42 ahli Pas sertai Umno
KEPALA BATAS - Sebanyak 42 anggota Pas di Bakau Tua di sini bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Umno selepas kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa semakin tidak menentu setelah bekerjasama dengan DAP.
Mereka mendakwa sepanjang parti itu bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang tiada sebarang perubahan besar dilakukan, selain hanya menjadi pengikut DAP sahaja.
Kumpulan itu yang diwakili Muhamad Subhi Yakcob, 50, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada satu majlis ringkas di sini.
Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno.
“Kami juga mengambil keputusan keluar dari Pas adalah demi agama, bangsa dan ingin menyandarkan harapan baru kepada Umno serta Barisan Nasional (BN),” kata Muhamad Subhi kepada pemberita selepas majlis itu.
Beliau berkata, tindakan mereka itu bukan desakan daripada mana-mana pihak sebaliknya atas kerelaan sendiri.

Alhamdulillah..mudah2an Allah membuka hati rakyat Malaysia (Melayu Islam khususnya) untuk kembali & terus menyokong UMNO (BN) bagi memperjuangkan Islam & memartabatkan bangsa & negara..Insyaallah..
ReplyDelete