ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Thursday, April 28, 2011

PULANGLAH ADIK NUR AIN NASUHA MOHD ZABRI

Pulang lah adik. Kasihan mak dengan ayah adik.  belum masanya untuk adik mencari rezeki.  Tugas adik sekarang adalah belajar dan menimba ilmu.  Setidaknya adik maklumkan kepada ayah dan ibu dimana adik tinggal supaya mereka tidak lagi risau. 

Along tidak pulang rumah sejak 16 hari lalu





HULU TERENGGANU 26 April - Keluarga seorang gadis berumur 18 tahun yang menghilangkan diri dari rumah sejak 16 hari lalu amat mengharapkan kepulangannya kerana bimbang tentang keselamatannya.

Kehilangan Nur Ain Nasuha Mohd. Zabri (gambar) sejak 11 April lalu, menyebabkan ibunya, Nor Ismidar Idris, 35, tidak lena tidur.

Menurut Nor Ismidar, anak sulungnya dari lima beradik itu yang dipanggil 'Along' keluar dari rumah sehelai sepinggang dengan memakai tudung hitam, baju T berwarna ungu dan seluar jeans hitam.
Dia juga turut membawa semua sijilnya.

"Along kata nak keluar ke bandar pada pagi tu. Ayahnya hantar dia ke pondok menunggu bas pada pukul 8.30 pagi dan membekalkan dia RM50.

"Tetapi sampai pukul 11 malam, dia tak balik dan selepas puas mencari, kami buat laporan polis," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Durian Mas di sini.
Katanya, selepas dua hari kehilangannya, anak gadisnya itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan supaya dia tidak dicari.

Mesej itu, katanya, antara lain berbunyi "mak dan ayah jaga diri baik-baik, jangan cari along, along selamat. Along akan balik setelah along berjaya nanti."

Bagaimanapun Nur Ain Nasuha tidak memaklumkan lokasi dia sedang berada.

Nur Ismidar berkata, beliau dan suaminya yang bekerja sebagai pemandu van, risau kerana ayat dalam mesej yang dihantar anaknya itu lebih tersusun dan tidak seperti kebiasaannya.

"Kami sangat risaukan dia. Merata tempat kami dah cari. Saya harap dia dapat hubungi saya untuk beritahu dia selamat. Kalau tak nak telefon, sekurang-kurangnya Along hantarlah mesej beritahu dia tak apa-apa," katanya.
Katanya, mereka yang mempunyai maklumat tentang gadis itu diharap dapat menghubungi beliau di talian 013-9890716. - BERNAMA

Tuesday, April 26, 2011

WARKAH PM UNTUK PELAJAR

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Friday, April 22, 2011

TEMPIASNYA PASTI AKAN DAPAT PUTRA MAHKOTA

Memandangkan Nilai 3 ini bersebelahan dengan Putra Mahkota, maka pastinya tempias pembangunan ini akan juga dapat dinikmati oleh penduduk Putra Mahkota.  

Nilai 3 jadi pusat komersial moden - Ismail Sabri

22/04/2011 5:43pm

NILAI 22 April - Nilai 3 yang terkenal sebagai pusat pembelian borong, akan dinaik taraf sebagai kawasan membeli belah yang moden dan bertaraf antarabangsa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kementerian kini dalam usaha menarik pelabur seperti Ikano dan Courts serta syarikat pasar raya besar antarabangsa melabur di kawasan itu.

"Kerajaan mahu membantu pengusaha di sini, kita mahu menarik lebih ramai orang termasuk rakyat Singapura dan Brunei berbelanja,” katanya kepada pemberita selepas melawat Nilai 3 hari ini. - Bernama

ADA PAS, BARU BOLEH MASUK - SPR

Media ada pas khas dibenar masuk premis pilihan raya - SPR

22/04/2011 5:02pm

KUALA LUMPUR 22 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa wakil media yang mempunyai pas khas yang dikeluarkan SPR dan Borang A (Borang Sumpah Kerahsiaan) dibenar memasuki sesuatu premis pilihan raya termasuk pusat penamaan calon, pusat pengundian dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata, bagaimanapun hanya jurugambar dibenar masuk ke dalam pusat penamaan calon dan pengundian dalam tempoh tertentu untuk mengambil gambar proses berkenaan. 

"Untuk makluman, dua jenis pas khas dikeluarkan SPR kepada wakil media iaitu pas wartawan/pemberita dan pas jurugambar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyatan itu dikeluarkan bagi menjelaskan dakwaan Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) bahawa berlaku layanan buruk SPR terhadap wartawan semasa pilihan raya negeri Sarawak ke-10 baru-baru ini. - Bernama

GELOMBANG KELUAR PR LAGI...

Pas semakin tersasar sejak bersekutu dengan PKR , DAP

PASIR PUTEH 21 April - Seramai 80 ahli Pas di sini bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.

"Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi 'kuda kayu' tunggangan Pas buat selamanya.

"Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk," dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi.

Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.

"Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun. Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela.
"Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar," dakwanya.

Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.
"Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara.

"Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa-apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat.

"Tapi kalau tengok kepada wakil-wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah-mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas," dakwanya.

Thursday, April 21, 2011

PASAI APA PULAK KALUT-LALUT NIH...

Presiden, pemimpin Pas tak perlu kalut jika dicabar

21/04/2011 12:31pm

RANTAU PANJANG 21 April - Pemimpin Pas tidak perlu berasa risau atau bertindak terburu-buru apabila diuar-uar akan dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, mereka sebaliknya harus menilai sendiri sama ada mereka berjuang untuk parti atau kepentingan diri.

"Pemimpin tertinggi Pas termasuk presiden sendiri tidak perlu kalut apabila menghadapi keadaan sama ada dicalonkan atau mempertahankan diri dalam sesuatu jawatan,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku itu kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemimpin Pas yang matang juga tahu bahawa mereka yang benar-benar berwibawa tidak perlu menonjolkan diri agar dicalonkan, sebaliknya menunggu pencalonan daripada akar umbi. - Bernama

Tuesday, April 19, 2011

DATUK YANG DIKATA BERKHALWAT ADALAH SUAMI ISTERI

Kalau benarlah mereka berdua suami isteri, alhamdullillah...Selamat dunia dan akhirat.  Kalau begitu, kita ucapkan selamat pengantin baru datuk... Sila baca perenggan terakhir artikel ini.

Salim Parlan, bekas pembantu didakwa berkhalwat

19/04/2011 2:07pm

PULAU PINANG 19 April – Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi di sini Sabtu lalu.

Salim, 51, memakai kemeja biru dan berseluar hitam sementara Nur Diayana, 30, berbaju kurung putih berbunga merah jambu serta bertudung warna sama masing-masing mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya kira-kira pukul 10 pagi.

Kedua-dua mereka juga dilihat tenang sambil memandang antara satu sama lain serta berkata “tidak mengaku bersalah” ketika jurubahasa bertanyakan pengakuan mereka berdua berhubungan tuduhan yang didakwa.
Sebelum itu, Salim hadir ke mahkamah kira-kira pukul 8 pagi dengan ditemani isterinya manakala Nur Diayana kira-kira 1 jam selepas itu dengan menaiki Honda CRV kelabu. 

Mengikut pertuduhan, Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi, 16 April lalu, di bilik No. 224, sebuah hotel di Batu Feringghi di sini. 

Salim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap seorang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz mencadangkan supaya kedua-dua tertuduh dibebaskan masing-masing dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh Wan Faridulhadi Mohd. Yusoff memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada hanya RM1,000 sahaja.

Nik Bukhari Hashimy menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Beliau membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 berserta seorang penjamin yang bermastautin di negeri ini bagi mengelak mereka menghilangkan diri semasa perbicaraan.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Faridulhadi memberitahu bahawa kedua-dua anak guamnya merupakan pasangan suami isteri.

“Mereka telah bernikah di luar negara dan sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di dalam negara ini. - Utusan

Monday, April 18, 2011

HUSAM CALON PRESIDEN PAS

Calon Husam untuk ubah Pas

KUALA LUMPUR – Pas Kawa:san Bukit Bintang yang mencetuskan kejutan dengan mencalonkan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk mencabar Presiden, memberi alasan kepimpinan Pas perlu berubah dan perubahan itu perlu dilakukan pada muktamar kali ini.

Yang Dipertua Pas Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim berkata, perubahan dalam kepimpinan Pas amat penting untuk meraih semula sokongan rakyat terhadap parti itu selain memperkukuhkan komitmen dalam Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Ditanya adakah pencalonan itu membawa maksud Pas Bukit Bintang menolak kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Mohd Radzi berkata: “Abdul Hadi lebih sesuai memainkan peranan sebagai Timbalan Mursyidul Am menggantikan Datuk Dr Harun Din.”

“Datuk Harun pula masih diperlukan sebagai Ahli Majlis Syura Ulama,” katanya.

Mengenai Husam, Mohd Radzi berkata, calon Timbalan Presiden pada pemilihan 2009 itu mempunyai ketokohan yang diperlukan untuk mentadbir parti di bawah kuasa eksekutif sedia dan memenuhi kriteria diperlukan Majlis Syura Ulama.

"Kita percaya Husam berkemampuan dan pencalonan itu relevan dengan kehendak semasa untuk membawa perubahan pada parti," katanya.

Pada muktamarnya 8 April lalu, selain mencalonkan Husam bagi jawatan Presiden, Pas Bukit Bintang turut mencalonkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bagi kerusi Timbalan Presiden.

Selain itu, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dicalon untuk mengekalkan jawatan di samping penyertaan satu muka baru, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ditanya lagi sama ada pencalonan kontroversi itu diatur atas persepakatan dengan mana-mana pemimpin berikutan Pas Kubang Kerian yang diketuai Husam terdahulu mencalonkan Mat Sabu untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden, Mohd Radzi menafikan.

Pada 2009, kedua-dua Husam dan Mat Sabu bertanding mencabar penyandang kerusi Timbalan Presiden, Nasharuddin tetapi tidak berjaya.

Menjawab kenyataan Husam bahawa beliau sendiri tidak mahu namanya dicalonkan untuk mencabar Presiden, Mohd Radzi berkata, pihaknya sedia akur jika itu kehendak Husam sendiri.

Kepada satu soalan, beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk terus menyokong Abdul Hadi sebagai Presiden jika keputusan majoriti masih memihak kepada pemimpin dari Terengganu itu.

"Dalam Pas, kita amalkan konsep wala' iaitu kesetiaan kepada pemimpin yang dipilih secara majoriti. Ahli perlu bersetuju dengan keputusan ramai. Tidak timbul isu kami mahu menyanggah jika hasrat kami ini ditolak," katanya.

Bagi pemerhati politik Pas, ini bukan kali pertama Pas Bukit Bintang mencetus kontroversi. Pada pemilihan 2009, kawasan itu pernah mencalonkan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi jawatan Presiden parti namun ditolak.

“Pencalonan adalah perkara biasa seperti mana dalam parti, setiap dua tahun sekali, semua jawatan yang disandang gugur secara automatik,” katanya.

Mohd Radzi berharap terdapat pengasingan kuasa antara kuasa eksekutif dan Majlis Syura.

“Pengasingan kuasa perlu supaya kuasa eksekutif dapat menjalankan aktiviti dengan bebas tanpa melanggar perlembagaan parti dan ketetapan Majlis Syura.

“Tidak timbul isu penyingkiran ulama kerana buat masa ini, kuasa eksekutif dan perjalanan parti masih diawasi dan ditetapkan oleh Majlis Syura,” katanya.

KELAB PENYOKONG PAS BUBAR?

Ulangan....

Kelab Penyokong Pas Serdang telah pun dibubarkan akibat daripada ketidakpuasan hati oleh Ahli-Ahli mereka.

Dalam Laporan Tersebut, kelihatan mereka ini adalah terdiri daripada orang cina dan india telah mengisytiharkan untuk membubarkan Kelab tersebut.  Walau apapun, kita tunggu pula ulasan dari pihak yang lain untuk kesahihannya.


Adakah kita juga akan mendengar Pembubaran Kelab Penyokong Pas di daerah lain pula selepas ini.  Itu semua adalah kerja ALLAH.  Semoga ALLAH tunjukkan yang terbaik untuk kita.

Apa yang mereka tidak puas hati, kena tanya sendiri dengan depa la.....

 ........................................................................................................................................................

PEKAN BANGI – Kira-kira 20 Penyokong Dewan Himpunan Penyokong Pas Serdang (DHPP) yang terdiri dari kaum Cina bertindak keluar dari menjadi ahli dan tidak memberikan sokongan terhadap pergerakan aktiviti kerana ketidakadilan dalam melaksanakan tanggungjawab yang dijanjikan.


Difahamkan kesemua mereka bertindak sedemikian kerana kekecewaan dengan tindakan pemimpin setempat yang seolah-olah menganaktirikan sumbangan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program-program DHPP di sekitar Bangi.

Wakil kumpulan berkenaan, Jennet, berkata, mereka semua mengambil keputusan keluar dari menjadi ahli DHPP Serdang tidak menyokong kepimpinan adalah disebabkan ketidakadilan dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Segala janji mereka untuk adil dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat setempat khususnya kaum Cina di Bangi kini adalah helah dan tipu semata-mata kerana orang yang tidak menjalankan tugas mendapat jawatan yang tidak sepatutnya.

“Persoalan utama kita disini bukanlah disebabkan jawatan tetapi bagaimanan kepimpinan DHPP Serdang boleh menerima seseorang yang tidak bersama kita menjayakan program-program kemasyarakatan malahan kurang mengenali permasalahan yang dihadapi penduduk boleh dilantik sebagai ketua.

“Ini tidak seharusnya berlaku jika betul kepimpinan DHPP melaksanakan janji-janji mereka namun perkara sebaliknya berlaku”, katanya ketika ditemui mengadakan program ikrak keluar dari DHPP Serdang, semalam.

Menurutnya, tindakan keluar dari DHPP Serdang ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak mahupun parti dan ia adalah atas kerelaan diri sendiri demi kepentingan bersama khususnya masyarakat Cina.

“Tindakan ini adalah atas kerelaan hati ahli-ahli kerana memikirkan tiada gunanya kita menyokong seseorang jika ia tidak menepati janji dan membantu ahli-ahli menyelesaikan permasalahan yang dihadapi”, katanya.

Turut hadir pada program berkenaan ialah kepimpinan Umno Bahagian Serdang yang diketuai Datuk Mohd Fathil Daud.


Sementara itu, Mohd Fathil berkata, Umno tidak mempengaruhi kumpulan berkenaan untuk mengambil keputusan berkenaan dan kita tidak menjanjikan apa-apa kepada mereka cuma kita akan berusaha menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.


“Masyarakat khususnya ahli-ahli DHPP perlulah membuka mata dan memikirkan apa yang perlu mereka lakukan setelah melihat ketidakpuashati yang disuarakan kumpulan ini.


“Bukalah mata dan fikirlah sedalam-dalamnya adakah sokongan kumpulan ini terdapat DHPP mendapat pembelaan sewajarnya atau sebaliknya”, katanya.

- Sumber Dari Sinar Harian

Sunday, April 17, 2011

GEMPAR - TENTERA PUN KENA LIWAT....

Macam-macam...Askar pun kena liwat. Dah lah kena liwat takut pulak nak buat aduan.  Takut juga kepada sipelaku yang mungkin ada kuasa yang lebih tinggi.  Ayat terakhir perenggan ini tertulis begini "Pentagon menyatakan, dalam tinjauan 2010, menunjukkan ramai lelaki tidak melaporkan serangan seksual kerana tidak mahu sesiapa tahu, yakin penyerang tidak akan dihukum atau takut kepada tindakan balas pihak bertanggungjawab."  Maka kita fikir-fikirkan.....

Hampir 50,000 askar veteran lelaki Amerika 'trauma seksual' tahun lalu

VIRGINIA: Lebih 100 askar lelaki dalam angkatan tentera Amerika Syarikat mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pada 2010 ketika bertugas.Pada masa sama, Pentagon memberi amaran, angka mangsa gangguan seksual itu mungkin lebih tinggi kerana ada yang takut untuk membuat aduan. 

Ramai askar tidak membuat aduan kerana tidak mahu orang ramai mengetahui identiti mereka sebagai mangsa peras ugut seksual. Penganalisis berkata, lelaki yang melakukan serangan seksual mendakwa mereka memiliki kecenderungan seks biasa.

Awal tahun ini, Pentagon mengambil tindakan sambil lewa selepas menerima aduan sekumpulan veteran perang wanita bahawa mereka dirogol dan diperas ugut ketika bertugas.

Hampir seorang setiap lima askar wanita dalam angkatan bersenjata Amerika melaporkan pernah diganggu secara seksual manakala di kalangan askar lelaki, purata aduannya adalah seorang setiap 15 anggota.
Minggu lalu, akhbar Daily Mail memetik perangkaan Jabatan Hal-Ehwal Veteran yang mendedahkan, hampir 50,000 askar veteran lelaki Amerika mengalami ‘trauma seksual’ tahun lalu, berbanding 30,000 pada 2003.

Serangan seks oleh askar ke atas rakan setugas tidak diiktiraf sebagai kesalahan oleh Jabatan Pertahanan (Pentagon) hingga 1992 tetapi ia hanya membabitkan mangsa askar wanita.

“Satu daripada sebab seseorang itu melakukan serangan seksual supaya mangsa tidak melawan atau bertujuan memaksanya keluar dari situ,” kata Mic Hunter, pengarang buku Honor Betrayed: Sexual Abuse in America’s Military.

“Serangan seksual bukan bertujuan melakukan seks tetapi mengenai keganasan,” katanya lagi.

Hunter dan orang lain bersetuju bahawa dasar baru Washington menamatkan prinsip ‘jangan tanya, jangan beritahu’, boleh membantu tentera menangani isu serangan seksual.

“Saya tidak kata dasar baru akan menyebabkan keadaan lebih selamat tetapi mangsa lelaki mungkin tidak lagi keberatan melaporkan kejadian menimpa mereka,” kata Aaron Belkin, pengarah Palm Center, sebuah institut mengkaji golongan ‘gay’ dalam tentera.

Pentagon menyatakan, dalam tinjauan 2010, menunjukkan ramai lelaki tidak melaporkan serangan seksual kerana tidak mahu sesiapa tahu, yakin penyerang tidak akan dihukum atau takut kepada tindakan balas pihak bertanggungjawab. – Agensi

SIDANG AKHBAR ANWAR MENJAWAP RAJA PETRA

ASSALAMULAIKUM WBRKTH< SALAH SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA,


Saya pasti kita semua masih tertunggu-tunggu akan sidang media yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim bagi menjawap tuduhan yang yang dilemparkan oleh RPK mengenai isu Fitnah terhadap PM dan isterinya.   

Belum pun selesai Pilihanraya Negeri Sarawak, dikhabarkan Anwar sudah pun tidak lagi berada di tanah air.  Mungkinkah Anwar akan membuat statement terhadap Isu ini kepada CNN, BBC dan Media antarabangsa.

Bersama kita tunggu perkembangannya...kita nak lihat juga apa jawapannya....Drama Fitnah ini menjadi semakin panas, dan bagi setiap drama pasti ada Klimaksnya dan bagi setiap drama pasti ada endingnya...

Kita tunggu.....zassss....

KITA BAKOR JER YOP....SAPA SETUJU SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYA

REHATKAN MINDA KITA.....

Saturday, April 16, 2011

WAJAH-WAJAH MANAKAH YANG AKAN BERSAMA DALAM KERAJAAN NEGERI SARAWAK

PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK KE-10

Kita tunggu Keputusan pilihanraya seawal jam 6 petang nati dan selewatnya jam 11.00 malam.

Calon
N01 Opar
Ranum Mina
Calon
N02 Tasik Biru
Datuk Peter Nansian Ngusie
Calon
N03 Tanjung Datu
Tan Sri Adenan Satem
Calon
N04 Pantai Damai
Dr Abdul Rahman Junaidi
Calon
N05 Demak Laut
Dr Hazaland Abang Hipni
Calon
N06 Tupong
Datuk Daud Abdul Rahman
Calon
N07 Samariang
Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
Calon
N08 Satok
Datuk Abang Johari Tun Abang Openg
Calon
N09 Padungan
Sim Kiang Chiok
Calon
N10 Pending
Dr Sim Kui Hian
Calon
N11 Batu Lintang
Sih Hua Tong
Calon
N12 Kota Sentosa
Datuk Alfred Yap Chin Loi
Calon
N13 Batu Kawah
Tan Jhoo Phoi
Calon
N14 Asa Jaya
Abdul Karim Rahman Hamzah
Calon
N15 Muara Tuang
Datuk Seri Mohd Ali Mahmud
Calon
N16 Bengoh
Dr Jerip @ Belek Susil
Calon
N17 Tarat
Roland Sagah Wee Inn
Calon
N18 Tebedu
Datuk Seri Michael Manyin Jawon
Calon
N19 Kedup
Martin Ben
Calon
N20 Sadong Jaya
Aidel Lariwoo
Calon
N21 Simunjan
Mohd Naroden Majais
Calon
N22 Sebuyau
Julaihi Nerawi
Calon
N23 Lingga
Simoi Peri
Calon
N24 Beting Maro
Razali Ghapor
Calon
N25 Balai Ringin
Snowdan Lawan
Calon
N26 Bukit Bengunan
Mong Dagang
Calon
N27 Simanggang
Datuk Francis Harden
Calon
N28 Engkilili
Dr Johnical Rayong
Calon
N29 Batang Ai
Malcom Mussen
Calon
N30 Saribas
Razi Sitam
Calon
N31 Layar
Tan Sri Alfred Jabu Numpang
Calon
N32 Bukit Saban
Robert Lawson Chuat
Calon
N33 Kalaka
Abdul Wahab Aziz
Calon
N34 Krian
Datuk Peter Nyarok Entrie
Calon
N35 Belawai
Datuk Len Talif Salleh
Calon
N36 Semop
Abdullah Saidol
Calon
N37 Daro
Murni Suhaili
Calon
N38 Jemoreng
Abu Seman Jahwie
Calon
N39 Repok
Datuk David Teng Lung Chii
Calon
N40 Meradong
Ling Kie King
Calon
N41 Pakan
Datuk Seri William Mawan Ikom
Calon
N42 Meluan
Wong Judat
Calon
N43 Ngemah
Alexander Vincent
Calon
N44 Machan
Datuk Gramong Juna
Calon
N45 Bukit Assek
Chieng Buong Toon
Calon
N46 Dudong
Datuk Tiong Thai King
Calon
N47 Bawang Assan
Datuk Seri Wong Soon Koh
Calon
N48 Pelawan
Vincent Goh Chung Siong
Calon
N49 Nangka
Dr Anuar Rapiee
Calon
N50 Dalat
Datin Fatimah Abdullah
Calon
N51 Balingian
Tan Sri Abdul Taib Mahmud
Calon
N52 Tamin
Joseph Mauh Ikeh
Calon
N53 Kakus
John Sikie Tayai
Calon
N54 Pelagus
Stanley Unja
Calon
N55 Katibas
Datuk Ambrose Blikau Enturan
Calon
N56 Baleh
Dato Seri Dr James Jemut Masing
Calon
N57 Belaga
Liwan Lagang
Calon
N58 Jepak
Datuk Talip Zulpilip
Calon
N59 Kidurong
Henry Ling Kuong Meng
Calon
N60 Kemena
Dr Stephen Rundi Utom
Calon
N61 Bekenu
Rosey Yunus
Calon
N62 Lambir
Ripin Lamat
Calon
N63 Piasau
Tan Sri George Chan Hong Nam
Calon
N64 Pujut
Andy Chia Chu Fatt
Calon
N65 Senadin
Datuk Lee Kim Shin
Calon
N66 Marudi
Sylvester Entri Muran
Calon
N67 Telang Usan
Dennis Ngau
Calon
N68 Bukit Kota
Dr Abdul Rahman Ismail
Calon
N69 Batu Danau
Paulus @ Palu Gumbang
Calon
N70. Ba'kelalan
Willie Liau
Calon N71 Bukit Sari
Datuk Awang Tengah Ali Hasan