Thursday, March 29, 2012
Wednesday, March 28, 2012
Bos cakap lain, anak buah cakap lain
Haram kerjasama dengan Yahudi
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my
syahrir.bakar@utusan.com.my
Kenyataan itu dilihat agak mengejutkan ketika Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi baru-baru ini secara terbuka menyatakan adalah tidak salah atau tidak haram untuk orang Islam berurus niaga dengan Yahudi selagi Yahudi tersebut tidak mempunyai agenda jahat.
Menurut Nasrudin, fatwa berkaitan pengharaman menjalin urus niaga dengan Yahudi dikeluarkan oleh beberapa tokoh Islam kerana keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan jenayah besar ke atas umat Islam yang berlarutan sehingga ke hari ini.
Menurutnya, sebarang hasil urus niaga yang mengalir ke Israel akan menyumbang kepada kekayaan ekonomi Zionis dan digunakan dalam pembelian serta penciptaan senjata bagi membunuh rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan akidah serta tanah air mereka.
Lebih penting, kata beliau, Yahudi mempunyai sentimen permusuhan yang sangat tinggi terhadap para penganut Islam seperti dijelaskan dalam banyak ayat al-Quran.
"Fatwa ini dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas umat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urus niaga.
"Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini," tegasnya dalam entri tidak bertarikh bertajuk 'Muamalah Dengan Yahudi' di blog Episod Sebuah Perjuangan di http://www.eperjuangan.com.
Berdasarkan carian, entri itu dipercayai ditulis pada 4 Oktober 2009 tetapi persoalannya mengapa Nasrudin kembali menyiarkannya.
Pada 23 Mac lalu, Nik Abdul Aziz menegaskan, kerjasama dan urus niaga dengan golongan berbangsa Yahudi tidak diharamkan dalam Islam selagi mereka tidak mempunyai agenda jahat.
Nik Abdul Aziz mengulangi pendirian yang dinyatakan oleh Abdul Hadi sebelum itu bahawa kerjasama dengan bangsa Yahudi dibolehkan jika mereka tidak berpegang kepada ideologi Zionis.
Nasrudin menambah, umat Islam tidak perlu panik mengenai perkembangan semasa berkaitan isu Yahudi kerana perbahasan mengenai hukum dagangan adalah berbeza dengan pemerintahan.
"Apa pun, kita lebih wajar berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kepada umat Islam di Palestin khasnya Hamas untuk mereka terus membina masa depan yang lebih baik (ketika) berdepan kekejaman Yahudi Israel berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga dengan Yahudi," katanya.
Sunday, March 11, 2012
UMI HAFILDA TERUSKAN PENDEDAHAN AZMIN ALI DAN ANWAR IBRAHIM
Luahan hati Ummi Hafilda
ZULKIFLI JALIL
zul_jalil70@yahoo.com
zul_jalil70@yahoo.com
Apabila adik bongsu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ini turun padang berceramah sejak awal tahun lepas, khalayaknya pelbagai. Setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan, Ummi menambah peminat ceramahnya. Intinya berkisar dua isu utama sahaja. Hipokrisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gengnya. Lebih penting lagi kisah abangnya, Azmin yang masih terus membuang keluarganya.
Saya disuakan oleh Ummi telefon bimbitnya yang tertera beberapa rakaman video yang menampakkan melaut manusia berkopiah, berserban di Pasir Puteh dan Besut. Mereka tidak berganjak, berhenti berborak, asyik mendengar pendedahan Ummi dalam ceramahnya.
Menginjak usia 44 tahun, susunan ayat wanita ini teratur demi untuk menjelaskan kebenaran demi kebenaran dalam satu pertemuan dengan saya dan rakan jurugambar, Shahril Azman Mohd. Zain di Mont Kiara Solaris dekat Hartamas, Kuala Lumpur Khamis lalu. Ikuti sedutan luahan Ummi:
Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.
Saturday, March 10, 2012
BANNER MENUNGGU KEDATANGAN DR BADRUL AMIN
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.
DIFAHAMKAN USTAZ BADROL AMIN AKAN DATANG KE SEMENYIH HARI INI. DAN KEDATANGAN BELIAU DISAMBUT OLEH BANNER INI. SIAPA YANG MELETAKKAN BANNER INI TIDAK PULA DIKETAHUI. NAMUN DEMIKIAN, MENURUT SUMBER DARI BLOG HORAS IANYA ADALAH KERJA DARI KALANGANMEREKA SENDIRI. UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI BLOG HORAS
DIFAHAMKAN USTAZ BADROL AMIN AKAN DATANG KE SEMENYIH HARI INI. DAN KEDATANGAN BELIAU DISAMBUT OLEH BANNER INI. SIAPA YANG MELETAKKAN BANNER INI TIDAK PULA DIKETAHUI. NAMUN DEMIKIAN, MENURUT SUMBER DARI BLOG HORAS IANYA ADALAH KERJA DARI KALANGANMEREKA SENDIRI. UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI BLOG HORAS
Tuesday, February 28, 2012
PERGINYA SEORANG PEJUANG NEGARA
Pejuang negara meninggal dunia pada usia 86 tahun
![]() |
| |
KUALA PILAH 26 Feb. - "Beri tahu semua kenalan abah bahawa pejuang negara ini masuk hospital."
Masih jelas dalam ingatan Aminah Wahab, 57, kata-kata arwah ayahnya itu, Wahab Hamid, 86, ketika dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini Ahad lalu.
Selepas seminggu mendapat rawatan di hospital, Wahab meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.45 pagi semalam akibat masalah saluran pernafasan.
Beliau adalah penerima Military Medal (MM) daripada kerajaan British atas jasa-jasa mempertahankan negara, terutamanya ancaman komunis pada tahun 50-an.
"Baru-baru ini, abah ada meminta semua anak-anak pulang ke rumahnya di Kampung Terusan (di sini) pada 19 Februari lalu. Arwah memberitahu dia ingin menemui semua anaknya dan mengadakan kenduri doa selamat.
"Namun, pada hari perjumpaan bersama anak-anak, abah telah dimasukkan ke hospital setelah mengalami sesak nafas," katanya.
Ujarnya, selepas tujuh hari dirawat di hospital tersebut, arwah ayahnya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Pada bulan lepas, arwah juga ada berpesan kepada saya supaya segera menghantar borang untuk mengesahkan bahawa arwah adalah penerima MM.
"Paling menyedihkan apabila kad pengesahan daripada kerajaan sampai di rumah pada Rabu lalu dan arwah tidak dapat melihat kad tersebut kerana berada di ICU," katanya.
Jenazah pahlawan negara itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan Tengah, Juasseh dekat sini petang semalam.
Arwah meninggalkan tujuh orang anak serta isteri, Selamah Choboi, 75.
Akhbar ini pada keluaran 28 September tahun lalu menyiarkan pesanan arwah kepada golongan muda untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.
Keberanian Wahab mempertahankan kedaulatan tanah air ini terserlah selepas beliau terlibat dalam pertempuran dengan pengganas komunis pada 25 Mac 1950 di Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.
Sunday, February 26, 2012
Anuar Telah Kota Kan Janji
www.sinarharian.com.my
KEGAGALAN menaiki podium peringat fasa kedua semalam ditebus Anuar Manan selepas menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga keseluruhan saingan Le Tour de Langkawi 2012, hari ini. Anuar yang mewakili pasukan Champion System melakukan henjutan 3 jam 30 minit 11 saat untuk tiba di garisan penama
Sunday, February 19, 2012
Maulidur Rasul peringkat DUN Semenyih
Assalamualaikum. Sukacita saya menjemput seluruh muslimin dan muslimat, badan-badang NGO, KRT, PIBG, agensi/jabatan kerajaan khususnya di Semenyih dll menyertai sambutan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat DUN Semenyih spt butir-butir dinyatakan. Terima Kasih
DATO JOHAN ABDUL AZIZ
Wednesday, February 1, 2012
SURAU SYAIDINA UMAR AL-KHATTAB
Sambutan Maulidurrasul Surau Syaidina umar Al-Khattab akan diadakan pada 5 Feb 2012, jam 10.00 pagi.
Pelbagai aturcara telah diaturkan seperti bacan Al-Quran oleh Johan Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2009, Ceramah Ugama dan berbagai aturcara juga telah disusunkan.
Pelbagai aturcara telah diaturkan seperti bacan Al-Quran oleh Johan Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2009, Ceramah Ugama dan berbagai aturcara juga telah disusunkan.
Friday, January 6, 2012
NEGERI PALING BUSUK
HULU LANGAT, 6 Jan – “Negeri paling busuk. Inilah yang mungkin dimaksudkan pakatan pembangkang sebagai negeri kebajikan di mana sampah sarap hadiah paling istimewa buat rakyat di Selangor”, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz.
Jelas beliau lagi keluhan rakyat di banyak kawasan di negeri ini termasuk di Semenyih tentang longgokan sampah adalah bukti ketidakcekapan pentadbiran kerajaan Selangor di bawah pakatan pembangkang.
“Tak payah cakap lagi pasal kebajikan rakyat kalau masalah sampah pun tak mampu diselesaikan.
“Masalah ini nampaknya semakin serius setelah kerajaan Selangor berjaya merampas kerja-kerja pembersihan dan sisa pepejal dari Alam Flora. Nampaknya negeri Selangor tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah terbesar di Malaysia”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Jelas beliau lagi di mana-mana sahaja, masalah sampah menjadi buah mulut malah jauh lebih popular berbanding Kelantan yang memang terkenal dengan sampah dan kekotorannya.
Justeru beliau berkata rakyat khususnya masyarakat di Semenyih akan mengadakan satu demonstrasi pada 9 Januari ini sebagai tanda kecewa dan tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan Selangor yang nyata gagal menguruskan soal sampah.
“Kalau Kerajaan Selangor nak rampas kerja-kerja pembersihan dan sisa pepejal dari Alam Flora untuk beri syarikat-syarikat sampah kroni mereka itu dia punya pasal tapi ternyata syarikat yang dilantik itu gagal dan menyusahkan rakyat.
..................................
“Inilah akibatnya kalau kerajaan negeri dipimpin oleh gerombolan manusia busuk sampai negeri pun dah jadi negeri busuk sekarang”, ujarnya. -MediaUMNO
Monday, December 26, 2011
secanggih mana pun kita, kelemahan tetap akan ada.....
MyKad: JPN mohon maaf kepada Mufti Perlis
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak baru-baru ini bagi memohon MyKad anak perempuannya.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said dalam satu kenyataan hari ini berkata, isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.
"JPN telah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan telah diambil supaya kesemua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam seperti yang dilaporkan semalam.
Jumaat lepas, Dr. Juanda dilaporkan mengkritik JPN setelah dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon MyKad kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.
Jariah berkata, kad pengenalan pemohon telah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.
"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya. - BERNAMA
GELOMBANG KELUAR PR LAGII......
42 ahli Pas sertai Umno
KEPALA BATAS - Sebanyak 42 anggota Pas di Bakau Tua di sini bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Umno selepas kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa semakin tidak menentu setelah bekerjasama dengan DAP.
Mereka mendakwa sepanjang parti itu bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang tiada sebarang perubahan besar dilakukan, selain hanya menjadi pengikut DAP sahaja.
Kumpulan itu yang diwakili Muhamad Subhi Yakcob, 50, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada satu majlis ringkas di sini.
Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno.
“Kami juga mengambil keputusan keluar dari Pas adalah demi agama, bangsa dan ingin menyandarkan harapan baru kepada Umno serta Barisan Nasional (BN),” kata Muhamad Subhi kepada pemberita selepas majlis itu.
Beliau berkata, tindakan mereka itu bukan desakan daripada mana-mana pihak sebaliknya atas kerelaan sendiri.
Mereka mendakwa sepanjang parti itu bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang tiada sebarang perubahan besar dilakukan, selain hanya menjadi pengikut DAP sahaja.
Kumpulan itu yang diwakili Muhamad Subhi Yakcob, 50, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada satu majlis ringkas di sini.
Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno.
“Kami juga mengambil keputusan keluar dari Pas adalah demi agama, bangsa dan ingin menyandarkan harapan baru kepada Umno serta Barisan Nasional (BN),” kata Muhamad Subhi kepada pemberita selepas majlis itu.
Beliau berkata, tindakan mereka itu bukan desakan daripada mana-mana pihak sebaliknya atas kerelaan sendiri.
SAMA POGRAM BUKAN POGRAM BERSAMA
Nanti kalau buat pogram bersama nanti ada pulak orang yang marah-marah dan dituduh jadi agen UMNO pulak.
Haa...macam nielah buat kerja bukannya asyik nak berpolitik...Syabass...Tapi nie di terengganu laaa....kat selangor nie entahlah...
Cantiknya kalau dapat dibuat pogram ni sebumbung...perghhh..chantek punya...
Pas, BN anjur gunting rambut percuma
BUKIT PAYONG - Musim persekolahan bakal menjelang tidak lama lagi dan bagi kebanyakan ibu bapa, sekarang ialah waktunya mereka perlu menyediakan keperluan lengkap untuk anak yang akan bersekolah pada awal tahun depan.
Dengan kos pengangkutan, pakaian seragam dan alat tulis yang makin meningkat, kebanyakan ibu bapa kini terpaksa menanggung beban kewangan terutama bagi mereka yang mempunyai ramai anak bersekolah setiap tahun.
Menyedari hakikat itu, Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah mengambil inisiatif meringankan beban golongan tersebut dengan menyediakan bantuan amal khidmat memotong rambut kepada murid sekolah.
Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas negeri berkata, perkhidmatan itu disediakan kepada pelajar sekitar kawasan ini dengan mendapat kerjasama Pemuda Pas cawangan Mak Kemas dan ibu bapa peserta terlibat.
“Program itu mendapat sambutan lebih 150 pelajar dan murid sekolah. Ia juga diharap dapat mengurangkan beban masyarakat berpendapatan rendah di kawasan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Surau Mak Kemas di sini, kelmarin.
Bukan sahaja Pas, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Payong. juga mengadakan program sama yang diadakan dengan kerjasama Biro Tata Negara (BTN).
Menurut Pegawai Pembangunan Dun Bukit Payong, Zaidi Muda, program gunting rambut percuma yang pertama kali dibuat di kawasan Dun Bukit Payong itu disertai 300 pelajar.
“Biasanya kita menghulurkan bantuan meringankan beban kewangan ibu bapa seperti pakaian seragam dan kelengkapan sekolah. Kali ini kita wujudkan sedikit kelainan dengan memberikan khidmat tambahan memotong rambut kepada pelajar,” katanya.
Lebih membanggakan, kata Zaidi, program yang diadakan di Dewan Sivik Bukit Payong itu turut mendapat perhatian ibu bapa sendiri yang membawa anak mereka mendapatkan khidmat tukang gunting rambut yang disediakan pihaknya dan BTN.
Dengan kos pengangkutan, pakaian seragam dan alat tulis yang makin meningkat, kebanyakan ibu bapa kini terpaksa menanggung beban kewangan terutama bagi mereka yang mempunyai ramai anak bersekolah setiap tahun.
Menyedari hakikat itu, Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah mengambil inisiatif meringankan beban golongan tersebut dengan menyediakan bantuan amal khidmat memotong rambut kepada murid sekolah.
Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas negeri berkata, perkhidmatan itu disediakan kepada pelajar sekitar kawasan ini dengan mendapat kerjasama Pemuda Pas cawangan Mak Kemas dan ibu bapa peserta terlibat.
“Program itu mendapat sambutan lebih 150 pelajar dan murid sekolah. Ia juga diharap dapat mengurangkan beban masyarakat berpendapatan rendah di kawasan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Surau Mak Kemas di sini, kelmarin.
Bukan sahaja Pas, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Payong. juga mengadakan program sama yang diadakan dengan kerjasama Biro Tata Negara (BTN).
Menurut Pegawai Pembangunan Dun Bukit Payong, Zaidi Muda, program gunting rambut percuma yang pertama kali dibuat di kawasan Dun Bukit Payong itu disertai 300 pelajar.
“Biasanya kita menghulurkan bantuan meringankan beban kewangan ibu bapa seperti pakaian seragam dan kelengkapan sekolah. Kali ini kita wujudkan sedikit kelainan dengan memberikan khidmat tambahan memotong rambut kepada pelajar,” katanya.
Lebih membanggakan, kata Zaidi, program yang diadakan di Dewan Sivik Bukit Payong itu turut mendapat perhatian ibu bapa sendiri yang membawa anak mereka mendapatkan khidmat tukang gunting rambut yang disediakan pihaknya dan BTN.
Sunday, December 25, 2011
Orang Pas Yang Kata, Kita tak Kata
Harakah berat sebelah
SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan Harakah kini, bersifat berat sebelah kerana menyiarkan berita pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti tersebut.
Menurutnya, ada kalanya ruangan dalam media rasmi Pas itu diperuntukkan kepada parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR), bukan kepada ahli Pas yang sepatutnya.
“Saya bagi contoh, kontroversi atau polemik sejak dua tiga minggu lalu, saudara buat content analysis dalam Harakah. Sama ada Harakah Daily atau Harakah cetak; berapa peratus ruang diperuntukkan kepada Hasan Ali?,” katanya.
Beliau turut memaklumkan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama (DUMC), awal Ogos lalu tidak disiarkan Harakah.
“Datuk Haron ada memanggil pemberita Harakah untuk memberi pandangan mengenai peristiwa di DUMC. Temu bual diadakan agak panjang dan komprehensif.
“Tapi berita melibatkan (perkara itu) difahamkan tidak tersiar,” katanya.
Menurutnya, ada kalanya ruangan dalam media rasmi Pas itu diperuntukkan kepada parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR), bukan kepada ahli Pas yang sepatutnya.
“Saya bagi contoh, kontroversi atau polemik sejak dua tiga minggu lalu, saudara buat content analysis dalam Harakah. Sama ada Harakah Daily atau Harakah cetak; berapa peratus ruang diperuntukkan kepada Hasan Ali?,” katanya.
Beliau turut memaklumkan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama (DUMC), awal Ogos lalu tidak disiarkan Harakah.
“Datuk Haron ada memanggil pemberita Harakah untuk memberi pandangan mengenai peristiwa di DUMC. Temu bual diadakan agak panjang dan komprehensif.
“Tapi berita melibatkan (perkara itu) difahamkan tidak tersiar,” katanya.
Saturday, December 24, 2011
SIAPA YANG NAZAK?
Khalid dakwa Hasan ‘tenat’
Oleh Nazura Ngah
Siapa yang nazak? Khalid tercungap-cungap bila Dr. Hassan buat statement....
Perlu ‘diselamatkan’ daripada terus terperangkap agenda politik parti lawan
KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad berkata EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sedang ‘tenat’ dan perlu ‘diselamatkan’ daripada terus terperangkap dengan agenda politik parti lawan.
“Dia masih ada tempat dalam PAS Selangor kalau dia sedar kedudukannya dan perbetulkan apa yang dibuatnya. PAS sentiasa terbuka untuk menerimanya kembali tetapi dia perlu akur dengan keputusan parti yang dibuat atas semangat jemaah.
“Saya tidak ada masalah dengan dia secara peribadi, pandangan ini saya berikan kerana mahu dia sedar apa yang dilakukan terhadap parti adalah salah dan mahu selamatkan dia daripada hancur dan terus tenat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sambil menyifatkan Hasan sebagai orang kecewa, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau percaya Hasan mula jauh terperangkap dengan agenda politik parti lawan sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.
Katanya, lebih banyak perangkap menerusi umpan, galakan dan kata-kata semangat akan diterima menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), sekali gus menggambarkan pilihan raya umum semakin hampir.
Bagaimanapun Khalid yakin UMNO tidak akan menerima Hasan kerana parti itu tidak akan memberi ruang kepada orang sepertinya untuk berada dalam parti itu.
Katanya, sewajarnya Hasan meneliti kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering mengingatkan UMNO supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam kemasukan ahli baru, sekali gus menggambarkan budaya UMNO yang enggan menerima orang yang lebih bijak dan baik daripada pemimpin sedia ada.
“Hasilnya Hasan akan menjadi seperti Datuk Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Nakhaie Ahmad (bekas Naib Presiden PAS) yang tidak ke mana-mana. Sebab itu PAS nak selamatkan dia supaya tidak termasuk dalam perangkap itu.
“Malangnya apabila teguran diberikan, dia menolak dan menganggap berada di pihak yang benar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip, berkata beliau belum dipanggil secara rasmi sama ada menerusi panggilan telefon, SMS mahupun surat berhubung arahan pucuk pimpinan untuk hadir menjelaskan isu yang dibangkitkan mutakhir ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang itu berkata, beliau akan hadir jika diminta berbuat demikian.
“Saya akan patuh pada arahan dan keputusan pimpinan parti, malah saya akan jawab semua isu yang dibangkitkan sebelum ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Saari antara tiga pemimpin selain Hasan dan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang akan dipanggil untuk memberikan penjelasan mengenai polemik yang dicetuskan mereka kebelakangan ini.
Keputusan untuk memanggil ketiga-tiga individu berkenaan dibuat pada mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Rabu lalu.
Hasan yang juga ADUN Gombak Setia pula hanya akan mengulas arahan terbaru itu pada sidang media yang dijadualkan hari ini.
Malah beliau dijangka menjelaskan dakwaan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhubung pertemuan antara beliau, Nasharudin dan tiga lagi individu di sebuah hotel di ibu negara, Ramadan lalu.
Mustafa pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Khamis lalu memberi amaran kepada Hasan supaya menghentikan kritikan dan tidak terus mengheret parti dengan kontroversi terhadap parti itu kerana semua pergerakan dan tindakan pemimpin itu dipantau beberapa pemimpin PAS termasuk beliau.
ANAK GADIS SAYA TIADA KEWARGANEGARAAN
| Dr Juanda Jaya |
| Maaf, mengikut sistem kami, ana perempuan tuan statusnya bukan kewarganegaraan Malaysia. Ini dinyatakan dalam sistem kami. Kami tiada pilihan. Sila lihat sendiri. Itulah kata kata pegawai JPN berinisial M, setelah saya disuruh menemuinya oleh staf wanita F di kaunter. No giliran saya pagi ini no 4, setelah Jumaat lepas saya perlu menunggu sehingga hampir 100 nombor untuk dapatkan giliran perkhidmatan membuat kad pengenalan anak gadis saya yang sudah lanjut berusia lebih 12 tahun. Inilah kejutan di awal pagi Jumaat 23 Disember 2011 di Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak Kuching ke atas diri saya. Saya datang seawal jam 730 pagi untuk mengelakkan kesesakan di kaunter yang mendapat anugerah kaunter terbaik Negara tahun 2008. Saya tidak pernah ada pengalaman yang baik di Wisma Persekutuan Sarawak. Dah pelbagai khidmat kerajaan persekutuan yang saya buat, dpd pasport, kad pengenalan, surat beranak, pejabat pelajaran, dan lain sebagainya, tidak pernah ada pengalaman yang baik untuk saya sebagai rakyat Sarawak yang menjadi sebahagian dpd Malaysia. Kalau boleh mengelak, memang saya tidak mahu berurusan dengan Jabatan Persekutuan yang ada di Sarawak. Amat berbeza dengan kaunter kerajaan di Semenanjung, teramat jauh lebih baik. Barangkali kami di Sarawak lebih suka memendam rasa berdiam durja ditadbir oleh orang lain. Punca dan dosa saya pada hari ini ialah saya suka ambil nombor giliran seperti rakyat marhaen yang lain kerana lebih suka berbaris ikut BARISAN. Bukan potong barisan dengan terus berjumpa boss yang sedia melayan VVip di dalam biliknya. Berbaris di kaunter sudah jadi kebiasaan saya untuk merasai denyut nadi rakyat. Saya pernah dimaki di kaunter oleh pegawai kerajaan, tetapi bila siap urusan dan menyedari siapa orangnya, mereka hanya tersipu sipu dan tetap enggan meminta maaf. Pengalaman azab berbaris di kaunter kerajaan ini sudah lama saya rasai sejak menuntut di al Azhar Cairo sewaktu membuat visa tahunan. Tapi pengalaman di kaunter Malaysia tidaklah lebih baik dpd kaunter kerajaan Mubarak di Mesir waktu itu. Apakah perasaan anda sebagai bumiputera negara ini yang jelas disebutkan bangsanya dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bangsa asal dan warganegara tulin negara tercinta ini serta telah dijamin mendapat segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini, tetapi tiba tiba hak itu dinafikan oleh sistem negara yang anda cintai itu. Hak yang paling minima adalah mendapatkan kewarganegaraan. Bukannya hak mendapatkan lesen balak atau projek atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh sistem yang ada. Saya berbangga berbangsa Melanau dan tetap memastikan anak anak saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di wilayah ini sahaja. Ya, isteri saya rakyat Indonesia, masih warganegara di sana dan saya masih enggan memohon menukar kerakyatannya kerana berbangga isteri saya warga Indonesia, walaupun banyak pihak menawarkan untuk memudahkan urusan permohonan berkenaan. Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada dosanya jadi mangsa? Dia bukan warganegara Indonesia. Kami baru sahaja ke Jakarta awal Disember lalu untuk menziarahi keponakannya di sana menggunakan passport Malaysia. Tetapi kenapa bila saya hendak membuat Kad Pengenalannya, dalam sistem JPN dinyatakan anak saya itu bukan warganegara? Anak saya stateless! Sistem apa ini? Apakah kita di Afrika atau di Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada saat ramai orang asing dikatakan diberikan hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya yang berbangsa bumiputera asal Sarawak, Melanau, yang jelas nama bangsanya disebut dalam Perlembagaan Malaysia dijamin hak warganegaranya, tiba tiba dinyatakan bukan warganegara Malaysia. Di manakah laungan kerajaan bahawa segalanya kini semakin efisien dan sistem kita semakin lebih dipercayai berbanding dahulu? Saya cuba mengisi borang Jpn itu sebaik mungkin menurut contoh yang dibuat pihak Jpn sendiri. Tetapi jelas di sana tiada peraturan menyebut bahawa perlu bawa sijil kahwin? Dulu sewaktu membuat Kad pengenalan anak anak yang lain, tidak ada pulak mereka minta surat kahwin. Wow! Bila jumpa pegawai Jpn si M itu, dia kata dalam Iso JpN kata perlukan surat nikah bagi warganegara yang kahwin dengan rakyat asing? Tetapi di papan kenyataan tak pulak disebut panduan berkenaan. Wah! Kenapa begitu sekali? Padahal rakyat asing dikurniakan hak warganegara oleh Menteri Dalam Negeri, maka mengapa anak kepada lelaki berwarganegara Malaysia dinafikan hak warganegaranya? Entahlah! Betul, tertulis status di skrin situ, nama anak saya, status anak gadis saya, X Warganegara, tetapi bangsa masih tertulis berbangsa MELANAU. Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini? Siapakah yang sudi membantu mendapatkan kewarganegaraan anak gadis saya? Dr Juanda bin Jaya, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Malaysia Adjunct Professor at University Malaysia Perlis (UNIMAP) Visiting Professor at Management and Science University, Malaysia (MSU) ex-Visiting Fellow at Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) University of Oxford |
ALFATIHAH UNTUK ADUN TENDONG
Innalillahi Wainna Ilaihirajiun. ADMIN Baru sahaja dimaklumkan dengan kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi. Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau, semoga pemergiannya semasa masih berkhidmat dikira sebagai amalan yang baik di sisi Allah SWT. Dan semoga Allah SWT memasukkannya di kalangan hamba2Nya yang soleh.sumber : http://www.facebook.com/#!/pages/Anti-PKR-Club/197344137372
Friday, December 23, 2011
MANA JUAK-JUAK YANG KATA FELDA NIE KERUGIAN
PUTRAJAYA: FELDA akan membayar bonus insentif produktiviti berjumlah RM102.6 juta kepada 95,949 peneroka di seluruh negara.
Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.
Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.
YANG SALAH TETAP SALAH
Khir Toyo dipenjara setahun, hak ke atas hartanah dilucutkan
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dipenjara setahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki turut memutuskan perlucutan hak tertuduh terhadap dua lot tanah dan rumah berkenaan dan diserah kepada Kerajaan Malaysia.
Tan Sri Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman Telah Kembali Ke Rahmatullah
Allahyarham Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.00 petang hari ini dan jenazah akan di bawa ke rumah anak Allahyarham di Puchong. Di khabarkan Arwah terkena serangan sakit jantung. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
ALFATIHAH..
ALFATIHAH..
Subscribe to:
Posts (Atom)




