ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Wednesday, March 31, 2010

GELOMBANG "JOM PAKAT KELUAR PKR" LAGI

Cukuplah, kami tak mahu lagi ditipu PKR kata mereka.

SUNGAI PETANI 29 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini dilanda pelbagai kemelut terus menerima tamparan apabila satu lagi cawangannya di Kedah iaitu di Kampung Pengkalan Lebai Man di sini yang dianggotai oleh 217 ahli masyarakat India dibubarkan malam tadi.

Pembubaran dan pengisytiharan keluar parti itu didorong rasa tidak puas hati terhadap tindak-tanduk Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR Bahagian Sungai Petani yang tidak ikhlas memperjuangkan nasib kaum India.

Ketua PKR Cawangan Pengkalan Lebai Man, Mohd. Rahim Prabakaran Abdullah mendakwa, mereka tiada pilihan selain meninggalkan parti tersebut kerana kepimpinan sudah dikuasai oleh golongan yang mementingkan kedudukan manakala golongan bawahan disisihkan.

Malah katanya, rata-rata masyarakat India di situ tidak yakin lagi dengan perjuangan PKR yang sebelum ini hanya pandai berjanji namun gagal menunaikannya.

"Masalah rakyat gagal diselesaikan, malah pemimpin PKR seperti Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Tan Chow Kang yang kami pilih sebelum ini, langsung tidak mempedulikan kebajikan penduduk.

"Apabila kita ajukan masalah, mereka hanya pandai berjanji tetapi tidak laksanakannya. Kini sudah dua tahun kami dijanjikan macam-macam tetapi apa pun tak nampak. Cukuplah, kami tak mahu ditipu PKR lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis pembubaran tersebut.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pegawai Penyelaras Parlimen Sungai Petani, Ali Yahaya dan bekas Pengerusi MIC Kedah, Datuk V. Saravanan.

2 comments:

  1. orang india ni macam tulah...

    tak pernah nak sedar diri...riuh gelamer...macam penulisan utusan dulu...pastu bila jadik macam tu baru nak tergadah...

    mic ni satu....bukan nak amik peluang...dok sibuk nak jadik calon...

    JANGAN LAYAN....kalau tidak rakyat tak kan layan undi BN nanti...INGATTTTT

    ReplyDelete
  2. Mereka ni selalu silap langkah..bila nasi dh hamir jd bubur, baru nk sedar, itu pun nasib baik..masih ramai lg yg sedang tidur..aku mmg dari dulu lg sedar yg pkr ni hanyalah parti yg pejuangkan individu tertentu saja..kami langsung tak tertarik..tetapi nasib yg UMNO terima pd pr12 lalu, eloklah UMNO jdkan iktibar agar isang tak berbuah 2 kali..Melayu sebenarnya mmg sayangkan UMNO tetapi tindak tanduk sebahagian pemimpin yg merugikan Melayu dan hanya mengenyangkan kroni sahaja, menyebabkan sebahagian org Melayu muak, jijik dan meluat..kita semua tahu akhirnya apa terjadi..jd nasihat kita, UMNO sedarlah diri, org yg anggap dirinya sebagai pemimpin, kenalah muhasabah diri..tanya diri tu..aku joint politik ni untuk mendapatkan keredaan Allah atau untuk buncitkan perut dan penuhkan tembolok au dan kroni aku!! Tepuk dada tanya selera dan pertimbangkan diakal yg rasional dan jgn lupa janji Allah keatas pemimpin2 yg tidak amanah !! InsyaAllah, UMNO akan kuat dan sebahagian org Melayu yg dh sisihkan UMNO akan terima dan sayangkan UMNO kembali kerana pemimpin2nya berpolitik semata2 untuk mendapatkan KEREDHAAN ALLAH SWT.

    ReplyDelete