ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, January 4, 2014

UMNO Serdang minta Andrew diusir

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

UMNO Serdang minta Andrew diusir

SERDANG 3 Jan. - UMNO Bahagian Serdang meminta Paderi Lawrence Andrew diusir dari Selangor kerana sengaja mencabar dan mempertikaikan kedudukan Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila mahu gereja Katolik di negeri itu terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang, Mejar (B) Abdul Rahim Mohd. Amin berkata, kenyataan Andrew jelas mengingkari titah Sultan Selangor agar semua pihak akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

“Sebagai rakyat, (Andrew) seharusnya akur terhadap titah Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam di negeri itu. Titah tentang larangan tersebut bertujuan menjamin serta memastikan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Perlembagaan turut menegaskan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, manakala kalimah Allah merupakan hak umat Islam sebagaimana ditetapkan dalam enakmen Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Andrew dalam laporan sebuah portal berita propembangkang baru-baru ini menyatakan gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Melayu.

Tambah Abdul Rahim, Andrew perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana menghina mahkamah yang tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

“Justeru, kita menggesa Peguam Negara supaya melaksanakan prosiding menghina mahkamah kerana kenyataan Andrew jelas melanggar perintah berkenaan," katanya,

Menurut beliau, pihaknya turut meminta supaya Andrew menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada umat Islam.

“Jika tidak berbuat demikian, kami akan mengadakan perhimpunan di hadapan rumahnya dan akan menunggu sehingga dia berbuat demikian," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140104/dn_15/UMNO-Serdang-minta-Andrew-diusir#ixzz2pOWYKyD0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, January 2, 2014

Adakah PRU 14 akan menyaksikan Persempadanan semula Bahagian Pilihan raya

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sumber dari Laman WEB SPR.  http://www.spr.gov.my/indexPersempadanan.html


PERSEMPADANAN

1.Q:Berapa lamakah tempoh sesuatu urusan persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya dijalankan?
 A:Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.
2.Q:Siapakah yang dibenarkan untuk membuat representasi dalam urusan persempadanan bahagian pilihan raya?
 A:Mengikut Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, pihak yang layak membuat representasi (bantahan/cadangan balas) semasa urusan persempadanan ialah :
i-Kerajaan Negeri
ii-Pihak Berkuasa Tempatan
iii-Pemilih berdaftar di dalam kawasan yang terlibat
3.Q:Dalam keadaan mana siasatan tempatan perlu diadakan bagi bantahan urusan persempadanan?
 A:Mengikut Seksyen 7, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan siasatan tempatan perlu diadakan apabila bantahan diterima daripada:
i-Kerajaan Negeri
ii-Pihak Berkuasa Tempatan
iii-Tidak kurang daripada 100 orang pemilih berdaftar dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan
4.Q:Apakah kriteria yang digunakan semasa urusan persempadanan diadakan?
 A:Kriteria yang ditetapkan ialah mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual Ke13 Perlembagaan Persekutuan, iaitu:
i-Jumlah pemilih hendaklah lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi masalah perhubungan.
ii-Sempadan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya tidak melangkau sempadan negeri.
iii-Terdapat kemudahan pentadbiran
iv-Pertimbangan khas untuk mengekalkan hubungan tempatan
5.Q:Apakah yang membentuk sesuatu Bahagian Pilihan Raya?
 A:Sesuatu Bahagian Pilihan Raya diwujudkan hasil daripada gabungan beberapa Daerah Mengundi selepas mengambil kira kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah Seksyen 4, Bhg.2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan. Setiap Daerah Mengundi pula mengandungi beberapa lokaliti yang menunjukkan nama dan alamat pemilih yang berdaftar di kawasan itu.
6.Q:Apakah yang dimaksudkan Daerah Mengundi?
 A:Daerah Mengundi ialah satu kawasan yang mana sempadanya ditetapkan oleh SPR dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya dan di dalamnya mengandungi beberapa lokaliti yang menunjukkan nama dan alamat pemilih yang berdaftar di kawasan itu.
7.Q:Apakah yang dimaksudkan dengan lokaliti?
 A:Lokaliti ialah unit yang paling kecil yang terdapat di dalam Daerah Mengundi dan ia mempunyai sejumlah pemilih dan alamat masing-masing.
8.Q:Berapakah jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri dan Parlimen seluruh Malaysia yang berkuatkuasa sekarang?
 A:Jumlah Bahagian Parlimen ialah 222 dan Bahagian Pilihan Raya Negeri ialah 576.
9.Q:Apakah pilihan lain yang membolehkan urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya dilakukan di Malaysia?
 A:Selain daripada lat tempoh 8 tahun, urusan persempadanan boleh juga dilakukan jika wujud keadaan berikut:
i-Apabila berlakunya tambahan kerusi dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut sepertimana yang diluluskan di Parlimen mengikut Perkara 113(2A)
ii-Apabila berlakunya perubahan sempadan sesebuah negeri, misalnya pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
10.Q:Bilakah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang baru boleh digunakan dalam Pilihan Raya ?
 A:Mengikut Seksyen 12 Bahagian 2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan, Bahagian-Bahagian Pilihan Raya baru hanya sah untuk dipertandingkan selepas pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
11.Q:Mestikah dalam sesuatu urusan persempadanan jumlah Bahagian Pilihan Raya perlu ditambah?
 A:Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan SPR membuat penambahan jumlah Bahagian Pilihan Raya apabila urusan persempadanan dilaksanakan.
12.Q:Adakah benar dakwaan bahawa urusan persempadanan yang dijalankan oleh SPR hanya menguntungkan parti Kerajaan?
 A:Tidak benar. Urusan persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dijalankan oleh SPR bukan bertujuan untuk menguntungkan mana-mana pihak, baik parti pemerintah ataupun parti-parti pembangkang. Urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya dijalankan adalah mengikut undang-undang dan prinsip-prinsip yang yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Sebelum sesuatu cadangan persempadanan diluluskan, ianya melalui pelbagai proses undang-undang seperti pameran, bantahan dan cadangan balas, Siasatan Tempatan dan seterusnya pembentangan untuk dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen.

Hakcipta Terpelihara 2013 © Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Paparan terbaik : Firefox & Chrome

Wednesday, January 1, 2014

Nurul Jannah Saad

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.

Rakan-rakan semua, ayuh kita bantu untuk mencari Nurul Jannah Saad yang sedang dicari keluarga ini.  Kepada Nurul Jannah Saad, ketahuilah semua keluarga sayangkan anda...sekiranya ada perselisihan itu adalah asam garam dalam kehidupan..apa yang penting bagaimana untuk kita menghadapinya.

Bapa rayu bantu kesan anak hilang sejak Nov.


 
SHAH ALAM 31 Dis. - Seorang bapa, Saad Man, 51, merayu orang ramai membantu mengesan anak gadisnya, Nurul Jannah Saad, 19, yang hilang dari rumah sejak 29 November lalu.

Saad yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengendali pelabuhan di Klang menyedari kehilangan anaknya itu setelah pulang dari masjid yang terletak berdekatan rumahnya di Pangsapuri Seri Bayu, Taman Bayu Perdana kira-kira pukul 2.30 petang pada tarikh tersebut.

"Ketika pulang ke rumah, saya dapati anak saya tiada. Apabila melihat ke dalam biliknya, saya dapati pakaiannya tiada selain menemui sekeping nota meminta saya supaya jangan mencarinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saad mengakui berlaku sedikit perselisihan faham antara dia dan anak keenam daripada lapan beradik tersebut, namun tidak menyangka Nurul Jannah sanggup bertindak sedemikian.

"Keadaan ini amat merisaukan saya apatah lagi memikirkan tentang keselamatannya," jelasnya dan menyatakan telah membuat laporan di Balai Polis Pandamaran pada 29 November lalu.

Saad berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nurul Jannah dapat menghubungi telefon bimbitnya 012-2694879 atau mana-mana balai polis terdekat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140101/dn_17/Bapa-rayu-bantu-kesan-anak-hilang-sejak-Nov#ixzz2p7PegHeB
© Utusan Melayu (M) Bhd

MALAYSIA MASIH AMAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjaga keamanan.  Tahniah dan syabas kerana berjaya menghalang dari berlakuknya kekocohan.  Alhamdulilah, Malaysia masih aman. 

Guling: Perusuh hilang punca, lesu apabila penonton pulang awal


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Keputusan penganjur membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur di Dataran Merdeka telah membuatkan para perusuh dan peserta demontrasi haram yang dikaitkan dengan perhimpunan guling kerajaan, hilang punca dan lesu.
 
Mereka yang merancang ingin berdemonstrasi di hadapan orang awam dan tetamu kenamaan yang menghadiri sambutan, menjadi hilang arah apabila dataran tersebut beransur lengang.
 
Orang awam yang hadir untuk menyaksikan persembahan hiburan dan pertunjukan bunga api, memilih pulang awal sebagai langkah keselamatan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131231/dn_53/Guling-Perusuh-hilang-punca-lesu-apabila-penonton-pulang-awal#ixzz2p7IZFOYc
© Utusan Melayu (M) Bhd