ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Sunday, October 21, 2012

Khalid didesak jelaskan hubungan dengan Ah Chye

Sumber dari Utusan Online ARKIB : 19/10/2012

Khalid didesak jelaskan hubungan dengan Ah Chye

Chan Ah Chye,                                                 Mohamad Johari
 
KUALA LUMPUR 18 Okt. - Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak memberi penjelasan tentang hubungan istimewa beliau dengan Talam Corporation Bhd. (Talam) dan Pengerusinya, Tan Sri Chan Ah Chye.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Mohamad Johari Yasin berkata, penjelasan tersebut perlu dibuat kerana beberapa tindak tanduk Abdul Khalid mustahil dapat dilakukan tanpa pertimbangan istimewa.

Transaksi pembelian tanah-tanah itu cukup menimbulkan keraguan munasabah. Bagaimana hartanah yang dinilai sebanyak RM95 juta dibayar pada harga RM391.986 juta?
“Apa istimewanya Ah Chye kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kalau tiada hubungan istimewa, perkara itu tidak akan berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas hartanah Talam yang didakwa dibeli lebih empat kali ganda berbanding harga pasaran RM90 juta.

Berikutan itu, Mohamad Johari mencabar Abdul Khalid supaya memperinci transaksi tersebut seperti yang didakwa oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Mohamad Johari yang turut mempersoalkan kewibawaan Abdul Khalid dalam meluluskan transaksi tersebut tidak menolak Menteri Besar itu mahupun PKR mungkin mendapat sesuatu.

“Perkara ini bukan mustahil bagi Abdul Khalid dan PKR demi politik mereka," ujarnya.

Sehubungan itu, Mohamad Johari berkata, jika Abdul Khalid boleh memberi bantuan istimewa kepada Talam, Menteri Besar Selangor itu juga didesak membantu golongan miskin dan pembeli yang tidak mampu melunaskan hutang rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor seperti bantuan yang dinikmati Ah Chye.
“Tetapi, untuk memastikan golongan berkenaan mendapat bantuan yang adil seperti Ah Chye yang kaya-raya itu, saya cabar Khalid membantu membeli hartanah itu dengan nilai empat kali ganda berbanding harga pasaran, sama pengambilalihan tanah-tanah Talam.

“Itu baru adil kerana rakyat miskin memang berhak dan layak untuk dibantu oleh Kerajaan Selangor dan Khalid," tegas beliau.

Wednesday, May 2, 2012

MOHON KERAJAAN SELANGOR ANJURKAN BERSIH LAGI

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Akibat longkang tak berapa elok, Kajang banjir lagi.  Mohon sangat lah Kerajaan Negeri Selangor anjurkan Bersih longkang, anjurkan Bersih sungai dan anjurkan Bersih sampah-sampah supaya kurang sikit banjir ni.

Jangan dok sibuk aja nak BERSIH di dataran, Bersih kan longkang lagi baik.

Monday, April 30, 2012

BAGI KE TIDAK?

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Kompius betul pakcik.  Nik Aziz cakap ada beri duit pada peserta BERSIH 3.0.  Hadi kata tak beri. Kompius..kompius...

Sunday, April 29, 2012

JGN BAIKI KEROSaKAN YANG DIBUAT BERSIH, PLS

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Saya mohon agar kerosakan yang telah dibuat oleh penyangak-penyangak bersih ini supaya tidak dibaiki. Biarkan ianya begitu sahaja.  Kita jadikan ianya sebagai satu tinggalan sejarah dan bukti  serta sebagai rujukan dimasa akan datang bahawa inilah hasil perjuangan yang dibawa mereka.

Kalau boleh, kereta polis yang rosak itu kita letakkan di Dataran Merdeka. Gambar-gambar kekejamana yang berlaku juga kita letakkan supaya dapat dinilai.  

Thursday, March 29, 2012

KANIVAL MOA HULU LANGAT

Assalamualaikum, salam hormat kepada seluruh masyarakat di Hulu Langat. Tuan puan dijemput hadir ke Karnival MOA Bersama Rakyat dari 30-31 Mac - 1 April 2012 mulai 10.00 pagi hingga 10.00 malam di perkarangan Tesco Semenyih.

Pameran dan jualan buah-buahan/pertanian produk berasaskan pertanian, produk IKS /hiliran, cabutan pengunjung bertuah, persembahan artis, Motorcross, lumba basikal, pertandingan melukis kanak-kanak, demo masakan/kek & pastri dan bermacam-macam yang lain....

Majlis perasmian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada jam 830 malam 30 Mac 2012 di Perkarangan Tesco Semenyih. Terima kasih
 Dato' YB JOHAN ABD AZIZ

Wednesday, March 28, 2012

Bos cakap lain, anak buah cakap lain

Haram kerjasama dengan Yahudi

KUALA LUMPUR 26 Mac - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dilihat bercanggah pendapat dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila secara tegas menyatakan adalah haram untuk berurus niaga dengan Yahudi tanpa mengira fahaman yang mereka anuti termasuk Zionis.

Kenyataan itu dilihat agak mengejutkan ketika Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi baru-baru ini secara terbuka menyatakan adalah tidak salah atau tidak haram untuk orang Islam berurus niaga dengan Yahudi selagi Yahudi tersebut tidak mempunyai agenda jahat.

Menurut Nasrudin, fatwa berkaitan pengharaman menjalin urus niaga dengan Yahudi dikeluarkan oleh beberapa tokoh Islam kerana keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan jenayah besar ke atas umat Islam yang berlarutan sehingga ke hari ini.

Menurutnya, sebarang hasil urus niaga yang mengalir ke Israel akan menyumbang kepada kekayaan ekonomi Zionis dan digunakan dalam pembelian serta penciptaan senjata bagi membunuh rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan akidah serta tanah air mereka.

Lebih penting, kata beliau, Yahudi mempunyai sentimen permusuhan yang sangat tinggi terhadap para penganut Islam seperti dijelaskan dalam banyak ayat al-Quran.

"Fatwa ini dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas umat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urus niaga.

"Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini," tegasnya dalam entri tidak bertarikh bertajuk 'Muamalah Dengan Yahudi' di blog Episod Sebuah Perjuangan di http://www.eperjuangan.com.

Berdasarkan carian, entri itu dipercayai ditulis pada 4 Oktober 2009 tetapi persoalannya mengapa Nasrudin kembali menyiarkannya.

Pada 23 Mac lalu, Nik Abdul Aziz menegaskan, kerjasama dan urus niaga dengan golongan berbangsa Yahudi tidak diharamkan dalam Islam selagi mereka tidak mempunyai agenda jahat.

Nik Abdul Aziz mengulangi pendirian yang dinyatakan oleh Abdul Hadi sebelum itu bahawa kerjasama dengan bangsa Yahudi dibolehkan jika mereka tidak berpegang kepada ideologi Zionis.

Nasrudin menambah, umat Islam tidak perlu panik mengenai perkembangan semasa berkaitan isu Yahudi kerana perbahasan mengenai hukum dagangan adalah berbeza dengan pemerintahan.

"Apa pun, kita lebih wajar berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kepada umat Islam di Palestin khasnya Hamas untuk mereka terus membina masa depan yang lebih baik (ketika) berdepan kekejaman Yahudi Israel berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga dengan Yahudi," katanya.

Sunday, March 11, 2012

Chong VS Lin

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.

Seluruh England: Chong Wei jumpa Lin Dan malam ini

UMI HAFILDA TERUSKAN PENDEDAHAN AZMIN ALI DAN ANWAR IBRAHIM

Luahan hati Ummi Hafilda

SAMA ada kita kasihan, simpati, meluat atau menyampah dengannya, perkembangan hidup Ummi Hafilda Ali tetap diikuti ramai.

Apabila adik bongsu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ini turun padang berceramah sejak awal tahun lepas, khalayaknya pelbagai. Setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan, Ummi menambah peminat ceramahnya. Intinya berkisar dua isu utama sahaja. Hipokrisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gengnya. Lebih penting lagi kisah abangnya, Azmin yang masih terus membuang keluarganya.


Saya disuakan oleh Ummi telefon bimbitnya yang tertera beberapa rakaman video yang menampakkan melaut manusia berkopiah, berserban di Pasir Puteh dan Besut. Mereka tidak berganjak, berhenti berborak, asyik mendengar pendedahan Ummi dalam ceramahnya.


Menginjak usia 44 tahun, susunan ayat wanita ini teratur demi untuk menjelaskan kebenaran demi kebenaran dalam satu pertemuan dengan saya dan rakan jurugambar, Shahril Azman Mohd. Zain di Mont Kiara Solaris dekat Hartamas, Kuala Lumpur Khamis lalu. Ikuti sedutan luahan Ummi:

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Saturday, March 10, 2012

BANNER MENUNGGU KEDATANGAN DR BADRUL AMIN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI. 

DIFAHAMKAN USTAZ BADROL AMIN AKAN DATANG KE SEMENYIH HARI INI.  DAN KEDATANGAN BELIAU DISAMBUT OLEH BANNER INI.  SIAPA YANG MELETAKKAN BANNER INI TIDAK PULA DIKETAHUI.  NAMUN DEMIKIAN, MENURUT SUMBER DARI BLOG HORAS IANYA ADALAH KERJA DARI KALANGANMEREKA SENDIRI.  UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI BLOG HORAS

Tuesday, February 28, 2012

PERGINYA SEORANG PEJUANG NEGARA

Pejuang negara meninggal dunia pada usia 86 tahun




KUALA PILAH 26 Feb. - "Beri tahu semua kenalan abah bahawa pejuang negara ini masuk hospital."
Masih jelas dalam ingatan Aminah Wahab, 57, kata-kata arwah ayahnya itu, Wahab Hamid, 86, ketika dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini Ahad lalu.

Selepas seminggu mendapat rawatan di hospital, Wahab meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.45 pagi semalam akibat masalah saluran pernafasan.

Beliau adalah penerima Military Medal (MM) daripada kerajaan British atas jasa-jasa mempertahankan negara, terutamanya ancaman komunis pada tahun 50-an.

"Baru-baru ini, abah ada meminta semua anak-anak pulang ke rumahnya di Kampung Terusan (di sini) pada 19 Februari lalu. Arwah memberitahu dia ingin menemui semua anaknya dan mengadakan kenduri doa selamat.

"Namun, pada hari perjumpaan bersama anak-anak, abah telah dimasukkan ke hospital setelah mengalami sesak nafas," katanya.
Ujarnya, selepas tujuh hari dirawat di hospital tersebut, arwah ayahnya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Pada bulan lepas, arwah juga ada berpesan kepada saya supaya segera menghantar borang untuk mengesahkan bahawa arwah adalah penerima MM.

"Paling menyedihkan apabila kad pengesahan daripada kerajaan sampai di rumah pada Rabu lalu dan arwah tidak dapat melihat kad tersebut kerana berada di ICU," katanya.

Jenazah pahlawan negara itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan Tengah, Juasseh dekat sini petang semalam.

Arwah meninggalkan tujuh orang anak serta isteri, Selamah Choboi, 75.

Akhbar ini pada keluaran 28 September tahun lalu menyiarkan pesanan arwah kepada golongan muda untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.

Keberanian Wahab mempertahankan kedaulatan tanah air ini terserlah selepas beliau terlibat dalam pertempuran dengan pengganas komunis pada 25 Mac 1950 di Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.

Sunday, February 26, 2012

Anuar Telah Kota Kan Janji

www.sinarharian.com.my
KEGAGALAN menaiki podium peringat fasa kedua semalam ditebus Anuar Manan selepas menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga keseluruhan saingan Le Tour de Langkawi 2012, hari ini. Anuar yang mewakili pasukan Champion System melakukan henjutan 3 jam 30 minit 11 saat untuk tiba di garisan penama

Sunday, February 19, 2012

Maulidur Rasul peringkat DUN Semenyih

Assalamualaikum. Sukacita saya menjemput seluruh muslimin dan muslimat, badan-badang NGO, KRT, PIBG, agensi/jabatan kerajaan khususnya di Semenyih dll menyertai sambutan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat DUN Semenyih spt butir-butir dinyatakan. Terima Kasih
DATO JOHAN ABDUL AZIZ

Wednesday, February 1, 2012

SURAU SYAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Sambutan Maulidurrasul Surau Syaidina umar Al-Khattab akan diadakan pada 5 Feb 2012, jam 10.00 pagi.

Pelbagai aturcara telah diaturkan seperti bacan Al-Quran oleh Johan Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2009, Ceramah Ugama dan berbagai aturcara juga telah disusunkan.

Friday, January 6, 2012

NEGERI PALING BUSUK

HULU LANGAT, 6 Jan – “Negeri paling busuk. Inilah yang mungkin dimaksudkan pakatan pembangkang sebagai negeri kebajikan di mana sampah sarap hadiah paling istimewa buat rakyat di Selangor”, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz.

Jelas beliau lagi keluhan rakyat di banyak kawasan di negeri ini termasuk di Semenyih tentang longgokan sampah adalah bukti ketidakcekapan pentadbiran kerajaan Selangor di bawah pakatan pembangkang.
“Tak payah cakap lagi pasal kebajikan rakyat kalau masalah sampah pun tak mampu diselesaikan.

“Masalah ini nampaknya semakin serius setelah kerajaan Selangor berjaya merampas kerja-kerja pembersihan dan sisa pepejal dari Alam Flora. Nampaknya negeri Selangor tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah terbesar di Malaysia”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi di mana-mana sahaja, masalah sampah menjadi buah mulut malah jauh lebih popular berbanding Kelantan yang memang terkenal dengan sampah dan kekotorannya.

Justeru beliau berkata rakyat khususnya masyarakat di Semenyih akan mengadakan satu demonstrasi pada 9 Januari ini sebagai tanda kecewa dan tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan Selangor yang nyata gagal menguruskan soal sampah.

“Kalau Kerajaan Selangor nak rampas kerja-kerja pembersihan dan sisa pepejal dari Alam Flora untuk beri syarikat-syarikat sampah kroni mereka itu dia punya pasal tapi ternyata syarikat yang dilantik itu gagal dan menyusahkan rakyat.
..................................
“Inilah akibatnya kalau kerajaan negeri dipimpin oleh gerombolan manusia busuk sampai negeri pun dah jadi negeri busuk sekarang”, ujarnya. -MediaUMNO