ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Wednesday, February 24, 2010

RM 12.3 Juta Hilang Sekelip Mata

Saya rasa adalah satu pembaziran kalau bahan rampasan ini dimusnahkan.  Mengapa ianya tidak dijual dan dijadikan hasil pendapatan negara.  Jual dengan secara mengikut prosidur yang betul iaitu merujuk kepada undang-undang Malaysia. 

Mungkin saya kurang ilmu mengenai perkara ini.  Namun kata hati kecil saya, kalau ianya sudah dirampas dan sudah menjadi milik Kastam (Kerajaan), maka Kastam gazetkan barangan tersebut dan dijualkan semula kepada pemborong dan jadikan ianya sebagai hasil Negara.  Sudah pasti pendapatan negara akan bertambah. 

Ini kerana barangan tersebut dibolehkan dijual di negara ini.  Lainlah kalau ada rampasan dadah, ganja tentulah ianya mesti/wajib dimusnahkan.

Namun itu hanyalah kata hati kecil saya yang tidak tahu undang-undang dan piagam KASTAM.  Itu hanyalah pandangan peribadi saya.

Mungkin ada sesiapa yang tahu, adakah ianya memang tidak boleh atau sebaliknya.  Mungkin kalau ianya dijual akan menyebabkan implikasi lain yang akan timbul seperti pemborong-pemborong kecil akan tertindas. 

Mungkin, saya bercakap dalam keadaan yang tak cukup ilmu mengenai perkara itu.

Namun, jauh disudut hati saya kalaulah ianya boleh dijadikan salah satu pendapatan negara dimana ianya diterjemahkan melalui cukai atau apa-apa perkataan yang sesuai.  Saya amat gembira sekiranya pandangan ini mendapat perhatian pihak yang berwajib.  Kalau undang-undang menjadi penghalang, mungkin ianya boleh dibahaskan di parlimen dan meminda sedikit akta sediada. 

Apa-apa pun saya bebas dari gejala menghisap rokok.

Kalau saya tersalah, maafkan saya.

Fikir...fikirkannn....

Rokok seludup RM3.4j dilupus

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

uma.ramayah@utusan.com.my

--------------------------------------------------------------------------------

DENGKIL 22 Feb. – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kuala lumpur hari ini melupuskan 43 tan rokok putih dan keretek seludup bernilai RM3.4 juta serta melibatkan cukai kastam sebanyak RM12.3 juta.

Kesemua rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui tiga buah kontena di Pelabuhan Klang, tiga tahun lalu itu, dilupuskan di pekarangan bangunan pejabat KDRM, di sini.

Pengarahnya, Datuk Jalilah Mahdan berkata, tindakan melupuskan rokok-rokok itu dilakukan setelah pihaknya mendapat kelulusan daripada mahkamah.

“Ia (pelupusan) dijalankan dengan kerjasama Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (GPTM),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif GPTM, Sheikh Abbass Ibrahim.

Dalam pada itu, Jalilah berkata, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, pihaknya telah merampas rokok putih dan keretek bernilai RM3.9 juta dan membabitkan cukai kastam RM9.5 juta.

Katanya, sebanyak 28 kertas siasatan dibuka hasil operasi ke atas beberapa lokasi termasuk gudang, premis serta pelabuhan di sekitar Lembah Klang.

Dalam tempoh sama juga tambahnya, kastam turut merampas barangan lain bernilai RM670,600 serta cukai RM1.3 juta, yang dikeluarkan sebelum mendapat kelulusan kastam.

“Selain rokok, kita juga menyita barang-barang lain termasuk kenderaan, minuman keras dan mercun,” ujar beliau.

Jalilah berkata, KDRM sedia memberi wang saguhati kepada mereka yang menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan sehingga mereka terbabit dapat ditangkap.

“Bagaimanapun kita akan mempertimbangkan maklumat berkenaan serta keberkesanannya dalam menjayakan ‘misi’ kita,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment