ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Wednesday, June 30, 2010

TAHNIAH KEPADA YB TAN CHER PUK

Cuba bunuh diri dipercayai kecewa rumah kena lelong

JOHOR BAHRU: Kecekapan anggota bomba dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Johor Jaya, Tan Cher Puk mententeramkan keadaan menyebabkan seorang lelaki membatalkan niat cuba terjun dari atas bumbung sebuah bangunan empat tingkat syarikat kewangan di Bandar Baru Permas Jaya, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu cuba membunuh diri dengan menjulurkan kaki kiri di atas tembok atas bangunan yang hanya kira-kira 50 meter dari Balai Polis Permas Jaya.

Dia dipercayai kecewa selepas syarikat kewangan terbabit dikatakan melelong rumahnya di Taman Tan Sri Yaakob, di sini selepas beliau gagal menjelaskan bayaran bulanan rumah yang dibeli pada 1990 kepada syarikat kewangan itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taman Johor Jaya, Pegawai Kanan II Syed Nasir Syed Abu Bakar, berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai cubaan bunuh diri itu kira-kira jam 10.45 pagi.

Katanya, anggotanya berjaya mengawal keadaan sekali gus cubaan bunuh diri lelaki terbabit itu berjaya dihalang menerusi bantuan Tan selepas kaedah psikologi yang digunakan anggotanya kurang berkesan.

“Kami cuba memujuk dan menasihatinya dari bawah, namun tidak diendahkan sebelum Tan tampil untuk membantu menerusi panggilan telefon bimbit sekali gus berjaya mematahkan hasrat lelaki itu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Tan berkata, lelaki itu bertindak nekad untuk terjun bangunan berkenaan selepas gagal mendapatkan penjelasan berhubung lelongan rumah berkenaan tanpa pengetahuannya daripada salah seorang pegawai bank.

“Dia berasa kecewa dengan tindakan pihak bank dikatakan melelong rumah yang dibelinya dengan harga RM75,000 pada 1990 di Taman Tan Sri Yaakob, di sini dilakukan tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dulu.

“Sebaik menyedari terdapat kerja ubah suai di rumahnya, lelaki itu cuba mendapatkan bantuan seorang wakil rakyat pembangkang tetapi tidak mendapat pertolongan memuaskan sebelum menemui salah seorang pegawai bank terbabit untuk mendapatkan penjelasan” katanya.

No comments:

Post a Comment