ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Tuesday, March 8, 2011

ANUAR YAKIN MENANG LAGI.....

Annuar yakin menang di Lahore

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yakin skuad Olimpik negara tidak berdepan masalah untuk menewaskan Pakistan pada perlawanan kedua pusingan kelayakan Olimpik 2012 di Lahore, Rabu ini.

Katanya, dengan persiapan rapi dan juga kekuatan dimiliki skuad kendalian Ong Kim Swee itu, skuad negara perlu mencatat keputusan meyakinkan untuk menyuntik semangat sebelum menghadapi pusingan kedua yang lebih mencabar.

“Pasukan ini sudah menjalani persiapan terbaik sebelum perlawanan kedua dengan Pakistan, malah pasukan-pasukan seperti Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan juga Harimau Muda A sendiri terpaksa mengorbankan beberapa pemain pada perlawanan Piala FA untuk memberi laluan kepada latihan skuad ini.
“Kami harap pemain mempemerkan permainan terbaik kerana pada pandangan saya, pasukan negara tidak berdepan masalah untuk menang apatah lagi dengan bekalan dua gol.

“Saingan kelayakan Olimpik lebih sukar berbanding dulu dan pasukan negara perlu memperbaiki permainan kerana jika layak, saingan pasti lebih mencabar,” katanya.

Skuad Olimpik negara berlepas ke Lahore hari ini bagi aksi perlawanan timbal balik selepas menang 2-0 di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.
Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hadir pada majlis ramah mesra pasukan itu bersama peminat di Alhamra Farm Sg Pendek, Hulu Langat, semalam.

Sunday, March 6, 2011

AKAN ADA LAGI PILIHANRAYA BERIKUTNYA

Alhamdulillah..kita telah menang dengan mojoriti yang besar.  Ini semua adalah atas usaha yang tidak berbelah bagi.  Semua pihak memainkan peranan masing-masing.  

Dengan itu, inilah hadiahnya Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.

Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

Maka usaha-usaha ini harus dikekalkan sehingga kita kembali memenangi hati seluruh rakyat malaysia.

SYABAS KEPADA SEMUA YANG BERTUNGKUS LUMUS SECARA LANGSUNG MAHUPUN SECARA TIDAK LANGSUNG SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN.

JUMPA LAGI UNTUK PILIHANRAYA BERIKUTNYA MUNGKIN DI SARAWAK.

DIA PAKAT-PAKAT TINGGALKAN PKR LAGI...

Alhamdulillah....lebih ramai yang tinggalkan PKR lebih bagus...ayuh semua tinggalkan PKR...jgn tunggu pilihanraya baru nak tinggalkan PKR, nanti orang akan kata anda telah "dibeli".   Ini lah masanya yang terbaik untuk anda semua menyokong kembali kerjaan yang telah berusaha untuk keharmonian negara tercinta kita ini.

PKR Sabah semakin goyah, 94 anggota keluar parti

06/03/2011 3:13pm

TUARAN 6 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kini bertambah goyah apabila semakin ramai anggota parti itu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, kata Ketua UMNO Tuaran Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, hari ini seramai 94 anggota parti itu yang diketuai bekas ketua ranting PKR Indai Rusnin Laseh menyerahkan borang menyertai Umno kepadanya.

"Saya percaya lebih ramai lagi ahli-ahli PKR sedar dan menyertai BN (Barisan Nasional) dalam masa terdekat. Ini kerana kerajaan BN sahaja mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat,” kata Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kepada pemberita di sini.
Beliau juga yakin penyertaan mereka ke dalam UMNO akan membantu BN untuk meraih kemenangan besar pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Pajudin Nordin yang turut hadir, berkata, beberapa lagi ketua cabang PKR Sabah bakal meninggalkan parti tersebut.

Katanya, mereka sedang mengatur strategi untuk keluar parti secara beramai-ramai dan membantu jentera pilihan raya BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Dalam pada itu Rusnin pula berkata, tindakan mereka keluar parti tersebut kerana “pucuk pimpinan parti hanya tahu berjanji dan bercakap kosong tetapi tidak mampu menunaikannya.” "PKR juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk membantu rakyat di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya,” katanya yang 10 tahun bersama PKR. - Bernama