ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, January 4, 2014

UMNO Serdang minta Andrew diusir

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

UMNO Serdang minta Andrew diusir

SERDANG 3 Jan. - UMNO Bahagian Serdang meminta Paderi Lawrence Andrew diusir dari Selangor kerana sengaja mencabar dan mempertikaikan kedudukan Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila mahu gereja Katolik di negeri itu terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang, Mejar (B) Abdul Rahim Mohd. Amin berkata, kenyataan Andrew jelas mengingkari titah Sultan Selangor agar semua pihak akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

“Sebagai rakyat, (Andrew) seharusnya akur terhadap titah Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam di negeri itu. Titah tentang larangan tersebut bertujuan menjamin serta memastikan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Perlembagaan turut menegaskan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, manakala kalimah Allah merupakan hak umat Islam sebagaimana ditetapkan dalam enakmen Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Andrew dalam laporan sebuah portal berita propembangkang baru-baru ini menyatakan gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Melayu.

Tambah Abdul Rahim, Andrew perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana menghina mahkamah yang tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

“Justeru, kita menggesa Peguam Negara supaya melaksanakan prosiding menghina mahkamah kerana kenyataan Andrew jelas melanggar perintah berkenaan," katanya,

Menurut beliau, pihaknya turut meminta supaya Andrew menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada umat Islam.

“Jika tidak berbuat demikian, kami akan mengadakan perhimpunan di hadapan rumahnya dan akan menunggu sehingga dia berbuat demikian," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140104/dn_15/UMNO-Serdang-minta-Andrew-diusir#ixzz2pOWYKyD0
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment