ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Tuesday, April 23, 2013

LAGI KES VIDEO LUCAH

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.

Tak habis-habis nak salah kan UMNO. Semoga ALLAH melindungi kita semua, di bumi Malaysia yang aman dan sejahtera ini.

Video Lucah : UMNO Fail Saman Fitnah Terhdap Mustafa Ali Dan Dua Lagi

KUALA LUMPUR, 23 April  - UMNO telah memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berhubung penerbitan lima artikel yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang baru-baru ini.


Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak UMNO semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Pihak media memperoleh salinan writ itu hari ini. Mahkamah menetapkan 10 Mei ini untuk pengurusan kes saman itu.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili UMNO hari ini memberitahu bahawa UMNO memfailkan saman itu atas alasan artikel berkenaan adalah satu pembohongan nyata dan berniat untuk membawa organisasi itu ke dalam skandal awam dan dibenci.

“UMNO mahu menjelaskan yang mereka tiada kaitan dengan politik kotor ini dan  tidak terlibat langsung,” katanya dan menurutnya UMNO juga mahu mendapatkan keadilan.

Dalam writ itu, UMNO menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan ketua pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

UMNO memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap UMNO dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

UMNO mendakwa Mustafa telah membuat pernyataan media mengenai parti itu berhubung penyebaran video lucah yang telah tersebar luas di laman sesawang sejak 11 April lepas yang kemudiannya diterbitkan semula di laman portal www.malaysiakini.com.

UMNO juga mendakwa Mustafa pada hari sama telah menfitnah UMNO di ceramah awam di markas Pas Kampung Molek, Dungun , Terengganu yang kemudiannya diterbitkan semula artikel kedua mengenai UMNO di laman portal HarakahDaily.net.

UMNO mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa membawa maksud bahawa UMNO yang merancang insiden berkaitan video lucah itu, UMNO sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di sebalik pembikinan video itu.

Parti itu berkata Mustafa dengan sengaja mengeluarkan dan membuat pernyataan fitnah itu bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negara ini terhadap UMNO tanpa menghiraukan sensitiviti.

UMNO berkata pernyataan fitnah itu telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi parti itu di negara ini dan juga di mata dunia.

UMNO mendakwa bagi artikel ketiga dan keempat pula, Asmuni telah mengucapkan kata-kata fitnah pada 12 April dan 13 April yang kemudiannya diterbitkan semula di HarakahDaily.net dan akhbar The Star.

Bagi artikel kelima pula, parti itu berkata defendan ketiga pada 12 April lepas telah menerbitkan semula kenyataan media berhubung video lucah itu oleh Mustafa di HarakahDaily.net.

UMNO mendakwa pada 15 April lepas, UMNO melalui peguam caranya, Tetuan Hafarizam telah menghantar notis tuntutan kepada semua defendan antara lain menuntut supaya berhenti daripada memberikan kenyataan berunsur fitnah, bagaimanapun sehingga tarikh writ difailkan mereka masih lagi gagal memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan plaintif.

Parti itu berkata akibat daripada pernyataan fitnah itu, reputasi UMNO telah terjejas dan mengalami kerosakan yang serius di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia.

http://www.umno-online.my/?p=82395&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29

Monday, April 22, 2013

KINI GILIRAN UMNO PULA, SELAMAT TINGGAL...

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.

Saya mengucapkan tahniah di atas ketegasan kepimpinan UMNO untuk memecat 61 Ahli yang telah melanggar arahan Parti.  Saya ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada pembelot seperti ini.  Tak rugi kalau orang seperti ini dipecat.  Mereka ini mementingkan hala tuju diri sendiri dari Hala Tuju Parti.  Kalau sebelum ini kebanyakan penyokong PR bubar cawangan dan cabang, kini giliran UMNO pula.  Cuma bezanya, mereka ini di buang dan dipecat dan bukannya mereka meninggalkan parti.

Sekali lagi...SELAMAT TINGGAL Berikut adalah petikan yang diambil daripada UMNO ONLINE....

Pecat Anggota Tanding Calon Bebas Wajar, Tepat Dengan Peraturan BN

KEPALA BATAS, 22 April –  Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan Barisan Nasional (BN) memecat serta merta anggotanya yang ‘belot’ adalah wajar dan bertepatan dengan peraturan parti.

Beliau berkata tindakan tegas perlu supaya tiada anggota yang berani bertindak sedemikian pada masa hadapan.

“Keputusan itu memberi gambaran pucuk pimpinan parti benar-benar serius terhadap isu berkenaan dan saya mahu mereka bertindak tegas supaya tiada anggota yang berani bertindak sedemikian pada masa hadapan.
“Jika mereka (anggota BN yang bertanding bebas) masih berada dalam parti, saya bimbang ia merebak dan lebih ramai pula akan menjadi pembelot,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan parti memecat anggota secara automatik kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Antara anggota BN yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas pada PRU 5 Mei ini ialah bekas naib ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim yang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar.
Turut dipecat ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.

Datu Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.
Abdullah, penyandang kerusi parlimen Kepala Batas, sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan calon penggantinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Yang turut hadir pada pertemuan itu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga Mohd Zain Ahmad dan calon Bertam, Shariful Azhar Othman.

Sementara itu, Abdullah berkata beliau berpuas hati dengan penerimaan calon-calon itu oleh pengundi di kawasan Kepala Batas dan percaya kesemua calon BN itu akan menang besar.
“Saya juga turut membantu mereka untuk berkempen di Kepala Batas bagi memastikan BN menang dan mempertahankan kubu kuat kita,” katanya.

AKTIVITI DATO' ZAIDI

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Alhamdulillh...
Jom kita sama-sama meriahkannya...
Jadual 22.4.13 (Isnin) Petang

1. Selepas solat zohor di Surau Kg Bahagia Bangi akan diadakan Program Singgah Hormat di rumah Hj. Amran Omar & Hj.Hashim Rashid di Kg.Bahagia Bangi,
2. 4:30 ptg - Jom Solat Asar di Surau As Syarikrin P/Puri Melati Bdr Seri Putra,
3. 7:15 mlm - Jom Solat Maghrib di Surau Al-Ibtibaiyah Taman Bangi Indah,
4. 8:30 mlm - Jom Solat Isyak di Masjid Kariah Bangi,
5. 9:30 malam Ceramah Khas di Bilik Gerakan PDM08 Bangi 
(JOM KITA SAMA2 KERJA PASTIKAN BN MENANG)

Jadual 22.4.13 (Isnin) Petang

1. Selepas solat zohor di Surau Kg Bahagia Bangi akan diadakan Program Singgah Hormat di rumah Hj. Amran Omar & Hj.Hashim Rashid di Kg.Bahagia Bangi,

2. 4:30 ptg - Jom Solat Asar di Surau As Syarikrin P/Puri Melati Bdr Seri Putra,
 

3. 7:15 mlm - Jom Solat Maghrib di Surau Al-Ibtibaiyah Taman Bangi Indah,
 

4. 8:30 mlm - Jom Solat Isyak di Masjid Kariah Bangi,
 

5. 9:30 malam Ceramah Khas di Bilik Gerakan PDM08 Bangi
 

(JOM KITA SAMA2 KERJA PASTIKAN BN MENANG)

Sunday, April 21, 2013

Selamat tinggal lagi....

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


70 Anggota Keluar Parti Dap, Ikrar Sokong Calon BN

PANTAI REMIS, 21 April – Seramai 70 anggota DAP di sini mengumumkan keluar parti dan berikrar memberi sokongan penuh kepada semua calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Beruas dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Baharu dan Pantai Remis pada pilihan raya umum ke-13.
Lima puluh anggota DAP cawangan Changkat Kruing dan 20 anggota dari Taman Bintang di sini mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mereka dakwa menindas pengundi India di Parlimen Beruas.

Timbalan Ketua DAP cawangan Changkat Kruing G. K Haridas memberitahu siding media di sini hari ini, mereka kecewa dengan Ngeh yang tidak pernah turun padang menyelesaikan masalah penduduk setempat.
“Tindakan keluar parti DAP diambil sebulat suara oleh ahli-ahli DAP Beruas sebagai protes dan bantahan secara terbuka kepada Ngeh dan calon-calon DAP di DUN Pantai Remis dan Pengkalan Baharu.

“Kami berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon BN yang sentiasa menjaga nasib orang India di kawasan Parlimen Beruas.

“Kami berjanji akan menentukan mimpi Pakatan Rakyat ke Putrajaya tidak menjadi kenyataan. Kami sokong penuh pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak dan (Menteri Besar Perak) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir daripada kerajaan BN,” katanya.

Haridas berkata Ngeh yang juga penyandang Parlimen Beruas tidak pernah turun padang berkhidmat atau berjumpa pengundi India di kawasan itu.

“Janji-janji untuk menyelesaikan isu sekolah dan kuil atau menyediakan infrastruktur seperti jalan raya pada pilihan raya 2008 tidak pernah ditunaikan sehingga hari ini,” katanya.

Beliau mendakwa Ngeh hanya menjaga kaum Cina sahaja dan tidak pernah member tumpuan terhadap pengundi India di parlimen itu.

“Walaupun Parlimen Beruas dimenangi Ngeh dalam pilihan raya umum ke-12, calon BN Datuk Chang Ko Youn, Datuk Abdul Manap Hashim (calon BN Pengkalan Baharu) dan Kor Ser Yu (calon BN Pantai Remis) sentiasa membantu masyarakat India di Parlimen Beruas,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Ngeh mengalahkan Chang dengan majoriti 1,828 undi.

500 lagi keluar parti...alhamdulillahh

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

500 Quit SAPP, Force Closure Of 11 Branches

TAWAU, April 21 – About 500 members of the Sabah Progressive Party (SAPP) in Tawau have quit the party and expressed support for the Barisan Nasional (BN), thus causing the closure of 11 party branches, former Tawau SAPP vice-president Mohammad Dahuk said today.
He said several leaders were among those who left, including Tawau SAPP women’s wing head Masja Hussin and youth wing chief Illiyassufyan Mohammad.

Tawau Umno Division chief and Tawau BN chairman and the BN candidate for the Apas state seat Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, the BN candidate for the Tawau parliamentary seat Datuk Mary Yap Kain Ching and the BN candidate for the Sri Tanjong state seat Fung Len Fui were also present at the news conference to announce the closure of the SAPP branches.
The former SAPP members read out a pledge to support the BN and cut and snapped their SAPP membership cards in a symbolic gesture of quitting the party.

sumber... http://www.umno-online.my/?p=82178

SIARAN ULANGAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Siaran ulangan..terutama kpd Penyokong dan Pengundi DUN Bangi.  

LIHAT PADA GAMBAR SUDAH MEMADAI DAN PASTI KITA FAHAMI...KETUA UMNO BAHAGIAN BANGI (Dato' Fathil seedang Bersalaman dengan Dato' Zaidi) DAN BARISAN J/KUASA BAHAGIAN MENYOKONG PENCALONAN DATO' ZAIDI SEBAGAI CALON ADUN BANGI.  INI ADALAH  SESUATU KEKUATAN BUAT KITA SEMUA.  TERUSKAN PERJUANGAN...      TAKBIRRR...ALLAHHUAKBAR... 

Berazam kembalikan kerusi Bangi kepada UMNO


Mohd. Zaidi Md. Zin@Zakaria (kanan) menyerahkan fail gerak kerja kepada Mohd. Fathil Daud dalam satu majlis ringkas di Bangi, semalam.
KUALA LUMPUR 17 April - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi , Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain@Zakaria berazam untuk memberi perkhidmatan terbaik dan membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Menurut beliau, amat penting untuk negeri Selangor serta DUN Bangi khususnya kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) bagi bersama menggerakkan pembangunan dan mewujudkan kehidupan yang lebih kondusif.

"Saya menggalas tanggungjawab membawa aspirasi BN sebagaimana tertera dalam aku janji BN untuk negara dan negeri Selangor.

"Rakyat sewajarnya sedar kerajaan negeri pakatan pembangkang Selangor tidak menunaikan janji mereka, malah mereka berasa tidak bersalah atas segala kegagalan mereka," katanya yang juga seorang Peguam Syarie ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Mohd. Fathil Daud berkata, seluruh jentera Barisan Nasional (BN) Serdang sudah bersiap sedia untuk bekerja bagi memastikan kerusi DUN Bangi berjaya dirampas dari pembangkang.

Jelas beliau, pihaknya berharap dapat menyumbang kepada kekuatan BN untuk mendapat mandat di negeri Selangor.

"Saya menyokong Mohd. Zaini sebagai calon BN Dun Serdang dan saya yakin beliau akan turun dengan merendah diri bagi membantu menyelesaikan masalah dan rintihan rakyat.

"Saya memohon pengundi di Bangi untuk tidak lagi memberi peluang kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang Selangor yang jelas gagal dalam tanggungjawabnya," katanya.

PKR LUMUT DIBUBAR

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

PRU-13: Pemimpin PKR Lumut keluar parti, cabang dibubar


M.P. Shamugum (kanan) menurunkan papan tanda perasmian di pejabat PKR Lumut selepas mengisytiharkan membubarkan PKR Cabang Lumut di Sitiawan, Perak malam ini.
LUMUT 21 April - Tidak sampai 24 jam selepas proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri calon mereka, krisis dalaman pembangkang terus meruncing apabila satu persatu pemimpin, ahli dan penyokong mereka bertindak meninggalkan parti.
Terbaharu, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lumut, M.P Shamugum bersama 13 ketua ranting parti di Parlimen itu mengisytiharkan meninggalkan PKR.
Serentak itu, mereka mengumumkan pembubaran PKR Cabang Lumut dan penutupan semua bilik gerakan jentera parti itu di 36 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkuatkuasa serta merta.
Shamugum ketika ditemui pemberita memberitahu, keputusan itu diambil ekoran rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti yang meletakkan calon luar untuk bertanding di Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor pada pilihan raya umum, 5 Mei ini. - UTUSAN ONLINE

KENALI CALON DUN BANGI

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Alhamdulillah..Penamaan calon bagi Dun Bangi telah selamat disempurnakan.

Inilah calon kita...

EnshaALLAH saya akan berikan detail mengenai Dato' Ustaz Zaidi Zain dalam masa terdekat.

Syabas Dato'.

Saya juga akan perikan detail mengenai Dato' Yap Pian Hon bagi Parlimen Serdang nanti.


Friday, April 19, 2013

HINDRAF OH HINDRAF....

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Syabas hindraf kerana telah menyokong barisan nasional secara terbuka..

Wednesday, April 17, 2013

SENARAI CALON LENGKAP BN SELANGOR VS PR

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

 SELANGOR
P 092 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh
P 093 Sungai Besar Noriah Kasnon
P 094 Hulu Selangor P Kamalanathan a/l P Panchanathan
P 095 Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar
P 096 Kuala Selangor Irmohizam Ibrahim
P 097 Selayang Lim Siang Chai
P 098 Gombak Raman Ismail
P 099 Ampang Rozaidah Talib
P 100 Pandan Lim Chin Yee
P 101 Hulu Langat Adzhaliza Mohd Nor
P 102 Serdang Yap Pian Hon
P 103 Puchong A Kohilan Pillay a/l G Appu
P 104 Kelana Jaya Loh Seng Kok
P 105 Petaling Jaya Selatan Sheah Kok Fah
P 106 Petaling Jaya Utara Chew Hoong Ling
P 107 Subang Pakas Rao a/l Applanaidoo
P 108 Shah Alam Zulkifli Nordin
P 109 Kapar Sakthivel a/l Alagappan
P 110 Klang Teh Kim Poo
P 111 Kota Raja Murugesan a/l Sinnandavar
P 112 Kuala Langat Sharuddin Omar
P 113 Sepang Mohd Zin Mohamed

N1 Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik
N2 Sabak Abdul Halim Udin
N3 Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi
N4 Sekinchan Kek Seng Hooi
N5 Hulu Bernam Rosni Sohar
N6 Kuala Kubu Baharu Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi
N7 Batang Kali Mat Nadzari Ahmad Dahlan
N8 Sungai Burong Mohd Shamsudin Lias
N9 Permatang Sulaiman Abdul Razak
N10 Bukit Melawati Jakiran Jacomah
N11 Ijok Parthiban a/l Karuppiah
N12 Jeram Amiruddin Setro
N13 Kuang Abdul Shukur Idrus
N14 Rawang Lee Li Yew
N15 Taman Templer Subahan Kamal
N16 Batu Caves Rawisandran a/l Narayanan
N17 Gombak Setia Said Anuar Said Ahmad
N18 Hulu Kelang Abdul Rahim Pandak Kamarudin
N19 Bukit Antarabangsa Mohamad Nadzim Ibrahim
N20 Lembah Jaya Baderisham Jolly
N21 Chempaka Muhammad Faizal Sufar
N22 Teratai Liew Pok Boon
N23 Dusun Tua Ismail Sani
N24 Semenyih Johan Abd Aziz
N25 Kajang Lee Ban Seng
N26 Bangi Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria
N27 Balakong Lai Kwong Choy
N28 Seri Kembangan Chin Toong Kang
N29 Seri Serdang Mohamad Yusof Mohamed Yassin
N30 Kinrara Wong Hock Aun
N31 Subang Jaya Gan Meng Foo
N32 Seri Setia Tengku Rethwan Tengku Mansor
N33 Taman Medan Ab Wahab Ibrahim
N34 Bukit Gasing Juan Sei Chang
N35 Kampung Tunku Chong Seng Foo
N36 Damansara Utama Lim Choon Kin
N37 Bukit Lanjan Chong Tuck Chiew
N38 Paya Jaras Muhammad Bushro Mat Johor
N39 Kota Damansara Halimaton Saadiah Bohan
N40 Kota Anggerik Mohd Yusof Din
N41 Batu Tiga Ahmad Nawawi M Zin
N42 Meru Sukaiman Ahmad
N43 Sementa Md Ghazali Md Amin
N44 Sungai Pinang Lee Siew Chee
N45 Selat Kelang Faisal Yahya
N46 Pelabuhan Klang Nasarruddin M Zin
N47 Pandamaran Ching Eu Boon
N48 Kota Alam Shah Maglin Dennis Dcruz
N49 Seri Andalas Mohan a/l Thangarasu
N50 Sri Muda Mohd Abdul Raof Mokhtar
N51 Sijangkang Zurihan Yusop
N52 Telok Datok Tan Cheng Chai
N53 Morib Hasiman Sidom
N54 Tanjong Sepat Nisman Yusof
N55 Dengkil Shahrum Mohd Sharif
N56 Sungai Pelek Ng Chok Si




TAPI PAKATAN RAKYAT BELUM LENGKAP LAGI, TENGAH KUMPULKAN MAKLUMAT....

Calon-calon PRU13 KEADILAN bagi kerusi DUN dan Parlimen Negeri Selangor 2013. 

Nik Nazmi Nik Ahmad, DUN Seri Setia.

Borhan Aman Shah, DUN Dengkil.

Lee Chin Cheh, DUN Kajang

Suhaimi Shafiei, DUN Seri Muda.

Dr Xavier Jayakumar, DUN Seri Andalas.

Dr Daroyah Alwi, DUN Sementa.

Rodziah Ismail, DUN Batu Tiga.

Dr Yaakop Sapari, DUN Kota Anggerik,.

Elizabeth Wong, DUN Bukit Lanjan.

Haniza Talha, DUN Taman Medan.

Hamidi A Hassan, DUN Semenyih.

Amir Shaari, DUN Batu Caves,.

Gan Pei Nei, DUN Rawang,.

Tengku Marziah Tengku Sulaiman, DUN Kuang.

Ramachandran, DUN Batang Kali,.

Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad, DUN Ijok

S. Manickavasagam, DUN Bukit Malawati.

Yahya Sahari, DUN Permatang.

Mohamed Azmin Ali, DUN Bukit Antarabangsa.

Tan Sri Khalid Ibrahim, DUN Pelabuhan Klang.

Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali, Parlimen Gombak.

G. Manivanam, Parlimen Kapar.

Abdullah Sani, Parlimen Kuala Langat.

R.Sivarasa, Parlimen Subang.

Hee Loy Sian, Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Wong Chen, Parlimen Kelana Jaya.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, Parlimen Pandan.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Parlimen Ampang.

William Leong, Parlimen Selayang, William Leong.

Dr Aziz Bari, Parlimen Sabak Bernam.

Khalid Jaafar, Parlimen Hulu Selangor.

Thursday, April 11, 2013

Orang no. 2 DAP mana keluar parti?

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


PRU-13: Orang no. 2 DAP Sabah keluar parti


KOTA KINABALU 11 April - DAP Sabah hari ini menerima tamparan apabila Naib Pengerusinya, Edward Ewol Mujie bertindak keluar parti dan menyertai parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Edward yang menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok dalam satu majlis di Kampung Putaton di sini, merupakan individu berpengaruh DAP Sabah yang kedua dalam masa seminggu bertindak meninggalkan parti itu.

Minggu lalu, Ketua DAP Kepayan di sini, Stephne Jimbangan bertindak demikian bersama 128 penyokongnya dan menyertai UPKO.

Edward berkata, antara penyebab utama tindakan nekadnya itu adalah kerana tertarik dengan usaha gigih tiga parti utama komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, iaitu UPKO, Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah untuk menyatukan etnik Kadazandusun Murut melalui program 'Gelombang Tataba' (Perpaduan). - UTUSAN ONLINE

Saturday, April 6, 2013

MANIFESTO BN


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

kita tunggu sebentar lagi. pastinya yang terbaik. 65 ribu sudah memenuhi stadium dan sekitarnya.

Friday, April 5, 2013

Calon Dun Bangi Dan Parlimen Serdang

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Walau siapa calon sekalipun di DUN Bangi dan Parlimen Serdang  ini akan tetap kami sokong.

Thursday, April 4, 2013

ketua umum

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

baru sekarang saya faham kenapa nama jawatan nya ketua umum...sebab dia tukang umum...

terbaru dia umum isterinya tak bertanding yang mana umum pun memang dah boleh baca isteri ketua umum tu tak akan bertanding....

aktiviti malam...

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

alhamdulillah..mesyuarat berjalan dengan baik...

syabas semua...

Wednesday, April 3, 2013

DOA KU...

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

DOA KU...

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini.

Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual . Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang kami perolehi adalah hasil dari kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami.

Ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Sesunguhnya Hanya Engkau yang mengetahui segalanya. Ya allah perkenakanlah permohonan kami ini.

Monday, January 28, 2013

DIA INI ADALAH CALON BOLEH MENANG....

Nik Aziz sahkan Nasharudin tidak dicalonkan

KOTA BHARU 28 Jan. - Selepas dipecat daripada Majlis Syura Ulama, masa depan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bersama parti itu semakin menjadi tanda tanya apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan nama pemimpin itu tiada dalam senarai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Mursyidul Am Pas itu berkata, nama Ahli Parlimen Bachok itu tidak dicalonkan oleh Pas kawasannya sendiri dan sekali gus menandakan Nasharudin tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.
"Nama dia tiada dalam pencalonan kawasan," kata Nik Abdul Aziz ringkas ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.
Sementara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemecatan Nasharudin adalah sebagai peringatan kepada ahli-ahli Pas yang lain agar bertindak lebih cermat selepas ini. - UTUSAN

TERSUNGKUR KAH MEREKA

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI...
 
Sila listkan mereka-mereka yang ikhlas memperjuangkan islam di dalam pas tetapi akhirnya tersungkur..

1.  Ustaz Nasharudin Mat Isa
2.  Datuk Dr Hasan Mohamed Ali 
3.  C.N. Al-afghani @ Cikgu Zainon Ismail
4.
5.
6.
7.
 

Sunday, January 27, 2013

Tiada Pembakaran Terhadap Kitab Bible

BUTTERWORTH 27 Jan. - Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti membakar kitab Bible versi bahasa Melayu dilakukan di Padang Bandaran Bagan Luar di sini pagi ini seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebelum ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi turut berterima kasih kepada orang ramai yang tidak mempercayai khabar angin tersebut, sekali gus membuktikan tohmahan yang disebarkan menerusi risalah sebelum ini adalah tidak benar. - UTUSAN

Saturday, January 26, 2013

MENGAPA PILIHANRAYA MASIH BELUM DIUMUM

Pada masa ini, semua orang politik tertungu-tunggu pengunguman pilihanraya.  Malah rakyat juga tidak sabar untuk memilih wakil-wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun di Parlimen.   Bilakah tarikh pilihanraya masih menjadi teka-teki semenjak 2 tahun yang lalu.

Terfikirkah kita, apabila ada ura-ura pilihanraya akan diadakan, sudah pasti negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mula membuat hujah dengan mengatakan bahawa pilihanraya Dun bagi negeri-negeri ini tidak akan dibuat serentak dengan pilihanraya Parlimen.  Keadaan ini akan menyusahkan rakyat dan ianya juga memerlukan kos yang tinggi.  Saya petik kata-kata ini seperti di bawah :-

‘Pilihanraya DUN Selangor Tidak Serentak Dengan PRU13′

Malaysiakini
Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum – memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik “masalah yang tidak dapat diselesaikan” pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.
Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.
Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.
Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.
“Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar,” katanya.

Ini akan menyukarkan keadaan, merugikan masa dan pertambahan kos.  Rakyat pula perlu meluangkan masa 2 kali untuk hanya tujuan pilihanraya.

Oleh yang demikian, maka pilihanraya yang kita tunggu-tunggu hingga kini tidak lagi diumumkan.

Adakah ini strategi dari Perdana Menteri? Mengapa saya beranggapan begitu, pilihanraya wajib diadakan 5 tahun sekali.  Kali terakhir kita adakan piiharaya adalah pada 08 Mac 2008, dan kini tempoh lima tahun telahpun hampir yang mana akan luput pada 8 Mac 2013.  Selepas pada itu, mandat baru mesti diperolehi. Pihak Pakatan Rakyat tiada pilihan melainkan perlunya pilihanraya serentak ini diadakan.

Pihak SPR perlu mengadakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja diumumkan.  Oleh yang demikian, secara automatik pilihanraya serentak akan diadalah diseluruh negara.

Yang pasti, masa telah pun hampir...dan teka-teki ini akan terjawap...

Mungkinkah?.....