Usah buat 'dosa kering' - Zahid
KUALA LUMPUR 8 Ogos - ''Jangan buat dosa keringlah dalam bulan puasa (Ramadan) ini.''
Itu reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyalahkan dan mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja membangkitkan kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja untuk menutup tuntutan pilihan raya bersih.
Menurut beliau, tindakan JAIS menyerbu dan diikuti dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mengenai kejadian itu tidak ada kaitan dengan UMNO mahupun BN.
''Tanyalah Hasan Ali apa yang dia buat? Dia bukan ADUN (ahli Dewan Undangan Negeri) UMNO. Dia ADUN Pas. Kalau dia mewakili UMNO, bolehlah tuduh UMNO atau BN. Apa yang dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)? Dia pun bukan UMNO.
''Saya ingat (Abdul Hadi) jangan buat dosa keringlah (tuduhan) dalam bulan puasa ini,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tuduhan oleh Abdul Hadi itu tidak berasas kerana Selangor dipimpin oleh pembangkang yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
''Memang (apakah) BN di Selangor yang pegang JAIS dan bukannya PKR atau Pas?'' soal beliau dalam nada sinis.
No comments:
Post a Comment