ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Wednesday, March 31, 2010

Jual Misai Untuk Dapat Dana

DATUK YAP PIAN HON, Bekas Ahli Parlimen Serdang. 

Ini adalah petikan dari Utusan Online mengenai Datuk Yap Pian Hon.

Luahan hati YB Yap, sanggup jual misainya demi rakyat.

KELMARIN saya berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat baik yang sudah lama tidak bertemu. Beliau ialah seorang bekas wakil rakyat. Dikenali ramai sebagai wakil rakyat berjiwa rakyat. Seorang keturunan Hakka yang saban hari berada di kedai-kedai kopi, atau kopitiam dalam istilah Cina, untuk bersembang dan mendengar hati nurani rakyat.

Nama beliau ialah Datuk Yap Pian Hon, bekas Ahli Parlimen Serdang.

Cina di Serdang rata-ratanya berketurunan Hakka. Kopitiam Hakka amat terkenal di situ.

Sehingga kini beliau masih berkhidmat untuk rakyat di Serdang. Masih ada pusat perkhidmatan rakyat. Rakyat Serdang masih menganggap beliau sebagai wakil rakyat mereka, walaupun bukan lagi Ahli Parlimen.

Siapa yang tidak kenal dengan YB Yap. Mula menjadi ADUN Serdang ketika berusia lewat 20-an pada tahun 1969. Kekal selama lima penggal sehingga 1995. Dari 1995-2008 sebagai Ahli Parlimen Serdang. Pada pilihan raya tsunami 2008 beliau tidak dipilih untuk bertanding. Mungkin jika bertanding, beliau akan menang.

Sekarang Serdang dipegang oleh DAP.

Berusia 66 tahun. Sehingga setahun lalu Yap dikenali sebagai ''wakil rakyat misai''. Misainya memang mahal, kerana dengan misai itu, ditambah dengan rambut sikat atas dan berkaca mata, beliau nampak tampan.

Sehinggalah dalam satu perhimpunan amal masyarakat Cina tahun lalu, beliau dan misainya menerima cabaran. ''Jika kamu sanggup cukur misai itu, kita akan lelong dan bagi duit kepada kamu."

''Saya kata kepada mereka saya setuju terima cabaran itu," tegas Yap.

Akhirnya misai beliau dilelong dengan harga RM100,000. ''Dengan wang itu dan RM100,000 lagi derma yang dikutip saya beli kerusi roda, beras dan keperluan lain untuk rakyat miskin di kawasan saya."

''Saya berikan kepada orang Melayu, orang Cina dan India." Sehingga kelmarin, katanya ''sudah setahun saya tidak simpan misai lagi."

Katanya, beliau terpaksa 'menjual' misainya kerana sudah tiada peruntukan. ''Selangor sekarang di bawah pembangkang, saya pun bukan wakil rakyat lagi jadi saya terpaksa menjualnya untuk mendapatkan sedikit peruntukan."

''Apabila saya memerlukan lagi wang kutipan kebajikan itu, saya akan menyimpan misai lagi." Tapi itu mungkin tidak 'laku' lagi kerana misai itu dulu ialah identitinya. Kini beliau sudah tiada identiti lagi.

Itulah Datuk Yap, seorang pemimpin yang sanggup turun padang sehingga ke hari ini untuk mendengar rungutan rakyat. Melihat sungai-sungai dalam kawasannya yang kotor, hanyir, banjir atau meninjau longkang-longkang tersumbat. Serta melawat rakyat daif di setinggan dan rumah-rumah flat yang memerlukan bantuan.

Pagi semalam semasa menaip tulisan ini saya sempat menelefon beliau untuk bertanyakan sesuatu. Tiga kali baru diangkat panggilan itu. Rupa-rupanya dari suara di belakang kedengaran suara-suara kuat orang ramai. Yap berada dalam sesi dialog dengan rakyat.

Itulah rutin Yap. Beliau asyik dengan rakyat, walaupun bukan lagi YB.

Namun dalam keramahan beliau bercakap, yang tidak putus-putus itu, Yap ada menyimpan perasaannya. Begini luahannya kepada saya.

''Saya sedih kerana tiga kaum terbesar kita masih belum dapat bersatu. Orang Cina dengan Cina mereka, orang Melayu dengan puak mereka dan begitu juga dengan orang India.

''Kita sudah 50 tahun merdeka, saya mahu sangat melihat kita semua bersatu-padu."

Kita, komponen BN harus sering bertemu. Jika dulu kita amat jarang berjumpa mungkin kerana sudah terlalu selesa - kita kuat, kita rasa tak boleh kalah - tapi kini lain. Kita kena bertemu sekurang-kurangnya tiga bulan sekali, bukan empat tahun sekali!

Pertemuan itu harus berlangsung di semua peringkat - dari bawah hingga ke atas - supaya semua masalah, perasaan yang terpendam dan apa sahaja dapat diselesaikan demi rakyat, tegas Yap.

Dari raut mukanya, bekas Ketua Pemuda MCA, Naib Presiden MCA tiga penggal dan Exco Selangor dua penggal itu, ikhlas. Bersungguh-sungguh beliau membangkitkan isu itu.

''Saya sedih apabila disebut sahaja orang Islam, maka orang Cina akan kata itu orang Melayu, walaupun ramai juga orang Cina atau orang India di negara ini adalah Islam.

''Saya benar-benar tidak faham. Di mana silapnya apabila orang Cina mengatakan Islam itu Melayu," katanya yang merujuk kepada Dr. Ridzwan Tee Abdullah yang turut berada dalam pertemuan itu.

Ridzwan Tee hanya bersenyum. Orang Cina menganggap Ridwzan Tee ialah orang Melayu kerana dia masuk Islam.

Daripada apa yang diluahkan oleh YB Yap, kita tahu ia datang dari hati yang ikhlas.

Ia datangnya dari bekas YB yang dekat dengan rakyat. Ia datang dari wakil rakyat yang pernah menang di kawasan Melayu. Mungkin YB lain tidak peduli - kerana banyak buat hal lain - tapi bagi Yap, orang lama dan hardcore BN ini adalah lain dari yang lain.

Melihatkan gelagat Yap, teringat saya dengan bekas YB, Lee Lam Thye (kini Tan Sri).

Dulu, beliau macam itu juga. Sanggup mengangkut typewriternya ke pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin dekat Sungai Besi untuk menulis kenyataan akhbar mengenai rakyat di kawasannya di Bukit Bintang.

Walaupun beliau ahli DAP ketika itu, beliau tidak pula memboikot Utusan sebagaimana generasi Lim Guan Eng sekarang. Hanya orang bodoh saja yang memboikot akhbar. Utusan bagi YB Lee ketika itu ialah rumah keduanya.

Begitu juga dengan YB Yap, saya mengenalinya kira-kira 20 tahun lalu, ketika sama-sama membuat liputan rakyat bersama-sama beliau.

Utusanlah tempat pertama yang dilawati YB Yap sebaik sahaja beliau memenangi kerusi Ketua Pemuda MCA dulu (1987-90).

''Saya berdialog dengan Zam (Tan Sri Zainuddin Maidin - Ketua Pengarang ketika itu) dan minta Utusan turut memperjuangkan nasib orang miskin Cina. Orang Melayu ingat orang Cina semuanya kaya."

Hari ini, walaupun Yap kini bukan lagi YB di atas kertas, hatinya sudah terlalu matang. Beliau mahu melihat perpaduan rakyat Malaysia lebih jitu lagi.

1Malaysialah jawapannya dan itulah solusinya.

Jika 50 tahun kita gagal dalam soal penyatuan ini, apakah kita mahu gagal 50 tahun lagi?

GELOMBANG "JOM PAKAT KELUAR PKR" LAGI

Cukuplah, kami tak mahu lagi ditipu PKR kata mereka.

SUNGAI PETANI 29 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini dilanda pelbagai kemelut terus menerima tamparan apabila satu lagi cawangannya di Kedah iaitu di Kampung Pengkalan Lebai Man di sini yang dianggotai oleh 217 ahli masyarakat India dibubarkan malam tadi.

Pembubaran dan pengisytiharan keluar parti itu didorong rasa tidak puas hati terhadap tindak-tanduk Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR Bahagian Sungai Petani yang tidak ikhlas memperjuangkan nasib kaum India.

Ketua PKR Cawangan Pengkalan Lebai Man, Mohd. Rahim Prabakaran Abdullah mendakwa, mereka tiada pilihan selain meninggalkan parti tersebut kerana kepimpinan sudah dikuasai oleh golongan yang mementingkan kedudukan manakala golongan bawahan disisihkan.

Malah katanya, rata-rata masyarakat India di situ tidak yakin lagi dengan perjuangan PKR yang sebelum ini hanya pandai berjanji namun gagal menunaikannya.

"Masalah rakyat gagal diselesaikan, malah pemimpin PKR seperti Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Tan Chow Kang yang kami pilih sebelum ini, langsung tidak mempedulikan kebajikan penduduk.

"Apabila kita ajukan masalah, mereka hanya pandai berjanji tetapi tidak laksanakannya. Kini sudah dua tahun kami dijanjikan macam-macam tetapi apa pun tak nampak. Cukuplah, kami tak mahu ditipu PKR lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis pembubaran tersebut.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pegawai Penyelaras Parlimen Sungai Petani, Ali Yahaya dan bekas Pengerusi MIC Kedah, Datuk V. Saravanan.

Tuesday, March 30, 2010

KENAPA ATM MAYBANK SEKITAR BANGI DAN KAJANG TAK BERFUNGSI?

Ini adalah bebera gambar yang sempat saya ambil sebagai bukti dakwaan saya ini.

Sudah hampir seminggu ATM Maybank sekitar Bangi dan Kajang mengalami gangguan.  Tak tahu apa punca dan kenapa ini berlaku. 

Ada rakan-rakan yang tahu sebabnya?

Sekiranya ada warga kerja Maybank yang membaca petikan ini harap dapat membantu kenapa ini berlaku.  Saya sudah pergi banyak tempat di stesen-stesen minyak dan semua yang saya pergi ATMnya tidak boleh digunakan.

Bangi, Kajang, Semenyih lokasi yang saya pergi.  Mesti ada sesuatu alasan yang kukuh kenapa ini berlaku.  Namun tiada notis ditulis pada mesin-mesin tersebut.  Nota yang ada hanyalah "TIDAK BOLEH DIGUNAKAN".

Adakah ianya secara kebetulan?
Kepada sesiapa yang boleh memberikan jawapan, harap dapat membantu.   Insyallah, besok saya akan cuba dapatkan penjelasan dari pihak Maybank.

Salam Hormat,

Pandang-Pandang, Jeling-Jeling, Jenguk-Jenguk. TINJAU-TINJAU KATA NAJIB

Najib Pandang-pandang, Pandang Pada Siapa,
Kalau pada calon, bolayan katanya,

Bunyi macam lagu senariao, tetapi apa yang diperkatakan oleh PM itu adalah benar dan rakyat memang menantikan keputusan Kehendak Rakyat perlu diutamakan.  Kepada semua ahli dan penyokong BN dan UMNO, kita tunggulah Presiden kita membuat pilihan.  Satu pilihan yang bijak akan menjamin kemenangan kita.  Perkataan Presiden mengatakan nak jenguk Denyut Nadi rakyat untuk calon yang sesuai adalah satu jawapan yang bijak dan amat disenangi.

Inysaallah...

Najib guna “denyut nadi” rakyat sebagai kriteria pilih calon

29/03/2010 9:10pm

KUALA LUMPUR 29 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan menggunakan ”denyut nadi” rakyat untuk memilih calon yang sesuai bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti.

"Kita kena buat kajian dululah, sebab itu saya tidak boleh jawab soalan ini sekarang. Kita kena teliti, rasa denyut nadi rakyat dan sebagainyalah. Tinjau, tinjau dulu,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon yang paling sesuai mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti.

Beliau berkata, faktor utama Rakyat Didahulukan akan digunakan dalam pemilihan calon itu nanti.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak Khamis lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, Allahyarham memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 198 undi menewaskan calon BN dari MIC, Datuk G. Palanivel. – Bernama

Monday, March 29, 2010

DATA PENGUNDI DI HULU SELANGOR PRU KE - 12 SERTA PECAHAN DUN

P94 HULU SELANGOR



Jumlah Pengundi: 63,593


Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%


1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)


2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)


Majoriti: 198


Jumlah undi: 47,622


Peratus mengundi: 74.89%


Undi rosak: 1,466


Penyandang: Datuk G. Palanivel (BN)


(Majoriti: 14,483 undi)

______________________________________________________
3 DUN DI HULU SELANGOR

N5 HULU BERNAM (DUN)

Jumlah Pengundi: 17,549

Peratusan Kaum: M:67.7% C: 17.2% I: 14.8% L: 0.3%

1. Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN) (7,985)

2. Sukor Ali (Pas) (4,436)

Majoriti: 3,549

Jumlah undi: 12,739

Peratus mengundi: 72.59%

Undi rosak: 318

Penyandang: Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN)

(Majoriti: 6,551 undi)

__________________________________________________

N6 KUALA KUBU BAHARU

Jumlah Pengundi: 18,212

Peratusan Kaum: M: 32.3% C: 45.5% I: 21.5% L: 0.7%

1. Wong Koon Mun (BN) (6,555)

2. K. A. Ramu (DAP) (6,107)

Majoriti: 448

Jumlah undi: 13,211

Peratus mengundi: 72.54%

Undi rosak: 549

Penyandang: Datuk Ch'ng Toh Eng (BN)

(Majoriti: 7,456 undi)

____________________________________________

N7 BATANG KALI

Jumlah Pengundi: 27,832

Peratusan Kaum: M: 59.4% C: 20.3% I: 19.9% L: 0.3%

1. Mohd. Isa Abu Kasim (BN) (11,724)

2. Mohd. Nashruddin Abd. Aziz (PKR) (9,545)

Majoriti: 2,179

Jumlah undi: 21,673

Peratus mengundi: 77.87%

Undi rosak: 404

Penyandang: Datuk Zainal Abidin Sakom (BN)

(Majoriti: 8,828 undi)

DATA PENGUNDI DI HULU SELANGOR PRU KE - 12

Ini adalah data pecahan bagi Parlimen Hulu Selangor pada PRU ke 12 yang lalu.  Saya akan masukkan data pecahan Dun pada pukul 9.00 malam ini.

Salam,
______________________________

Selangor P94, N5, N6, N7P94 HULU SELANGOR

Jumlah Pengundi: 63,593

Peratusan Pecah Mengikut Kaum :

Melayu : 53.94%
Cina : 26.67%
India : 18.98%
Lian-lain : 0.41%

1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)

2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)

Majoriti: 198

Jumlah undi: 47,622

Peratus mengundi: 74.89%

Undi rosak: 1,466

DATA SEBELUM PRU Ke : 12

Penyandang: Datuk G. Palanivel (BN)

(Majoriti: 14,483 undi)

ANALISIS FAKTOR PENENTU HULU SELANGOR

Faktor penentu ini telah diulas oleh Saudara Zulkiflee Bakar dari Utusan Malaysia.  Gaya dan analisis yang diterjemahkan adalah tepat dan jelas.  Oleh yang demikian, Kepimpinan BN dari UMNO, MCA dan MIC dan semua parti komponen harus memastikan bahawa calon yang akan bertanding nanti adalah calon yang berwibawa yang mampu menggalas Gagasan 1 Malaysia serta mampu menggalas kehendak dan keinginan penduduk setempat.


Faktor penentu di Hulu Selangor

Oleh ZULKIFLEE BAKAR (pengarang@utusan.com.my)

MUNGKIN sudah ditakdirkan ketika arena politik negara masih lagi panas dengan isu-isu melibatkan pakatan pembangkang seperti kegagalan mereka memerintah dengan sempurna terutamanya di Selangor, pilihan raya kecil akan diadakan di kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ia berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad pada Khamis lalu akibat barah otak. Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, Allahyarham melakukan kejutan apabila menewaskan Datuk G.Palanivel daripada Barisan Nasional (BN).

Walaupun Palanivel tewas dengan majoriti tipis iaitu 198 undi, namun ia sudah cukup menamatkan penguasaan beliau selama lima penggal di Parlimen berkenaan sejak tahun 1990.

Kini sekali lagi pengundi-pengundi di Hulu Selangor akan membuat keputusan. Ia bermakna mereka menjadi kumpulan pengundi ke-10 yang akan mengundi selepas PRU Ke-12.

Sebelum ini, pengundi di sembilan kawasan terpaksa berbuat demikian berikutan pelaksanaan pilihan raya kecil di kawasan mereka selepas pilihan raya umum 2008. Ia melibatkan tiga kawasan Parlimen dan enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kawasan Parlimen yang terlibat adalah Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang manakala enam kerusi DUN pula adalah Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bagan Pinang.

Bagi kesemua kawasan itu menyaksikan, Pas memenangi dua kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN, PKR berjaya di dua kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen manakala BN bertahan di dua kerusi DUN.

Namun begitu berbanding sembilan pilihan raya kecil sebelum ini, pertarungan di Parlimen Hulu Selangor dilihat cukup penting bagi mengukur sejauh manakah segala kemelut politik yang berlaku melibatkan BN dan pakatan pembangkang diterjemahkan oleh rakyat melalui undi.

Bukanlah sesuatu yang riak untuk mengatakan di atas kertas bahawa BN berpeluang cerah merampas kembali kerusi berkenaan.

Selain kekalahan tipis dengan majoriti 198 undi pada pilihan raya umum lalu, banyak adegan politik yang berlaku melibatkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor dikatakan akan memberi kelebihan kepada BN. Ia ditambah pula dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diterima dengan begitu baik oleh rakyat di seluruh negara.

Populariti Najib melalui gagasan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dikatakan akan menjadi modal terbesar bagi membolehkan BN meraih sokongan pengundi di Hulu Selangor.

Begitu juga dengan konsep turun padang melalui program Juara Rakyat yang dilancarkan oleh UMNO, yang mana Hulu Selangor turut menjadi salah satu destinasi program itu baru-baru ini.

Selain itu, memandangkan pakatan pembangkang akan terus menyandar harapan kepada PKR untuk mempertahankan kerusi berkenaan, maka ia akan turut memberikan kelebihan kepada BN.

Ini memandangkan PKR ibarat 'orang sakit' yang dihantar ke medan peperangan, selepas dilanda 'penghijrahan' oleh ahli-ahli Parlimennya menjadi wakil rakyat bebas.

PKR akan turun ke Hulu Selangor seperti membawa 'perisai berlubang' bagi mempertahankan satu demi satu kepincangan kepimpinan parti itu yang didedahkan bekas ahli Parlimennya seperti Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Malahan situasi PKR lebih sulit, apabila terpaksa pula mempertahankan kekalutan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Pelbagai masalah yang berlaku termasuk semakin meningkatnya perasaan tidak puas hati kepada pemerintahan kerajaan negeri Selangor akan membuka ruang kepada BN untuk menunjukkan kepada rakyat siapa sebenarnya lebih layak menjadi pemimpin dan kerajaan.

Oleh itu, bukanlah sesuatu yang keterlaluan, kalau dikatakan BN mempunyai terlalu banyak modal bagi menamatkan penguasaan PKR di Hulu Selangor.

Tetapi kemenangan tidak akan datang begitu sahaja, seperti mana kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, BN tidak boleh terlalu yakin. Justeru BN perlu turun ke Hulu Selangor dengan fakta dan kebenaran.

BN harus bersedia untuk menghadapi lebih banyak fitnah dan pembohongan yang sudah pasti akan dijadikan senjata oleh PKR bagi melindungi keburukan mereka.

Apa yang perlu diingat, setiap kali pertarungan melibatkan BN dengan PKR atau lebih tepat lagi UMNO dan PKR, situasi kempen akan menjadi begitu panas. Ia kerana penyokong-penyokong PKR akan menggunakan apa juga cara termasuk menyerang peribadi calon bagi meraih undi.

Oleh itu, di saat-saat BN dikatakan mempunyai terlalu banyak modal untuk mencatatkan kejayaan di Hulu Selangor, faktor penentu paling utama adalah memilih calon yang tepat.

Ia kerana kesilapan calon boleh menyebabkan segala impian BN menawan semula kerusi Parlimen itu hanya sekadar impian.

Sementara semua komponen BN perlu menghormati bahawa kerusi Parlimen berkenaan tradisinya ditandingi oleh MIC, namun ia bukan bermaksud MIC mempunyai kata mutlak untuk menentukan siapa calon yang mereka mahu.

MIC hanya berhak mencadangkan sahaja senarai calon tetapi akhirnya keputusan akan dibuat oleh Najib selaku Pengerusi BN.

Dalam menentukan soal calon, BN dan MIC bukan sahaja perlu meneliti semula keputusan pilihan raya umum lalu, tetapi lebih penting adakah calon yang bakal dipilih nanti benar-benar boleh diterima rakyat.

Ia bukan soal seseorang calon itu pernah menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan atau tidak, tetapi sejauh manakah calon itu dekat dengan rakyat kerana inilah perkara yang ditekankan oleh Perdana Menteri.

Jika keputusan pilihan raya kawasan berkenaan pada Mac 2008 dikaji adalah jelas BN memerlukan calon yang benar-benar mantap. Ini kerana parti itu tidak boleh memandang ringan jumlah undi rosak yang mencecah 1,466 undi dan kehilangan majoriti 14,483 undi yang diperoleh pada 2004.

Oleh itu, BN perlu berentap di Hulu Selangor melalui dua pendekatan penting iaitu memilih calon yang tepat dan strategi yang betul.

Biarlah apa pun corak kempen yang akan diamalkan oleh PKR termasuklah kemungkinan 'menyanyikan lagu popular' mereka, pengundi hantu, apa yang penting BN perlu memastikan Parlimen Hulu Selangor kembali dalam penguasaan parti tersebut.

BN perlu menjadikan kemenangan di kawasan itu sebagai pengajaran kepada pakatan pembangkang bahawa mereka selama-lamanya tidak boleh terus beretorik dalam berpolitik dan rakyat semakin muak dengan gelagat mereka.

Tidak mustahil kejayaan BN di Parlimen Hulu Selangor jika dicapai akan menjadi satu momentum untuk PRU Ke-13 bagi menenggelamkan bahtera pakatan pembangkang yang kini semakin bocor dan dilanda pelbagai masalah.

JOM PAKAT KELUAR PKR

Diberitakan bahawa 700 ahli PKR malah jumlah tersebut akan dijangka meningkat melebihi dari jumlah asal dimana mereka telah berpakat akan beramai-ramai keluar PKR. Namun tidak pula dinyatakan parti mana yang akan mereka sertai. Kita tunggu dan lihat berita selanjutnya nanti.


700 ahli PKR keluar parti

IPOH 27 Mac - Kepercayaan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis apabila terbaru, seramai 700 ahlinya di sini akan bertindak keluar parti itu beramai-ramai, esok.

Mereka berbuat demikian bukan sahaja kerana kecewa dengan sikap dan 'cakap tak serupa bikin' para pemimpin tertinggi tentang konsep keadilan yang diperjuangkan, malah kesal dengan tindakan pemimpin parti itu yang tidak menghormati agama lain.

Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada ahli Pemuda bahagian itu akan mengesahkan keluar parti secara rasmi dalam satu majlis yang akan diadakan di sini esok.

''Saya jangka bukan setakat 700 orang yang telah bersetuju keluar parti esok tetapi angka itu akan meningkat kerana ramai yang telah sedar dengan apa yang berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama ialah Naib Ketuanya, Sherol Aizam Mohd. Damanhuri; Ketua Penerangan, Mokhtar Kodin dan Setiausaha, S.Vikneswaran.

Pemuda PKR Ipoh Barat ketika ini mempunyai kira-kira 900 ahli.

Menurut Subramaniam, sikap tidak menghormati agama lain terserlah apabila Ketua Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda didakwa pernah melabelkan agama Hindu sebagai 'paria'.

Monday, March 22, 2010

BAYI MALANG, KINI PALING BERUNTUNG MAHSYA KURNEA

Semalam surat khabar menyiarkan berita seorang bayi MALANG telah dibuang oleh ibu dan bapanya.  Kuasa ALLAH, hari ini, anak tersebut tidak lagi malang malah rezekinya pasti melimpah ruah.  kini anak tersebut telah beribu-bapakan sebuah Negeri yang kaya raya iaitu Negeri Perak Darul Ridzuan.  

Jangan nanti, ibu-bapa anak tersebut datang pula mengaku yang anak tersebut adalah anaknya.


Bayi malang dijadikan anak angkat kerajaan Perak22/03/2010 6:16pm

IPOH 22 Mac - Bayi perempuan yang ditinggalkan di kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan, Ipoh semalam dijadikan sebagai anak angkat kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, bayi seberat 2.8 kilogram dan masih ditempatkan di Hospital Raja Raja Permaisuri Bainun (HRPB) itu juga telah diberi nama Mahsya Kurnea yang bermaksud kurniaan hebat. - Utusan

Monday, March 15, 2010

NON MUSLIM TOLAK, ISLAM LAGILAH TOLAK

Difahamkan Kerajaan Langit ni mula untuk aktif semula.  Ketua kumpulan ajaran sesat ‘kerajaan langit’ teruskan dakyah. Kali ini menggunakan FB.  Hebat juga strategi nya, namun yang sesat tetap sesat.  Kalau Ayah Pin pun guna Teknologi IT, maka  apa lagi kita ini.  UMNO mesti tahu kepentingan kewujudan teknologi terkini ini sebagai satu wadah untuk meneruskan perjuangan.  Kepada GAP, RBF, PARPUKARI dan rakan-rakan seangkatan, teruskan perjuangan.  Perjuangan yang murni demi agama, bangsa dan negara akan dinilai oleh ALLAH.

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan ajaran sesat ‘kerajaan langit’, Ayah Pin yang menyepi diri sejak sekian lama, kini muncul kembali cuba menyebarkan ajarannya dengan kaedah lebih canggih menggunakan laman sosial Facebook. Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 85, yang mendakwa dirinya wakil kerajaan langit dikesan mempunyai akaun Facebook sendiri baru-baru ini dan dipercayai akan meneruskan dakyah sesatnya di laman web sosial itu. Ayah Pin, sebelum ini dikatakan uzur dan tahun lalu beliau dipercayai sudah kembali semula ke pangkalannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu, selepas menghilangkan diri sejak hampir empat tahun lalu apabila penempatannya dirobohkan pihak berkuasa.

Beliau sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa dan tidak lagi menganjurkan sebarang kegiatan songsang kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Ayah Pin secara rasmi mengisytiharkan dirinya keluar Islam pada 2 Ogos 1998.

Bagaimanapun, kemunculan semula Ayah Pin melalui laman web itu membimbangkan banyak pihak kerana ada kemungkinan pengikutnya kembali semula dan orang ramai yang sering menggunakan laman sosial itu mungkin terpengaruh dengan ajarannya.

Mengulas perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan akan menyiasat laporan mengenai kewujudan laman web sosial Facebook yang dimiliki Ayah Pin.

Beliau berkata, siasatan dan pemantauan itu nanti akan membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Inilah masalahnya sekarang.... ramai sangat orang yang cepat percaya dengan perkara yang tidak masuk akal. Oleh itu, kita akan segera pantau dan siasat perkara ini kerana kita tidak mahu laman web ini berleluasa dan mempengaruhi pemikiran masyarakat kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Jamil Khir berkata, Jabatan Perdana Menteri akan menjalinkan kerjasama dengan agensi komunikasi dan multimedia yang lain bagi memantau aktiviti ajaran sesat yang disebarkan melalui internet dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, ada orang Islam seakan-akan tidak boleh menggunakan akal sehinggakan apabila wujud saja kumpulan ajaran sesat, pasti ada saja yang menjadi pengikutnya.

“Ajaran sesat seperti Ayah Pin bukan saja ditolak orang Islam tetapi juga orang bukan Islam, tapi saya pelik mengapa masih ada orang yang menjadi pengikutnya,” katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, hampir semua 248 jawatan pegawai dan kakitangan tetap berpencen di masjid seluruh Malaysia, yang diluluskan pengambilannya pada 2007 berjaya dilaksanakan.

Katanya jawatan itu merangkumi gred S41, S44, S32, S27, S17, N17 dan S11 banyak membantu dalam memastikan pentadbiran dan pengurusan masjid lebih cekap dan teratur. Malah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah mewujudkan lapan pejabat zon yang ditempatkan di lapan masjid di Wilayah Persekutuan bagi menyelaras urusan pentadbiran dan kewangan.

ANWAR KREATIF?

Ini adalah petikan dari Utusan Malaysia Online bertajuk Anwar kreatif?

Saya pastekan disini untuk dikongsi-kongsi kan bersama.....

Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak melaksanakan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pentadbirannya untuk melonjakkan pencapaian negara dalam semua bidang, bagaimana pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim?

Dalam pada Najib komited membina keharmonian dan kestabilan demi kepentingan rakyat dan maruah negara, apa penekanan Anwar?

Pada pengamatan Awang, Anwar juga kreatif tetapi bukan untuk kebaikan negara. Beliau kreatif dalam bermuslihat untuk mendapatkan kuasa biar pun agama dan bangsa menjadi taruhannya.

Kini, berikutan kes liwatnya di mahkamah, Anwar kreatif mencari kaedah bagi menyelamatkan diri. Beliau terdesak. Makin ramai sahabat seperjuangan dalam parti, meninggalkannya kerana tidak lagi percayakan beliau. Persepsi rakyat terhadap Anwar terus merosot. Malah ramai ahli Pas dan PKR tawar hati. Ada bancian mendapati tidak sampai 17 peratus yang merasakan Anwar bersih. Sebab itu, rakyat tidak lagi mahu terjebak serta diheret dalam isu moralnya.

Kerana kreativitinya, Anwar tidak mengaku kalah. Beliau mengatur percaturan terbaik termasuk agresif dalam mendapatkan sokongan negara asing. Bukan setakat itu, terbaru, PKR merancang mengadakan siri demonstrasi dan perhimpunan kononnya bagi memperjuangkan isu tertentu. Sekali lagi Anwar mahu menggunakan pentas jalanan sebagai usaha untuk mencetuskan gelombang bantahan terhadap kerajaan dan mewujudkan ketegangan.

Kawasan tumpuan orang Melayu seperti tanah rancangan Felda menjadi sasaran. Mungkin juga ia bagi memulihkan imejnya yang dilihat telah mengkhianati perjuangan Islam dan Melayu. Tetapi yang tersirat, ia bertujuan meraih sokongan bagi kes mahkamahnya. Setakat ini, bukti pasukan pendakwaan begitu menyakinkan .

Awang berpeluang berbual dengan hampir semua pemimpin kanan PKR yang keluar parti. Banyak pendedahan dan cerita berkaitan Anwar, yang menakutkan tentang siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu. Berbelas-belas bekas pemimpin PKR bercakap hal yang sama. Apakah mereka berbohong atau sememangnya Anwar yang bermasalah? Kini mereka bersyukur kerana dapat menyelamatkan diri daripada hipokrasi Anwar.

Menurut mereka, Anwar berkeupayaan melakukan apa sahaja bagi menutup kepincangan dan dosa-dosanya. Jika negara ini kucar-kacir dan musnah sekalipun tidak mengapa kerana dengan cara begitu, beliau lebih berpeluang untuk menyelamatkan diri dan menangguk di air keruh.

Beberapa hari lalu, disebabkan provokasi Anwar, ada pemimpin PKR menghina polis dengan melabelkan polis sebagai anjing dan barua kerajaan. Awang melihat, ini semua langkah pre-emtif supaya penyokong pembangkang membenci polis jika pasukan itu bertindak tegas selepas ini. Maka sememangnya Anwar kreatif tetapi ke arah negatif. Kreativiti yang membahayakan, apatahlagi nafsu politik beliau cukup luar biasa. Nafsu oh nafsu. Untuk keluaran asal, sila KLIK DISINI

Sunday, March 14, 2010

PULANGLAH.....NURFARAHIN MOHAMED FADHIL

'Nurfarahin pulanglah' Kasihan keluarga adik.  Kepada semua rakyat Malaysia, sekiranya ada yang terjumpa adik ini, silalah hantar segera ke Balai Polis yang berdekatan. 

Adik Nurfarahin, percayalah keluarga adik merindui adik.  Sesungguhnya tempat yang paling selamat dan bahagia adalah dirumah adik sendiri.  Adik tidak akan dapat kebahagian dari rakan-rakan atau orang lain.  Sesungguhnya keluarga adik sangat merindui adik.  PULANGLAH......


NURFARAHIN

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 13 Mac - Seorang ibu merayu anak perempuannya, Nurfarahin Mohamed Fadhil, 15, agar pulang segera kerana keluarga merinduinya.

Noorhizan Md. Noor berkata, Nurfarahin pelajar tingkatan tiga disedari hilang oleh keluarganya setelah tiada di rumah sejak Selasa lalu.

Sebelum ini, pelajar terbabit tinggal bersama keluarganya di Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak di sini.

Aduan polis telah dibuat di Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Balai Polis Salak Selatan.

Orang ramai yang mengetahui tentang Nurfarahin diminta menghubungi ibunya di talian 017-2021482.

Monday, March 8, 2010

DATUK KALAKAU MACAMANA?

120 ahli PKR Papar sertai UMNO.  Orang sekarang mula menjadi trend menyokong Kerajaan pimpinan BN dimana dilihat Kerajaan sediada memang telus untuk membantu rakyat tetapi Datuk Kalakau ambl langkah untuk melawan arus.  Namun Datuk, masih sempat lagi untuk kembali kepangkuan asal.  Terpulang kepada Datuk.  Sedangkan Ahli Parlimen mereka sendiri sudah tidak percaya dengan kepimpinan Parti PKR dan sanggup meninggalkan parti.

120 ahli PKR Papar sertai Umno kerana Gagasan 1Malaysia

KOTA KINABALU: Seramai 120 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di mukim Limbahau dalam daerah Papar bertindak keluar parti untuk menyertai Umno kerana tertarik dengan gagasan 1Malaysia.

Jurucakap mereka, Camillus Ginibun, yang juga ahli jawatankuasa PKR Papar, berkata tindakan mereka keluar parti itu bukan kerana didesak atau dijanjikan sesuatu tetapi dengan kesedaran bahawa konsep 1Malaysia memberi perhatian terhadap kebajikan dan pembangunan semua kaum.

"Konsep 1Malaysia membuatkan kami merasa bangga kerana tidak ada kaum, termasuk Kadazan, Dusun dan Murut, yang akan dipinggirkan daripada arus pembangunan. Kami sebelum ini terperdaya dengan janji manis pemimpin PKR di peringkat negeri dan pusat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ginibun berkata, keputusan mereka untuk menyertai Umno adalah kerana Umno adalah tunjang Barisan Nasional manakala wakil rakyat mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail, walaupun adalah ahli Umno, beliau sentiasa mengambil berat terhadap nasib semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa.

Bekas Pengarah Logistik PKR kawasan Pantai Manis, Robert Apin, pula berkata penyertaan beramai-ramai ahli PKR dalam Umno bukan kerana mahu mendapatkan kedudukan tetapi untuk mencari "rumah yang teguh untuk berlindung". - Bernama

Saturday, March 6, 2010

BUKTI ANUAR CIPTA SEJARAH

Ini bukan cerita politik tetapi berita sukan.  Jangan marah ya, sesekali kita keluar dari kepompong politik dan rehatkan minda dengan sukan serta beriadah. 

Majulah sukan untuk negara

 
PORT DICKSON - Anuar Manan mencipta sejarah sebagai pelumba pertama negara yang memenangi peringkat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila menawan peringkat kelima dari Muar ke Port Dickson, semalam.

Lebih bermakna, pelumba Geumsan Ginseng itu yang menamatkan kemarau 15 tahun untuk menyaksikan kejuaraan milik pelumba tempatan, turut merampas jersi hijau (Raja Pecut) selain mempertahankan jersi biru (pelumba terbaik Asia keseluruhan).

Perlumbaan sejauh 111.5 kilometer itu menyaksikan Anuar tidak menghadapi masalah untuk menjadi orang pertama melintasi garisan penamat, walaupun diasak oleh pelumba lain termasuk Vidal Celis dari Footon Servetto (kedua) dan Rene Haselbacher (Vorarlberg Corratec, ketiga).

Anuar, yang kehilangan jersi hijau kepada pelumba Jayco Skins, Michael Matthews dalam perlumbaan peringkat keempat kelmarin, menebus kehampaan bukan sahaja menjuarai peringkat kelima tetapi merampas semula gelaran Raja Pecut.

Menurut pelumba berusia 24 tahun itu, hasil bantuan rakan senegara yang mewakili pasukan benua dan kebangsaan, ia memudahkannya untuk menawan peringkat kelima semalam.

"Saya berasa gembira dengan kejayaan ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberi sokongan kepada saya selama ini," katanya.

Menceritakan detik-detik menjuarai peringkat semalam, ujar Anuar, taktik menyimpan tenaga kerana tidak mengerah kudrat untuk memburu mata di zon pecutan seperti mana yang dilakukannya sebelum ini, adalah rahsia kemenangannya.

"Hari ini saya rasa sangat mudah untuk merampas jersi hijau kerana di zon pecutan pertama (di Umbai), saya mendapat bantuan dari pelumba Marco Polo, Loh Sea Keong dan beberapa pelumba pasukan kebangsaan.

"Jadi, saya tidak perlu berhempas-pulas untuk meraih mata pertama zon pecutan pertama, daripada tiga zon yang disediakan," katanya.

Ditanya mengenai pencabar utamanya dalam perebutan jersi hijau, Anuar berkata, dia sempat memperhatikan pergerakan Matthews di zon pecutan kedua (Sungai Udang) dan ketiga (Kuala Sungai Baru).

"Saya lihat Matthews tidak teruja untuk meraih pungutan mata pecutan di zon pecutan kedua dan ketiga, menyebabkan saya mengambil keputusan untuk kekal dalam kumpulan tanpa melakukan breakaway.

"Saya hanya berazam untuk mengekalkan jersi hijau ini sehingga tamat saingan LTdL," kata pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu.

Sementara itu jersi kuning masih menjadi milik pelumba Tabriz Chemical, Tobias Erler, manakala Peter McDonald dari Drapac Porsche mempertahankan jersi polka dot (Raja Bukit) yang telah dimenanginya sejak perlumbaan peringkat pertama.

Hari ini, saingan LTdL akan memasuki peringkat keenam dari Putrajaya ke Genting Highlands, yang merangkumi jarak sejauh 102.8 kilometer termasuk tiga zon pecutan dan dua zon pendakian.

TAWAN HATI RAKYAT KUNCI UNTUK TAWAN SELANGOR

KUANG – UMNO Bahagian Selayang proaktif untuk mempertahankan dan mengekalkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuang dan Taman Templer dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang kini ditadbir Pakatan Rakyat (PR) sejak Pilihan Raya Umum 12 (PRU 12) lalu.

Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, pentadbiran UMNO Bahagian Selayang akan dimantapkan untuk memberikan kemudahan dan menyelaraskan gerak kerja yang lancar di 130 cawangan UMNO seluruh Bahagian Selayang yang melibatkan tiga DUN iaitu DUN Kuang, DUN Rawang dan DUN Taman Templer.

“Hubungan antara kepimpinan bahagian dan sayap yang baik akan memudahkan untuk melaksanakan pelbagai program secara berpasukan terutamanya dalam usaha menawan semula negeri ini yang kini di bawah tampuk pentadbiran PR.

“Dalam masa yang sama, UMNO Bahagian Selayang melaksanakan dan merencana pelbagai program bersama semua lapisan masyarakat dalam pelbagai aktiviti melibatkan kebaji- kan, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan dan merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Selayang di Kampung Setia, dekat sini.

Menurutnya, bangunan itu mula beroperasi pada Februari lalu yang menempatkan semua kepimpinan UMNO Bahagian Selayang melibatkan Ketua Puteri UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Wanita bagi memudahkan mereka bekerja di bawah satu bumbung.

“Saya menasihatkan kepimpinan UMNO supaya tidak mengejar populariti sebaliknya berjuang bersama untuk memperkukuhkan perjuangan UMNO seperti melakukan penyelarasan kerja dengan lebih tersusun.

“Kita mempunyai hasrat bagi mempertahankan dan mengekalkan dua DUN iaitu Kuang dan Taman Templer yang kini di bawah pentadbiran BN dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang ditadbir oleh pembangkang.

“Kita yakin, atas usaha yang bersungguh-sungguh mendekati masyarakat, kita akan dapat mengembalikan semula keyakinan mereka kepada UMNO sekali gus kembali kepada BN,” katanya.

Shukur berkata, pembukaan pejabat itu adalah bukti dan komitmen berterusan BN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat terutamanya akar umbi.

Katanya, pembukaan pejabat di lokasi yang baru ini memberi kesan yang besar demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat di Parlimen Selayang.

CERAMAH EZAM MD NOOR

Sumber : Gerakan Anti PKR

PROGRAM 1 (Pelancaran 1 koperasi 1 komuniti)


Lokasi Padang Bola Paya Jaras Hilir


7 Mac 2010, Jam 9 malam Forum Perdana


8 Mac 2010 2.00 Petang Perasmian Program Oleh T.S. Muhyidin Yasin


ANJURAN UMNO BAHAGIAN SUBANG

____________________________________________________________

PROGRAM 2 (Ceramah Selamatkan Malaysia dari Penghianat Anwar Ibrahim)


7 Mac 2010 (ahad) 9 malam


Lokasi Padang Bola AU5D, Lembah Keramat Taman Permata


Penceramah : Ezam Mohd Nor, Zahid Md Arip, Hamidzun Zakaria, Megat (Exco Pemuda Umno Malaysia) dll..


KASI BALUN !


ANJURAN UMNO BAHAGIAN GOMBAK

SEBARKAN

Friday, March 5, 2010

MAAFKAN KAMI ! MAKAN KAMI,

Salam To All,

Pohon maaf kerana tak update laman ini di atas kesibukan tugas.  Banyak perkara yang berlaku dalam minggu ini.  Banyak perkara dan sejarah berlaku yang mahu ku ulas, namun tiada kesempatan.

Contohnya isu Bekas TKM Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Bagan Serai dan beberapa isu lagi yang tidak kurang menariknya.

Insyallah, minggu depan aku akan mula aktifkan kembali laman ini. Insyallah.