ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Showing posts with label PANDANGAN KU. Show all posts
Showing posts with label PANDANGAN KU. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

HALAL KE HARAM?

ALHAMDULILAH, ada sedikit pembaharuan kepada masalah halal haram nie.  Dewasa ini macam-macam yang kita dengar pasal halal haram ini.  Ada yang tertanya-tanya KFC tu halalkah?, McD tu halalkah? dan macam-macam lagi tu halal kah?.. Yang nyata Khinzir memang tak boleh dicop halal.

Kita masih terunggu juga bagaimana rupa bentuk baru logo HALAL ini.  Kita tahu bahawa rakyat Malysia ini canggih orangnya dan begitu kreative.  Walau bagaimana canggih logo tersebut akan dapat ditiru oleh penyangak-penyangak ini.  Sedangkan Kad pengemalan dan Pasport pun ada tiruan.  Namun, mungkin dengan pembaharuan ini akan mengurangkan gejala penipu-penipu yang ingin melariskan jualan mereka.

Cuma saya nak tambah sedikit, kalau cantiknya LOGO TERSEBUT ADA NO SIRI.  DENGAN NOMBOR SIRI TERSEBUT KITA BOLEH CEPAT MENYEMAK DI DALAM SISTEM JAKIM SAMADA IANYA LOGO ASLI ATAU TIDAK.

Fikir-fikirkan... 

Penyeragaman sijil, logo halal mudahkan kenali yang palsu

26/02/2010 8:48pm

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Penyeragaman sijil dan logo halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang bermula hari ini akan memudahkan anggota masyarakat untuk mengenal pasti antara sijil halal yang disahkan olah Jakim dengan yang palsu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dengan penyeragaman itu, Jamil Khir berkata, masyarakat Muslim di negara ini tidak lagi diburu dengan perasaan keliru dan was-was dalam memastikan yang mana satu sijil atau logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim.

"Apabila ada perbezaan pada sijil halal, masyarakat tidak dapat kenal pasti sijil yang mana yang diterima sebagai sijil yang betul.

“Tetapi apabila diseragam, maka sebarang perbezaan yang ada, senanglah untuk orang ramai mengetahui bahawa sijil itu tidak diiktiraf oleh Jakim,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Kempen 1Malaysia 1Halal anjuran Jakim di Masjid Negara di sini hari ini.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merasmikan kempen tersebut.

Kempen di Masjid Negara itu akan berakhir Ahad ini.

Mengenai Akta Halal pula, beliau berkata, ia dijangka dapat dikuatkuasakan mulai tahun depan selepas perbincangan muktamad dibuat antara Jakim, Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya, dengan adanya akta itu, Jakim akan dapat mengambil tindakan dengan lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan penggunaan sijil, logo dan prosedur halal. – Bernama

Wednesday, February 24, 2010

RM 12.3 Juta Hilang Sekelip Mata

Saya rasa adalah satu pembaziran kalau bahan rampasan ini dimusnahkan.  Mengapa ianya tidak dijual dan dijadikan hasil pendapatan negara.  Jual dengan secara mengikut prosidur yang betul iaitu merujuk kepada undang-undang Malaysia. 

Mungkin saya kurang ilmu mengenai perkara ini.  Namun kata hati kecil saya, kalau ianya sudah dirampas dan sudah menjadi milik Kastam (Kerajaan), maka Kastam gazetkan barangan tersebut dan dijualkan semula kepada pemborong dan jadikan ianya sebagai hasil Negara.  Sudah pasti pendapatan negara akan bertambah. 

Ini kerana barangan tersebut dibolehkan dijual di negara ini.  Lainlah kalau ada rampasan dadah, ganja tentulah ianya mesti/wajib dimusnahkan.

Namun itu hanyalah kata hati kecil saya yang tidak tahu undang-undang dan piagam KASTAM.  Itu hanyalah pandangan peribadi saya.

Mungkin ada sesiapa yang tahu, adakah ianya memang tidak boleh atau sebaliknya.  Mungkin kalau ianya dijual akan menyebabkan implikasi lain yang akan timbul seperti pemborong-pemborong kecil akan tertindas. 

Mungkin, saya bercakap dalam keadaan yang tak cukup ilmu mengenai perkara itu.

Namun, jauh disudut hati saya kalaulah ianya boleh dijadikan salah satu pendapatan negara dimana ianya diterjemahkan melalui cukai atau apa-apa perkataan yang sesuai.  Saya amat gembira sekiranya pandangan ini mendapat perhatian pihak yang berwajib.  Kalau undang-undang menjadi penghalang, mungkin ianya boleh dibahaskan di parlimen dan meminda sedikit akta sediada. 

Apa-apa pun saya bebas dari gejala menghisap rokok.

Kalau saya tersalah, maafkan saya.

Fikir...fikirkannn....

Rokok seludup RM3.4j dilupus

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

uma.ramayah@utusan.com.my

--------------------------------------------------------------------------------

DENGKIL 22 Feb. – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kuala lumpur hari ini melupuskan 43 tan rokok putih dan keretek seludup bernilai RM3.4 juta serta melibatkan cukai kastam sebanyak RM12.3 juta.

Kesemua rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui tiga buah kontena di Pelabuhan Klang, tiga tahun lalu itu, dilupuskan di pekarangan bangunan pejabat KDRM, di sini.

Pengarahnya, Datuk Jalilah Mahdan berkata, tindakan melupuskan rokok-rokok itu dilakukan setelah pihaknya mendapat kelulusan daripada mahkamah.

“Ia (pelupusan) dijalankan dengan kerjasama Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (GPTM),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif GPTM, Sheikh Abbass Ibrahim.

Dalam pada itu, Jalilah berkata, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, pihaknya telah merampas rokok putih dan keretek bernilai RM3.9 juta dan membabitkan cukai kastam RM9.5 juta.

Katanya, sebanyak 28 kertas siasatan dibuka hasil operasi ke atas beberapa lokasi termasuk gudang, premis serta pelabuhan di sekitar Lembah Klang.

Dalam tempoh sama juga tambahnya, kastam turut merampas barangan lain bernilai RM670,600 serta cukai RM1.3 juta, yang dikeluarkan sebelum mendapat kelulusan kastam.

“Selain rokok, kita juga menyita barang-barang lain termasuk kenderaan, minuman keras dan mercun,” ujar beliau.

Jalilah berkata, KDRM sedia memberi wang saguhati kepada mereka yang menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan sehingga mereka terbabit dapat ditangkap.

“Bagaimanapun kita akan mempertimbangkan maklumat berkenaan serta keberkesanannya dalam menjayakan ‘misi’ kita,” tambahnya.

Sunday, January 17, 2010

NIK AZIZ AKUI ADA CAH KETING, HASSAN ALI NAFI

Berita semalam kita disajikan oleh pengakuan bahawa MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada wujudnya cantas mencantas dikalangan pemimpin pas.  Hari ini kita dengar pula Dr. Hassan Ali menafikan di dalam buletin Utama TV3. 

Yang jelasnya, kita sebagai pemerhati nampak apa perkara yang berlaku.  Kononnya cantas mencantas ini banyak berlaku didalam UMNO.  Sebenarnya ianya juga berlaku didalam parti-parti lain.  Malah bukanya sahaja didalam parti politik malahan berlaku didalam persatuan, kesatuan, pertubuhan dan macam-macam lagi.  Selagi kita ini bergelar manusia, selagi itulah syaitan akan terus-terusan menggoda.  Janganlah kita nak cakap besar.  Itulah janji syaitan ini.

Lagi besar taraf seseorang itu, lagi besarlah godaan syaitan ini.  Maka sekiranya ditakdirkan sesuatu itu berlaku, bukanlah disebabkan parti, bukanlah disebabkan persatuan, bukanlah disebabkan kesatuan, bukanlah disebabkan pertubuhan pertubuhan, sebaliknya berlaku disebabkan INDIVIDU ITU SENDIRI. 

Sebagi contoh, kalau kita bekerja dengan tentera.  Tup-tup timbul isu injin kapal terbang hilang.  Apakah kita ingin menyalahkan tentera.  TIDAK SESEKALI.  Yang perlu disalahkan ialah individu yang melakukan kerja terkutuk itu sendiri.  Tidak kira ianya berjawatan apa.  Besar atau kecil.

Saya ingin bertanya saudara/saudari yang membaca artikel saya ini sedang bekerja dimana?  Saya pasti saudara/saudari boleh bertindak tidak jujur dengan majikan.  Paling bangsat, ambil pen pejabat dan bawa balik untuk kegunaan sendiri.  Apakah pejabat yang perlu dipersalahkan.  Bukankah salah itu salah saudara/i sendiri.  Kenapa perlu kesalahan itu dipalitkan dengan orang lain.

Kita bertanggungjawab keatas apa yang kita lakukan.  Oleh yang demikian, bila berlaku didalam UMNO, bukan main lagi tuduh-menuduh, keji mengeji.  Apa yang berlaku ialah individu itu sendiri yang tidak tahan digoda, maka berlakulah cantas-mencantas (sekiranya ada). Tetapi UMNO dihentam, UMNO dihina akibat dari perbuatan kita.  Jangan demikian.  Sebaliknya hentamlah individu itu sendiri, hemtamlah pelakon yang bersandiwara itu sendiri.  Hemtamlah orang yang bersalah itu.  Janganlah menghentam UMNO.  UMNO tidak bersalah.

UMNO banyak berjasa kepada rakyat.  Janganlah dituduh UMNO itu jahat.  Saya yakin diluar sana, sekiranya seseorang individu itu bersalah, maka datangnya dari pimpinan UMNO.  Maka, kita semua setuju bahawa hukum individu itu sendiri.  Janganlah dihukum UMNO.

 

Layanlah berita yang ditulis oleh UTUSAN ini.

Nik Aziz akui 'cah keting'


Oleh RAHANA MOHD DAHARI

pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 16 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara terbuka mengakui wujud budaya 'cah keting' atau cantas mencantas dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu tidak menjelaskan secara mendalam sejauh mana seriusnya perkara itu sehingga menyebabkan beliau membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan 'cah keting' semalam.

''Kepincangan tidak hari ini sahaja, sejak anak nabi Adam lagi apabila Qabil bunuh adiknya sendiri, Habil dan sampai sekarang, manusia memuja nafsu dan memuja Allah.

''Susah hendak mencari manusia yang hanya memuja nafsu atau memuja Allah semata-mata selagi ada perjuangan dan pergelutan di antara nafsu baik dan nafsu jahat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan dan Zakat Kepada Pesakit Kusta anjuran Persatuan Kusta Kelantan di sini hari ini.

Semalam, selepas kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap 'cah keting'.

Bacaan doa tersebut menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana pada masa kini, Pas dan kerajaan negeri menghadapi krisis dalaman termasuk isu berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sementara itu Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam seharusnya berdoa bagi memohon perlindungan daripada pelbagai masalah dan kejahatan.

''Doa seperti kita makan nasi tetapi kita lama sangat hidup dalam tradisi, maka doa kita pun bermusim, lepas solat, masa kenduri kita berdoa.

''Ini tidak betul kerana ini budaya Melayu jahil, kita tidak mahu budaya Melayu, kita mahu budaya Islam yang berdoa pada bila-bila masa, makan, minum, tidur, bangun, masuk pejabat, pergi pasar dan doa tidak khusus lepas solat sahaja," ujarnya.

Mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menolak permohonannya untuk menuntut royalti minyak di kawasan bertindih Kelantan dan Terengganu, beliau berkata, kerajaan negeri tetap berhak membuat tuntutan.

''Itu hak Datuk Seri Mustapa namun dia tidak ada hak untuk menentukan rezeki orang lain. Petrol di Kelantan ini adalah hak Kelantan, ada undang-undang atau tidak, ia tetap hak kelantan," katanya