ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, December 24, 2011

SIAPA YANG NAZAK?

Khalid dakwa Hasan ‘tenat’
Oleh Nazura Ngah

Siapa yang nazak? Khalid tercungap-cungap bila Dr. Hassan buat statement....

Perlu ‘diselamatkan’ daripada terus terperangkap agenda politik parti lawan

KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad berkata EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sedang ‘tenat’ dan perlu ‘diselamatkan’ daripada terus terperangkap dengan agenda politik parti lawan.

Katanya, pimpinan parti itu sedang berusaha untuk `selamatkan’ Hasan daripada terus mengkritik dasar parti, sekali gus membiarkan diri binasa dengan kritikan tidak berasas.

“Dia masih ada tempat dalam PAS Selangor kalau dia sedar kedudukannya dan perbetulkan apa yang dibuatnya. PAS sentiasa terbuka untuk menerimanya kembali tetapi dia perlu akur dengan keputusan parti yang dibuat atas semangat jemaah.

“Saya tidak ada masalah dengan dia secara peribadi, pandangan ini saya berikan kerana mahu dia sedar apa yang dilakukan terhadap parti adalah salah dan mahu selamatkan dia daripada hancur dan terus tenat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sambil menyifatkan Hasan sebagai orang kecewa, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau percaya Hasan mula jauh terperangkap dengan agenda politik parti lawan sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.

Katanya, lebih banyak perangkap menerusi umpan, galakan dan kata-kata semangat akan diterima menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), sekali gus menggambarkan pilihan raya umum semakin hampir.
Bagaimanapun Khalid yakin UMNO tidak akan menerima Hasan kerana parti itu tidak akan memberi ruang kepada orang sepertinya untuk berada dalam parti itu.

Katanya, sewajarnya Hasan meneliti kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering mengingatkan UMNO supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam kemasukan ahli baru, sekali gus menggambarkan budaya UMNO yang enggan menerima orang yang lebih bijak dan baik daripada pemimpin sedia ada.

“Hasilnya Hasan akan menjadi seperti Datuk Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Nakhaie Ahmad (bekas Naib Presiden PAS) yang tidak ke mana-mana. Sebab itu PAS nak selamatkan dia supaya tidak termasuk dalam perangkap itu.

“Malangnya apabila teguran diberikan, dia menolak dan menganggap berada di pihak yang benar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip, berkata beliau belum dipanggil secara rasmi sama ada menerusi panggilan telefon, SMS mahupun surat berhubung arahan pucuk pimpinan untuk hadir menjelaskan isu yang dibangkitkan mutakhir ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang itu berkata, beliau akan hadir jika diminta berbuat demikian.

“Saya akan patuh pada arahan dan keputusan pimpinan parti, malah saya akan jawab semua isu yang dibangkitkan sebelum ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Saari antara tiga pemimpin selain Hasan dan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang akan dipanggil untuk memberikan penjelasan mengenai polemik yang dicetuskan mereka kebelakangan ini.

Keputusan untuk memanggil ketiga-tiga individu berkenaan dibuat pada mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Rabu lalu.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia pula hanya akan mengulas arahan terbaru itu pada sidang media yang dijadualkan hari ini.

Malah beliau dijangka menjelaskan dakwaan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhubung pertemuan antara beliau, Nasharudin dan tiga lagi individu di sebuah hotel di ibu negara, Ramadan lalu.

Mustafa pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Khamis lalu memberi amaran kepada Hasan supaya menghentikan kritikan dan tidak terus mengheret parti dengan kontroversi terhadap parti itu kerana semua pergerakan dan tindakan pemimpin itu dipantau beberapa pemimpin PAS termasuk beliau.

2 comments:

  1. tak payah nak spin2 lagi pergolakan dalamam parti pas telah di ketahui umum....cuma tunggu PRU13 nanti untuk rakyat mengadili samada PR menang atau sebaliknya.....

    bagi khalid gereja masa dia dah sampai ke penghujung kariarnya....kehaprakannya jelas semasa isu gereja dan isu hassan ali.....perjuang Pas memang tersasar jauh...dari perjuangan asal...dan yg paling rakyat benci sekali bila menjadi barua pada DAP kapir harbi.....pas is dead....

    ReplyDelete
  2. Beginilah tahap "intelligent" pemimpin pas. Bila berlaku sesuatu konflik, jawapan standardnya ialah "semua salah Umno", "umno punya kerja", "agenda umno nak menjatuhkan gerakan Islam".....Syukur alhamdulillah, Allah mengurniakan org yg macam ini memjadi pemimpin Pas.

    ReplyDelete