ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, May 1, 2010

LAPORAN POLIS BUAT LIM GUAN ENG

Guan Eng dakwa peniaga jalankan aktiviti bar pantai

GEORGETOWN: Pemilik gerai atas pokok, Kafe Do Re Mi di sini, Johar Ismail membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa membuat fitnah terhadapnya sehingga mencalarkan imejnya.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Jalan Patani di sini, semalam.

Johar berkata, beliau membuat laporan polis itu selepas Guan Eng menuduhnya menjalankan perniagaan bar pantai seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Katanya, tuduhan Guan Eng itu jelas mencalarkan imejnya dan umat Islam secara keseluruhannya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya menjalankan perniagaan kafe, bukannya bar pantai seperti didakwa Guan Eng. Tuduhannya tidak betul sama sekali dan jelas memfitnah.

“Beliau seolah-olah bankrap idea dan cuba mendapatkan simpati daripada orang ramai yang sebelum ini bersimpati dengan saya. Tetapi, usahanya itu gagal,” katanya di sini, semalam.

Dalam laporan akhbar milik pakatan pembangkang itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dipetik berkata: “Kita tidak antisesiapa. Kalau halang jalan kita ambil tindakan. Isu Do Re Mi Beach Bar juga digembar-gemburkan,” katanya.

Johar berkata, Guan Eng tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu seumpama itu dan sepatutnya lebih kerap ‘turun padang’ untuk melihat sendiri bentuk perniagaan yang dijalankannya.

Baru-baru ini, kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan tindakan meroboh gerai haram termasuk Kafe Do Re Mi, mulai 1 Mei.

Bagaimanapun, keputusan yang diambil kerajaan negeri itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai melampau.