ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Tuesday, July 13, 2010

GELOMBANG TINGGALKAN PKR MASIH PANAS

Naib Ketua PKR Keningau, 200 ahli sertai UMNO

KENINGAU 12 Julai - Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Mohd. Azmi Egang Linitok bersama tujuh ketua mukim dan 200 ahli membuat keputusan nekad keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Mohd. Azmi berkata, dia dan ketua-ketua mukim mengambil keputusan menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang yang tidak komited dengan perjuangannya.

"Kita juga sedar bahawa semakin ramai pemimpin-pemimpin PKR meninggalkan parti. Ini menunjukkan di kalangan pemimpin pun tidak sehaluan," pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO di sini semalam.

Beliau menyerahkan borang berkenaan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lajim Ukin selepas perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Keningau di sini semalam.

Mohd. Azmi berkata, mereka memilih UMNO sebagai landasan perjuangan dalam BN kerana yakin dengan parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kepimpinan Najib yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan mencerminkan bahawa seluruh rakyat pelbagai kaum, lapisan dan kepercayaan di negara ini tidak tercicir," katanya.

Sementara itu Lajim berkata, tindakan Mohd. Azmi dan rakan-rakannya meninggalkan PKR merupakan langkah bijak demi kebaikan masyarakat bumiputera di negeri ini.

''Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin dan ahli PKR bukan sahaja di Keningau tetapi seluruh Sabah meninggalkan parti pembangkang itu dan menyertai UMNO," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Keningau, Datuk Sairin Karno berharap keputusan Mohd. Azmi dan rakan-rakannya itu menyedarkan ahli-ahli PKR lain tentang pembohongan yang dilakukan parti tersebut.

''Selain itu ia juga diharap dapat membuka minda pemimpin dan ahli pembangkang lain seperti Parti Maju Sabah (SAPP) untuk kembali bersama BN," katanya.

1 comment:

  1. salam, baru2 ni DAP telah mngerakkan aktiviti mendekati penduduk melayu kaw balakong dgn mnghantar risalah2 meraih sokongan kpd mereka. apakah inisiatif umno serdang sama mcm dulu iaitu menunggu saat akhir PRU baru nak brgerak dan moderation pengundi? kenapa masih tak mahu belajar dari kesilapan dulu? bangunkan org2 melayu kaw serdang ni yg masih lena!! anda pemimpin, jadi lah spt seorang pemimpin yg proaktif dan brkredible ok.. sya syngkan umno dan tlg selamatkanlah bangsa kita.

    ReplyDelete