ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, August 25, 2007

Sukaneka Bandar Seri Putra sempena bulan kemerdekaan

Bandar Seri Putra - Bagi meniup semangat Kemerdekaan, satu program Sukaneka Peringkat Bandar Seri Putra telah diadakan pada 25 Ogos 2007 bersempena Menyambut Kedatangan Bulan Kemerdekaan Yang ke 50. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y. Berhormat Dato' Dr. Ustaz Amran bin Kasimin ADUN Kawasan Bangi. Majlis telah dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Kerana Mu Malaysia, 3 kali Laungan Merdeka dan diikuti program Sukaneka. Juara keseluruhan Sukaneka telah dimenangi oleh Persatuan Penduduk Seri Dahlia.
BERGAMBAR KENANGAN DENGAN SEMUA PESERTA
Wah.. Kibarkan bendera... Malaysia harus merdeka selamanya..






25 Ogos 2007 ~ UMNO Cawangan Putra Mahkota telah berjaya menganjurkan program Sukaneka Bandar Seri Putra sempena sambutan bulan kemerdekaan. Maklumat program adalah seperti di bawah :-
MAKLUMAT PROGRAM

Tajuk Program : Program Sukaneka Peringkat Bandar Seri Putra Sempena Menyambut Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 25 Ogos 2007 (Sabtu)

Masa : 7.45 pagi – 1.00 T/hari

Tempat : Padang Permainan Putra 96, Bandar Seri Putra


ATURCARA “Tentative”

7.45 pagi - Ketibaan Peserta/Penduduk

- Senaman Aerobik

8.30 pagi

- Ketibaan Y.B. Dato’ Amran bin Kasimin, Adun Kawasan Bangi

- Bacaan Doa

- Ucapan Aluan Dari Ketua Cawangan UMNO Putra Mahkota

- Ucapan Perasmian Oleh Y.B. Adun Kawasan Bangi

- Sesi berkenalan dengan Pemimpin Persatuan Penduduk di Bandar Seri Putra

9.00 Pagi - Sukaneka bermula

10.30 Pagi - Minum Pagi & Sukaneka disambung

12.00 t/hari - Penyampian hadiah & Bersurai

Pada hari tersebut, Y. bhg. Dato Zaidi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang turut hadir sebagai tanda memberikan sokongan morak kepada semua peserta.
Satu acara tambahan pada hari tersebut ialah semua peserta menyanyikan lagi Negaraku dan Jalur Gemilangan. Laungan 3 kali merdeka yang dilaungkan oleh Pengacara Majlis Saudara Hassim Mohd Abdul Rahman bergema diikuti oleh semua peserta yang hadir.

Jelas kelihatan bahawa terpampar kegembiraan kepada semua peserta. Syabas saya ucapkan.