ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Sunday, August 10, 2014

Kita tunggu episod seterusnya di Selangor

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Apa dah jadi nie...hmm..semoga dielakkan ada pilihanraya....itu semua pembaziran...

Forum kecoh apabila dua kumpulan penyokong PKR bertembung


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sebuah forum Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini malam tadi kecoh apabila dua kumpulan penyokong parti itu bertentangan pendapat berhubung isu pemecatan keahlian Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Situasi tegang bermula apabila bekas Penolong Ketua Penerangan 1 Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rozan Azen Mat Rasip mengajukan soalan kepada ahli panel sambil menyenaraikan pelbagai dakwaan salah laku Abdul Khalid, termasuk kononnya beliau tidak menjaga kebajikan rakyat.

Soalan tersebut menimbulkan kemarahan kepada lebih separuh daripada kira-kira 100 yang hadir kerana tidak bersetuju dengan pemecatan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin itu.

Susulan itu, beberapa individu segera memaki hamun dan melemparkan kata-kata kesat terhadap Rozan Azen sambil mendakwa lelaki tersebut merupakan orang suruhan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila beberapa penyokong kuat Anwar turut berdiri dan berlaku cabar-mencabar antara mereka sehingga hampir menimbulkan pergaduhan.

Pertikaman lidah itu berlaku selama beberapa minit menyebabkan perjalanan forum bertajuk ‘Krisis Selangor: Khalid Ibrahim Belot Pakatan?’ itu terganggu.

Ahli panel pada forum tersebut adalah Presiden Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong MB Selangor (Pasmeb), Mazli Saring; Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ekonomi dan Kewangan MB Selangor, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin; Eksekutif Komunikasi Kepada MB Selangor, Shazni Munir Mohd. Ithnin dan kolumnis, Nathaniel Tan.

Kesemua ahli panel tersebut turut menyelar Rozan Azen kerana soalannya yang dikatakan sengaja merendahkan martabat Abdul Khalid seolah-olah beliau tidak menjaga rakyat Selangor selama ini.
Kumpulan penyokong Abdul Khalid kemudiannya tidak lagi menghiraukan forum lalu mengeluarkan sepanduk untuk menyatakan sokongan kepada pemimpin berkenaan menyebabkan pengacara majlis segera menghentikan forum berkenaan.

Mereka kemudiannya melakukan demonstrasi di hadapan Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur tempat penganjuran forum itu sebagai tanda protes kepada pemecatan berkenaan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140810/po_01/Forum-kecoh-apabila-dua-kumpulan-penyokong-PKR-bertembung#ixzz39xTxpYzi
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment