nama Allah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didesak supaya keluar daripada Pas dan menyertai parti lain, termasuk DAP berhubung kenyataannya yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan kenyataan Khalid dan beberapa tindakan beliau sebelum ini terutama selepas menjadi Ahli Parlimen sudah merosakkan imej Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam, juga mencadangkan supaya beliau dipecat daripada Pas.

"Tindak tanduk dan sikap Khalid ini tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa Pas.

Malah respons diterima jelas menunjukkan ada orang Melayu beragama Islam mula mempertikaikan perjuangan ikhlas Pas dalam memartabatkan Islam kerana wujudnya karektor seperti Khalid.

"Saya sendiri dihujani pelbagai kritikan kerana dilihat bersekongkol dengan Khalid kerana beliau duduk di dalam barisan YB Pakatan Rakyat," kata beliau dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, semalam.

Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam melalui blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah pada Khamis lalu.

Khalid dalam blognya berkata, Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, ter-masuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam.

Katanya, Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, sama ada golongan Musyrikin, Yahudi mahu pun Nasrani menggunakan perkataan Allah apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam.

Zulkifli daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata nama Allah bukan milik sesiapa pun melainkan milik mutlak Allah dan melalui surah al-Ikhlas, jelas membuktikan Allah Tuhan yang satu, berbeza dengan agama Kristian termasuk di negara ini yang menggunakan nama Allah dengan menyifatkannya sebagai Tuhan triniti iaitu tiga dalam satu termasuk Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruh Qudus.

Zulkifli berkata, beliau hairan bagaimana orang terpelajar seperti Khalid boleh menyokong keputusan mahkamah itu.

"Apakah beliau reda selepas ini kalau segala gurdwara, gereja dan rumah ibadat lain bukan Islam mempamerkan perkataan Allah, Kristian mencatat perkataan Allah di salib mereka dan golongan Punjabi mengukir nama Allah di atas gurdwara mereka? Kalau itu berlaku saya akan persalahkan Khalid," katanya.

My Komen :- Bukan Hanya Saudara Zulkifli sahaja yang membantah, nampaknya semua orang melayu dan islam yang akan membantah isu ini.  ALLAH adalah milik orang islam.  Kita berdoa semoga ALLAH akan membantu kita terhadap rayuan yang akan dilakukan nanti kerana kita melihat semacam ada satu usaha cuba untuk mencabar dan nenimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.


Semua ini akan mengelirukan.  Kita harus bangkit menentang.  Sekurang-kurangnya berdoa kepada ALLAH agar kemenangan berpihak kepada kita.  Kita harus tahu bahawa ini bukan isu politik, tetapi ini isu kesucian ugama ISLAM.