ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Sunday, April 28, 2013

IBU DOA ANAK KALAH (CALON PKR)

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Samada betul atau tidak wallahuaklam...tapi inilah yang saya baca dari Star Online...ada sesiapa yang boleh sahkan tak?

 

BERITA

Ibu Menangis, Berdoa Anak Kalah Kerana Jadi Calon PKR
Sunah Omar (kanan) menangis kerana kecewa dengan anaknya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding menjadi calon PKR, DUN Chini.
PEKAN: Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.

Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.

"Mula-mula saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR.
Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya menggigil menahan kemarahan apabila mengetahui anak saya diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.

"Saya cukup kecewa dengan tindakan anak saya itu kerana penyandang kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun bersama ahli Umno banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah yang menyertai Umno sejak berusia 21 tahun dan kini anggota Pergerakan Wanita Umno, Felda Chini Timur 3 berkata anaknya itu yang tinggal di Kuantan bersama suaminya tidak pulang ke rumah di sini sejak empat bulan lepas.

"Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.

"Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan Umno telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah berkata suaminya, Ab Kadir yang kini sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lepas hanya mampu menangis memikirkan tindakan anaknya itu.

"Saya bersama suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan saya sanggup turun padang membantu jentera Umno mempertahankan kerusi DUN Chini," katanya. -BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F4%2F28%2Fmstar_berita%2F20130428185342&sec=mstar_berita

goyang permatang pauh

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

DR MAZLAN TERUS MENGGEGAR PERMATANG PAUH. KITA TANAM KEYAKINAN BELIAU AKAN TERUS BERUSAHA UNTUK MERAMPAS PERMATANG PAUH..TERKINI KITA DENGAR RAMAI AHLI PKR TELAH BERPATAH KEMBALI MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN.

PERGERAKAN CALON DUN BANGI 28/04/2013

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Jadual Calon BN N26 Bangi Dato' Mohd Zaidi
 
28.4.2014 (Ahad)

9pg : Kedai2 di Tmn Bangi Perdana-Walkabout.
10.30pg : Padang Tmn Bangi Perdana Sek.3 Pertandingan Takraw 
11pg : Padang Awam Sek.2, Mini Sukaneka Tabika
 
12pg : Lot.6074, Jln Besar, Kg.Sg.Ramal Dlm -Jemputan Kenduri
 
1ptg :Masjid Kg.Sg.Ramal Dalam, Solat Zohor
 
2ptg : Ziarah rumah2 LOL di Kg.Ramal Dalam
 
4ptg : Surau Bkt Mewah, solat Zohor
 
5ptg : Tmn Bkt Mewah, Pasar Malam-walkabout
 
7mlm : Surau Al-Muhajirin Kajang Utama, solat Maghrib
 
8mlm : Pasar Malam, Kajang Utama & Perjumpaan dgn Penjaja
 
8.30mlm : Surau At-Taqwa, Tmn Kajang Utama Fasa 8A
 
9mlm : Restoran Impian Indah, Bangi Permai-Jamuan Makan 1Malaysia
Bilik Gerakan MIC Tmn Bangi Permai, Bersama Komuniti India.

Jom sama-sama Calon BN Bangi. Semua dijemput mengiringi Calon ke setiap tempat. Tertakluk kepada perubahan jadual.

Saturday, April 27, 2013

Debat dibatal, hadir tetap hadir

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

DEBAT MANIFESTO BN ANTARA CALON BN DAN CALON PAS TELAH DIBATALKAN OLEH PENGANJUR (UKM).

Walaubagaimanapun Calon BN Bangi akan berada di perkarangan ukm untuk menunjukkan kesungguhan terhadap komitmen menegakkan akujanji BN terhadap rakyat.

Inilah wajah sebenar keberanian bakal wakil rakyat Bangi. 



Beliau akan solat Maghrib di Masjid UKM...

Jom UNDI Dato' Zaidi.

PERGERAKAN DATO ZAIDI 27/04/2013

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Dato' Mohd Zaidi 27.4.2013 (Sabtu)****
Jadual Calon N26 Bangi DMZ
1. 9pg Walkabout di Kedai-Kedai Sek.8 & Sek.9
2. 10pg Program Demo Jahit di Bilik Gerakan Sek.5BBB
3. 11pg Padang Awam, Tmn Impian Putra Bangi-Program Mini Sukaneka Kemas

4. 1.30ptg Solat Zohor
5. 4ptg Rumah Pn.Sharifah-Seksyen 4 BBB - Kenduri
6. 5ptg Pej. UMNO bhg serdang - Perjumpaan dengan Puteri
7. 7mlm Masjid UKM - Solat Maghrib
8. 8.00mlm Debat Calon N26 Bangi antara Calon PAS vs BN
9. 8:30mlm Surau Saidina Umar al-khatab - Solat Isyak
10. 9mlm Bandar Sri Putra-P/putra Mawar/Dahlia
11. 10mlm desa surada - Ceramah Khas
12. 12mlm UPTOWN Jln Reko - Walkabout
[Sebarang perubahan akan di maklumkan kelak]

Friday, April 26, 2013

PERGERAKAN DATO' ZAIDI

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

26 APRIL (JUMAAT) JADUAL PERGERAKAN CALON BN N26 BANGI, DATO' MOHD ZAIDI.

7-10pagi: Bacaan Yasin & Solat Hajat di SK Jln 4 BBB
10.30pagi: Walkabout di kedai-kedai sekitar seksyen 4 Tambahan.
12.30ptg: Solat Jumaat di Surau SMK Maahad Muhammadiah, Sg. Ramal

2.00ptg: Singgah Rumah Mangsa Banjir & LoL di Kg. Sg. Ramal Dalam.
4.00ptg: Solat Asar di Surau Al-Syakirin, Bdr Bkt Mahkota.
5.00ptg: Ziarah rumah-rumah LOL di Sek.4 Bdr Bkt Mahkota.
7.00mlm: Solat Maghrib di Surau At-Taqwa, Jalan 6, BBB
8.30mlm: Solat Isyak di Surau Taman Jasmin
10.30mlm: Dialog Rakyat di Bilik Gerakan Tmn Bkt Kjg Baru - Fasa 6, Tmn Bkt Mewah.
11.00mlm: Ceramah di Taman Ramal Indah.

Mari sama-sama kita memeriahkannya.. Insya-Allah..
Vote for Dato' Zaidi

[Admin]

pandangan hudud pas oleh dr mohd asri

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

kalau pas menang semua kerusi pun dalam pilihanraya kali ini, pas tidak boleh laksana hukum hudud pas kerana mereka akhirnya berbalah sesama sendiri..

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
BEKAS MUFTI PERLIS

Thursday, April 25, 2013

EMPAT KETUA CABANG PKR LETAK JAWATAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

alhamdulillah...empat ketua cabang pkr disabah letak jawatan sertai umno

PRU-13: Lagi pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti

KOTA KINABALU 25 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini, apabila empat ketua cabang dan seorang timbalan ketua cabang PKR keluar parti untuk menyertai UMNO.

Mereka ialah ketua cabang PKR Sandakan, Mazhry Nasir, ketua cabang PKR Kota Belud, Saidil Simoi, ketua cabang PKR Kalabakan, Irianshah Yunus, pemangku ketua cabang PKR Putatan, Abdul Zainal Atin dan timbalan ketua cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.

Mereka mengumumkan keputusan mereka pada sidang media yang dihadiri oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Yahya Hussin, yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan di Bangunan UMNO di sini, hari ini.

Sambil mengalu-alukan keputusan menyertai UMNO, Yahya berkata pendirian mereka adalah bijak selepas menyedari hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat.

Beliau berkata keputusan itu menunjukkan ketua cabang PKR berkenaan sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti pembangkang itu di Sabah.

Dalam pada itu, Mazhry berkata keputusan keluar parti itu dan menyertai UMNO dibuat tanpa didesak atau didorong oleh mana-mana pihak.

Saidil, yang juga pengarah Buku Jingga PKR Sabah, berkata beliau membuat keputusan itu selepas menyedari perjuangannya selama ini bersama parti pembangkang itu adalah kosong dan sia-sia sahaja. - BERNAMA

Adakah satu jaminan?

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

soalan sinar :- adakah satu jaminan pr mampu mentadbir lebih baik berbanding BN jika diberikan mandat?

jawapan lim kit siang :- memang betul tidak ada satu jaminan kalau berlaku pertukaran kerajaan, masalah sediada boleh berubah. sebagai contoh korupsi, saya akui tidak ada basis jika pr takbir korupsi boleh ditangani seperti kita laungkan. bagaimanapun, sekurangnya kami pakatan DAP, pas dan pkr mempunyai kesedaran politik untuk membenteras korupsi yang berlaku malah saya saya percaya rakyat malaysia juga mahu sebegitu rupa. kami akan kotakan apa dikata dan dijanjikan. lebih penting disini, jika rakyat memilih pr untuk usaha ini.

rujuk akhbar sinar 25/4/2013

Tuesday, April 23, 2013

MCA? MIC? UMNO?

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Tak kira lah MCA atau MIC atau UMNO Atau mana-mana parti Komponen pun...kita semua adalah dari Barisan Nasional. Matlamat kita adalah menangkan calon dari BN.

Gambar ini adalah gambar sebahagian petugas dari Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota, DUN BANGI.