ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Showing posts with label UMNO MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label UMNO MALAYSIA. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

'dosa kering'

Usah buat 'dosa kering' - Zahid

KUALA LUMPUR 8 Ogos - ''Jangan buat dosa keringlah dalam bulan puasa (Ramadan) ini.''
Itu reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyalahkan dan mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja membangkitkan kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja untuk menutup tuntutan pilihan raya bersih.

Menurut beliau, tindakan JAIS menyerbu dan diikuti dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mengenai kejadian itu tidak ada kaitan dengan UMNO mahupun BN.

''Tanyalah Hasan Ali apa yang dia buat? Dia bukan ADUN (ahli Dewan Undangan Negeri) UMNO. Dia ADUN Pas. Kalau dia mewakili UMNO, bolehlah tuduh UMNO atau BN. Apa yang dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)? Dia pun bukan UMNO.

''Saya ingat (Abdul Hadi) jangan buat dosa keringlah (tuduhan) dalam bulan puasa ini,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tuduhan oleh Abdul Hadi itu tidak berasas kerana Selangor dipimpin oleh pembangkang yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Memang (apakah) BN di Selangor yang pegang JAIS dan bukannya PKR atau Pas?'' soal beliau dalam nada sinis.

Sunday, February 27, 2011

Tamparan Buat PAS

Gelombang Keluar Pakatan Rakyat akan terus bergema...semoga ianya akan berkekalan dan teruskan perjuangan wahai rakan-rakan...

1,800 penyokong Pas sertai UMNO

PASIR PUTEH 26 Feb. - Kira- kira 1,800 ahli dan penyokong Pas dari Parlimen ini menyertai UMNO dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini selepas mereka menyedari tertipu dengan perjuangan parti pembangkang itu.

Dalam perkembangan terbaru, 30 bekas ahli Pas termasuk pemimpinnya dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising menyertai UMNO Cawangan Kampung Wakaf Bunut.

Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dalam satu majlis di Dewan Tabika Kampung Wakaf Bunut, di sini hari ini. 

Zawawi berkata, kesemua bekas ahli Pas itu mengikut jejak langkah bekas Ketua Penerangan Khas Pas DUN Selising, Nordin Daud, 48, dan Ketua Pas Cawangan Kampung Wakaf Bunut, Mohd. Soleh Mat Hassan, 66, menyertai UMNO.

"Hari ini bekas ketua pengawal keselamatan, ketua Pemuda, ketua Muslimat dan ahli jawatankuasa Pas cawangan itu yang bersama parti itu selama 40 tahun menyatakan pendirian mereka menyertai UMNO.
"Ini membuktikan satu gelombang perubahan yang memberi laluan kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk bertapak kembali di Kelantan. 

"Apa yang perlu kita (kepimpinan UMNO) lakukan ialah terus memberi perkhidmatan kepada rakyat di peringkat akar umbi walaupun kita sebenarnya bukan wakil rakyat yang sepatutnya lebih bertanggungjawab dan cakna terhadap permasalahan rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

GELOMBANG KELUAR PKR LAGI.....

Gelombang Keluar PKR masih terus bergema..dan akan terus bergema.... Ayuh yang lain..jgn tunggu sampai perahu dah karam baru hendak cari tempat perlindungan...

250 anggota PKR Lembah Pantai keluar parti

27/02/2011 6:16pm

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Lebih 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Lembah Pantai, hari ini, keluar dari parti berkenaan dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Bekas Naib Ketua Penerangan PKR cabang Lembah Pantai Raymond Suppiah, yang mewakili semua anggota berkenaan berkata, keputusan itu dibuat setelah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar serta kepimpinan tertinggi PKR. - Bernama

Sunday, January 30, 2011

LU BUAT GUA TERKEZUTTT.....

Sila klik disini dan Disini

Sadis bro....

BETUL..BETUL..BETUL....

Langsung Keputusan TIDAK RASMI PRK Tenang

Untuk kemaskini terkini sila tekan butang refresh atau F5


BN - 6698

PAS - 2963

MAJORITI
- 3735


1) KAMPUNG REDONG: BN-462 Pas-105
2) PEKAN AIR PANAS : BN-451 Pas-83

3) LADANG LABIS UTARA: BN-152 Pas- 40

4) BANDAR LABIS TIMUR: BN-669 Pas- 632

5) BANDAR LABIS TENGAH: BN- 365 Pas-851

6) LABIS: BN-269 Pas- 219

7) FELDA TENANG: BN-955 Pas-160

8) SAWAH BARU:BN-212- Pas-55

9) TENANG STESEN: BN-744 Pas-352

10) LADANG BUKIT DATO: BN-351 Pas-99

11) CHEMPELAK BARAT: BN- 838 Pas-142

12) CHEMPELAK: BN-985 Pas-135

13) UNDI POS: BN- 115 Pas 3

BENARKAH?

BN - 3368

PAS - 1541

MAJORITI
- 1827

Tuesday, December 7, 2010

INILAH PELUANG SAYA

Peluang Menjelaskan Diri Di Mahkamah Kata DS Khir Toyo

1. Pagi tadi saya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan untuk saya dan isteri suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak  UNTUNBACAAN LANJUT SILA  klik disini

Monday, November 22, 2010

YANG CIUM MACAM NIE PUN DAH TAK CHAYANG?

Saya ada terbaca blog Realiti Mulut Melayu. Katanya orang yang mencium Anwar ini pun dan keluar PKR.  Nak baca beritanya sila Klik Disini

Yang lain-lain tu bila lagi nak keluar dari PKR yang merosakkan  minda rakyat tu?  Ingatlah Rakyat akan kenang jasa-jasa orang yang memangkah DAP. PAS dan PKR semasa mana-mana pilihanraya.

Mereka akan kenang jasa-jasa mereka kerana berjaya menjadikan Malaysia ini sebagai Singapore ke DUA....Maka pada ketika itu, cucu cicit kita semua mula menyumpah-nyumpah kepada orang-orang yang memberi undi bagi menguatkan parti yang merosakkan Tanah Melayu yang kita cintai ini......

Thursday, September 2, 2010

BERAKHIRNYA PERANG SAUDARA

UMNO Rantau Panjang akhiri 'perang saudara'

RANTAU PANJANG 31 Ogos - Kemelut 'perang saudara' selama dua tahun UMNO bahagian Rantau Panjang berakhir hari ini apabila pihak kepimpinan dan bekas pemimpin bahagian itu bersetuju untuk berdamai demi perpaduan parti.

Pengumuman perdamaian itu dibuat oleh ketiga-tiga pihak iaitu Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohamad Zain Ismail serta bekas Bendahari UMNO bahagian itu, Ghazali Ismail.

Majlis itu berlangsung dalam satu pertemuan dengan anggota jawatankuasa bahagian, penyokong mereka dan disaksikan Bendahari Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanapi Mamat di Pusat Kegiatan Kemas Rantau Panjang, Lubok Jong di sini.

Dalam ucapannya, Mohamad Zain berkata, kemelut yang berlarutan sekian lama itu berjaya diselesaikan dengan beberapa perkara yang dibincangkan mendapat tolak ansur daripada kedua-dua pihak.

Perpecahan berlaku di bahagian itu sejak 2008 menyebabkan wujud dua puak iaitu pimpinan Abdullah dan Mohamad Zain.

Berikutan itu, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan pada 22 Julai lepas agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelesaikan masalah itu. - BERNAMA

Saturday, March 6, 2010

TAWAN HATI RAKYAT KUNCI UNTUK TAWAN SELANGOR

KUANG – UMNO Bahagian Selayang proaktif untuk mempertahankan dan mengekalkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuang dan Taman Templer dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang kini ditadbir Pakatan Rakyat (PR) sejak Pilihan Raya Umum 12 (PRU 12) lalu.

Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, pentadbiran UMNO Bahagian Selayang akan dimantapkan untuk memberikan kemudahan dan menyelaraskan gerak kerja yang lancar di 130 cawangan UMNO seluruh Bahagian Selayang yang melibatkan tiga DUN iaitu DUN Kuang, DUN Rawang dan DUN Taman Templer.

“Hubungan antara kepimpinan bahagian dan sayap yang baik akan memudahkan untuk melaksanakan pelbagai program secara berpasukan terutamanya dalam usaha menawan semula negeri ini yang kini di bawah tampuk pentadbiran PR.

“Dalam masa yang sama, UMNO Bahagian Selayang melaksanakan dan merencana pelbagai program bersama semua lapisan masyarakat dalam pelbagai aktiviti melibatkan kebaji- kan, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan dan merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Selayang di Kampung Setia, dekat sini.

Menurutnya, bangunan itu mula beroperasi pada Februari lalu yang menempatkan semua kepimpinan UMNO Bahagian Selayang melibatkan Ketua Puteri UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Wanita bagi memudahkan mereka bekerja di bawah satu bumbung.

“Saya menasihatkan kepimpinan UMNO supaya tidak mengejar populariti sebaliknya berjuang bersama untuk memperkukuhkan perjuangan UMNO seperti melakukan penyelarasan kerja dengan lebih tersusun.

“Kita mempunyai hasrat bagi mempertahankan dan mengekalkan dua DUN iaitu Kuang dan Taman Templer yang kini di bawah pentadbiran BN dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang ditadbir oleh pembangkang.

“Kita yakin, atas usaha yang bersungguh-sungguh mendekati masyarakat, kita akan dapat mengembalikan semula keyakinan mereka kepada UMNO sekali gus kembali kepada BN,” katanya.

Shukur berkata, pembukaan pejabat itu adalah bukti dan komitmen berterusan BN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat terutamanya akar umbi.

Katanya, pembukaan pejabat di lokasi yang baru ini memberi kesan yang besar demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat di Parlimen Selayang.

Sunday, February 28, 2010

TAMPARAN UNTUK ANWAR

Satu tamparan untuk Penasihat PKR dimana seramai 77 orang ahli parti PKR dan PAS dari Permatang Pauh menyertai UMNO.  Dengan harapan lebih ramai lagi yang akan turut serta untuk menghantar borang menyertai UMNO dan BN walau dimana jua mereka berada. Ayuhlah demi bangsa, agama dan negara.

77 ahli PKR, Pas masuk UMNO

PERMATANG PAUH 27 Feb. - Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji.

Monday, February 22, 2010

BLOG KE GOBLOK

Adusss... apa ini. Mungkin ada yang tersirat dari YB Ahmad Maslan yang kita tak tahu.   

Kalau Ahmad Maslan masih tidak menerima idea dan cara baru ini, adalah satu kerugian besar bagi UMNO.  PM dan TPM sudah ada Blog sendiri, di Selangor Ketua Pembangkang, Dato' Seri Khir Toyo pun dah ada Blog sendiri.  Rata-rata semua dah ada blog sendiri yang boleh menyampaikan mesej dalam masa 5 second kepada pembaca.  Kita tidak boleh memandang rendah keupayaan blogger ini.  Kita lihat negeri Kelantan bagaimana mesej yang disampaikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan banya contoh lain lagi yang tak perlu saya huraikan.

Apa-apa pun GAP teruskan perjuangan demi AGAMA BANGSA DAN NEGARA.
Fikir-fikirkann....

Ini adalah artikel dari GAP. Antara part yang menarik, seperti di bawah.   :-

sebenarnya ucaptama program ini dilakukan oleh yb ahmad maslan,ketua penerangan umno malaysia. dia banyak mengulas panjang akan beberapa akronim dalam ucapannya seperti KBSM (kenduri bersalin sakit mati) dll...

aku hadir tepat masanya sewaktu ahmad maslan berucap.maklumlah naik motor dua orang dari port klang (kebetulan ada hal pagi tadi) menuju ke subang.

5minit lepas aku dengar ucapan yb ahmad maslan, dia telah berkata sesuatu. katanya baca blog lama-lama boleh jadi goblok ! ketawanya sinis.goblok dalam bahasa jawa maksudnya bodoh..

Untuk ulasan yang menyeluruh dari GAP, sila klik dan BACA DISINI

Thursday, February 18, 2010

HAJI HADI PUJI UMNO???

Betul ke berita yang aku baca ni.  Aku baca balik betul la. Aku baca lagi betul la tu.  Aikkk puji-puji ni ada apa-apa ker?  Kalau niat ikhlas, alhamdulillah... Seperti saranan PM dan TPM, buat satu keputusan yang menyeluruh.  Dan keputusan menyeluruh itulah yang diajukan kepada UMNO dan BN.  Bukannya hanya dari mulut beberapa orang Pimpinan Utama. 

Dato' Seri Haji Hadi memang dah lama bersetuju muzakarah ini, tetapi ditarik balik sebelum ini.  Kini dah buka semula buku baru.  Kita lihatlah apa kesudahannnya, sekiranya demi kebaikan Ummah, kita haruslah berdoa kepada ALLAH agar satu jawapan yang terbaik akan nampak sinarnya kepada orang Islam, Melayu dan seluruh penduduk di Malaysia.

Sebenarnya, dari dahulu lagi UMNO sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak orang melayu dan islam.  Sebagai suara majoriti Kerajaan, UMNO juga tidak meminggirkan bangsa-bangsa lain.  Kita hidup dari dahulu hingga kini secara aman hasil perjuangan UMNO dan BN.

Kalau UMNO tidak memperjuangkan islam, ntah-ntah kita dah jadi seperti Singapura.  Tengoklah di Pulau Pinang, nak berarak Maulidur Rasul pun dah mula nak disekat-sekat.  Memanglah bukannya wajib berarak tu, tetapi amalanya kita dah buat begitu dan bendanya pun baik.  Kenapa tak boleh diteruskan. 

Ingatlah, kalau kita tak buat perarakan, kita tak buat ceramah-ceramah, kita tak buat majlis sempena maulidur rasul ini, dimana kita?  Di kedai kopi, di pusat membeli belah atau di surau-surau sambil bersembang-sembang di beranda surau sementara menunggu sembahyang waktu masuk.

Fikir-fikirkan lah....


UMNO mula alami perubahan baik - Hadi

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO.

"Oleh sebab itu, perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan UMNO terutama Islam amat penting," katanya ketika ditemuramah sebuah stesen televisyen dan disiarkan melalui blognya http://presidenpas.org.my hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini pernah menyatakan bahawa parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Pas lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan UMNO mengenai sebarang isu.

Abdul Hadi berkata, Pas telah mula 'meneroka' kerjasama tersebut apabila dijemput menghadiri perjumpaan dengan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Beliau berkata, Pas sentiasa terbuka dan positif terhadap perbincangan tersebut demi kebaikan semua pihak.

"Ada perkara yang boleh disatukan untuk kepentingan, keadilan, hak dan kebaikan semua. Walaupun ada persepsi negatif tetapi semua itu boleh dibincang, perkara yang boleh disatukan, boleh diraikan kita perlu bertolak ansur," katanya.

Beliau berkata, sebarang perbezaan pendapat antara Pas dan UMNO tidak lagi boleh dilihat sebagai satu prinsip yang jumud dan tidak boleh dirungkaikan melalui perundingan.

"Dengan itu, Pas bersedia untuk adakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkaikan, diselesaikan secara bijaksana berpandu kepada prinsip fleksibel seperti di dalam al-Quran," katanya.

Ditanya apakah wujud percanggahan pendapat antara beliau dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: ''Tidak ada sebarang percanggahan dengan beliau.''

Jelasnya, jika ada, ia adalah perbezaan pendapat dalam aspek-aspek tertentu namun bukan berkaitan soal agama.

Tuesday, February 16, 2010

LGE vs IBRAHIM ALI

Isu perarakan Malulidur Rasul di Pulau Pinang dibatalkan.  Banyak yang memberikan komen mengenai perkara ini.  Aku tertarik dengan ucapan Presiden PERKASA Datuk Paduka Ibrahim ALI.  Beliau dengan nada yang tinggi memberi komen kepada perkara ini.  Aku tak mahu komen tapi you all tengoklah video klip nya ini. 

Fikir-fikirkan bangsaku....

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI SILA KLIK DISINI KHALIFAH ABDUL AZIZ?

Monday, January 18, 2010

GAGAHKAH PAS

Gagahkah Pas?


Kalau berhujah dan berceramah, Pas dilihat bukan main lagi mempertahankan Islam. Meninggikan martabat Melayu dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah dalam memerintah.

Pas bukan main lagi menuduh UMNO dengan menghamburkan fitnah dan perkataan caci nista.

Tetapi realitinya, adakah Pas benar-benar gagah seperti mana mereka bersuara?

Untuk teruskan bacaan, sila klik dan BACALAH DISINI

Saturday, January 9, 2010

PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT - TERKINI

12.00 tengah hari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja selesai melancarkan perasmian Program Juara Rakyat yang tentunya mendapat maklum balas positif dari para pengunjung. Sebelum itu beliau telah meninjau kerosakan pangsapuri penduduk di kawasan Bukit Sentosa dan hasilnya beliau mengumumkan peruntukan RM15.6 juta untuk baik pulih bangunan terbabit.


Ucapan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mendekati hati rakyat.  Pemimpin di semua peringkat Kerajaan/Parlimen/Adun/Bahagian/Cawangan dan Sayap Parti perlu membuka mata dan berlari serta menari selari dengan saranan Perdana Menteri.
*****

Tapak expo Program Juara Rakyat penuh sesak dengan masyarakat berbilang kaum yang memenuhi kawasan seawal pukul 9.00 lagi. Dianggarkan seramai lebih 20,000 orang hadir membanjiri majlis sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.

09 JANUARI 2010

*****

9.15 malam – Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Sen. Mej. Jen. Datuk Jamil Khir Baharom baru sahaja selesai merasmikan Forum Perdana Ehwal Islam di Pentas Juara, tapak expo Juara Rakyat. Untuk mengisi ruang forum tersebut terdiri dari ahli panel Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ustaz Farid Ravi dengan mederatornya Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Turut sama memeriahkan acara ialah kumpulan Raihan yang akan menagadakan persembahan selepas berlangsungnya Forum Perdana tersebut.


*****

4.30 petang – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi keluarga daif di sekitar Bukit Sentosa. Turut bersama ialah Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Sementara itu, di tapak expo Juara Rakyat, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal melawat gerai dan beramah mesra dengan para pengunjung Juara Rakyat.

*****

3.15 petang – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke SRJK (C) Bukit Tagar. Sebelum itu Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut berada di kawasan tapak expo dan mengunjungi gerai-gerai.

*****

11.30 pagi – Gerai dan pameran mula dikunjungi orang ramai. Sedang berlangsung ialah syarahan 1Malaysia yang melibatkan acara saringan bertempat di Pentas Juara, tapak expo. Selain itu, ikon 1Malaysia, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan wanita Asia pertama mengembara ke Kutub bersedia beramah mesra dan berkongsi pengalaman beliau di gerai ikon 1Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan turut berada di kawasan tapak expo dan mengunjungi gerai-gerai yang ada bukan sahaja untuk meninjau suasana sekitar tetapi juga untuk merasai sendiri suasana dan kemeriahan yang ada.

08 JANUARI 2010



*******

HULU SELANGOR, 8 Jan. – Program Juara Rakyat yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dibuka meriah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Selain itu, lebih 100 buah gerai yang menjual pelbagai jenis barangan boleh dikunjungi.


Friday, January 8, 2010

POGRAM UMNO JUARA RAKYAT


4.30 petang – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi keluarga daif di sekitar Bukit Sentosa. Turut bersama ialah Datuk Seri Shahrizat Jalil.


Sementara itu, di tapak expo Juara Rakyat, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal melawat gerai dan beramah mesra dengan para pengunjung Juara Rakyat.

********************

3.15 petang – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke SRJK (C) Bukit Tagar. Sebelum itu Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut berada di kawasan tapak expo dan mengunjungi gerai-gerai.

********************

11.30 pagi – Gerai dan pameran mula dikunjungi orang ramai. Sedang berlangsung ialah syarahan 1Malaysia yang melibatkan acara saringan bertempat di Pentas Juara, tapak expo. Selain itu, ikon 1Malaysia, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan wanita Asia pertama mengembara ke Kutub bersedia beramah mesra dan berkongsi pengalaman beliau di gerai ikon 1Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan turut berada di kawasan tapak expo dan mengunjungi gerai-gerai yang ada bukan sahaja untuk meninjau suasana sekitar tetapi juga untuk merasai sendiri suasana dan kemeriahan yang ada.

********************

HULU SELANGOR, 8 Jan. – Program Juara Rakyat yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dibuka meriah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Selain itu, lebih 100 buah gerai yang menjual pelbagai jenis barangan boleh dikunjungi.