ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Thursday, August 26, 2010

KETUA PKR BUKIT BINTANG SERTAI UMNO

Ketua PKR Bukit Bintang, 15 ahli sertai UMNO

2010/08/26

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan, Mahmood Abdullah, bersama 15 anggota yang sebahagiannya adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai UUMNO, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai UMNO itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, serta disaksikan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah, dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata, keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan UMNO.

"Tujuan kami kembali kepada UMNO adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.

"PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya pada sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di sini.

Katanya, selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.

"Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi ahli parti itu akan menyertai UMNO selepas Aidilfitri ini.

Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR September ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar.

2 comments:

  1. syukur Alhamdulillah!!

    ReplyDelete
  2. Ini semua kuasa Allah...Bila Allah nak beri hidayat, maka tidak ada sesiapa yg boleh menghalang...

    Nabi pun tak boleh beri hidayat...

    Syukurlah...dah ramai orang melayu/islam insaf.

    Bersatulah UMNO dan PAS untuk kekuatan kita di bumi bertuah ini..

    Bila UMNO dan PAS bersatu, kita boleh menjadi umat islam yg kuat dan mampu menggoncang dunia..Inilah yg ditakuti oleh Yahudi...Mereka tahu satu hari nanti ada satu umat yg kuat akan muncul dari kawasan sebelah sini. Sebab tu mereka hantar agen ( semua dah tahu siapa) untuk pastikan UMNO dan PAS tidak bersatu..

    Tak tahulah apa yg si agen ni dah bagi kat Nik Aziz minum sehinggakan, Nik Aziz yg keras dulu dah jadi selembik-lembiknya sehinggakan sanggup berkawan dgn parti DAPig yg semua orang tahu berideologikan komunis dan kebebasan yg mutlak...

    Semoga Allah beri hdayat kepada Nik Aziz dan semua pemimpin PAS...Amin ( Aku hanya boleh mendoakan..hidayat ditangan Allah) ..

    Tak lupa jugak kepada semua pemimpin Islam UMNO dan yg lain agar sentiasa diberi hidayah dan kekuatan untuk memimpin negara ini..Amin

    ReplyDelete