ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Tuesday, December 7, 2010

LOW LI MIN DI CARI....

Ibu rayu anak gadis 16 tahun pulang

Tan Ghek Khim menunjukan gambar Low Li Min pada sidang media di Sungai Petani, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

SUNGAI PETANI 6 Dis. - Seorang ibu, Eaan Ghek Khim merayu anak gadisnya berusia 16 tahun yang menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang pemuda sejak 21 Oktober lalu, supaya pulang ke pangkuan keluarga dengan segera.

Ghek Khim, 47, berkata, kehilangan Low Li Min, 16, disedarinya selepas anak kedua daripada empat beradik itu tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahannya di Sekolah Menengah Teknik 2, di sini.

"Li Min tinggal di asrama sejak Januari lalu dan saya kini risau dengan keselamatannya serta amat merinduinya, takut kalau sesuatu yang buruk menimpa. Saya merayu kepadanya, pulanglah," katanya di sini hari ini.

Menurut pekerja swasta itu, dia mengesyaki kehilangan anaknya mungkin ada kaitan dengan kedatangan sebuah keluarga ke rumahnya kerana ingin meminang Li Min, Disember tahun lalu.

"Saya rasa, mereka adalah keluarga teman lelaki anak saya yang datang untuk melamar Li Min. Saya bagaimanapun tolak dengan cara baik kerana Li Min masih bersekolah.

"Mereka datang lagi baru-baru ini dengan hasrat yang sama namun saya tidak benarkan dan saya syak, Li Min kini ada bersama mereka," dakwanya.

Katanya, sejak anaknya dilarikan, Li Min pernah menghubunginya sebanyak dua kali menerusi panggilan telefon sambil menangis.

"Dia kata mahu pulang tetapi berada di tempat jauh yang saya dan dia (Li Min) tidak tahu di mana," katanya.

Ekoran kejadian itu, Ghek Khim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sehari selepas kehilangan anaknya iaitu pada 22 Oktober lalu.

Katanya, dia juga telah memuat turun gambar Li Min ke dalam laman sosial Facebook untuk disebarkan kepada umum.

"Saya berharap orang ramai segera berhubung dengan balai polis berhampiran sekiranya terjumpa Li Min," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, mengesahkan menerima laporan tentang kehilangan gadis tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau berjumpa gadis itu diminta menghubungi Ghek Khim di talian 012-4136325 atau balai polis berhampiran.




No comments:

Post a Comment