ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, December 12, 2009

Sultan Selangor bimbang situasi semasa di negeri Selangor

ARKIB : 12/12/2009

Sultan Selangor bimbang situasi semasa di negeri Selangor
12/12/2009 6:49pm


KLANG 12 Dis — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa bimbang terhadap situasi semasa di negeri ini yang didapatinya meletakkan agenda politik mengatasi agenda pembangunan negeri.

Baginda bertitah perkara-perkara kecil di negeri Selangor kadangkala dihebah dan diperbesarkan sehingga melampaui batasan dan menyebabkan rakyat di negeri itu menjadi keliru.

Justeru, baginda mengingatkan semua pimpinan tertinggi negeri Selangor agar jangan banyak bercakap sahaja malah melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah kepada rakyat di negeri itu.

“Beta percaya rakyat pada masa sekarang ini lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah mengenai soal-soal politik.

“Oleh yang demikian, beta mengingatkan bahawa kerajaan Selangor pada masa kini adalah bertanggungjawab membina dan membuat landasan bagi keharmonian dan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang,” titah Sultan Sharafuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-64 di Istana Alam Shah di sini hari ini.

— BERNAMA


Ampun Tuanku....

Kepada rakyat sekelian, Tuanku sendiri sudah bertitah sedemikian.  Apakah rakyat masih tidan faham lagi apa maksud yang Tuanku Sultan yang kita cintai ini ingin sampaikan.

Semoga ALLAH merahmati tuanku Sultan dan rakyat negeri Selangor.  Semoga tiada lagi mainan politik dari Kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri yang telah diberi amanah oleh rakyat ini dapat menumpukan kepada Pembangunan Negeri dan Pembanguan Insan rakyat Negeri Selangor. Amin.