ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Monday, January 28, 2013

DIA INI ADALAH CALON BOLEH MENANG....

Nik Aziz sahkan Nasharudin tidak dicalonkan

KOTA BHARU 28 Jan. - Selepas dipecat daripada Majlis Syura Ulama, masa depan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bersama parti itu semakin menjadi tanda tanya apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan nama pemimpin itu tiada dalam senarai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Mursyidul Am Pas itu berkata, nama Ahli Parlimen Bachok itu tidak dicalonkan oleh Pas kawasannya sendiri dan sekali gus menandakan Nasharudin tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.
"Nama dia tiada dalam pencalonan kawasan," kata Nik Abdul Aziz ringkas ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.
Sementara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemecatan Nasharudin adalah sebagai peringatan kepada ahli-ahli Pas yang lain agar bertindak lebih cermat selepas ini. - UTUSAN

TERSUNGKUR KAH MEREKA

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI...
 
Sila listkan mereka-mereka yang ikhlas memperjuangkan islam di dalam pas tetapi akhirnya tersungkur..

1.  Ustaz Nasharudin Mat Isa
2.  Datuk Dr Hasan Mohamed Ali 
3.  C.N. Al-afghani @ Cikgu Zainon Ismail
4.
5.
6.
7.
 

Sunday, January 27, 2013

Tiada Pembakaran Terhadap Kitab Bible

BUTTERWORTH 27 Jan. - Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti membakar kitab Bible versi bahasa Melayu dilakukan di Padang Bandaran Bagan Luar di sini pagi ini seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebelum ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi turut berterima kasih kepada orang ramai yang tidak mempercayai khabar angin tersebut, sekali gus membuktikan tohmahan yang disebarkan menerusi risalah sebelum ini adalah tidak benar. - UTUSAN

Saturday, January 26, 2013

MENGAPA PILIHANRAYA MASIH BELUM DIUMUM

Pada masa ini, semua orang politik tertungu-tunggu pengunguman pilihanraya.  Malah rakyat juga tidak sabar untuk memilih wakil-wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun di Parlimen.   Bilakah tarikh pilihanraya masih menjadi teka-teki semenjak 2 tahun yang lalu.

Terfikirkah kita, apabila ada ura-ura pilihanraya akan diadakan, sudah pasti negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mula membuat hujah dengan mengatakan bahawa pilihanraya Dun bagi negeri-negeri ini tidak akan dibuat serentak dengan pilihanraya Parlimen.  Keadaan ini akan menyusahkan rakyat dan ianya juga memerlukan kos yang tinggi.  Saya petik kata-kata ini seperti di bawah :-

‘Pilihanraya DUN Selangor Tidak Serentak Dengan PRU13′

Malaysiakini
Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum – memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik “masalah yang tidak dapat diselesaikan” pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.
Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.
Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.
Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.
“Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar,” katanya.

Ini akan menyukarkan keadaan, merugikan masa dan pertambahan kos.  Rakyat pula perlu meluangkan masa 2 kali untuk hanya tujuan pilihanraya.

Oleh yang demikian, maka pilihanraya yang kita tunggu-tunggu hingga kini tidak lagi diumumkan.

Adakah ini strategi dari Perdana Menteri? Mengapa saya beranggapan begitu, pilihanraya wajib diadakan 5 tahun sekali.  Kali terakhir kita adakan piiharaya adalah pada 08 Mac 2008, dan kini tempoh lima tahun telahpun hampir yang mana akan luput pada 8 Mac 2013.  Selepas pada itu, mandat baru mesti diperolehi. Pihak Pakatan Rakyat tiada pilihan melainkan perlunya pilihanraya serentak ini diadakan.

Pihak SPR perlu mengadakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja diumumkan.  Oleh yang demikian, secara automatik pilihanraya serentak akan diadalah diseluruh negara.

Yang pasti, masa telah pun hampir...dan teka-teki ini akan terjawap...

Mungkinkah?.....