ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Thursday, March 29, 2012

KANIVAL MOA HULU LANGAT

Assalamualaikum, salam hormat kepada seluruh masyarakat di Hulu Langat. Tuan puan dijemput hadir ke Karnival MOA Bersama Rakyat dari 30-31 Mac - 1 April 2012 mulai 10.00 pagi hingga 10.00 malam di perkarangan Tesco Semenyih.

Pameran dan jualan buah-buahan/pertanian produk berasaskan pertanian, produk IKS /hiliran, cabutan pengunjung bertuah, persembahan artis, Motorcross, lumba basikal, pertandingan melukis kanak-kanak, demo masakan/kek & pastri dan bermacam-macam yang lain....

Majlis perasmian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada jam 830 malam 30 Mac 2012 di Perkarangan Tesco Semenyih. Terima kasih
 Dato' YB JOHAN ABD AZIZ

Wednesday, March 28, 2012

Bos cakap lain, anak buah cakap lain

Haram kerjasama dengan Yahudi

KUALA LUMPUR 26 Mac - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dilihat bercanggah pendapat dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila secara tegas menyatakan adalah haram untuk berurus niaga dengan Yahudi tanpa mengira fahaman yang mereka anuti termasuk Zionis.

Kenyataan itu dilihat agak mengejutkan ketika Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi baru-baru ini secara terbuka menyatakan adalah tidak salah atau tidak haram untuk orang Islam berurus niaga dengan Yahudi selagi Yahudi tersebut tidak mempunyai agenda jahat.

Menurut Nasrudin, fatwa berkaitan pengharaman menjalin urus niaga dengan Yahudi dikeluarkan oleh beberapa tokoh Islam kerana keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan jenayah besar ke atas umat Islam yang berlarutan sehingga ke hari ini.

Menurutnya, sebarang hasil urus niaga yang mengalir ke Israel akan menyumbang kepada kekayaan ekonomi Zionis dan digunakan dalam pembelian serta penciptaan senjata bagi membunuh rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan akidah serta tanah air mereka.

Lebih penting, kata beliau, Yahudi mempunyai sentimen permusuhan yang sangat tinggi terhadap para penganut Islam seperti dijelaskan dalam banyak ayat al-Quran.

"Fatwa ini dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas umat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urus niaga.

"Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini," tegasnya dalam entri tidak bertarikh bertajuk 'Muamalah Dengan Yahudi' di blog Episod Sebuah Perjuangan di http://www.eperjuangan.com.

Berdasarkan carian, entri itu dipercayai ditulis pada 4 Oktober 2009 tetapi persoalannya mengapa Nasrudin kembali menyiarkannya.

Pada 23 Mac lalu, Nik Abdul Aziz menegaskan, kerjasama dan urus niaga dengan golongan berbangsa Yahudi tidak diharamkan dalam Islam selagi mereka tidak mempunyai agenda jahat.

Nik Abdul Aziz mengulangi pendirian yang dinyatakan oleh Abdul Hadi sebelum itu bahawa kerjasama dengan bangsa Yahudi dibolehkan jika mereka tidak berpegang kepada ideologi Zionis.

Nasrudin menambah, umat Islam tidak perlu panik mengenai perkembangan semasa berkaitan isu Yahudi kerana perbahasan mengenai hukum dagangan adalah berbeza dengan pemerintahan.

"Apa pun, kita lebih wajar berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kepada umat Islam di Palestin khasnya Hamas untuk mereka terus membina masa depan yang lebih baik (ketika) berdepan kekejaman Yahudi Israel berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga dengan Yahudi," katanya.

Sunday, March 11, 2012

Chong VS Lin

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.

Seluruh England: Chong Wei jumpa Lin Dan malam ini

UMI HAFILDA TERUSKAN PENDEDAHAN AZMIN ALI DAN ANWAR IBRAHIM

Luahan hati Ummi Hafilda

SAMA ada kita kasihan, simpati, meluat atau menyampah dengannya, perkembangan hidup Ummi Hafilda Ali tetap diikuti ramai.

Apabila adik bongsu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ini turun padang berceramah sejak awal tahun lepas, khalayaknya pelbagai. Setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan, Ummi menambah peminat ceramahnya. Intinya berkisar dua isu utama sahaja. Hipokrisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gengnya. Lebih penting lagi kisah abangnya, Azmin yang masih terus membuang keluarganya.


Saya disuakan oleh Ummi telefon bimbitnya yang tertera beberapa rakaman video yang menampakkan melaut manusia berkopiah, berserban di Pasir Puteh dan Besut. Mereka tidak berganjak, berhenti berborak, asyik mendengar pendedahan Ummi dalam ceramahnya.


Menginjak usia 44 tahun, susunan ayat wanita ini teratur demi untuk menjelaskan kebenaran demi kebenaran dalam satu pertemuan dengan saya dan rakan jurugambar, Shahril Azman Mohd. Zain di Mont Kiara Solaris dekat Hartamas, Kuala Lumpur Khamis lalu. Ikuti sedutan luahan Ummi:

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Saturday, March 10, 2012

BANNER MENUNGGU KEDATANGAN DR BADRUL AMIN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI. 

DIFAHAMKAN USTAZ BADROL AMIN AKAN DATANG KE SEMENYIH HARI INI.  DAN KEDATANGAN BELIAU DISAMBUT OLEH BANNER INI.  SIAPA YANG MELETAKKAN BANNER INI TIDAK PULA DIKETAHUI.  NAMUN DEMIKIAN, MENURUT SUMBER DARI BLOG HORAS IANYA ADALAH KERJA DARI KALANGANMEREKA SENDIRI.  UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI BLOG HORAS