ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, July 3, 2010

LAGI TINGGALKAN PKR...

230 ahli PKR sertai Makkal Sakti

2010/07/03

HUTAN MELINTANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bagan Datoh kini semakin tergugat apabila 230 ahli daripada empat cawangan berpaling tadah menyertai Parti Makkal Sakti yang berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Empat cawangan PKR terbabit ialah cawangan Sungai Timah, Batu 25, Taman Desa Baru dan Hutan Melintang.

Bekas Ketua PKR Cawangan Batu 25, M Subaramaniam mengetuai kumpulan terbabit menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Makkal Sakti Kebangsaan, N Ramu pada satu majlis khas di sini, semalam.

Subramaniam berkata, mereka bertindak tidak menyokong PKR kerana kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti itu yang tidak menunaikan janji memperjuangkan nasib masyarakat India.

Katanya, pemimpin PKR bijak menabur janji kosong, tetapi sentiasa berdolak-dalih apabila menerima aduan rakyat miskin, selain gagal membawa projek pembangunan kepada penduduk di kawasan terbabit.

“Kami sudah memohon projek membina parit, longkang dan jalan di kawasan perumahan kami tetapi pemimpin PKR yang ditemui berdolak-dalih dengan memberi pelbagai alasan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, 230 bekas penyokong PKR itu berikrar memberi sokongan kepada BN untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang daripada PKR yang memenanginya pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu dengan menewaskan calon MIC.

Sementara itu, di IPOH, Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ramai ahli PKR hilang kepercayaan dan bertindak keluar parti, sekali gus memilih parti yang lebih menjamin masa depan, berikutan parti itu tidak mempunyai hala tuju dan sering berlaku pertelingkahan antara pemimpinnya.

Beliau berkata, pemimpin parti berkenaan sering menuding jari kepada kerajaan dan menabur fitnah untuk memecahbelahkan rakyat.

“Apa yang berlaku ke atas parti itu ialah pergolakan dalaman antara pemimpinnya untuk merebut jawatan serta pangkat dalam parti, dan bukannya berjuang untuk rakyat seperti sering digembar-gemburkan oleh mereka.

“Jika dilihat, ramai ahlinya bertindak keluar parti kerana sudah menyedari bahawa PKR hanya sebuah parti yang mengamalkan prinsip retorik dan tidak mampu berjuang untuk rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ahmad Husni yang juga Menteri Kewangan Kedua, berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa mengalu-alukan tindakan ahli parti itu yang keluar parti dan akan menerima mereka untuk menyertai BN demi membantu rakyat dan memartabatkan negara.

Katanya, BN percaya ramai penyokong dan ahli PKR bertindak untuk keluar kerana berasakan parti itu tidak mempunyai agenda untuk membangunkan negara serta gagal menunaikan janji seperti diumumkan pada pilihan raya lalu.

“Pertikaian dalam PKR sudah lama dijangka kerana mereka tidak komited dalam usaha untuk membangunkan ekonomi negara dan tidak serius dalam menyelesaikan permasalahan rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment