ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Thursday, December 9, 2010

NURUL SHAZIENA BINTI KAMARUDDIN DICARI

Bekas pelajar agama hilangkan diri


KAMARUDDIN Hassan menunjukkan gambar anaknya, Nurul Shaziena yang dipercayai hilang di Kampung Padang Rokna, Wakaf Bharu, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

TUMPAT 7 Dis. - Selepas berulang alik antara rumah kedua ibu bapanya yang bercerai 10 tahun lalu, akhirnya seorang bekas pelajar perempuan sekolah agama di sini menghilangkan diri sejak dua hari lalu.

Bapa pelajar berkenaan, Kamaruddin Hassan, 46, berkata, anaknya Nurul Shaziena Kamaruddin, 18, ada memaklumkan kepadanya untuk pergi ke rumah ibunya di Pasir Tumboh, Kota Bharu, bagaimanapun anaknya gagal dihubungi selepas itu.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan untuk anaknya yang mesra dipanggil Kak Ngah itu berulang alik dari rumahnya di Padang Rokna, Wakaf Bharu ke rumah bekas isterinya, Rola Rina, 37, selepas mereka bercerai kira-kira 10 tahun lalu.

"Kak Ngah ada memaklumkan kepada saya melalui telefon untuk pergi ke rumah ibunya pada Ahad lalu, selepas dia keluar rumah kira-kira pukul 10 pagi hari yang sama. Tetapi apabila saya cuba menghubunginya keesokan hari, (panggilan) tidak berjawab menyebabkan saya berasa tidak sedap hati.

"Selepas menghubungi bekas isteri, saya dimaklumkan Nurul Shaziena tidak datang ke sana sejak dua hari lalu dan berusaha beberapa kali menghubungi Shaziena, sebelum mengambil keputusan melaporkan perkara itu di Balai Polis Wakaf Bharu tengah hari ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan itu sambil meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai Polis Wakaf Bharu di talian 09-7196222 atau bapa mangsa di talian 014-5209617 dan 012-9631973. - BERNAMA

Tuesday, December 7, 2010

LOW LI MIN DI CARI....

Ibu rayu anak gadis 16 tahun pulang

Tan Ghek Khim menunjukan gambar Low Li Min pada sidang media di Sungai Petani, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

SUNGAI PETANI 6 Dis. - Seorang ibu, Eaan Ghek Khim merayu anak gadisnya berusia 16 tahun yang menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang pemuda sejak 21 Oktober lalu, supaya pulang ke pangkuan keluarga dengan segera.

Ghek Khim, 47, berkata, kehilangan Low Li Min, 16, disedarinya selepas anak kedua daripada empat beradik itu tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahannya di Sekolah Menengah Teknik 2, di sini.

"Li Min tinggal di asrama sejak Januari lalu dan saya kini risau dengan keselamatannya serta amat merinduinya, takut kalau sesuatu yang buruk menimpa. Saya merayu kepadanya, pulanglah," katanya di sini hari ini.

Menurut pekerja swasta itu, dia mengesyaki kehilangan anaknya mungkin ada kaitan dengan kedatangan sebuah keluarga ke rumahnya kerana ingin meminang Li Min, Disember tahun lalu.

"Saya rasa, mereka adalah keluarga teman lelaki anak saya yang datang untuk melamar Li Min. Saya bagaimanapun tolak dengan cara baik kerana Li Min masih bersekolah.

"Mereka datang lagi baru-baru ini dengan hasrat yang sama namun saya tidak benarkan dan saya syak, Li Min kini ada bersama mereka," dakwanya.

Katanya, sejak anaknya dilarikan, Li Min pernah menghubunginya sebanyak dua kali menerusi panggilan telefon sambil menangis.

"Dia kata mahu pulang tetapi berada di tempat jauh yang saya dan dia (Li Min) tidak tahu di mana," katanya.

Ekoran kejadian itu, Ghek Khim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sehari selepas kehilangan anaknya iaitu pada 22 Oktober lalu.

Katanya, dia juga telah memuat turun gambar Li Min ke dalam laman sosial Facebook untuk disebarkan kepada umum.

"Saya berharap orang ramai segera berhubung dengan balai polis berhampiran sekiranya terjumpa Li Min," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, mengesahkan menerima laporan tentang kehilangan gadis tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau berjumpa gadis itu diminta menghubungi Ghek Khim di talian 012-4136325 atau balai polis berhampiran.




INILAH PELUANG SAYA

Peluang Menjelaskan Diri Di Mahkamah Kata DS Khir Toyo

1. Pagi tadi saya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan untuk saya dan isteri suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak  UNTUNBACAAN LANJUT SILA  klik disini

Monday, November 22, 2010

YANG CIUM MACAM NIE PUN DAH TAK CHAYANG?

Saya ada terbaca blog Realiti Mulut Melayu. Katanya orang yang mencium Anwar ini pun dan keluar PKR.  Nak baca beritanya sila Klik Disini

Yang lain-lain tu bila lagi nak keluar dari PKR yang merosakkan  minda rakyat tu?  Ingatlah Rakyat akan kenang jasa-jasa orang yang memangkah DAP. PAS dan PKR semasa mana-mana pilihanraya.

Mereka akan kenang jasa-jasa mereka kerana berjaya menjadikan Malaysia ini sebagai Singapore ke DUA....Maka pada ketika itu, cucu cicit kita semua mula menyumpah-nyumpah kepada orang-orang yang memberi undi bagi menguatkan parti yang merosakkan Tanah Melayu yang kita cintai ini......

Sunday, November 21, 2010

Senjata Buatan Sendiri Makan Tuan lagi....

21 Nov 2010 ~ Hari ini berlaku laku senjata makan tuan.  Bekas Timbalan Setiausaha PKR dan penyokongnya menganjurkan perhimpunan bagi membantah dan menyatakan rasa tidak puas hati ahli dengan sikap pemimpin PKR yang seolah-olah mahu lepaskan tangan terhadap ahli terutama ahli dari Kaum India. 

Masihkah kita ingat bahawa Demonstrasi ini telah dihalalkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI).  Katanya ianya baik untuk kita menunjukkan ketidakpuasan hati kita terhadap sesuatu isu.  

Nah..hari ini senjata yang direka oleh DSAI ini mula memakan dirinya kembali.  

Dalam perhimpunan itu, Janapala menempelak DSAI kerana terlalu membela Azmin.

"Kalau DSAI mahu Azmin, biar dia simpanlah" itulah kata yang terpacul dari mulut Janapala.  Apa maksud Janapala itu,hanya dialah yang lebih arif apa yang diperkatakan....

Dalam pada itu, Tian Chua juga telah dilabel sebagai bapak penipu...

Dalam isu yang lain, di Pulau Pinang juga berlaku perkara yang sama dimana Program Anti ISA telah bertembung dengan demontrasi Menyokong ISA....

Kita bacalah berita panas ini dalam surat kahbar esok....
   

Adakah Senjata Sudah Mula Digenggam?

Adakah AIDC dah kembali? Adakah AIDC sudah bersama kembali untuk berperang dibarisan Media Alternatif? Cuba klik disini

Alhamdulillah..kalau betul...selamat Mengangkat Senjata semula...Penulisan anda adalah satu senjata yang amat merbahaya, canggih dan terkini serta amat digeruni oleh mereka-mereka.....

Perjuangan kita masih belum berakhir...

BANDAR I-CITY SHAH ALAM

Semalam ada kesempatan ke I-CITY Shah Alam. 

Sudah lama rasanya teruja mendengar org brecerita mengenai keunikan lampu-lampu.  Sebaik sampai dikawasan itu, kita dikenakan bayaran RM 10.00.

Saya terus mencari parking, namun amat sukar kerana ramai juga orang yang datang dalam masa yang sama kerna ianya malam minggu.

Sedikit komen saya ialah "Indah Khabar Dari Rupa" tapi taklah teruk sangat.  Kalau minta markah 1-10, saya akan beri 5 sahaja.  Memang cantik lampu-lampu yang dipasang tapi belum lagi secara menyeluruh.  Sambil berjalan saya ada juga dengar orang mencadangkan itu, mencadang ini.

Mungkin pihak penganjur masih dalam perangkaan menambah lagi beberapa strategy untuk mengindahkan I-CITY tersebut.  Saya berharap para pengunjung dapat bersabar.  Cuma bayaran RM 10 itu adakah berbaloi , anda sebagai pengunjung yang tentukan....

Saturday, November 20, 2010

BUKANKAH INI YANG DIAJAR ANWAR....

Bukankah ini yang diajar anwar KEPADA PENGIKUTNYA, berdemonstrasi kalau tak puas hati, jadi kenapa perlu Anwar nak marah.  Ingatlah sesuatu yang tak betul itu allah akan bayar tunai.  Banyak benda dah yang makan tuan pada anwar ini...

bERITA uTUSAN...

SHAH ALAM 19 Nov. – Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini untuk memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti yang mendesaknya supaya berundur.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu berkumpul di Dataran Shah Alam lengkap dengan kain rentang yang tertera kata-kata mengecam Penasihat PKR itu.

Mereka yang diketuai oleh calon Ketua PKR Cabang Kota Raja, S. Kottapan mula berkumpul kira-kira pukul 8.15 malam bagi menggesa pucuk pimpinan parti itu membatalkan pemilihan peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Mereka berhimpun kira-kira 50 meter dari Wisma MBSA yang merupakan tempat Anwar mengadakan taklimat kepada ketua-ketua PKR Selangor.

Penunjuk perasaan itu membawa kira-kira tujuh kain rentang yang antaranya tertera kata-kata ‘Anwar, Azmin undur’ dan ‘Selesaikan masalah peribadi sebelum selesaikan masalah parti’.

Kira-kira lima minit selepas kumpulan itu mengangkat kain rentang, hampir 50 orang yang dipercayai ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) datang ke dataran itu dan menyuruh kumpulan yang diketuai Kottapan bersurai. Akibatnya berlaku pertengkaran selama kira-kira 10 minit sehingga hampir mencetuskan pergaduhan di antara mereka. Bagaimanapun, sepasukan anggota polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran berjaya mengawal situasi dan kedua-dua kumpulan berjaya dipisahkan ke tempat berasingan.

Polis kemudian memberi tempoh 10 minit kepada Kottapan untuk bersurai yang dituruti oleh kumpulannya dan polis kemudiannya merampas semua kain rentang. Kottapan ketika ditemui berkata, mereka mengadakan demonstrasi aman bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan peringkat cabang dan MPP yang dicemari penipuan dan rasuah. Sementara itu, dalam taklimat berkenaan Anwar menyelar Datuk Zaid Ibrahim kerana ‘menyerang’ PKR menggunakan ‘media UMNO’.

Beliau berkata, golongan seperti itu merupakan pengkhianat dalam perjuangan dan ‘laskar upahan’ yang kerjanya memaki PKR. Anwar juga memperlekeh ahli-ahli PKR yang membantah pemilihan cabang tetapi tidak mengemukakan bukti dan beliau menyamakan keadaan itu seperti kes liwat yang dihadapinya.

Friday, November 19, 2010

DUIT YAYASAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

TAJUK SSDE MINGGU INI. JOM HENJOT DUIT YAYASAN..

21NOV 2010 AHAD 8 MALAM
 
DUN DUSUN TUA, PARLIMEN HULU LANGAT

LOKASI : JALAN TEMENGGUNG 11/9 SEK 9 BUSINESS PARK ,BANDAR MAHKOTA CHERAS.

PENCERAMAH : YB NOH OMAR,YB SATIM DIMAN DAN DR KOW CHEONG wei

Saturday, November 13, 2010

SELAMATKAN AIDC

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.  UNTUK MENGETAHUI CERITA-CERITA PANAS AIDC, Sila klik  Disini
 

Monday, September 13, 2010

SUMPAH MELAYU

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Thursday, September 2, 2010

PEMBOHONGAN BESAR

Satu penipuan

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid

am@hmetro.com.my

2010/09/01

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan karut dalam klip video “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” melalui laman Youtube di Internet yang dikesan kembali rancak disebarkan sepanjang Ramadan ini.

Pemantauan Harian Metro mendapati ada dua video masing-masing bertajuk ‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah dan Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah’ dipercayai dirakam sekitar 2008, namun kini muncul semula selepas dimuat turun ke laman sosial Facebook.

Video pertama sepanjang 3.35 minit menunjukkan seolah-oleh cahaya turun sehingga ke atas Kaabah, manakala video kedua sepanjang 3.03 minit pula hanya menunjukkan gambar cahaya itu sudah berada di atas Kaabah.

Bagi meyakinkan penonton, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan sepanjang rakaman itu berjalan.

Bagaimanapun, kesahihan dua video itu boleh dipertikaikan, malah mendapat reaksi negatif daripada penonton yang melihat ia hanya pantulan cahaya yang disalah tafsir kononnya malaikat.

Rakaman video kedua turut dipertikaikan kerana dilihat seperti diubah suai menggunakan perisian komputer dan dianggap mengarut.

Mengulas penyebaran rakaman video itu, Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pen syarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid menyifatkan ia dilakukan orang sedang berkhayal.

“Ia dilakukan orang yang lemah jiwa tapi disebabkan bermimpi sesuatu yang istimewa datang bergolek, dia membuat perkara sedemikian.

“Jadi kita tidak perlu mempedulikan perkara sedemikian yang sememangnya dilakukan orang yang kerdil jiwanya,” katanya yang dihubungi semalam.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Islam Bahagian Hadis Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan individu terbabit tidak lebih daripada mahu menarik perhatian dengan menimbulkan perkara khurafat.

“Sebelum ini pun kita pernah dengar mengenai mayat menjadi khinzir, sejadah berdiri atau bola api dalam rumah untuk menarik perhatian orang ramai terutama mereka yang suka perkara pelik dan khurafat.

“Saya tidak nafikan kejadian itu boleh berlaku dengan izin Allah, tetapi kita kena faham, Islam bukan berdiri berasaskan perkara ini sebaliknya keimanan wujud hasil keyakinan terhadap kebenarannya selepas menggunakan akal yang waras bukannya dipengaruhi khayalan,” katanya.

Katanya, perkara sedemikian boleh wujud hasil khayal individu termasuk penipuan bagi meyakinkan orang mereka mengalami pengalaman pelik.

“Contohnya rakaman suara dari kubur yang juga dimuatkan di Youtube yang kita tahu palsu demi menarik perhatian orang ramai terhadap perkara tahyul dan khurafat,” katanya

BERAKHIRNYA PERANG SAUDARA

UMNO Rantau Panjang akhiri 'perang saudara'

RANTAU PANJANG 31 Ogos - Kemelut 'perang saudara' selama dua tahun UMNO bahagian Rantau Panjang berakhir hari ini apabila pihak kepimpinan dan bekas pemimpin bahagian itu bersetuju untuk berdamai demi perpaduan parti.

Pengumuman perdamaian itu dibuat oleh ketiga-tiga pihak iaitu Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohamad Zain Ismail serta bekas Bendahari UMNO bahagian itu, Ghazali Ismail.

Majlis itu berlangsung dalam satu pertemuan dengan anggota jawatankuasa bahagian, penyokong mereka dan disaksikan Bendahari Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanapi Mamat di Pusat Kegiatan Kemas Rantau Panjang, Lubok Jong di sini.

Dalam ucapannya, Mohamad Zain berkata, kemelut yang berlarutan sekian lama itu berjaya diselesaikan dengan beberapa perkara yang dibincangkan mendapat tolak ansur daripada kedua-dua pihak.

Perpecahan berlaku di bahagian itu sejak 2008 menyebabkan wujud dua puak iaitu pimpinan Abdullah dan Mohamad Zain.

Berikutan itu, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan pada 22 Julai lepas agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelesaikan masalah itu. - BERNAMA

Tuesday, August 31, 2010

TEORI RAHMAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.  TEORI RAHMAN BENAR-BENAR MENJADI KENYATAAN.  ADA IDEA TEORI BARU?

AMIN YA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Tuhan yang memiliki segala Keagongan dan Kebesaran. 

Ya Allah, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. 

 Ya Allah, tetapkan lah keikhlasan perjuangan kami, keikhlasan pemimpin kami, keikhlasan orang-orang disekeliling kami.  Keikhlasan hati yang lurus untuk bersama melahirkan generasi yang cemerlang dan berpesonaliti menjulang.    

Anugerahkanlah kejayaan Negara Kami, Perkukuhkanlah kedudukan Negara Kami, Ya Allah, satukan wawasan kami, fokuskanlah sasaran kesejahteran kami.  Kesejahteraan didunia lebih-lebih lagi kesejahteran diakhirat nanti Ya allah.

Ya ALLAH, doa untuk pemimpin kami, teguhkanlah mereka dengan kata-kata yang benar, beri petunjuk sekiranya mereka terlalai, Cekalkan hati-hati mereka, Ya allah beri kan kami kemenangan ya allah, kemenangan didunia ini, lebih-lebih lagi kemengangan diakhirat nanti.
                                                            

                                                                           

Ya Allah, tambahkan integriti kami, tambahkan kekuatan kami, tanamkanlah keikhlasan ke dalam hati kami ya allah.  Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami  tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Sesungguhnya hanya engkaulah yang maha mengetahui.

 
Ya allah satukanlah hati-hati kami Rakyat Malaysia ini ya Allah terutama hati orang melayu dan berugama islam.  Satukanlah kami dibawah lembayung rahmat mu agar kami bersatu hati seperti yang telah kau amanahkan kepada kami.  Berilah kami kekuatan, akhlak yang mulia, jujur dan ikhlas yang berterusan untuk terus menjaga kesejahteraan Negara Kami.  Terapkanlah dihati kami nilai-nilai murni dan jati diri.



Ya allah, bimbinglah kami ke jalan yang lurus, jauhilah kami dari jalan orang yang sesat dan hindarkanlah kami dari jalan orang yang engkau murkai.  Lindungi kami dari merbahaya dan musibah yang tidak diingini.



Ya Allah, Kami berdoa untuk kejayaan kami, kejayaan Bangsa Kami, Kejayaan Negeri Kami, Kejayaan Negara Kami.  Kejayaan didunia ini, lebih-lebih lagi kejayaan di akhirat nanti ya allah.

YA ALLAH, SEMPENA HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 INI, KAMI MEMOHON LIMPAH DAN KURNIA MU, MEMOHON KERAHMATAN MU SEMOGA KESEJAHTERAAN NEGARA KAMI YANG KAMI CINTAI INI BERKEKALAN.  

YA ALLAH, LINDUNGI NEGARA KAMI DARI PERBUATAN KEJI SYAITAN, MAHUPUN MANUSIA YANG DENGKI TERHADAP NEGARA KAMI.  PELIHARALAH KESEJAHTERAAN KAMI, PELIHARALAH KEAMANAN KAMI, PELIHARALAH KEAMANAN NEGERI KAMI, PELIHARALAH KEAMANAN NEGARA KAMI YA ALLAH.



ALLAH humma Ya Allah, ALLAH humma Ya RAHMAN,ALLAH humma Ya RAHIM,



Ya allah perkenankanlah segala permohonan kami ini ya allah.

  

Thursday, August 26, 2010

KETUA PKR BUKIT BINTANG SERTAI UMNO

Ketua PKR Bukit Bintang, 15 ahli sertai UMNO

2010/08/26

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan, Mahmood Abdullah, bersama 15 anggota yang sebahagiannya adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai UUMNO, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai UMNO itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, serta disaksikan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah, dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata, keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan UMNO.

"Tujuan kami kembali kepada UMNO adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.

"PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya pada sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di sini.

Katanya, selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.

"Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi ahli parti itu akan menyertai UMNO selepas Aidilfitri ini.

Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR September ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar.

Sunday, July 18, 2010

BETUL KER DEPA PAKAT KELUAR PKR LAGIII.....

PKR Ranting Permatang Pasir bubar

18/07/2010 6:08pm

BUKIT MERTAJAM 18 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Permatang Tinggi di sini dibubarkan selepas kesemua 56 angotanya bertindak keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Timbalan Ketuanya, Ismail Md. Ali berkata, keputusan itu dibuat mereka selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

"Kami juga sudah bosan dengan janji-janji manis PKR kerana sehingga hari ini iaitu selepas dua tahun memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk tiada satu (janji) ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua Bahagian Bukit Mertajam Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Ismail juga mendakwa Anggota DUN tersebut, Tan Hock Leong tidak pernah turun padang bertemu penduduk sejak memenangi kerusi itu.

Sementara itu, Musa berkata tiga lagi ranting PKR di Bukit Mertajam telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO.

Ia membabitkan kira-kira 300 anggota PKR, katanya yang enggan memberitahu ranting yang terlibat. - Bernama

Tuesday, July 13, 2010

GELOMBANG TINGGALKAN PKR MASIH PANAS

Naib Ketua PKR Keningau, 200 ahli sertai UMNO

KENINGAU 12 Julai - Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Mohd. Azmi Egang Linitok bersama tujuh ketua mukim dan 200 ahli membuat keputusan nekad keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Mohd. Azmi berkata, dia dan ketua-ketua mukim mengambil keputusan menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang yang tidak komited dengan perjuangannya.

"Kita juga sedar bahawa semakin ramai pemimpin-pemimpin PKR meninggalkan parti. Ini menunjukkan di kalangan pemimpin pun tidak sehaluan," pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO di sini semalam.

Beliau menyerahkan borang berkenaan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lajim Ukin selepas perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Keningau di sini semalam.

Mohd. Azmi berkata, mereka memilih UMNO sebagai landasan perjuangan dalam BN kerana yakin dengan parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kepimpinan Najib yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan mencerminkan bahawa seluruh rakyat pelbagai kaum, lapisan dan kepercayaan di negara ini tidak tercicir," katanya.

Sementara itu Lajim berkata, tindakan Mohd. Azmi dan rakan-rakannya meninggalkan PKR merupakan langkah bijak demi kebaikan masyarakat bumiputera di negeri ini.

''Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin dan ahli PKR bukan sahaja di Keningau tetapi seluruh Sabah meninggalkan parti pembangkang itu dan menyertai UMNO," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Keningau, Datuk Sairin Karno berharap keputusan Mohd. Azmi dan rakan-rakannya itu menyedarkan ahli-ahli PKR lain tentang pembohongan yang dilakukan parti tersebut.

''Selain itu ia juga diharap dapat membuka minda pemimpin dan ahli pembangkang lain seperti Parti Maju Sabah (SAPP) untuk kembali bersama BN," katanya.

Saturday, July 3, 2010

LAGI TINGGALKAN PKR...

230 ahli PKR sertai Makkal Sakti

2010/07/03

HUTAN MELINTANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bagan Datoh kini semakin tergugat apabila 230 ahli daripada empat cawangan berpaling tadah menyertai Parti Makkal Sakti yang berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Empat cawangan PKR terbabit ialah cawangan Sungai Timah, Batu 25, Taman Desa Baru dan Hutan Melintang.

Bekas Ketua PKR Cawangan Batu 25, M Subaramaniam mengetuai kumpulan terbabit menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Makkal Sakti Kebangsaan, N Ramu pada satu majlis khas di sini, semalam.

Subramaniam berkata, mereka bertindak tidak menyokong PKR kerana kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti itu yang tidak menunaikan janji memperjuangkan nasib masyarakat India.

Katanya, pemimpin PKR bijak menabur janji kosong, tetapi sentiasa berdolak-dalih apabila menerima aduan rakyat miskin, selain gagal membawa projek pembangunan kepada penduduk di kawasan terbabit.

“Kami sudah memohon projek membina parit, longkang dan jalan di kawasan perumahan kami tetapi pemimpin PKR yang ditemui berdolak-dalih dengan memberi pelbagai alasan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, 230 bekas penyokong PKR itu berikrar memberi sokongan kepada BN untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang daripada PKR yang memenanginya pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu dengan menewaskan calon MIC.

Sementara itu, di IPOH, Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ramai ahli PKR hilang kepercayaan dan bertindak keluar parti, sekali gus memilih parti yang lebih menjamin masa depan, berikutan parti itu tidak mempunyai hala tuju dan sering berlaku pertelingkahan antara pemimpinnya.

Beliau berkata, pemimpin parti berkenaan sering menuding jari kepada kerajaan dan menabur fitnah untuk memecahbelahkan rakyat.

“Apa yang berlaku ke atas parti itu ialah pergolakan dalaman antara pemimpinnya untuk merebut jawatan serta pangkat dalam parti, dan bukannya berjuang untuk rakyat seperti sering digembar-gemburkan oleh mereka.

“Jika dilihat, ramai ahlinya bertindak keluar parti kerana sudah menyedari bahawa PKR hanya sebuah parti yang mengamalkan prinsip retorik dan tidak mampu berjuang untuk rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ahmad Husni yang juga Menteri Kewangan Kedua, berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa mengalu-alukan tindakan ahli parti itu yang keluar parti dan akan menerima mereka untuk menyertai BN demi membantu rakyat dan memartabatkan negara.

Katanya, BN percaya ramai penyokong dan ahli PKR bertindak untuk keluar kerana berasakan parti itu tidak mempunyai agenda untuk membangunkan negara serta gagal menunaikan janji seperti diumumkan pada pilihan raya lalu.

“Pertikaian dalam PKR sudah lama dijangka kerana mereka tidak komited dalam usaha untuk membangunkan ekonomi negara dan tidak serius dalam menyelesaikan permasalahan rakyat," katanya.

Wednesday, June 30, 2010

TAHNIAH KEPADA YB TAN CHER PUK

Cuba bunuh diri dipercayai kecewa rumah kena lelong

JOHOR BAHRU: Kecekapan anggota bomba dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Johor Jaya, Tan Cher Puk mententeramkan keadaan menyebabkan seorang lelaki membatalkan niat cuba terjun dari atas bumbung sebuah bangunan empat tingkat syarikat kewangan di Bandar Baru Permas Jaya, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu cuba membunuh diri dengan menjulurkan kaki kiri di atas tembok atas bangunan yang hanya kira-kira 50 meter dari Balai Polis Permas Jaya.

Dia dipercayai kecewa selepas syarikat kewangan terbabit dikatakan melelong rumahnya di Taman Tan Sri Yaakob, di sini selepas beliau gagal menjelaskan bayaran bulanan rumah yang dibeli pada 1990 kepada syarikat kewangan itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taman Johor Jaya, Pegawai Kanan II Syed Nasir Syed Abu Bakar, berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai cubaan bunuh diri itu kira-kira jam 10.45 pagi.

Katanya, anggotanya berjaya mengawal keadaan sekali gus cubaan bunuh diri lelaki terbabit itu berjaya dihalang menerusi bantuan Tan selepas kaedah psikologi yang digunakan anggotanya kurang berkesan.

“Kami cuba memujuk dan menasihatinya dari bawah, namun tidak diendahkan sebelum Tan tampil untuk membantu menerusi panggilan telefon bimbit sekali gus berjaya mematahkan hasrat lelaki itu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Tan berkata, lelaki itu bertindak nekad untuk terjun bangunan berkenaan selepas gagal mendapatkan penjelasan berhubung lelongan rumah berkenaan tanpa pengetahuannya daripada salah seorang pegawai bank.

“Dia berasa kecewa dengan tindakan pihak bank dikatakan melelong rumah yang dibelinya dengan harga RM75,000 pada 1990 di Taman Tan Sri Yaakob, di sini dilakukan tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dulu.

“Sebaik menyedari terdapat kerja ubah suai di rumahnya, lelaki itu cuba mendapatkan bantuan seorang wakil rakyat pembangkang tetapi tidak mendapat pertolongan memuaskan sebelum menemui salah seorang pegawai bank terbabit untuk mendapatkan penjelasan” katanya.

Sunday, June 27, 2010

JANGAN LAH BERGADUH SESAMA SENDIRI

Hindari Kepentingan Diri, Bertaut Matlamat Asal Perjuangan -Zahid

Jun 26th, 2010, By Isa Nikmat  

RANTAU PANJANG, 26 Jun – Selaras musim persidangan tahunan perwakilan Bahagian kini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pemimpin parti itu yang bertelagah menghentikan sengketa dan kembali bersatu demi UMNO supaya dapat meneruskan perjuangan meninggikan syiar agama, menjulang martabat bangsa dan melonjakkan negara ke persada antarabangsa

“Kembalilah kepada matlamat asal perjuangan kita dalam MNO, hindarilah kepentingan peribadi dan beri tumpuan kepada pengukuhan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan merujuk kepada perpecahan dalam UMNO Rantau Panjang yang menyaksikan kewujudan dua puak, iaitu kumpulan yang dipimpin Ketua Bahagian Abdullah Mat Yasin dan yang diketuai bekas ketua bahagian Datuk Mohd Zain Ismail.

Hari ini kedua-dua kumpulan mengadakan mesyuarat masing-masing di dua tempat berasingan. Abdullah mengadakan mesyuarat di Dewan Kolej Kemahiran MARA dan dirasmikan Ahmad Zahid, sementara Mohd Zain pula mengadakan mesyuarat di Dewan UMNO bahagian itu.

Ahmad Zahid turut singgah di perhimpunan yang dipimpin Mohd Zain dan memberitahu pemberita ianya dilakukan di atas arahan Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya pertelagahan itu berterusan ianya akan menjejaskan peluang UMNO dan Barisan Nasional untuk menguasai semula kawasan berkenaan pada pilihan raya yang akan datang. -MediaUMNO/Bernama

Saturday, May 1, 2010

LAPORAN POLIS BUAT LIM GUAN ENG

Guan Eng dakwa peniaga jalankan aktiviti bar pantai

GEORGETOWN: Pemilik gerai atas pokok, Kafe Do Re Mi di sini, Johar Ismail membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa membuat fitnah terhadapnya sehingga mencalarkan imejnya.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Jalan Patani di sini, semalam.

Johar berkata, beliau membuat laporan polis itu selepas Guan Eng menuduhnya menjalankan perniagaan bar pantai seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Katanya, tuduhan Guan Eng itu jelas mencalarkan imejnya dan umat Islam secara keseluruhannya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya menjalankan perniagaan kafe, bukannya bar pantai seperti didakwa Guan Eng. Tuduhannya tidak betul sama sekali dan jelas memfitnah.

“Beliau seolah-olah bankrap idea dan cuba mendapatkan simpati daripada orang ramai yang sebelum ini bersimpati dengan saya. Tetapi, usahanya itu gagal,” katanya di sini, semalam.

Dalam laporan akhbar milik pakatan pembangkang itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dipetik berkata: “Kita tidak antisesiapa. Kalau halang jalan kita ambil tindakan. Isu Do Re Mi Beach Bar juga digembar-gemburkan,” katanya.

Johar berkata, Guan Eng tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu seumpama itu dan sepatutnya lebih kerap ‘turun padang’ untuk melihat sendiri bentuk perniagaan yang dijalankannya.

Baru-baru ini, kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan tindakan meroboh gerai haram termasuk Kafe Do Re Mi, mulai 1 Mei.

Bagaimanapun, keputusan yang diambil kerajaan negeri itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai melampau.

Sunday, April 25, 2010

DATA KIRAAN UNDI

BN rampas Parlimen Hulu Selangor



21:15:14 PM



KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim. [+]



Selepas semua 137 saluran: BN menang majoriti 1,725 undi



21:13:02 PM BN menang Parlimen Hulu Selangor - calon BN, P Kamalanathan (24,997 undi); Zaid Ibrahim (PKR) 23,272 undi, majoriti 1,725 undi kepada BN. [+]



PM tiba di pusat penjumlahan undi bagi raikan kemenangan



21:07:13 PM



KUALA KUBU BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di pusat penjumlahan undi, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, jam 9.06 malam tadi. [+]



Hulu Selangor: 132 saluran peti undi - BN: 23,978 ; PKR: 22,591



21:05:03 PM Selepas 132 saluran peti undi: BN: 23,978 PKR: 22,591 Majoriti: 1,387 (BN) [+]



Hulu Selangor: 131 saluran peti undi: BN: 23,835; PKR:22,268



21:03:42 PM







Selepas 131 saluran peti undi: BN: 23,835 PKR:22,268 Majoriti: 1,567 (BN) [+]



Hulu Selangor: 121 saluran peti undi: BN: 21,617; PKR: 20,582



20:48:28 PM







Selepas 121 saluran peti undi: BN: 21,617 PKR: 20,582 Majoriti: 1,035 (BN) [+]



Hulu Selangor: 101 saluran peti undi: BN: 17, 454; PKR: 17,335



20:41:24 PM







Selepas 101 saluran peti undi: BN: 17, 454 PKR: 17,335 Majoriti: 119 (BN) [+]



Hulu Selangor: 80 saluran peti undi - BN: 12,961; PKR: 14,134



20:28:12 PM







Selepas 80 saluran peti undi BN: 12,961 PKR: 14,134 Majoriti: 1,173 (PKR) [+]



BN menang Hulu Selangor - majoriti undi tidak rasmi 2,000



20:26:12 PM







[+]



Hulu Selangor: 62 saluran peti undi - BN: 9,385 ; PKR: 10,880



20:16:08 PM







Selepas 62 saluran peti undi BN: 9,385 PKR: 10,880 Majoriti: 1,495 (PKR) [+]



Hulu Selangor: 61 saluran peti undi - BN: 9,194; PKR: 10,726



20:11:07 PM







Selepas 61 saluran peti undi - BN 9,194; PKR 10,726 (majoriti 1,532 - PKR) [+]



Hulu Selangor: 50 saluran peti undi - BN: 7,520 ; PKR: 8,815



20:05:21 PM







Selepas 50 saluran peti undi BN: 7,520 PKR: 8,815 Majoriti: 1295 (PKR) [+]



Hulu Selangor: 45 saluran peti undi - BN 6,960; PKR 7,733



19:58:52 PM







Selepas 45 saluran peti undi: BN 6,960; PKR 7,733 (majoriti 773 - PKR) [+]



Hulu Selangor: 40 saluran peti undi - BN: 5,949; PKR: 6,552



19:53:31 PM







Selepas 40 saluran peti undi BN: 5,949 PKR: 6,552 Majoriti: 606 (PKR) [+]



Hulu Selangor: 26 saluran peti undi - BN: 3,781; PKR: 4,312



19:51:36 PM







Selepas 26 saluran peti undi BN: 3,781 PKR: 4,312 Majoriti: 531 (PKR) [+]



Hulu Selangor - 7 saluran peti undi: BN:1,325 PKR:1,201



19:14:20 PM







Selepas 7 saluran peti undi: BN:1,325 PKR:1,201 Majoriti: 124 (BN) [+]



Hulu Selangor: 17 saluran peti undi - BN: 2,592 PKR:2,842



19:22:15 PM







Selepas 17 saluran peti undi: BN: 2,592 PKR:2,842 Majoriti: 250 (PKR) [+]



Hulu Selangor: 13 saluran peti undi - BN: 2,011 PKR: 2,456



19:19:06 PM







Selepas kiraan 13 saluran peti undi: BN: 2,011 PKR: 2,456 Majoriti: 445 (PKR) [+]



Hulu Selangor - keputusan undi pos: BN:767, PKR:120



18:41:17 PM







Keputusan undi pos: BN:767, PKR:120 Majoriti: 647 (BN) [+]



Peti undi pos tiba di pusat penjumlahan 6.28 petang



18:32:59 PM







[+]



Peti undi pertama dari Bukit Fraser tiba di pusat penjumlahan 6.10 petang



18:23:48 PM







KUALA KUBU BHARU: Peti undi pertama dari Bukit Fraser tiba di pusat penjumlahan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor jam 6.10 petang ini. [+]



Hulu Selangor: Bilangan keluar mengundi meningkat sedikit kepada 75.87 peratus



17:55:02 PM







KUALA KUBU BHARU: Seramai 48,935 pengundi atau 75.87 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang berakhir pada jam 5 petang tadi. [+]



Hulu Selangor: 48,935 pengundi atau 75.87 peratus keluar mengundi



17:54:35 PM







KUALA KUBU BHARU: Tamat jam 5 petang ini, 48,935 pengundi atau 75.87 peratus daripada 63,701 pemilih keluar pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. [+]



Musa puas hati aspek keselamatan semasa pengundian



17:49:23 PM







KUALA KUBU BHARU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berpuashati dengan keadaan keselamatan sepanjang proses pengundian pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini. [+]



Hulu Selangor: Proses pengundian tamat



17:08:37 PM







KUALA KUBU BHARU: Proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tamat pada jam 5 petang tadi. [+]







SPR perlu keluarkan garis panduan tentukan kawasan petugas parti



16:56:08 PM







HULU SELANGOR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengeluarkan garis panduan bagi menentukan kawasan atau tempat yang sesuai untuk pekerja parti bertanding menjalankan urusan pilihan raya pada hari pengundian. [+]



Hulu Selangor: 32 ditahan kerana jadi 'tukang kecoh'



16:53:42 PM







HULU SELANGOR: Sebanyak 32 orang, termasuk enam orang hari ini, ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor. [+]



73.82 peratus keluar mengundi sehingga 4 petang



16:45:13 PM







KUALA KUBU BHARU: Seramai 47,615 pengundi atau 73.82 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 4 petang tadi. [+]



67.18 peratus keluar mengundi sehingga 3 petang



15:23:30 PM







KUALA KUBU BHARU: Seramai 43,333 pengundi atau 67.18 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 3 petang tadi. [+]



Rayuan ditolak, Naib Canselor UUM didenda RM5,000



15:02:28 PM




63.74 peratus keluar mengundi sehingga 2 petang



15:10:55 PM







KUALA KUBU BHARU: Seramai 41,112 pengundi atau 63.74 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 2 petang tadi. [+]



56.82 peratus keluar mengundi sehingga 1 petang



13:17:58 PM
KUALA KUBU BHARU: Seramai 36,650 pengundi atau 56.82 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 1 petang tadi. [+]





Insiden baling botol air dilaporkan dekat pusat pengundian



13:06:26 PM
KUALA KUBU BHARU: Beberapa insiden tolak menolak dan membaling botol air di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan di beberapa tempat ketika proses pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pagi ini. [+]





49.04 peratus keluar mengundi sehingga 12 tengah hari



12:25:13 PM
KUALA KUBU BHARU: Seramai 31,632 pengundi atau 49.04 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 12 tengah hari tadi. [+]





Keadaan di semua pusat mengundi terkawal: Polis



12:16:42 PM
HULU SELANGOR: Keadaan di semua pusat pengundian pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar. [+]





Jurugambar dibenarkan masuk ke pusat pengundian: SPR



11:23:52 AM







KUALA KUBU BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan hanya jurugambar media dibenarkan memasuki ke pusat pembuangan undi semasa proses pemilihan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. [+]



38.21 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi



11:34:38 AM







KUALA KUBU BHARU: Seramai 24,645 atau 38.21 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 11 pagi ini. [+]



25 peratus sudah keluar mengundi sehingga 10 pagi



09:59:29 AM







HULU SELANGOR: Seramai 16,932 atau 25.25 peratus daripada 63,701 pengundi telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor sehingga 10 pagi ini. [+]



Keadaan di Batang Kali terkawal, ramai pengundi keluar awal



10:19:08 AM







BATANG KALI: Suasana di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Batang Kali, terkawal dengan ramai pengundi keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. [+]



Petugas media dihalang masuk pusat mengundi



09:25:44 AM



KUALA KUBU BHARU: Petugas media dihalang polis daripada memasuki perkarangan pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pechah atas alasan keselamatan sebentar tadi. [+]



Pusat mengundi di KKB masih lengang



09:20:14 AM



KUALA KUBU BHARU: Pusat pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Hulu yang dibuka jam 8 pagi tadi di sekitar bandar ini masih lengang dengan jumlah keluar mengundi kurang menggalakkan. [+]



Hulu Selangor: Pengundian pilihan raya kecil bermula



08:18:43 AM
(2)



HULU SELANGOR: Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka 8 pagi ini. [+]

TAKBIR - ALLAHHUAKBAR

ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENDENGAR.

Kalau benar berita yang saya dengar ini maka Permintaan kita telah didengar oleh ALLAH.  Kita telah menang di Hulu Selangor. 

Ingat, tunaikan lah janji yang telah dilemparkan semasa berkempen.  Yang Berhormat P. Kamalanathan harus buktikan kemampuan.  Jangan rosakkan nama BN dan MIC.

Tunaikan janji segera.  Jangan tunggu dekat pilihanraya yang ke 13 baru nak tunaikan janji dan nampak batang hidung.  Teruskan bekerja dari sekarang untuk menambah undi daripada 1600 majoriti kepada 16000 majoriti.

Syabas Yang Berhormat.

Teruskan kita memupuk setiakawan antara masyarakat majmuk yang berharmoni.

JOHAN DI HULU SELANGOR

Y.B. Tuan Haji Johan bin Abd Aziz. AMS, JP telah turun padang membantu parti BN di Hulu Selangor.  Gambar ihsan dari RBF.

Semoga dengan kehadiran Johan, akan dapat membantu juga untuk Menjohankan Calon Hulu Selangor.

Saturday, April 24, 2010

YA ALLAH, BANTULAH KAMI

BISMILLAH HIRRAHMAN NIR RAHIM,

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN SEKALIAN RASULNYA.

YA ALLAH, AKU TIDAK PANDAI BERDOA, APA YANG AKU INGINKAN, ITULAH YANG AKU PINTA.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, HANYA KEPADA MU AKU BERMOHON AGAR KAU MENANGKANLAH CALON BARISAN NASIONAL DALAM PEMILIHAN MENGUNDI BAGI AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR ESOK HARI YA ALLAH.

YA ALLAH, WALAUPUN CALON BN ADALAH DARI KALANGAN ORANG INDIA, NAMUN DIA BERNAUNG DI BAWAH PEMERINTAHAN PERDANA MENTERI YANG DATANG DARI PIMPINAN ORANG MELAYU ISLAM DAN PARTI YANG TERASNYA  PERJUANGANNYA ISLAM DAN MELAYU

YA ALLAH, SEKIRANYA KAU BERI KEMENGANGAN KEPADA CALON PKR, SESUNGGUHNYA IA BERSEKONGKOL DENGAN DAP DIMANA DAP INI KITA SUDAH NAMPAK HALA TUJUNYA PERJUANGAN.

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KAU TELAH PERLIHATKAN DALAM TEMPOH 2 TAHUN INI AKAN APA YANG BERLAKU DI NEGERI SELANGOR INI.

PEDIH BENAR HATI INI INI YA ALLAH.  BANTULAH KAMI UNTUK KAMI TAWAN KEMBALI SELANGOR INI YANG KINI DIBAWAH PIMPINAN DAP.

AMIN YA ALLAH, AMIN YA RAHMAN, AMIN YA RAHIM.