ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Wednesday, May 4, 2011

GELOMBANG 600 KELUAR PR LAGI...

600 ahli pembangkang sertai MIC Tampin

SEREMBAN 2 Mei - Lebih 600 ahli parti pembangkang daripada pelbagai cawangan sekitar kawasan Parlimen Tampin dekat sini bertindak keluar parti dan menyertai MIC Bahagian Tampin berikutan tidak puas hati dengan hala tuju parti serta janji kosong pemimpin mereka.

Setiausaha Agung MIC, Datuk T. Rajagopalu berkata, kesemua individu terbabit merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP selain pertubuhan haram Hindraf.

"Mereka bertindak demikian kerana mendakwa parti pembangkang hanya menabur janji kosong dan apabila masalah rakyat dirujuk, mereka (pembangkang) tidak mampu menyelesaikannya.

"Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa bantuan yang diterima di kawasan mereka disalurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan MIC," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Rajagopalu, secara jelas ini menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin dalam membela nasib rakyat yang selaras dengan konsep 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

"Kesemua individu itu dari enam cawangan parti pembangkang di Gemencheh, Gemas dan Repah dan mereka mengisytiharkan keluar parti dalam majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min, Gemencheh Sabtu lalu," katanya.

Monday, May 2, 2011

UMMI HAFILDA SOUND ANWAR DALAM KAPAL TERBANG?

Tadi dok terbaca blog Ummi Hafilda..katanya dia bertembung dengan Anwar dalam kapal terbang ketika balik dari Sarawak..Tak tahulah betul atau tidak....Isi kandungannya adalah seperti berikut :-

"Namun tanpa diduga saya satu kapalterbang dengan dia serta isteri munafik dia tu , dah 12 tahun tak bertembung muka , akhirnya didepan mata, tapi sisepat kering tunduk setunduk tunduknya, mungkin malu dek isu video seks laki dajalnya dengan pelacur tapi saya sempat menghemburkan satu perkataan yg tepat dengan sidajal lalu dia tunduk saje takut dimaki seterusnya .Apa pun penyokong tegarnya nak kutuk saya, saya tak peduli, yg penting saya tau saya dipihak yg benar lagi benar.  Untuk bacaan yang menyeluruh..sila KLIK DIISNI "

Sunday, May 1, 2011

GELOMBANG KELUAR PR LAGI...

225 anggota Pas Kuala Kedah sertai UMNO

01/05/2011 12:56pm

ALOR SETAR 1 Mei - Seramai 225 anggota Pas Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai UMNO.

Ahmad Marzuki, Ketua Pas cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat sini semalam.

Ahmad berkata mereka bertindak keluar Pas kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan Pas mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.

"Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin Pas tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu.

Latt Shariman berkata pintu UMNO Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota Pas. - Bernama