PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
Sumber dari Laman WEB SPR. http://www.spr.gov.my/indexPersempadanan.html
1. | Q | : | Berapa lamakah tempoh sesuatu urusan persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya dijalankan? |
| A | : | Mengikut
Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula
Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang
dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan
persempadanan terdahulu. |
2. | Q | : | Siapakah yang dibenarkan untuk membuat representasi dalam urusan persempadanan bahagian pilihan raya? |
| A | : | Mengikut
Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, pihak yang layak membuat
representasi (bantahan/cadangan balas) semasa urusan persempadanan ialah
:
i- | Kerajaan Negeri |
ii- | Pihak Berkuasa Tempatan |
iii- | Pemilih berdaftar di dalam kawasan yang terlibat |
|
3. | Q | : | Dalam keadaan mana siasatan tempatan perlu diadakan bagi bantahan urusan persempadanan? |
| A | : | Mengikut Seksyen 7, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan siasatan tempatan perlu diadakan apabila bantahan diterima daripada:
i- | Kerajaan Negeri |
ii- | Pihak Berkuasa Tempatan |
iii- | Tidak kurang daripada 100 orang pemilih berdaftar dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan |
|
4. | Q | : | Apakah kriteria yang digunakan semasa urusan persempadanan diadakan? |
| A | : | Kriteria yang ditetapkan ialah mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual Ke13 Perlembagaan Persekutuan, iaitu:
i- | Jumlah pemilih hendaklah lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi masalah perhubungan. |
ii- | Sempadan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya tidak melangkau sempadan negeri. |
iii- | Terdapat kemudahan pentadbiran |
iv- | Pertimbangan khas untuk mengekalkan hubungan tempatan |
|
5. | Q | : | Apakah yang membentuk sesuatu Bahagian Pilihan Raya? |
| A | : | Sesuatu
Bahagian Pilihan Raya diwujudkan hasil daripada gabungan beberapa
Daerah Mengundi selepas mengambil kira kriteria-kriteria yang ditetapkan
di bawah Seksyen 4, Bhg.2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan. Setiap
Daerah Mengundi pula mengandungi beberapa lokaliti yang menunjukkan
nama dan alamat pemilih yang berdaftar di kawasan itu. |
6. | Q | : | Apakah yang dimaksudkan Daerah Mengundi? |
| A | : | Daerah
Mengundi ialah satu kawasan yang mana sempadanya ditetapkan oleh SPR
dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya dan di dalamnya mengandungi beberapa
lokaliti yang menunjukkan nama dan alamat pemilih yang berdaftar di
kawasan itu. |
7. | Q | : | Apakah yang dimaksudkan dengan lokaliti? |
| A | : | Lokaliti
ialah unit yang paling kecil yang terdapat di dalam Daerah Mengundi dan
ia mempunyai sejumlah pemilih dan alamat masing-masing. |
8. | Q | : | Berapakah jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri dan Parlimen seluruh Malaysia yang berkuatkuasa sekarang? |
| A | : | Jumlah Bahagian Parlimen ialah 222 dan Bahagian Pilihan Raya Negeri ialah 576. |
9. | Q | : | Apakah pilihan lain yang membolehkan urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya dilakukan di Malaysia? |
| A | : | Selain daripada lat tempoh 8 tahun, urusan persempadanan boleh juga dilakukan jika wujud keadaan berikut:
i- | Apabila berlakunya tambahan
kerusi dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut sepertimana
yang diluluskan di Parlimen mengikut Perkara 113(2A) |
ii- | Apabila berlakunya perubahan sempadan sesebuah
negeri, misalnya pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya. |
|
10. | Q | : | Bilakah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang baru boleh digunakan dalam Pilihan Raya ? |
| A | : | Mengikut
Seksyen 12 Bahagian 2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan,
Bahagian-Bahagian Pilihan Raya baru hanya sah untuk dipertandingkan
selepas pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. |
11. | Q | : | Mestikah dalam sesuatu urusan persempadanan jumlah Bahagian Pilihan Raya perlu ditambah? |
| A | : | Tiada
sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan SPR
membuat penambahan jumlah Bahagian Pilihan Raya apabila urusan
persempadanan dilaksanakan. |
12. | Q | : | Adakah benar dakwaan bahawa urusan persempadanan yang dijalankan oleh SPR hanya menguntungkan parti Kerajaan? |
| A | : | Tidak
benar. Urusan persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang
dijalankan oleh SPR bukan bertujuan untuk menguntungkan mana-mana pihak,
baik parti pemerintah ataupun parti-parti pembangkang. Urusan
persempadanan Bahagian Pilihan Raya dijalankan adalah mengikut
undang-undang dan prinsip-prinsip yang yang ditetapkan di bawah Jadual
Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Sebelum sesuatu cadangan
persempadanan diluluskan, ianya melalui pelbagai proses undang-undang
seperti pameran, bantahan dan cadangan balas, Siasatan Tempatan dan
seterusnya pembentangan untuk dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen. |
|
Hakcipta Terpelihara 2013 © Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Paparan terbaik : Firefox & Chrome
No comments:
Post a Comment