ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Sunday, February 28, 2010

TAMPARAN UNTUK ANWAR

Satu tamparan untuk Penasihat PKR dimana seramai 77 orang ahli parti PKR dan PAS dari Permatang Pauh menyertai UMNO.  Dengan harapan lebih ramai lagi yang akan turut serta untuk menghantar borang menyertai UMNO dan BN walau dimana jua mereka berada. Ayuhlah demi bangsa, agama dan negara.

77 ahli PKR, Pas masuk UMNO

PERMATANG PAUH 27 Feb. - Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji.

Saturday, February 27, 2010

UMNO DITUDUH LAGI

Nampak gaya macam menarik isi kandungan akhbar tersebut.  Mana boleh dibeli ya? Teringin juga nak baca majalah terbaru tersebut.  Ada sesiapa boleh tahu dimana nak beli majalah tersebut? UMNO Selangor tak terlibat tabloid Selangor Kita

SHAH ALAM 26 Feb. - UMNO Selangor menafikan ia mempunyai kaitan dengan penerbitan akhbar tabloid baru, Selangor Kita yang dikesan diedarkan di negeri ini hari ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukur Idrus berkata, pihaknya tidak ada kena mengena dengan penerbitan akhbar yang dipercayai tidak mempunyai permit itu.

"Kami UMNO Selangor tidak menerbitkan sebarang akhbar apa lagi terlibat dengan penerbitan dan pengedaran akhbar ini (Selangor Kita).

"Bagaimanapun saya tidak hairan dengan tuduhan terbaru ini kerana memang sudah menjadi perangai pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang sejak dulu yang beranggapan apa yang tidak baik mesti datang daripada UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita bagi mengulas mengenai akhbar tabloid Selangor Kita yang dikesan diedarkan semasa perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini.

Abdul Shukur juga tidak menolak kemungkinan penerbitan akhbar itu hasil daripada suara rakyat yang sudah muak dengan pemimpin pakatan pembangkang.

Terdahulu pada satu sidang akhbar di sini, Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Che Rosli Che Mat berkata, beliau memperoleh senaskhah akhbar itu selepas sambutan Maulidur Rasul di Stadium Malawati pagi ini.

Mengecam mereka yang mengambil kesempatan berbuat demikian pada sambutan ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW tersebut, Ahli Parlimen Hulu Langat itu menggambarkan akhbar berkenaan ditujukan kepada pakatan pembangkang dengan membawa kandungan berbaur fitnah.

Akhbar tabloid berharga RM2 itu tiada identiti pencetak dan penerbit yang sepatutnya wajib dinyatakan oleh setiap akhbar di negara ini.

Antara tajuk dimuatkan akhbar berbahasa Malaysia itu ialah Arak menu biasa di Selangor, Selangor Darul Urut dan Pengakuan mangsa liwat Anwar.

Akhbar itu turut membawa satu rencana terbitan 6 September 2000 iaitu temu bual dengan wartawan homoseksual Ashley Lee dengan tajuk During the Anwar trial it was easy to get lucky.

Kebanyakan rencana akhbar itu menyasarkan Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Exco kerajaan negeri dari DAP, Ronnie Liu dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI KE SEMENYIH













MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASAUL PERINGKAT DUN SEMENYIH AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :-

TARIKH      :  28 FEBRUARI 2010 (AHAD)
TEMPAT     : PADANG AWAM PEKAN SEMENYIH (PERARAKAN)
                    :  MASJID RAJA MUDA MUSA (CERAMAH UGAMA)
MASA         :  6.00 PETANG

TUAN/PUAN YANG BERKELAPANGAN DIJEMPUT UNTUK HADIR SEISI KELUARGA.

HALAL KE HARAM?

ALHAMDULILAH, ada sedikit pembaharuan kepada masalah halal haram nie.  Dewasa ini macam-macam yang kita dengar pasal halal haram ini.  Ada yang tertanya-tanya KFC tu halalkah?, McD tu halalkah? dan macam-macam lagi tu halal kah?.. Yang nyata Khinzir memang tak boleh dicop halal.

Kita masih terunggu juga bagaimana rupa bentuk baru logo HALAL ini.  Kita tahu bahawa rakyat Malysia ini canggih orangnya dan begitu kreative.  Walau bagaimana canggih logo tersebut akan dapat ditiru oleh penyangak-penyangak ini.  Sedangkan Kad pengemalan dan Pasport pun ada tiruan.  Namun, mungkin dengan pembaharuan ini akan mengurangkan gejala penipu-penipu yang ingin melariskan jualan mereka.

Cuma saya nak tambah sedikit, kalau cantiknya LOGO TERSEBUT ADA NO SIRI.  DENGAN NOMBOR SIRI TERSEBUT KITA BOLEH CEPAT MENYEMAK DI DALAM SISTEM JAKIM SAMADA IANYA LOGO ASLI ATAU TIDAK.

Fikir-fikirkan... 

Penyeragaman sijil, logo halal mudahkan kenali yang palsu

26/02/2010 8:48pm

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Penyeragaman sijil dan logo halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang bermula hari ini akan memudahkan anggota masyarakat untuk mengenal pasti antara sijil halal yang disahkan olah Jakim dengan yang palsu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dengan penyeragaman itu, Jamil Khir berkata, masyarakat Muslim di negara ini tidak lagi diburu dengan perasaan keliru dan was-was dalam memastikan yang mana satu sijil atau logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim.

"Apabila ada perbezaan pada sijil halal, masyarakat tidak dapat kenal pasti sijil yang mana yang diterima sebagai sijil yang betul.

“Tetapi apabila diseragam, maka sebarang perbezaan yang ada, senanglah untuk orang ramai mengetahui bahawa sijil itu tidak diiktiraf oleh Jakim,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Kempen 1Malaysia 1Halal anjuran Jakim di Masjid Negara di sini hari ini.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merasmikan kempen tersebut.

Kempen di Masjid Negara itu akan berakhir Ahad ini.

Mengenai Akta Halal pula, beliau berkata, ia dijangka dapat dikuatkuasakan mulai tahun depan selepas perbincangan muktamad dibuat antara Jakim, Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya, dengan adanya akta itu, Jakim akan dapat mengambil tindakan dengan lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan penggunaan sijil, logo dan prosedur halal. – Bernama

AL-FATIHAH

Al-FATIHAH INI SAYA TUJUKAN KHAS KEPADA AYAHANDA KEPADA RBF DAN JUGA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG TELAH DAHULU PERGI MENEMUI PENCIPTANYA.

Untuk Saudara RBF, sesungguhnya ALLAH lebih menyanyangi Ayahanda saudara.  Bersabarlah dengan dugaan ALLAH. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------  

KEMANA RBF?


Kemana menghilangnya sahabat kita RBF (Ruang Bicara Faisal). Blog nya sudah tidak dikemaskini melebihi tempoh 3 minggu. Saya doakan akan kesejahteraan beliau dan sihat disamping keluarga.


Walau pun saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, dan perkenalan hanya melalui alam maya sahaja. Namun atas sifat sebagai saudara sesama islam dan perjuangan yang sama untuk agama, bangsa dan negara semoga beliau muncul semula untuk terus berjuang.


Sekian dan salam,

Friday, February 26, 2010

KEMANA RBF?

Kemana menghilangnya sahabat kita RBF (Ruang Bicara Faisal).  Blog nya sudah tidak dikemaskini melebihi tempoh 3 minggu.  Saya doakan akan kesejahteraan beliau dan sihat disamping keluarga.

Walau pun saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, dan perkenalan hanya melalui alam maya sahaja.  Namun atas sifat sebagai saudara sesama islam dan perjuangan yang sama untuk agama, bangsa dan negara semoga beliau muncul semula untuk terus berjuang.

Sekian dan salam,




SOKONGAN PENCALONAN AZIZAH

Keratan Utusan.  Azizah diminta kembali ke pangkal jalan.  Semalam Dato' Nalla Karuppan yang membuat statement sama dan kini diulas oleh Bekas Naib Presiden PKR yang juga rakan baik Anwar.  Kita lihat siapa lagi yang akan membuat statement yang sama terhadap Wan Azizah.  Ohh Dato' Seri Rais Yatim juga sudah membuat statement yang sama.

Kalau biasanya sesuatu usul akan sah apabila ada orang yang menyokong.  Seperti di dalam Mesuyarat Agung, ada pencadang dan ada yang menyokong.

Dato' Nallakaruppan mencadang, dan Datin Saidatul Badru pula menyokong.  Kita lihat aksi seterusnya.


Insaflah Wan Azizah – Saidatul Badru

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta supaya menginsafi kesilapan dan masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat.

Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami.

“Tetapi kita sebagai isteri juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Sekiranya, suami sudah merosakkan negara kita mesti minta dia berhenti dan tidak (lagi) menyokong tindakannya.

“Letakkanlah kepentingan negara mengatasi kepentingan suami untuk mencapai cita-cita peribadinya. Kasihanlah kepada penyokong dan rakyat yang tidak tahu apa-apa, fikirkanlah maruah anak-anak dan hidup mereka di dunia dan akhirat.

“Kita bukan nak hidup di dunia sahaja, saya tahu Wan Azizah mengetahui hal sebenar dan saya kecewa demi kepentingan politik suami dan dirinya (sanggup) dia berbohong kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan bahawa Wan Azizah selayaknya diberi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.

Beliau yang juga bekas rakan karib, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis bersedia mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.

SAUDARA EZAM SAHKAN

Saudara Ezam sahkan email itu dari beliau.  Ia sebagai membalas pertanyan dari saya yang mahukan pengesahan beliau.  Saya paparkan pertanyan pengesahan saya dan jawapan dari saudara Ezam mengenai jawapan Ezam melalui Email kepada Mohd Shahir Abu Hassan.

Tujuan pengesahan ini dibuat adalah sebagai menapis maklumat-maklumat bagi memastikan maklumat yang ada di dalam blog ini adalah yang benar dan boleh dipercayai.  Juga bagi tujuan rekod Ketua Penerangan UMNO supaya tidak jadi goblok membaca artikel saya ini.  Kebenaran yang juga memastikan.


---------- Forwarded message ----------
From: Ezam Nor
Date: Feb 23, 2010 1:00 AM
Subject: Re: Re-Jawapan Ezam mengenai jumpa Soros
To: umno putramahkota umnoputramahkota@gmail.com

Ya Sdr.ianya emel saya.terima aksih dan salam perjuangan.

ezam

On 21/02/2010, umno putramahkota wrote:

> Salam Saudara Ezam yang saya hormati lagi saya sanjungi,

> Saya ingin mendapat pengesahan samada email ini adalah yang asal atau tidak.

> Sekiranya asal, saya ingin masukkan di dalam blog saya.

> Jawapan awal saudara, saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

>

> Salam,

>

> Umnoputramahkota.blogspot

> Re-Jawapan Ezam mengenai jumpa Soros

> By aidc editor on February 21, 2010 7:07 PM
0 Comments
0 TrackBacks

> ---------- Forwarded message ----------

> From: Ezam Nor

> Date: 21 Feb 2010 11:01

> Subject: Re: tolong jawap

> To: Mohd Shahir Abu Hassan

>

>

> Waalaikum salam Sdr Shahir,

>

> 1. Terima kasih atas inisiatif bertanya dan mencari kebenaran tetapi lebih

> baik sekiranya sdr lebih beradab dan tidak berprasangka buruk sblm tahu hal

> sebenar.

>

> 2. Saya tidak jawab raja petra d malaysia today atau saman dia sebab saya

> tidak mahu layan orang pengecut dan penakut.buat tuduhan dan cerita karut

> tetapi cabut d luar negara! Melayan dia merendahkan martabat diri saya.

>

> 3. Ada wartawan dari Free Malaysiatoday (katanya webnews baru tiada kena

> mengena dgn Msiatoday) talipon dan minta penjelasan beberapa hari lalu.

> 4) Saya jelaskan kepadanya:

>

> a) Tuduhan itu tidak benar.

>

> b) Saya tidak pernah jumpa Soros sepanjang hidup saya ataupun wakil soros

> ataupun organisasi Soros Open Society.

>

> c) US trip yg dimaksudkan adalah trip kami 4 orang yg raja petra sebut saya

> dan anuar saari.lagi 2 org - Azmin ali dan adlin (bekas setiausaha akhbar

> DSAI)

>

> d) Trip itu tiada langsung kena mengena dgn Soros.Trip jumpa wakil2 senat di

> capitol hill dan ngos dll atas undangan sahabat saya Ambasador Roland , duta

> Cambodia di New York.

>

> e) Setahu saya trip jumpa soros trip lain diketuai Wan azizah bersama

> azmin,khalid jaffar, yagn diatur oleh Elizabeth Wong yg memang diketahui

> dalam parti sebagai penghubung Soros dan PKR

>

> f) Saya tidak pasti samada Soros beri fund dalam pertemuan itu sebab mrk

> tidak laporkan kpd parti pertemuan tersebut.

>

> 5) Saya minta wartawan Free MT itu utk laporkan semua ini dan minta

> penjelasan semua nama tersebut.Tapi mrk hanya siarkan sedikit kenyataan

> penafian saya.Jelas web pembangkang yg kononnya adil dan bebas!

>

> 6) Saya benarkan sdr gunakan jawapan saya ini utk hebahan pd yg lain dan

> juga utk dapatkan penjelasan dari nama2 yg saya nyatakan.

>

> 7) Saya ingin tegaskan saya tidak pernah membenarkan diri saya melakukan

> sebarang unsur penyelewangan wang utk peribadi dan keluarga saya semasa di

> PKR dan juga semasa saya dalam UMNO.( fitnah saya dibayar sertai UMNO juga

> tidak benar dan fitnah!) dan saya berdoa setiap hari sesiapa yg menfitnah

> saya dengan hal 2 sedemikian menerima balasan Allah didunia dan akhirat.Saya

> ambil berat dan serius hal ini kerana saya perjuangan saya no 1 sehingga

> hari ini adalah melawan rasuah dan penyelewengan.

>

> 8) Keputusan saya tinggalkan PKR tidak babitkan satu sen pun tetapi

> bersabit dengan hukum ALLAH SWT dan saya sebagai seorang Islam tidak akan

> membenarkan diri saya bersama dalam perjuangan yg dipimpin seorang manusia

> begitu.

>

> 9) Kalau saya berbohong walaupun satu perkataan dari kenyataan di atas

> haram setiap amal baik saya didunia ini dan halal api neraka untuk saya

> tetapi sekiranya ianya benar setiap yg menfitnah saya tidak akan saya

> maafkan dan terima balasan dari Allah swt didunia dan

> diakhirat.

>

> Sekian.Wasalam.

>

> Ezam

>

> On 21/02/2010, Mohd Shahir Abu Hassan wrote:

>

> Assalamualaikum

>

> Tolong jawap dan jelaskan yg berikut di bawah kpd umum. Bule tak sy bagi

> mase sblm cuti maulid Nabi minggu dpn utk Tuan jawap.

>

> Ana cadangkan, saman la RPK kalo cite die ni x betul.

>

> Integriti, maruah, lawan rasuah....poorah..

>

> Mohd Shahir Abu Hassan

>

>

> On 2 September 2004, I met Pawanchik Merican, one of Anwar's lawyers, in the

> Palace of Justice in Putrajaya. "Do you know that Ezam and Anuar Shaari have

> been collecting money in the name of the Free Anwar Campaign?" Pawanchik

> asked me.

>

> THE CORRIDORS OF POWER

>

> Raja Petra Kamarudin A 41-year-old former aide to PKR leader Datuk Seri

> Anwar Ibrahim has come forward here to provide police with information to

> assist them in investigations to trace the whereabouts of Malaysia Today

> editor Raja Petra Kamarudin.

>

> Anuar Shaari, a former Finance Ministry officer who worked for Anwar between

> 1996 and 1998, arrived at the Melaka Tengah district police station at about

> 10am on Thursday and spend about 30 minutes with Melaka Tengah OCPD ACP

> Salehhudin Abd Rahman to pass on the information.

>

> "I gave him details and a written description including a photograph of

> Pakistani -born American Aasil Kazi Ahmad who may be able to provide

> information on the whereabaouts of Raja Petra," he told reporters here.

>

> Anuar, who currently runs a business here Ayer Keroh, said he came forward

> with the information following the advice of the police in connection to a

> press conference he held in Kuala Lumpur on Feb 6 regarding the matter.

>

> "I urge the authorities, in particular the police, to track Aasil's

> whereabouts and movements to get him to assist investigations," he said.

>

> "Both men (Aasil and Raja Petra) are very close and share similar expertise

> as media strategists," he said, adding that Aasil is based in Washington but

> has been making frequent trips to Malaysia since 2004.

>

> He added that Aasil, who works for a politician and acts as a consultant for

> a local organisation, was often seen in Kuala Lumpur.

>

> He also said he informed police that Dr Munawar Anees, Anwar's former speech

> writer, also shared a close bond with Aasil and may be able to shed light on

> his whereabouts.

>

> As why he decided to come forward now, Anuar said he was merely passing on

> information to assist police in locating Raja Petra. When met later,

> Salehhudin confirmed the meeting with Anuar, adding that the information

> provided by him would be passed to his counterparts in Bukit Aman.

>

> Raja Petra is wanted for failing to appear in court on two occasions last

> year over a sedition charge. He is accused of defaming the Prime Ministers

> wife, Datin Seri Rosmah Mansor, in an article on his website. - The Star

>

> ********************************************

>

> "Anuar Shaari, a former Finance Ministry officer who worked for Anwar

> between 1996 and 1998, arrived at the Melaka Tengah district police station

> at about 10am on Thursday and spend about 30 minutes with Melaka Tengah OCPD

> ACP Salehhudin Abd Rahman to pass on the information," said The Star

> newspaper report.

>

> Actually, this is only part of the story. What The Star failed to report is

> that Anuar Shaari continued working for Anwar right up to 2004 or so, maybe

> longer. He was one of the principal 'operators' from the day Parti Keadilan

> Nasional was launched on 14 April 1999 right till the launch of the Free

> Anwar Campaign in August 2000 and beyond.

>

> In 2003 or thereabouts, Anuar Shaari, Ezam Mohd Noor, and two other people

> who have all since left the opposition, made a trip to the United States. I

> did not know about it until I received a phone call from a contact in the

> US. He wanted me to verify who these four people are and whether it is true

> that they work for the Free Anwar Campaign.

>

> I was caught off guard and did not know how to respond. I lied and said I

> was in a meeting and whether I could call him back later. I then got in

> touch with someone who would know what was going on and asked him what was

> happening.

>

> The person I contacted was surprised that I had found out.

>

> I was of course quite perturbed. The Free Anwar Campaign was just me. I was

> running the Free Anwar Campaign alone. There were no other people involved

> in the Free Anwar Campaign. How come there are now four people in the US who

> are supposedly there on the Free Anwar Campaign business?

>

> The person I spoke to told me why they were there. He then asked me to call

> back the US and confirm with the person who had called me that the four are

> legitimate. I did as I was told -- but not before I gave that person a piece

> of my mind and told him I did not like what was going on. Nevertheless, for

> the sake of the cause I will obey the order.

>

> I then called back the US and told my contact that the four people who were

> there are legitimate. I also gave him the names of the four people and my US

> contact confirmed that I was right.

>

> It is important that I confirm that these four are authorised to act on

> behalf of the Free Anwar Campaign, my US contact informed me. Then he asked

> me another question. "Is it true that the opposition is very short of money

> and that if they had a few million Ringgit then the opposition has a better

> chance of winning the next general election?"

>

> "That is true," I replied.

>

> "Okay," my US contact told me. "Then we will help arrange something for

> them. Ten or twenty million Ringgit is no problem for us. We can handle

> that."

>

> That was just before the March 2004 general election. But the tens of

> millions in election funds were not sent to Malaysia. Instead, it was

> channelled to Hong Kong. And the March 2004 general election came before the

> money could be diverted from Hong Kong to Malaysia. And we never heard of

> the money again. Soon after that Ezam and his gang, which included Anuar

> Shaari, left the opposition and joined Umno. Some left just before the 2004

> general election.

>

> I found out later from a very senior party leader that the money came from

> George Soros (see more here: http://www.georgesoros.com/).

>

> The four in fact personally met Soros in his office. And I was even told who

> had arranged for the meeting and the subsequent funding.

>

> On 2 September 2004, I met Pawanchik Merican, one of Anwar's lawyers, in the

> Palace of Justice in Putrajaya. "Do you know that Ezam and Anuar Shaari have

> been collecting money in the name of the Free Anwar Campaign?" Pawanchik

> asked me.

>

> "Yes, I know," I replied.

>

> "Did they give you anything?" Pawanchik asked me.

>

> "No, not a sen," I replied.

>

> "I thought so," said Pawanchik. "I was told they are using your name to

> collect millions and that they did not give you anything. Why don't you

> close down the Free Anwar Campaign? If not these people will use it to

> collect money."

>

> My wife who was there agreed with Pawanchik. "That's what I keep telling him

> but he is so stubborn," added my wife.

>

> "I will never abandon Anwar halfway," I told Pawanchik. "Once Anwar is free

> then I will close down the Free Anwar Campaign."

>

> "What if he is not freed? What if he spends 15 years in jail? Do you want to

> continue running the Free Anwar Campaign for another nine years without

> being paid any salary and allow them to use it to raise money?"

>

> "I suppose so," I responded. "But Anwar will be freed today. So today I can

> close down the Free Anwar Campaign."

>

> "None of the lawyers think so," said Pawanchik. I just shrugged my

> shoulders. Two hours later Anwar was freed by the Federal Court and I went

> home to make my last posting, 'Alhamdulillah, Anwar is now free', and closed

> down the Free Anwar Campaign.

>

> Yes, that is the story of Ezam Mohd Nor and Anuar Shaari. Of course, I know

> the identity of the other two who also made that trip to the US, plus the

> 'fifth man', the man I phoned. I also know the name of the senior party

> leader who told me that the tens of millions came from Soros. And,

> invariably, I also know the name of my US contact who set the whole thing

> up. But as long as they keep their peace with me then I shall keep their

> secret safe. However, the minute they cross me, then their names will be

> revealed.

>

>

> Translated into BM by Jason:

>

> Anuar Shaari dan George Soros

>

> Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar,

> Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam

> dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar

> (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya.

>

> THE CORRIDORS OF POWER

>

> Raja Petra Kamarudin

>

> "Anuar Shaari, bekas pegawai Kementerian Kewangan yang bekerja untuk Anwar

> antara 1996 dan 1998, tiba di pejabat polis daerah Melaka Tengah sekitar jam

> 10 pagi pada Khamis dan menghabiskan sekitar 30 minit dengan OCPD ACP

> Salehhudin Abdul Rahman bagi menyampaikan maklumat itu," akhbar The Star

> melaporkan.

>

> Sebenarnya, laporan ni tak menceritakan segala-galanya. Ia tidak menjelaskan

> hakikat bahawa Anuar Shaari terus bekerja untuk Anwar hingga tahun 2004

> ataupun mungkin lebih lama daripada tu.

>

> Dia adalah salah seorang 'pengendali' utama Parti Keadilan Nasional, iaitu

> sejak parti tu dilancarkan pada 14 April 1999 hinggalah ke saat pelancaran

> Free Anwar Campaign pada

> Ogos 2000, dan seterusnya.

>

> Pada sekitar tahun 2003, Anuar Shaari, Ezam Mohd Nor dan dua orang lain yang

> telah meninggalkan parti pembangkang pergi ke Amerika Syarikat. Saya hanya

> mengetahui tentangnya apabila saya ditelefon seseorang dari Amerika

> Syarikat. Dia ingin saya mengesahkan identiti keempat-empat orang berkenaan

> dan bahawa mereka adalah sebahagian dari Free Anwar Campaign.

>

> Saya terkedu dan tak tahu apa yang harus saya jawab. Saya berbohong dan

> berkata bahawa saya sedang bermesyuarat dan meminta untuk menelefonnya

> kemudian. Saya kemudiannya menghubungi seseorang yang pasti tahu tentang apa

> yang sedang berlaku, lalu bertanya mengenai perkara tu.

>

> Orang tu terkejut kerana saya mengetahui tentangnya.

>

> Pada masa tu, saya memang resah. Ini kerana hanya saya yang terlibat dalam

> Free Anwar Campaign. Saya menjalankan Free Anwar Campaign secara sendirian.

> Tak ada orang lain yang terlibat dalam Free Anwar Campaign. Jadi, macam mana

> pula sekarang ni ada empat orang di AS yang kononnya ke sana atas urusan

> yang berkaitan dengan Free Anwar Campaign?

>

> Orang yang berhubung dengan saya tu menerangkan tentang tujuan mereka

> ('empat sekawan') ke AS. Dia kemudiannya meminta saya untuk menelefon

> kembali orang hubungan saya di AS dan mengesahkan identiti empat sekawan tu.

>

> Saya melakukan seperti yang diminta, tetapi hanya selepas saya melepaskan

> geram saya kepada orang tu dan menyatakan pendirian bahawa saya tidak

> menyenangi akan perkara yang sedang berlaku. Namun demikian, demi

> perjuangan, saya mematuhi arahan tu.

>

> Saya kemudiannya menelefon orang hubungan saya di AS bagi mengesahkan

> identiti empat sekawan tu. Saya juga memberitahunya nama keempat-empat orang

> individu itu dan orang hubung saya di AS mengesahkannya.

>

> Menurutnya, adalah penting bagi saya mengesahkan bahawa empat sekawan tu

> dibenarkan untuk bertindak atas nama Free Anwar Campaign. Selepas tu, dia

> mengajukan pertanyaan lain kepada saya, "Benarkah pembangkang amat

> kekurangan wang dan jika mereka mempunyai beberapa juta ringgit, maka mereka

> mempunyai peluang yang lebih baik bagi memenangi pilihanraya umum yang

> seterusnya?"

>

> "Ya," saya menjawab.

>

> "Okey," ujarnya. "Kalau begitu, kami akan dapatkan sejumlah wang untuk

> mereka. Setakat sepuluh ataupun dua puluh juta ringgit, tu tak jadi masalah

> bagi kami. Kami boleh mendapatkannya."

>

> Ini berlaku sejurus sebelum pilihanraya umum Mac 2004. Tapi dana pilihan

> raya puluhan juta ringgit tu tak pernah pun dihantar ke Malaysia.

>

> Sebaliknya, ia disalurkan ke Hong Kong dan pilihanraya umum Mac 2004

> berlangsung sebelum wang tu sempat disalurkan dari Hong Kong ke Malaysia.

> Sehingga kini, duit tu ghaib entah ke mana. Tak lama selepas tu, Ezam dan

> gengnya, termasuklah Anuar Shaari meninggalkan pembangkang dan menyertai

> UMNO. Ada juga yang meninggalkan pembangkang sejurus sebelum pilihanraya

> 2004.

>

> Saya kemudiannya diberitahu oleh seorang pemimpin kanan parti bahawa wang

> itu diberikan oleh George Soros (dapatkan maklumat lanjut mengenai George

> Soros di sini: http://www.georgesoros.com/).

>

> Malah empat sekawan tu bertemu dengan Soros secara peribadi di pejabatnya.

> Saya juga diberitahu tentang individu yang menetapkan pertemuan tu dan

> penyaluran wang yang berkenaan.

>

> Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar,

> Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam

> dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar

> (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya.

>

> "Ya, saya tahu," jawab saya.

>

> "Awak ada dapat duit daripada mereka?" soal Pawanchik.

>

> "Satu sen pun tak ada," jawab saya.

>

> "Mmm... dah agak dah," kata Pawanchik. "Saya diberitahu bahawa mereka

> menggunakan nama awak untuk mengutip jutaan ringgit dan bahawa mereka tidak

> memberikan satu sen pun kepada awak. Kenapa awak tak tutup saja Free Anwar

> Campaign? Kalau dibiarkan, puak-puak ni akan memperalatkannya bagi mengutip

> derma."

>

> Isteri saya yang berada di situ sependapat dengan Pawanchik. "Saya dah lama

> suruh tapi dia ni degil sangat," isteri saya menambah.

>

> "Saya takkan meninggalkan Anwar separuh jalan," kata saya kepada Pawanchik.

>

> "Saya akan tutup Free Anwar Campaign apabila Anwar dibebaskan."

>

> "Bagaimana jika dia tak dibebaskan? Bagaimana kalau dia meringkuk selama 15

> tahun di penjara? Awak nak ke teruskan Free Anwar Campaign untuk lagi

> sembilan tahun tanpa dibayar gaji dan terus membiarkan mereka

> memperalatkannya bagi mengumpul kekayaan?"

>

> "Yelah kot," jawab saya. "Tapi hari ni, Anwar akan dibebaskan. Jadi, saya

> boleh tutup Free Anwar Campaign hari ni juga."

>

> "Tak ada seorang peguam pun yang sependapat dengan awak," kata Pawanchik.

> Saya hanya mengangkat bahu saya. Dua jam kemudian, Anwar dibebaskan oleh

> Mahkamah Persekutuan dan saya pulang ke rumah untuk membuat entri terakhir

> saya, 'Alhamdulillah, Anwar is now free' (Alhamdulillah, Anwar kini bebas)

> dan seterusnya menutup Free Anwar Campaign.

>

> Ya, itulah cerita tentang Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari dan ya... saya juga

> tahu identiti dua orang lain yang juga pergi ke AS serta 'orang kelima',

> iaitu lelaki yang saya telefon. Saya juga tahu nama pemimpin kanan parti

> yang memberitahu saya bahawa puluhan juta ringgit tu datang daripada Soros.

>

> Selain tu, saya juga semestinya tahu nama orang hubungan saya di AS yang

> menguruskan segala hal yang berkaitan dengan penyaluran wang tu. Tapi selagi

> mereka tak kacau saya, maka saya takkan bocorkan rahsia mereka. Tetapi kalau

> mereka sengaja cari fasal dengan saya, maka saya akan dedahkan nama mereka.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN NABI S.A.W

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Wednesday, February 24, 2010

RM 12.3 Juta Hilang Sekelip Mata

Saya rasa adalah satu pembaziran kalau bahan rampasan ini dimusnahkan.  Mengapa ianya tidak dijual dan dijadikan hasil pendapatan negara.  Jual dengan secara mengikut prosidur yang betul iaitu merujuk kepada undang-undang Malaysia. 

Mungkin saya kurang ilmu mengenai perkara ini.  Namun kata hati kecil saya, kalau ianya sudah dirampas dan sudah menjadi milik Kastam (Kerajaan), maka Kastam gazetkan barangan tersebut dan dijualkan semula kepada pemborong dan jadikan ianya sebagai hasil Negara.  Sudah pasti pendapatan negara akan bertambah. 

Ini kerana barangan tersebut dibolehkan dijual di negara ini.  Lainlah kalau ada rampasan dadah, ganja tentulah ianya mesti/wajib dimusnahkan.

Namun itu hanyalah kata hati kecil saya yang tidak tahu undang-undang dan piagam KASTAM.  Itu hanyalah pandangan peribadi saya.

Mungkin ada sesiapa yang tahu, adakah ianya memang tidak boleh atau sebaliknya.  Mungkin kalau ianya dijual akan menyebabkan implikasi lain yang akan timbul seperti pemborong-pemborong kecil akan tertindas. 

Mungkin, saya bercakap dalam keadaan yang tak cukup ilmu mengenai perkara itu.

Namun, jauh disudut hati saya kalaulah ianya boleh dijadikan salah satu pendapatan negara dimana ianya diterjemahkan melalui cukai atau apa-apa perkataan yang sesuai.  Saya amat gembira sekiranya pandangan ini mendapat perhatian pihak yang berwajib.  Kalau undang-undang menjadi penghalang, mungkin ianya boleh dibahaskan di parlimen dan meminda sedikit akta sediada. 

Apa-apa pun saya bebas dari gejala menghisap rokok.

Kalau saya tersalah, maafkan saya.

Fikir...fikirkannn....

Rokok seludup RM3.4j dilupus

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

uma.ramayah@utusan.com.my

--------------------------------------------------------------------------------

DENGKIL 22 Feb. – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kuala lumpur hari ini melupuskan 43 tan rokok putih dan keretek seludup bernilai RM3.4 juta serta melibatkan cukai kastam sebanyak RM12.3 juta.

Kesemua rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui tiga buah kontena di Pelabuhan Klang, tiga tahun lalu itu, dilupuskan di pekarangan bangunan pejabat KDRM, di sini.

Pengarahnya, Datuk Jalilah Mahdan berkata, tindakan melupuskan rokok-rokok itu dilakukan setelah pihaknya mendapat kelulusan daripada mahkamah.

“Ia (pelupusan) dijalankan dengan kerjasama Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (GPTM),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif GPTM, Sheikh Abbass Ibrahim.

Dalam pada itu, Jalilah berkata, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, pihaknya telah merampas rokok putih dan keretek bernilai RM3.9 juta dan membabitkan cukai kastam RM9.5 juta.

Katanya, sebanyak 28 kertas siasatan dibuka hasil operasi ke atas beberapa lokasi termasuk gudang, premis serta pelabuhan di sekitar Lembah Klang.

Dalam tempoh sama juga tambahnya, kastam turut merampas barangan lain bernilai RM670,600 serta cukai RM1.3 juta, yang dikeluarkan sebelum mendapat kelulusan kastam.

“Selain rokok, kita juga menyita barang-barang lain termasuk kenderaan, minuman keras dan mercun,” ujar beliau.

Jalilah berkata, KDRM sedia memberi wang saguhati kepada mereka yang menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan sehingga mereka terbabit dapat ditangkap.

“Bagaimanapun kita akan mempertimbangkan maklumat berkenaan serta keberkesanannya dalam menjayakan ‘misi’ kita,” tambahnya.

Tuesday, February 23, 2010

ALLAH KATA JADI, MAKA JADILAH IA

Masih ingat tak lagi isu Perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di Pulau Pinang.  Kali ini macam nak jadi nie tetapi LGE beri lepas ker?  Boleh dapat permit ker? Boleh itu ker? Boleh ini ker?  Macam-macam persoalan yang timbul.  Tetapi serahkan kepada ALLAH.  ALLAH sudah tetapkan ketentuannya.

Berbalik kepada persoalan tadi, rasanya macam biasa lah, Kerajaan Negeri akan merestuinya selepas desakan demi desakan yang dibuat dari penduduk Pulau Pinang (agaknya la) .  Adalah satu kerugian baginya kalau terus-terusan mendapat bantahan dari orang melayu Pulau Pinang.  Silap-silap kerajaan negeri akan sponsor majlis ini... faham-faham aja lahhh.....

Apa pun tahniah Pertubuhan Liga Muslim Pulau Pinang kerana menggerakkan Majlis ini.  Tak payahlah nak harap Kerajaan Negeri lagi.  Saya hanya mampu berdoa majlis ini berjalan dengan baiknya seperti yang dirancangkan.

Fikir-fikirkan lahhh...   

Liga Muslim PP anjur perarakan maulidur

GEORGETOWN: Orang ramai daripada pelbagai persatuan, syarikat swasta dan agensi kerajaan hari ini dipelawa mengambil bahagian dalam Perarakan Maulidur Rasul anjuran Pertubuhan Liga Muslim Pulau Pinang pada Jumaat ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Perarakan Maulidur Rasul, Abdul Kader Haja Mydin, berkata perarakan itu akan bermula pada jam 5 petang dari Masjid Kapitan Keling melalui Lebuh Chulia, Jalan Penang, Komtar, Lebuh Campbell dan kembali ke Masjid Kapitan Keling.

"Setelah selesai perarakan itu, peserta dijemput menunaikan solat Maghrib di Masjid Kapitan Keling," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata, setiap kontijen perlu disertai sekurang-kurangnya 30 orang dan mereka dibenarkan membawa pembesar suara untuk berselawat manakala sepanduk pula akan disediakan oleh penganjur.

Abdul Kader berkata, mereka yang berminat mengambil bahagian boleh menghubungi urusetia di alamat nombor 15, Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang sebelum pukul 12 tengah hari esok. - Bernama

82 Ahli dan penyokong Pas masuk UMNO

Riak tak puas hati mula ketara

KUALA KRAI 21 Feb. - Perasaan tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong Pas di negeri ini terhadap tindak tanduk pemimpin parti yang sanggup berkompromi dalam soal agama dan kepentingan bangsa demi kepentingan politik, dilihat semakin ketara.

Mereka menyatakan secara terbuka untuk beralih sokongan kepada UMNO walaupun boleh menjejaskan hubungan dengan masyarakat setempat yang masih teguh sokongan kepada Pas.

Selain di jajahan Machang dan Pasir Mas baru-baru ini, semalam, 82 bekas ahli dan penyokong Pas kawasan Bukit Sireh di sini pula menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Jurucakap kumpulan itu, Zamzuri Ismail, 40, berkata, apa guna sokongan terus diberi jika tumpuan parti hanya ingin merebut kuasa sedangkan aspek kebajikan dan kepentingan terabai.

Katanya, mereka juga dukacita dengan sikap wakil rakyat yang diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu kerana gagal berperanan setelah membandingkan dengan khidmat para pemimpin UMNO setempat.

"Semua orang boleh menilai dan membuat perbandingan sekarang. Saya jangka ramai lagi menyertai UMNO walaupun mereka tidak mahu beritahu secara terbuka," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Mustapa berkata, pemimpin Pas terutama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kerap mengeluarkan fatwa serta pandangan mengelirukan telah menyebabkan sebahagian daripada ahlinya kecewa.

Katanya, beberapa tindakan Nik Abdul Aziz seperti menganggap perarakan sambutan Maulidur Rasul tidak ada fadilat, seolah-olah mempertahankan apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di Pulau Pinang.

Menurut beliau, ia menghiris perasaan umat Islam di negeri di bawah pemerintahan DAP itu sedangkan ia merupakan amalan yang baik.

"Oleh itu, dengan kemasukan ahli Pas ke dalam UMNO, memperlihatkan keyakinan pengikut Pas semakin terhakis kerana mereka percaya Pas akan terus tunduk kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang walaupun ia tidak membawa kebaikan kepada umat Islam," ujarnya.



MAHUKAH DATUK MEMOHON MAAF?

Kadangkala apabila lidah berbicara, tanpa kita sedari perkataan yang terpacul itu telah menyakiti hati seseorang. Kalau tanpa kita sedari, tak perlulah memohon maaf kerana ianya secara tidak sedar. 

Namun kini, Saudara Othman Gudei telah menyatakan secara terbuka bahawa dia mewakili masyarakat Orang Asli dari Suku Jakun dan menyatakan bahawa kenyataan Datuk Nik Aziz itu menyebabkan hati masyarakat ini terguris.  Di dalam kita nak meraikan 1 Malaysia, Masyarakat Orang Asli juga adalah rakyat Malaysia dan mereka juga layak diberi penghormatan sebaris dengan orang Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Masyarakat Jakun gesa Nik Aziz mohon maaf

Oleh S Anand Kumar

anand@bharian.com.my

MB samakan pemimpin lompat parti dengan Orang Asli

KUALA LUMPUR: Masyarakat Orang Asli Suku Jakun mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat memohon maaf secara terbuka kepada mereka berhubung kenyataannya di Kota Bharu, Rabu lalu, menyamakan pemimpin pembangkang yang lompat parti seperti jakun.

Wakil Orang Asli suku Jakun Rompin, Othman Gudei, mendakwa masyarakatnya amat sedih dan terguris hati dengan kenyataan Nik Aziz yang juga seorang ulama.

"Kami (Orang Asli suku Jakun) amat tersinggung dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu. Beliau tidak seharusnya menyamakan tindakan pemimpin politik yang keluar parti seperti jakun.

"Jangan kaitkan soal politik dengan kaum. Ia benar-benar mengguris hati Orang Asli suku Jakun.

"Oleh demikian, kami amat berharap Nik Aziz memohon maaf secara terbuka atas kenyataan beliau itu," katanya menghubungi Berita Harian, semalam.

Masyarakat suku Jakun kebanyakannya berada di Pahang dan Johor dengan bilangannya melebihi 20,000 orang.

Rabu lalu, Nik Aziz pada sidang media di pejabatnya, membidas wakil rakyat (keluar parti) kerana mereka bukan setakat keluar parti, malah mengeruhkan keadaan dalam pembangkang dengan menghebohkan masalah kepada media.

"Ini perangai orang kita, masih jakun, masih baru dengan politik," kata Nik Aziz pada sidang media itu.

Othman berkata, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi Pas itu di Rompin hari ini kerana kenyataan Nik Aziz juga dilihat seolah-olah menyindir Orang Asli suku Jakun.

"Kita mahu tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan Nik Aziz sebagai jakun, mengapa beliau menggunakan perkataan itu?

"Apabila saya melihat perkataan Jakun dalam kamus ia membawa maksud penduduk Asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan)," katanya.

Monday, February 22, 2010

BLOG KE GOBLOK

Adusss... apa ini. Mungkin ada yang tersirat dari YB Ahmad Maslan yang kita tak tahu.   

Kalau Ahmad Maslan masih tidak menerima idea dan cara baru ini, adalah satu kerugian besar bagi UMNO.  PM dan TPM sudah ada Blog sendiri, di Selangor Ketua Pembangkang, Dato' Seri Khir Toyo pun dah ada Blog sendiri.  Rata-rata semua dah ada blog sendiri yang boleh menyampaikan mesej dalam masa 5 second kepada pembaca.  Kita tidak boleh memandang rendah keupayaan blogger ini.  Kita lihat negeri Kelantan bagaimana mesej yang disampaikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan banya contoh lain lagi yang tak perlu saya huraikan.

Apa-apa pun GAP teruskan perjuangan demi AGAMA BANGSA DAN NEGARA.
Fikir-fikirkann....

Ini adalah artikel dari GAP. Antara part yang menarik, seperti di bawah.   :-

sebenarnya ucaptama program ini dilakukan oleh yb ahmad maslan,ketua penerangan umno malaysia. dia banyak mengulas panjang akan beberapa akronim dalam ucapannya seperti KBSM (kenduri bersalin sakit mati) dll...

aku hadir tepat masanya sewaktu ahmad maslan berucap.maklumlah naik motor dua orang dari port klang (kebetulan ada hal pagi tadi) menuju ke subang.

5minit lepas aku dengar ucapan yb ahmad maslan, dia telah berkata sesuatu. katanya baca blog lama-lama boleh jadi goblok ! ketawanya sinis.goblok dalam bahasa jawa maksudnya bodoh..

Untuk ulasan yang menyeluruh dari GAP, sila klik dan BACA DISINI

SEE YOU IN COURT

See You In Court kata Datuk Ibrahim Ali agaknya.  Bijak sungguh permainan Datuk Ibrahim Ali.  Permainan Datuk ini akan membuatkan dengan kata-kata ini, Kerajaan Negeri Kelantan terkedu lah agaknya.  Negeri Kelantan nak jaja cerita ini sahaja, bukan sungguh-sungguhpun. Kalau betul sungguh-sungguh, dah ramai yang mencadangkan supaya di bawa isu ini ke mahkamah tetapi tidak dipedulikan.  Ini kerana ia hanya mahu perkara ini dijadikan isu politik dan modal politik semata-mata seolah-olah kerajaan Pusat menindas rakyat Kelantan.

Seperti kata Datuk Ibrahim, dia tahu bahawa kalau bawa ke mahkamah pun tidak akan menang, tetapi tujuan utama beliau ialah untuk mendedahkan sikap sebenar Kerajaan Kelantan.

Syabas dari saya kepada Datuk Ibrahim Ali...

Pertanyaan saya pada Datuk, bila nak balik ke UMNO semua?

Ibrahim Mahu Bawa Tuntutan Royalti Minyak Ke Mahkamah

KOTA BAHARU, 27 Jan (Bernama) -- Kecewa dengan sikap kerajaan Kelantan yang enggan membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menyatakan kesanggupan untuk berbuat demikian.

Bagi Ibrahim tujuannya berbuat demikian hanyalah untuk membuktikan sikap sebenar kerajaan Kelantan yang takut membawa isu itu ke mahkamah kerana tahu isu itu tidak berpihak kepada mereka dan ia sebenarnya hanya dijadikan modal politik PAS semata-mata.

"Saya bagi tempoh sebulan mulai hari ini kepada kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk membawa isu tuntutan ini ke mahkamah dan jika tidak, saya sebagai rakyat Kelantan pula yang akan berbuat demikian.

"Tujuan saya untuk membuktikan PAS sebenarnya takut untuk berhadapan di mahkamah dan isu ini sengaja direka hanya untuk kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Wang Ehsan yang bertajuk "Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat" di sini, Selasa malam.

Forum itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan anggota panel terdiri Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai seorang lagi panel manakala Pengarah Universiti Teknologi Mara Datuk Profesor Dr Hussin@Mohamed Ab Rahman sebagai pengerusi.

Ibrahim, yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), berkata PAS takut untuk mengemukakan tuntutan royalti minyak ke mahkamah kerana sepanjang kes itu berjalan, ia sama sekali tidak diboleh dibincangkan di luar mahkamah.

"Jadi isu itu tidak boleh dimainkan yang kemungkinan sehingga pada pilihan raya umum akan datang dan sudah tentu isu dalam PMBK dan yang lain akan menjadi perhatian semula," katanya.

Ibrahim berkata beliau sudah berbincang dengan barisan peguamnya bagi meneliti dan membawa kes itu ke mahkamah dan soal menang atau kalah bukan menjadi satu keutamaan.

Anggota Parlimen bebas itu berkata beliau juga meneliti segala dokumen dan bertemu 13 peguam serta beberapa bekas hakim untuk mengetahui sama ada kerajaan negeri berhak atau tidak membuat tuntutan itu.

"Disebabkan itu saya sanggup berada di forum ini untuk menerangkan kepada semua bahawa kerajaan Kelantan sebenarnya langsung tidak berhak menuntut royalti minyak.

"Memang benar pada masa perjanjian itu menyatakan kerajaan Kelantan berhak mendapat lima peratus hasil minyak tetapi tidak dinyatakan dalam bentuk royalti atau wang ehsan," katanya.

Ibrahim turut melahirkan rasa kecewa isu tuntutan itu dijadikan teks khutbah Jumaat di Kelantan dan jelas isu ia sememangnya dijadikan modal politik bagi kerajaan negeri meraih simpati rakyat.

-- BERNAMA



Sunday, February 21, 2010

MENYESAL

Syabas adik Hafizah kerana berjaya melawan nafsu muda saudari.  Percayalah Kedua Orang Tuamu amat sayangkan kamu.  Kalau ada perselisihan faham atau teguran dari keluarga itu bermakna mereka sayang Hafizah.  Bukannya hendak menghukum Hafizah.

Walaupun saya tak kenal saudari, saya rasa bersyukur saudari cepat sedar.  Ketahuilah kasihnya ibu itu membawa ke syurga, kasihnya ayah tiada bandingnya.

Oleh UMAVATHI RAMAYAH dan FIRDAUS MUSTAFA

jenayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Setelah seminggu Noorlaili Hafizah Omar, gadis ayu berusia 19 tahun menghilangkan diri untuk berkahwin dengan lelaki warga Indonesia, malam semalam dia akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya.

Ternyata ikatan keluarga telah menyelamatkan dirinya daripada terjerat dalam perangkap cinta sehingga sanggup meninggalkan keluarga dan merancang untuk berkahwin lari di Jawa Timur.

Dia yang lebih mesra dipanggil Pijah pulang seorang diri dari tempat persembunyian di sebuah kawasan setinggan di Sungkai, Perak. Teman lelakinya yang dikenalinya sejak enam tahun lalu pula dikatakan telah kembali ke negara asalnya.

"Sehari sebelum bertolak ke Indonesia, hati Pijah begitu berat untuk terus ikut Abang Jo (nama teman lelaki). Pijah mula fikir keluarga terutama emak yang menghidap sakit mental. Akhirnya Pijah pilih untuk pulang kepada keluarga," kata Pijah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Setia Jaya, Setapak di sini hari ini.

Sambil sesekali berlinangan air mata, Pijah berkata, dia menyesal kerana telah menyusahkan keluarga dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu.

"Bagi Pijah cinta itu buta, apatah lagi kalau melibatkan rakyat asing. Ia akan menyusahkan keluarga dan orang lain kalau salah bertindak," ujarnya yang mengakui Abang Jo seorang yang baik.

Kehilangan Pijah pada 12 Februari lalu hanya disedari oleh kakaknya setelah terbaca nota: "Abah mulai hari ni, Pijah tak balik rumah sebab ikut Abang Jo pergi Indonesia, kami nak kahwin di sana."

Menceritakan perjalanan hidup selama seminggu bersama lelaki warga Indonesia itu, Pijah berkata, mereka berdua tinggal di sebuah rumah setinggan yang disewa dari rakannya di Sungkai, Perak.

"Pada hari kejadian (12 Februari), Pijah naik LRT di Stesen Melati seorang diri dan berjumpa dengan Abang Jo di Stesen Pasar Seni. Kami dah berjanji jumpa di sana.

"Dari situ kami beli tiket bas ke Sungkai dan malamnya kami sampai di sana," tambahnya.

Mengenai perancangan melarikan diri ke Indonesia, Pijah berkata, mereka sepatutnya bertolak pukul 5.30 pagi Rabu lalu melalui jalan sungai kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.

"Walaupun hasrat berkahwin dan tinggal bersama Abang Jo di Indonesia telah dirancang sejak dua tahun lalu, tapi bila fikirkan ibu bapa dan keluarga, hati Pijah berubah," katanya.

Akhirnya, pada pukul 8 malam semalam, dia menaiki bas seorang diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya.

Pada sidang akhbar itu, Pijah yang sebelumnya kelihatan tenang dan petah bercakap terus mengalirkan air mata apabila melihat bapanya, Omar Mahmud, 56, dan adik beradik.

Mereka sekeluarga kemudiannya berpelukan sambil Pijah tidak putus-putus memohon maaf.

Ditanya sama ada jiran di rumah sewa mereka di Sungkai mengenalinya selepas membaca berita kehilangan itu, Pijah berkata: "Mereka tak kenal pun. Lagipun rakan-rakan tak dapat hubungi Pijah sebab sudah beri telefon bimbit kepada Abang Jo. Pijah tahu berita kehilangan ini pun dari rakan Abang Jo yang datang ke rumah kami Selasa lalu."

Pijah berkata, sejak tiga bulan lalu, dia mula mengeluarkan pakaiannya sedikit demi sedikit dari rumah sebagai persiapan untuk ke Indonesia.

Dalam pada itu, Pijah turut menasihati para remaja supaya tidak mengikut jejak langkahnya dan menurut kehendak hati dalam membuat sesuatu keputusan.

Dia juga berharap pengalamannya itu menjadi pengajaran kepada gadis-gadis Malaysia supaya tidak mudah terperangkap dengan cinta warga asing.

Pijah yang suka menyanyi turut berharap dapat menyertai program hiburan realiti TV3, Mentor jika diizinkan oleh bapanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh yang menggerakkan usaha mencari Pijah meluangkan masa kira-kira sejam melawat Pijah dan keluarganya tengah hari ini.

Saturday, February 20, 2010

UMAR ABDUL AZIZ MODEN TIADA MASA MAHU JUMPA MASYARAKAT

LGE ini tak habis-habis lagi rupanya.  Bagus-bagus, biarlah dia menampakan dirinya yang sebenar. Tak perlulah kita susah-susah nak terangkan kepada rakyat. Hidup yang kepura-puraan sebelum ini, satu demi satu mula disingkapkan oleh dirinya sendiri.

"Wa mana ada masa mau yumpa sama olanggggg...you olang yangan yumpa sama sayaaa... saya olang besar maaa bukan olang biasa maa... nanti dekat pilihanraya, wa yumpa sama you all maaa... ok maaaa...(ini bukan LGE yang cakap, ini gua yang cakap, lu fikir-fikirkan...)"

Ruang pejabat KM P. Pinang dilarang masuk?
REEZAL Merican Naina Merican menunjukkan salinan memo yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan larangan memasuki ruang Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Komtar, semasa sidang media di Kepala Batas, semalam.







-------------------------------------------------------

KEPALA BATAS 19 Feb. - Semakin lama memerintah, belang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin terserlah.

Terbaru, para pelawat dan pegawai kerajaan dilarang memasuki ruang pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang.

Arahan itu dikatakan terkandung dalam satu pekeliling yang bertarikh 28 Januari 2010 dan dikeluarkan atas arahan Guan Eng.

Sehubungan itu, mereka yang ingin berurusan dengan pegawai atau kakitangan pejabat itu hanya dibenarkan berjumpa di ruang lobi pejabat Ketua Menteri.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, larangan itu membuktikan Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bersifat kepura-puraan, hipokrit dan sentiasa bersandiwara dengan rakyat.

"Saya merasakan tindakan ini juga menunjukkan bahawa beliau seorang yang bacul dan takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga menyukarkan urusan di pejabat Ketua Menteri.

"Pastinya ia tidak selari dengan slogan yang dilaungkan beliau yang menjalankan pemerintahan menurut prinsip CAT atau cekap, akauntabiliti dan telus itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Reezal Merican, Guan Eng sebenarnya takut tembelang beliau pecah ekoran banyak pendedahan dan kenyataan tentang kepincangan kerajaan negeri didedahkan pelbagai pihak kebelakangan ini.

Jelasnya, apa yang dipraktikkan itu juga bertentangan dengan janji mereka yang mahu kononnya mesra rakyat tetapi sebenarnya hanya manis di depan, namun enggan membela nasib rakyat yang memilihnya.

"Memo itu juga seolah-olah menghina kakitangan kerajaan di Komtar sendiri kerana tidak pernah selama ini mereka dihalang bertemu Ketua Menteri atau pegawainya di pejabat mereka.

"Mereka kini dilayan seperti orang asing yang perlu mematuhi pelbagai larangan tak masuk akal semata-mata untuk berurusan di pejabat itu," ujarnya.

Ujarnya, rakyat kini boleh menilai siapa sebenarnya Guan Eng dan kini mereka dapat melihat sandiwara yang dimainkan oleh Setiausaha Agung DAP itu.

"Mungkin inilah sebenarnya yang dikatakan Firaun kecil seperti yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin," katanya.

Friday, February 19, 2010

MAKAN TUAN - ANWAR

Kalau tujuan ditubuhkan untuk kebaikan, pastinya pada akhirnya kebaikan lah yang timbul tetapi kalau matlamat dari awal sudah tak betul, maka pada akhirnya tak betullah jadinya....

Reformis enggan sokong Anwar

PULAU PINANG 18 Feb. – Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik sokongan ahli-ahli Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) bagi melakukan demonstrasi sepanjang perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ternyata gagal.

Reformis yang dianggotai oleh mereka yang pernah terlibat dalam demonstrasi jalanan sekitar lewat 1990-an dulu membuat keputusan untuk tidak turut serta dalam perancangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, beliau dan ahli-ahli lain tidak mahu lagi menyokongnya kerana sudah mengetahui siapa diri Anwar sebenarnya.

“Anwar sudah gabra (kelam- kabut) dan menubuhkan gerakan Reformasi 98 bertujuan menggunakan Reformis untuk berdemonstrasi menyokongnya dalam kes liwat tetapi tidak mendapat sokongan.

“Orang lama di dalam pertubuhan saya sudah tahu siapa Anwar sebenar.

“Tekad kami, kalau Anwar mempelopori reformasi, reformasi juga akan menjatuhkannya,” katanya dalam kenyataan yang dikirim menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini.

KALAKAU BEKAS TIBALAN MENTERI PERSEKETUAN

Betul juga kata-kata WAADAT Blogger http://waadat.blogspot.com/2010/02/datuk-kalakau-yang-kelakau.html, orang sibuk-sibuk dari Pembangkang masuk dan sokong BN, ada juga yang tercicir keretapi keluar dari BN.  Baguslah kalau dia dah letak jawatan.  Kan senang, nak keluar terus sahaja keluar.  Jangan peningkan kepala orang atasan dan rakan-rakan sekeliling.  

Kepada pemimpin sediada, orang-orang sebeginilah yang menjadi perosak parti.  Masih ingatkah lagi baru-baru selepas PRU ke 12.  Kita dilihat lemah kononya, pada ketika itu ramailah yang ingin berpaling tadah. Ini adalah saki-bakinya...

Ya teruskan, ingatlah sahabat-sahabat, mana-mana yang masih tinggal didalam parti adalah orang yang benar-benar setia dan nampak akan kelebihan UMNO dan BN.

Selamat jalan Datuk Kalakau.  Ialah, sekarang dah tak jadi Ahli Parlimen lagi.  Masuk Pembangkang, ada can jadi calon.  Dengar khabar 28 Feb 2010 nie ada pertemuan Datuk Seri Anwar dan Datuk Kalakau.  Nak bincang apa tu?  Mereka dah rancang lama dah nie...

Sekali lagi Selamat Jalan.....

18/02/2010 2:57pm

TAMPARULI 18 Feb. – Bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Kalakau Untol hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn. Bhd., sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB), serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di sini.

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani Pilihan Raya umum ke-13. – Bernama

Thursday, February 18, 2010

HAJI HADI PUJI UMNO???

Betul ke berita yang aku baca ni.  Aku baca balik betul la. Aku baca lagi betul la tu.  Aikkk puji-puji ni ada apa-apa ker?  Kalau niat ikhlas, alhamdulillah... Seperti saranan PM dan TPM, buat satu keputusan yang menyeluruh.  Dan keputusan menyeluruh itulah yang diajukan kepada UMNO dan BN.  Bukannya hanya dari mulut beberapa orang Pimpinan Utama. 

Dato' Seri Haji Hadi memang dah lama bersetuju muzakarah ini, tetapi ditarik balik sebelum ini.  Kini dah buka semula buku baru.  Kita lihatlah apa kesudahannnya, sekiranya demi kebaikan Ummah, kita haruslah berdoa kepada ALLAH agar satu jawapan yang terbaik akan nampak sinarnya kepada orang Islam, Melayu dan seluruh penduduk di Malaysia.

Sebenarnya, dari dahulu lagi UMNO sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak orang melayu dan islam.  Sebagai suara majoriti Kerajaan, UMNO juga tidak meminggirkan bangsa-bangsa lain.  Kita hidup dari dahulu hingga kini secara aman hasil perjuangan UMNO dan BN.

Kalau UMNO tidak memperjuangkan islam, ntah-ntah kita dah jadi seperti Singapura.  Tengoklah di Pulau Pinang, nak berarak Maulidur Rasul pun dah mula nak disekat-sekat.  Memanglah bukannya wajib berarak tu, tetapi amalanya kita dah buat begitu dan bendanya pun baik.  Kenapa tak boleh diteruskan. 

Ingatlah, kalau kita tak buat perarakan, kita tak buat ceramah-ceramah, kita tak buat majlis sempena maulidur rasul ini, dimana kita?  Di kedai kopi, di pusat membeli belah atau di surau-surau sambil bersembang-sembang di beranda surau sementara menunggu sembahyang waktu masuk.

Fikir-fikirkan lah....


UMNO mula alami perubahan baik - Hadi

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO.

"Oleh sebab itu, perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan UMNO terutama Islam amat penting," katanya ketika ditemuramah sebuah stesen televisyen dan disiarkan melalui blognya http://presidenpas.org.my hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini pernah menyatakan bahawa parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Pas lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan UMNO mengenai sebarang isu.

Abdul Hadi berkata, Pas telah mula 'meneroka' kerjasama tersebut apabila dijemput menghadiri perjumpaan dengan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Beliau berkata, Pas sentiasa terbuka dan positif terhadap perbincangan tersebut demi kebaikan semua pihak.

"Ada perkara yang boleh disatukan untuk kepentingan, keadilan, hak dan kebaikan semua. Walaupun ada persepsi negatif tetapi semua itu boleh dibincang, perkara yang boleh disatukan, boleh diraikan kita perlu bertolak ansur," katanya.

Beliau berkata, sebarang perbezaan pendapat antara Pas dan UMNO tidak lagi boleh dilihat sebagai satu prinsip yang jumud dan tidak boleh dirungkaikan melalui perundingan.

"Dengan itu, Pas bersedia untuk adakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkaikan, diselesaikan secara bijaksana berpandu kepada prinsip fleksibel seperti di dalam al-Quran," katanya.

Ditanya apakah wujud percanggahan pendapat antara beliau dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: ''Tidak ada sebarang percanggahan dengan beliau.''

Jelasnya, jika ada, ia adalah perbezaan pendapat dalam aspek-aspek tertentu namun bukan berkaitan soal agama.

Wednesday, February 17, 2010

BANTAHAN

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang, YM Ungku Md Salleh bin Ungku Abdul Jamal (gambar) turut serta di dalam penyerahan memorandum bantahan berhubung tindakan 50 ahli Parlimen Australia di dalam campur tangan dengan mendesak Kerajaan Malaysia menggugurkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. SYABASSS.. PEMUDA SERDANG



_______________________________________________

Kuala Lumpur, 17 Febuari – Kerajaan Australia menegaskan mereka sentiasa menghormati kedaulatan Malaysia dan sama sekali tidak mahu campur tangan dalam urusan perundangan negara ini.

Pendirian rasmi Kerajaan Australia itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya Tingginya ke Kuala Lumpur, H.E Penny Williams kepada Pemuda BN, hari ini.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin, berkata pendirian itu dijelaskan kepadanya semasa penyerahan memorandum bantahan berhubung tindakan 50 ahli Parlimen negara itu campur tangan dengan mendesak Kerajaan Malaysia menggugurkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita dimaklumkan oleh Williams bahawa mereka sama sekali tidak mahu membuat satu penilaian tentang perbicaraan Anwar. Itu pendirian kerajaan rasmi Kerajaan Australia dan kita terima kenyataan tersebut.

“Atas kesedaran itu, pesuruhjaya tinggi mereka telah menerima memorandum berkenaan dan memberi jaminan memorandum tersebut akan di sampaikan kepada Canberra,” katanya.

Lebih 500 belia yang terdiri daripada Pemuda BN dan pertubuhan belia yang lain hari ini menyampaikan kemarahan dan bantahan rakyat Malaysia kepada Pesuruhjaya Tinggi Australiaitu di Pejabat Suruhanjaya Tinggi itu pagi tadi.

Memorandum bantahan itu adalah susulan kepada tindakan 50 Ahli Parlimen negara itu menggesa kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Dengan laungan slogan “Mind Your Own Business” kumpulan tersebut diketuai oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy bersama lebih 500 belia dan komponen Pemuda BN berarak sejauh kira-kira 500 meter ke kedutaan Australia, dekat sini.

Kemarahan rakyat turut terpapar pada sepanduk yang diarak, antaranya, “Jangan Campur Urusan Negara Kami”, “Mind Your Mess, The Abo, killing Of Indian, Students, Racism, Etc…”, “Judge Yourself First Before Judging Others” dan pelbagai sepanduk lain yang mengecam kerajaan Australia.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pemuda MIC, T.Mohan serta pimpinan Pemuda BN dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) belia yang lain.

Pada sidang media itu juga, Khairy turut memaklumkan, beliau telah meminta pendirian rasmi kerajaan negara berkenaan berhubung isu tersebut.

“Pada masa yang sama, kita juga telah minta supaya kemarahan rakyat kita, pendapat rakyat kita, perasaan rakyat kita, tuntutan rakyat kita ini disampaikan semula kepada Canberra.

“Walaupun perkara itu tidak datang daripada Kerajaan Australia, tetapi kita anggap ianya serius kerana ianya dikeluarkan oleh Ahli Parlimen mereka yang adalah wakil rakyat. kita tidak mahu isu ini dipolitikkan di Australia hingga ia mencetuskan ketegangan yang lebih meruncing,” katanya. -UMNONews

Tuesday, February 16, 2010

JANGAN SIMPAN ORANG YANG BERSALAH

UMNO tidak perlu menyimpan orang yang didapati bersalah.  Kalau tiada tindakan terhadap orang-orang sebegini, sudah pasti akan memberikan impak kepada UMNO dan BN didalam reformasi untuk membersihkan namanya.

Siasatan sedang dijalankan, kita tidak tahu mengapa beliau meletakkan jawatannya.  Masakan pokok bergoyang, kalau tiada angin yang bertiup.  Walaupun Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ini telah meletakkan jawatan, itu masih belum memcukupi.  

Siasatan dan hukuman mesti dijalankan.  Jangan kerana segelintir nama-nama ini nanti, UMNO dan BN disalahkan dan ditolak rakyat didalam PRU ke 13 nanti.  Menurut artikel ini, perletakan jawatannya ada kaitan dengan kes SPRM jumpa wang RM 2 juta.  Yang bersalah harus menerima hukuman yang setimpal.

Teruskan dengan membaca artikel dibawah ini untuk pemahaman yang lebih jelas.
________________________________________________

SPRM jumpa RM2j, Setiausaha Politik Nor Mohamed letak jawatan


KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, meletakkan jawatannya berkuat kuasa, Ahad lalu.

Kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam bagaimanapun tidak menyatakan sebab Hasbie meletak jawatan.

Difahamkan, peletakan jawatan Hasbie mempunyai kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya kerana didakwa memiliki sejumlah besar aset yang tidak dapat diisytiharkan perolehannya, termasuk kereta mewah serta beberapa rumah.

SPRM juga dilaporkan membekukan beberapa aset dan akaun bank miliknya bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Hasbie dikatakan ditahan Khamis lalu selepas serbuan SPRM pada jam 3.30 petang di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Sri Molek, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.

Selain itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda didaftar di bawah sebuah syarikat yang beroperasi di Pulau Tikus, Pulau Pinang dan sebuah kereta mewah turut disita.