ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Monday, December 26, 2011

secanggih mana pun kita, kelemahan tetap akan ada.....

MyKad: JPN mohon maaf kepada Mufti Perlis

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak baru-baru ini bagi memohon MyKad anak perempuannya.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said dalam satu kenyataan hari ini berkata, isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

"JPN telah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan telah diambil supaya kesemua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam seperti yang dilaporkan semalam.

Jumaat lepas, Dr. Juanda dilaporkan mengkritik JPN setelah dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon MyKad kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.

Jariah berkata, kad pengenalan pemohon telah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.

"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya. - BERNAMA

GELOMBANG KELUAR PR LAGII......

42 ahli Pas sertai Umno

KEPALA BATAS - Sebanyak 42 anggota Pas di Bakau Tua di sini bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Umno selepas kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa semakin tidak menentu setelah bekerjasama dengan DAP.

Mereka mendakwa sepanjang parti itu bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang tiada sebarang perubahan besar dilakukan, selain hanya menjadi pengikut DAP sahaja.

Kumpulan itu yang diwakili Muhamad Subhi Yakcob, 50, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada satu majlis ringkas di sini.
Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno.

“Kami juga mengambil keputusan keluar dari Pas adalah demi agama, bangsa dan ingin menyandarkan harapan baru kepada Umno serta Barisan Nasional (BN),” kata Muhamad Subhi kepada pemberita selepas majlis itu.
Beliau berkata, tindakan mereka itu bukan desakan daripada mana-mana pihak sebaliknya atas kerelaan sendiri.

SAMA POGRAM BUKAN POGRAM BERSAMA

Nanti kalau buat pogram bersama nanti ada pulak orang yang marah-marah dan dituduh jadi agen UMNO pulak.  
 
Haa...macam nielah buat kerja bukannya asyik nak berpolitik...Syabass...Tapi nie di terengganu laaa....kat selangor nie entahlah...

Cantiknya kalau dapat dibuat pogram ni sebumbung...perghhh..chantek punya...

Pas, BN anjur gunting rambut percuma
BUKIT PAYONG - Musim persekolahan bakal menjelang tidak lama lagi dan bagi kebanyakan ibu bapa, sekarang ialah waktunya mereka perlu menyediakan keperluan lengkap untuk anak yang akan bersekolah pada awal tahun depan.

Dengan kos pengangkutan, pakaian seragam dan alat tulis yang makin meningkat, kebanyakan ibu bapa kini terpaksa menanggung beban kewangan terutama bagi mereka yang mempunyai ramai anak bersekolah setiap tahun.

Menyedari hakikat itu, Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah mengambil inisiatif meringankan beban golongan tersebut dengan menyediakan bantuan amal khidmat memotong rambut kepada murid sekolah.

Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas negeri berkata, perkhidmatan itu disediakan kepada pelajar sekitar kawasan ini dengan mendapat kerjasama Pemuda Pas cawangan Mak Kemas dan ibu bapa peserta terlibat.

“Program itu mendapat sambutan lebih 150 pelajar dan murid sekolah. Ia juga diharap dapat mengurangkan beban masyarakat berpendapatan rendah di kawasan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Surau Mak Kemas di sini, kelmarin.

Bukan sahaja Pas, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Payong. juga mengadakan program sama yang diadakan dengan kerjasama Biro Tata Negara (BTN).

Menurut Pegawai Pembangunan Dun Bukit Payong, Zaidi Muda, program gunting rambut percuma yang pertama kali dibuat di kawasan Dun Bukit Payong itu disertai 300 pelajar.

“Biasanya kita menghulurkan bantuan meringankan beban kewangan ibu bapa seperti pakaian seragam dan kelengkapan sekolah. Kali ini kita wujudkan sedikit kelainan dengan memberikan khidmat tambahan memotong rambut kepada pelajar,” katanya.

Lebih membanggakan, kata Zaidi, program yang diadakan di Dewan Sivik Bukit Payong itu turut mendapat perhatian ibu bapa sendiri yang membawa anak mereka mendapatkan khidmat tukang gunting rambut yang disediakan pihaknya dan BTN.

Sunday, December 25, 2011

Orang Pas Yang Kata, Kita tak Kata

Harakah berat sebelah
SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan Harakah kini, bersifat berat sebelah kerana menyiarkan berita pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti tersebut.

Menurutnya, ada kalanya ruangan dalam media rasmi Pas itu diperuntukkan kepada parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR), bukan kepada ahli Pas yang sepatutnya.

“Saya bagi contoh, kontroversi atau polemik sejak dua tiga minggu lalu, saudara buat content analysis dalam Harakah. Sama ada Harakah Daily atau Harakah cetak; berapa peratus ruang diperuntukkan kepada Hasan Ali?,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kenya­taan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama (DUMC), awal Ogos lalu tidak di­siarkan Harakah.

“Datuk Haron ada memanggil pemberita Harakah untuk memberi pandangan mengenai peristiwa di DUMC. Temu bual diadakan agak panjang dan komprehensif.

“Tapi berita melibatkan (perkara itu) difahamkan tidak tersiar,” katanya.

Saturday, December 24, 2011

SIAPA YANG NAZAK?

Khalid dakwa Hasan ‘tenat’
Oleh Nazura Ngah

Siapa yang nazak? Khalid tercungap-cungap bila Dr. Hassan buat statement....

Perlu ‘diselamatkan’ daripada terus terperangkap agenda politik parti lawan

KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad berkata EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sedang ‘tenat’ dan perlu ‘diselamatkan’ daripada terus terperangkap dengan agenda politik parti lawan.

Katanya, pimpinan parti itu sedang berusaha untuk `selamatkan’ Hasan daripada terus mengkritik dasar parti, sekali gus membiarkan diri binasa dengan kritikan tidak berasas.

“Dia masih ada tempat dalam PAS Selangor kalau dia sedar kedudukannya dan perbetulkan apa yang dibuatnya. PAS sentiasa terbuka untuk menerimanya kembali tetapi dia perlu akur dengan keputusan parti yang dibuat atas semangat jemaah.

“Saya tidak ada masalah dengan dia secara peribadi, pandangan ini saya berikan kerana mahu dia sedar apa yang dilakukan terhadap parti adalah salah dan mahu selamatkan dia daripada hancur dan terus tenat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sambil menyifatkan Hasan sebagai orang kecewa, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau percaya Hasan mula jauh terperangkap dengan agenda politik parti lawan sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.

Katanya, lebih banyak perangkap menerusi umpan, galakan dan kata-kata semangat akan diterima menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), sekali gus menggambarkan pilihan raya umum semakin hampir.
Bagaimanapun Khalid yakin UMNO tidak akan menerima Hasan kerana parti itu tidak akan memberi ruang kepada orang sepertinya untuk berada dalam parti itu.

Katanya, sewajarnya Hasan meneliti kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering mengingatkan UMNO supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam kemasukan ahli baru, sekali gus menggambarkan budaya UMNO yang enggan menerima orang yang lebih bijak dan baik daripada pemimpin sedia ada.

“Hasilnya Hasan akan menjadi seperti Datuk Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Nakhaie Ahmad (bekas Naib Presiden PAS) yang tidak ke mana-mana. Sebab itu PAS nak selamatkan dia supaya tidak termasuk dalam perangkap itu.

“Malangnya apabila teguran diberikan, dia menolak dan menganggap berada di pihak yang benar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip, berkata beliau belum dipanggil secara rasmi sama ada menerusi panggilan telefon, SMS mahupun surat berhubung arahan pucuk pimpinan untuk hadir menjelaskan isu yang dibangkitkan mutakhir ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang itu berkata, beliau akan hadir jika diminta berbuat demikian.

“Saya akan patuh pada arahan dan keputusan pimpinan parti, malah saya akan jawab semua isu yang dibangkitkan sebelum ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Saari antara tiga pemimpin selain Hasan dan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang akan dipanggil untuk memberikan penjelasan mengenai polemik yang dicetuskan mereka kebelakangan ini.

Keputusan untuk memanggil ketiga-tiga individu berkenaan dibuat pada mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Rabu lalu.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia pula hanya akan mengulas arahan terbaru itu pada sidang media yang dijadualkan hari ini.

Malah beliau dijangka menjelaskan dakwaan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhubung pertemuan antara beliau, Nasharudin dan tiga lagi individu di sebuah hotel di ibu negara, Ramadan lalu.

Mustafa pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Khamis lalu memberi amaran kepada Hasan supaya menghentikan kritikan dan tidak terus mengheret parti dengan kontroversi terhadap parti itu kerana semua pergerakan dan tindakan pemimpin itu dipantau beberapa pemimpin PAS termasuk beliau.

ANAK GADIS SAYA TIADA KEWARGANEGARAAN

Dr Juanda Jaya   
Maaf, mengikut sistem kami, ana perempuan tuan statusnya bukan kewarganegaraan Malaysia. Ini dinyatakan dalam sistem kami. Kami tiada pilihan. Sila lihat sendiri.

Itulah kata kata pegawai JPN berinisial M, setelah saya disuruh menemuinya oleh staf wanita F di kaunter. No giliran saya pagi ini no 4, setelah Jumaat lepas saya perlu menunggu sehingga hampir 100 nombor untuk dapatkan giliran perkhidmatan membuat kad pengenalan anak gadis saya yang sudah lanjut berusia lebih 12 tahun.

Inilah kejutan di awal pagi Jumaat 23 Disember 2011 di Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak Kuching ke atas diri saya. Saya datang seawal jam 730 pagi untuk mengelakkan kesesakan di kaunter yang mendapat anugerah kaunter terbaik Negara tahun 2008.

Saya tidak pernah ada pengalaman yang baik di Wisma Persekutuan Sarawak. Dah pelbagai khidmat kerajaan persekutuan yang saya buat, dpd pasport, kad pengenalan, surat beranak, pejabat pelajaran, dan lain sebagainya, tidak pernah ada pengalaman yang baik untuk saya sebagai rakyat Sarawak yang menjadi sebahagian dpd Malaysia. Kalau boleh mengelak, memang saya tidak mahu berurusan dengan Jabatan Persekutuan yang ada di Sarawak. Amat berbeza dengan kaunter kerajaan di Semenanjung, teramat jauh lebih baik. Barangkali kami di Sarawak lebih suka memendam rasa berdiam durja ditadbir oleh orang lain.

Punca dan dosa saya pada hari ini ialah saya suka ambil nombor giliran seperti rakyat marhaen yang lain kerana lebih suka berbaris ikut BARISAN. Bukan potong barisan dengan terus berjumpa boss yang sedia melayan VVip di dalam biliknya. Berbaris di kaunter sudah jadi kebiasaan saya untuk merasai denyut nadi rakyat. Saya pernah dimaki di kaunter oleh pegawai kerajaan, tetapi bila siap urusan dan menyedari siapa orangnya, mereka hanya tersipu sipu dan tetap enggan meminta maaf. Pengalaman azab berbaris di kaunter kerajaan ini sudah lama saya rasai sejak menuntut di al Azhar Cairo sewaktu membuat visa tahunan. Tapi pengalaman di kaunter Malaysia tidaklah lebih baik dpd kaunter kerajaan Mubarak di Mesir waktu itu.

Apakah perasaan anda sebagai bumiputera negara ini yang jelas disebutkan bangsanya dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bangsa asal dan warganegara tulin negara tercinta ini serta telah dijamin mendapat segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini, tetapi tiba tiba hak itu dinafikan oleh sistem negara yang anda cintai itu. Hak yang paling minima adalah mendapatkan kewarganegaraan. Bukannya hak mendapatkan lesen balak atau projek atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh sistem yang ada. Saya berbangga berbangsa Melanau dan tetap memastikan anak anak saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di wilayah ini sahaja.

Ya, isteri saya rakyat Indonesia, masih warganegara di sana dan saya masih enggan memohon menukar kerakyatannya kerana berbangga isteri saya warga Indonesia, walaupun banyak pihak menawarkan untuk memudahkan urusan permohonan berkenaan. Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada dosanya jadi mangsa? Dia bukan warganegara Indonesia. Kami baru sahaja ke Jakarta awal Disember lalu untuk menziarahi keponakannya di sana menggunakan passport Malaysia. Tetapi kenapa bila saya hendak membuat Kad Pengenalannya, dalam sistem JPN dinyatakan anak saya itu bukan warganegara? Anak saya stateless! Sistem apa ini? Apakah kita di Afrika atau di Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada saat ramai orang asing dikatakan diberikan hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya yang berbangsa bumiputera asal Sarawak, Melanau, yang jelas nama bangsanya disebut dalam Perlembagaan Malaysia dijamin hak warganegaranya, tiba tiba dinyatakan bukan warganegara Malaysia.

Di manakah laungan kerajaan bahawa segalanya kini semakin efisien dan sistem kita semakin lebih dipercayai berbanding dahulu? Saya cuba mengisi borang Jpn itu sebaik mungkin menurut contoh yang dibuat pihak Jpn sendiri. Tetapi jelas di sana tiada peraturan menyebut bahawa perlu bawa sijil kahwin? Dulu sewaktu membuat Kad pengenalan anak anak yang lain, tidak ada pulak mereka minta surat kahwin. Wow! Bila jumpa pegawai Jpn si M itu, dia kata dalam Iso JpN kata perlukan surat nikah bagi warganegara yang kahwin dengan rakyat asing? Tetapi di papan kenyataan tak pulak disebut panduan berkenaan. Wah! Kenapa begitu sekali? Padahal rakyat asing dikurniakan hak warganegara oleh Menteri Dalam Negeri, maka mengapa anak kepada lelaki berwarganegara Malaysia dinafikan hak warganegaranya? Entahlah!

Betul, tertulis status di skrin situ, nama anak saya, status anak gadis saya, X Warganegara, tetapi bangsa masih tertulis berbangsa MELANAU.

Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini? Siapakah yang sudi membantu mendapatkan kewarganegaraan anak gadis saya?  

Dr Juanda bin Jaya,
Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Malaysia
Adjunct Professor at University Malaysia Perlis (UNIMAP)
Visiting Professor at Management and Science University, Malaysia (MSU)
ex-Visiting Fellow at
Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS)
University of Oxford

ALFATIHAH UNTUK ADUN TENDONG

Innalillahi Wainna Ilaihirajiun. ADMIN Baru sahaja dimaklumkan dengan kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi. Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau, semoga pemergiannya semasa masih berkhidmat dikira sebagai amalan yang baik di sisi Allah SWT. Dan semoga Allah SWT memasukkannya di kalangan hamba2Nya yang soleh.
sumber :  http://www.facebook.com/#!/pages/Anti-PKR-Club/197344137372

Friday, December 23, 2011

MANA JUAK-JUAK YANG KATA FELDA NIE KERUGIAN

PUTRAJAYA: FELDA akan membayar bonus insentif produktiviti berjumlah RM102.6 juta kepada 95,949 peneroka di seluruh negara.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

YANG SALAH TETAP SALAH

Khir Toyo dipenjara setahun, hak ke atas hartanah dilucutkan

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dipenjara setahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki turut memutuskan perlucutan hak tertuduh terhadap dua lot tanah dan rumah berkenaan dan diserah kepada Kerajaan Malaysia. 

Beliau membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan, selepas menimbangkan semua keterangan bukti dan hujah pendakwaan dan pembelaan.Bagaimanapun, Mohtarudin membenarkan permohonan pembelaan supaya hukuman itu ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.

Tan Sri Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman Telah Kembali Ke Rahmatullah

Allahyarham Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.00 petang hari ini dan jenazah akan di bawa ke rumah anak Allahyarham di Puchong. Di khabarkan Arwah terkena serangan sakit jantung.  Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


ALFATIHAH..

Tuesday, August 9, 2011

'dosa kering'

Usah buat 'dosa kering' - Zahid

KUALA LUMPUR 8 Ogos - ''Jangan buat dosa keringlah dalam bulan puasa (Ramadan) ini.''
Itu reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyalahkan dan mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja membangkitkan kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja untuk menutup tuntutan pilihan raya bersih.

Menurut beliau, tindakan JAIS menyerbu dan diikuti dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mengenai kejadian itu tidak ada kaitan dengan UMNO mahupun BN.

''Tanyalah Hasan Ali apa yang dia buat? Dia bukan ADUN (ahli Dewan Undangan Negeri) UMNO. Dia ADUN Pas. Kalau dia mewakili UMNO, bolehlah tuduh UMNO atau BN. Apa yang dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)? Dia pun bukan UMNO.

''Saya ingat (Abdul Hadi) jangan buat dosa keringlah (tuduhan) dalam bulan puasa ini,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tuduhan oleh Abdul Hadi itu tidak berasas kerana Selangor dipimpin oleh pembangkang yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Memang (apakah) BN di Selangor yang pegang JAIS dan bukannya PKR atau Pas?'' soal beliau dalam nada sinis.

Wednesday, July 27, 2011

SAYA MENYERU AGAR KITA SEMUA SERTAI BERSIH VERSI 30

Bersih Versi 30 malam Ramadhan.  Ayuh mari kita mem BERSIH kan diri kita dari dosa-dosa dengan beramai-ramai berhimpun di masjid-masjid serta surau-surau berhampiran dengan anda dengan mendirikan solat sunat terawih yang dijangka bermula dari tarikh 31 Julai 2011 malam, bersamaan 30 Syaaban... Perhimpunan seluruh umat Islam seluruh dunia... Perhimpunan ini dijamin HALAL tanpa perlu PERMIT dari POLIS atau KDN... Tak perlu takut dengan gas pemedih mata, kerana gas yang dilepaskan selepas berbuka puasa adalah lebih dahsyat. Ganjaran setiap malam Ramadhan adalah sangat besar dengan mendirikan solat sunat terawih... Ayuh kita bersama-sama mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau berhampiran... Mudah-mudahan anda dapat mem BERSIH kan diri anda dari dosa-dosa... Kerana Allah Maha Pengampun.... Makan dan minum (moreh) disediakan (bergantung kepada lokasi anda bersolat)

sila join http://www.facebook.com/home.php?sk=group_118105478249731&id=159203020806643#!/event.php?eid=247746831918721

Tuesday, July 26, 2011

SAYA MENYERU AGAR KITA SEMUA SERTAI BERSIH VERSI 30

Bersih Versi 30 malam Ramadhan.  Ayuh mari kita mem BERSIH kan diri kita dari dosa-dosa dengan beramai-ramai berhimpun di masjid-masjid serta surau-surau berhampiran dengan anda dengan mendirikan solat sunat terawih yang dijangka bermula dari tarikh 31 Julai 2011 malam, bersamaan 30 Syaaban... Perhimpunan seluruh umat Islam seluruh dunia... Perhimpunan ini dijamin HALAL tanpa perlu PERMIT dari POLIS atau KDN... Tak perlu takut dengan gas pemedih mata, kerana gas yang dilepaskan selepas berbuka puasa adalah lebih dahsyat. Ganjaran setiap malam Ramadhan adalah sangat besar dengan mendirikan solat sunat terawih... Ayuh kita bersama-sama mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau berhampiran... Mudah-mudahan anda dapat mem BERSIH kan diri anda dari dosa-dosa... Kerana Allah Maha Pengampun.... Makan dan minum (moreh) disediakan (bergantung kepada lokasi anda bersolat)

sila join http://www.facebook.com/home.php?sk=group_118105478249731&id=159203020806643#!/event.php?eid=247746831918721

Saturday, July 23, 2011

COPY AND PASTE THIS ON YOUR WALL

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
..............HAPPY BIRTHDAY TO DATO' SERI NAJIB RAZAK...............
IF YOU LIKE NAJIB TUN RAZAK, COPY AND PASTE THIS ON YOUR WALL

Wednesday, July 20, 2011

YAHYA KHATIB MOHAMAD

Tahniah khas dari saya kepada Dato' Yahya Khatib Mohamad di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT).  Sesungguhnya saya mengenali Dato' secara peribadi. Dan sesunguhnya pingat ini adalah sebagai balasan jasa dan budi yang telah Dato' curahkan.

Semoga Dato' akan meneruskan jasa-jasa yang disemai demi agama, bangsa dan negara.

Salam Takzim dari saya,

 



 


Monday, July 18, 2011

KITA TETAP BERSAUDARA

AL-FATIHAH UNTUK DR Lo' Lo' .  Walaupun kita berbeza ideologo politik, namun adalah hakikat bahawa kita tetap bersaudara dan menuju ketempat yang satu.  Semoga Allahyarhamah akan mendapat rahmat dari ALLAH dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Jenazah Allahyarham Dr Lo” Lo” selamat dikebumikan

18/07/2011 6:40pm

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Jenazah Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Titiwangsa, Allahyarham Dr Lo” Lo” Ghazali, yang meninggal dunia malam semalam akibat penyakit kanser, telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini, hari ini.

Allahyarham, 54 dikebumikan kira-kira pukul 11 pagi setelah disembahyangkan di Masjid Al-Akram Datuk Keramat pada pukul 10.30 pagi yang diimamkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Antara yang hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita UMNO.

Ketika ditemui media, Abdul Hadi berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada parti memandangkan Allahyarham seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

"Beliau mewarisi sifat bapanya, bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah yang juga antara orang kuat pembentukan Dewan Ulama Pas pada 1951, di mana beliau sentiasa mementingkan isu rakyat,” katanya.
Dr Lo Lo yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam di Hospital Selayang semalam. – Bernama

Wednesday, July 13, 2011

PROGRAM MINGGU MESRA PENDUDUK BANDAR SERI PUTRA

PROGRAM MINGGU MESRA PENDUDUK BANDAR SERI PUTRA

16hb Julai 2011 (Acara Kemuncak)

PAGI

7.30pg.            : Senaman Seni (Jurulatih dari Jabatan Kemajuan Kesenian Negara) & Pendaftaran.

9.00pg.            : - Pertandingan ''BSP Bicycle Hunt" (Perasmian penutup program oleh Dato’ Fadzil)
                          - Pertandingan mewarna kanak-kanak
                          - Sukaneka Kanak-kanak
                          - Sukaneka Dewasa

9.30pg             : - Motorbike Show (Nilai Bikers Community)

11.30pg           : - Ketibaan Tuan Hj Yusoff H.M Haniff Setiausaha Politik TPM.
                            (Di sambut oleh Nilai Bikers Community)
                          - Ucapan Aluan dari Pengerusi badan penggerak UMNO Bdr Seri Putra.
                          - Ucapan Dari  Tuan Hj Yusof H.M Haniff.
                          - Penyerahan borang ahli baru UMNO Bdr Seri Putra disaksikan oleh Tn Hj Yusof
                          - Peyampaian Sijil kepada Nilai Bikers Community.
                          - Perasmian Pejabat UMNO BSP oleh Tuan Hj Yusoff.

1.15tgh            : - Lawatan Tn Haji Yusoff H.M Haniff Ke Surau Syaidina Ummar Al-Khattab.
                            (Diiringi oleh Nilai Bikers Community)
                          - Solat Zuhur
                          - Ucapan ringkas oleh Pengerusi Surau Dr. Abdul Rani Pengiran Othman.
                          - Ucapan ringkas dari Setiausaha Politik TPM Tn Haji Yusoff H.M Hanif
                          - Jamuan Makan Tengahari

                          - REHAT –
MALAM

8.00mlm          : Berkumpul

8.15mlm          : - Makan Buah-buahan Tempatan
                          - Persembahan Nasyid & Hadrah.
                          - Penyampaian hadiah Kanak-kanak.

9.00mlm          : - Ketibaan Penceramah
                          - Ceramah 1

10.15mlm        : - Penyampaian Hadiah Dewasa
                          - Cabutan Bertuah

10.30mlm        : - Ceramah 2

11.45mlm        : - Pertunjukan Bunga Api

12.00mlm        : Bersurai.

Friday, July 8, 2011

MINGGU MESRA PENDUDUK BANDAR SERI PUTRA

Lain-lain maklumat akan dimaklumkan nanti, Insyallah...
Kalau ada sesiapa yang nak berniaga, sila call 017-6184165. Terhad kepada 30 gerai sahaja.

TENTATIF

PROGRAM MINGGU MESRA PENDUDUK BANDAR SERI PUTRA

16hb Julai 2011 (Acara Kemuncak)


7.30pg.            : Senaman Seni (Jurulatih dari Jabatan Kemajuan Kesenian Negara)

9.00pg.            :  Pertandingan ''BSP Bicycle Hunt".
         Penyampaian hadiah

11.00pg.          : Pameran Kereta/ Super bike.

1.00ptg            : Rehat & Solat Zohor

2.00ptg            : Persembahan Bela Diri (Silat mengkabumi)

2.30ptg            : Penampilan ''Upin dan Ipin''

3.00ptg            : Sukaneka Mewarna (acara kanak-kanak) terbahagi kepada 2 kategori.
    Penyampaian Hadiah.

4.00ptg            : Lawatan ke Surau & Solat Asar

5.00ptg            : Perasmian Pejabat UMNO Caw. BSP oleh Tuan Hj Yusof H.M Haniff (Setiausaha                                     Politik Timbalan Perdana Menteri).

6.00ptg            : Rehat & Maghrib.

8.00mlm          : Makan Buah-buahan Tempatan.

8.30mlm          : Ketibaan Tetamu Jemputan

8.45mlm          : Persembahan Nasyid & Hadrah (UMNO Bhg. Serdang)

9.15mlm          : Forum Perdana (3 orang jemputan, MC dari UMNO Bahagian Serdang)

11.30mlm        : Pertunjukan bunga api

12.00mlm        : Bersurai.

Wednesday, July 6, 2011

MINGGU MESRA PENDUDUK BANDAR SERI PUTRA


Lain-lain maklumat akan dimaklumkan nanti, Insyallah...
Kalau ada sesiapa yang nak berniaga, sila call 017-6184165. Terhad kepada 30 gerai sahaja.

TENTATIF

PROGRAM MINGGU MESRA PENDUDUK BANDAR SERI PUTRA

16hb Julai 2011 (Acara Kemuncak)


7.30pg.            : Senaman Seni (Jurulatih dari Jabatan Kemajuan Kesenian Negara)

9.00pg.            :  Pertandingan ''BSP Bicycle Hunt".
         Penyampaian hadiah

11.00pg.          : Pameran Kereta/ Super bike.

1.00ptg            : Rehat & Solat Zohor

2.00ptg            : Persembahan Bela Diri (Silat mengkabumi)

2.30ptg            : Penampilan ''Upin dan Ipin''

3.00ptg            : Sukaneka Mewarna (acara kanak-kanak) terbahagi kepada 2 kategori.
    Penyampaian Hadiah.

4.00ptg            : Lawatan ke Surau & Solat Asar

5.00ptg            : Perasmian Pejabat UMNO Caw. BSP oleh Tuan Hj Yusof H.M Haniff (Setiausaha                                     Politik Timbalan Perdana Menteri).

6.00ptg            : Rehat & Maghrib.

8.00mlm          : Makan Buah-buahan Tempatan.

8.30mlm          : Ketibaan Tetamu Jemputan

8.45mlm          : Persembahan Nasyid & Hadrah (UMNO Bhg. Serdang)

9.15mlm          : Forum Perdana (3 orang jemputan, MC dari UMNO Bahagian Serdang)

11.30mlm        : Pertunjukan bunga api

12.00mlm        : Bersurai.

Monday, July 4, 2011

GELOMBANG KELUAR PR LAGI...

Saudara Nik Aziz sertai UMNO

PASIR PUTEH 2 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.
Beliau berkata, antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Raja Abdullah Raja Mahmud.

"Seramai 2,800 ahli tinggalkan Pas dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada Pas," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.
Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya yang disambut dengan sorakan para hadirin.

beserta laungan dan teriakan "Gelombang Merah" iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.

Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik di sini.

"Seramai 2,800 ahli tinggalkan Pas dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada Pas," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Bekas-bekas ahli Pas berkenaan turut hadir pada majlis itu.

Ketika ditemui pemberita, Raja Abdullah, 57, berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

"Kalau dahulu, Pas kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini Pas membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu.

Beliau juga kesal apabila Pas sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.

"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang Pas panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO - Barisan Nasional kerana menyokong Pas sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap Pas hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan Pas mudah tunduk kepada DAP.
Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am Pas itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga." - BERNAMA

Sunday, July 3, 2011

APABILA ISTANA MULA BERSUARA....

Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai

Link http://umno-online.com/?p=40842&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=titah-khas-yang-di-pertuan-agong-mengenai-perhimpunan-haram-9-julai

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut :

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Berita Bertarikh 3 July 2011 Pada 10:00 PM



Wednesday, May 4, 2011

GELOMBANG 600 KELUAR PR LAGI...

600 ahli pembangkang sertai MIC Tampin

SEREMBAN 2 Mei - Lebih 600 ahli parti pembangkang daripada pelbagai cawangan sekitar kawasan Parlimen Tampin dekat sini bertindak keluar parti dan menyertai MIC Bahagian Tampin berikutan tidak puas hati dengan hala tuju parti serta janji kosong pemimpin mereka.

Setiausaha Agung MIC, Datuk T. Rajagopalu berkata, kesemua individu terbabit merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP selain pertubuhan haram Hindraf.

"Mereka bertindak demikian kerana mendakwa parti pembangkang hanya menabur janji kosong dan apabila masalah rakyat dirujuk, mereka (pembangkang) tidak mampu menyelesaikannya.

"Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa bantuan yang diterima di kawasan mereka disalurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan MIC," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Rajagopalu, secara jelas ini menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin dalam membela nasib rakyat yang selaras dengan konsep 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

"Kesemua individu itu dari enam cawangan parti pembangkang di Gemencheh, Gemas dan Repah dan mereka mengisytiharkan keluar parti dalam majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min, Gemencheh Sabtu lalu," katanya.