Tak habis-habis nak salah kan UMNO. Semoga ALLAH melindungi kita semua, di bumi Malaysia yang aman dan sejahtera ini.
Video Lucah : UMNO Fail Saman Fitnah Terhdap Mustafa Ali Dan Dua Lagi
KUALA LUMPUR, 23 April - UMNO telah memfailkan saman fitnah terhadap
Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berhubung
penerbitan lima artikel yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran
video lucah di laman sesawang baru-baru ini.
Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh
bagi pihak UMNO semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil
melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Pihak media memperoleh salinan writ itu hari ini. Mahkamah menetapkan 10 Mei ini untuk pengurusan kes saman itu.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili UMNO hari ini
memberitahu bahawa UMNO memfailkan saman itu atas alasan artikel
berkenaan adalah satu pembohongan nyata dan berniat untuk membawa
organisasi itu ke dalam skandal awam dan dibenci.
“UMNO mahu menjelaskan yang mereka tiada kaitan dengan politik kotor
ini dan tidak terlibat langsung,” katanya dan menurutnya UMNO juga mahu
mendapatkan keadilan.
Dalam writ itu, UMNO menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela
bagi Mustafa, Asmuni Awi dan ketua pengarang laman portal
HarakahDaily.net Zulkifli Sulong, masing-masing sebagai defendan
pertama, kedua dan ketiga.
UMNO memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu
perintah injunksi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka
menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap UMNO dan perintah kesemua
defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan
majalah.
UMNO mendakwa Mustafa telah membuat pernyataan media mengenai parti
itu berhubung penyebaran video lucah yang telah tersebar luas di laman
sesawang sejak 11 April lepas yang kemudiannya diterbitkan semula di
laman portal www.malaysiakini.com.
UMNO juga mendakwa Mustafa pada hari sama telah menfitnah UMNO di
ceramah awam di markas Pas Kampung Molek, Dungun , Terengganu yang
kemudiannya diterbitkan semula artikel kedua mengenai UMNO di laman
portal HarakahDaily.net.
UMNO mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa
membawa maksud bahawa UMNO yang merancang insiden berkaitan video lucah
itu, UMNO sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di
sebalik pembikinan video itu.
Parti itu berkata Mustafa dengan sengaja mengeluarkan dan membuat
pernyataan fitnah itu bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan
keyakinan rakyat negara ini terhadap UMNO tanpa menghiraukan
sensitiviti.
UMNO berkata pernyataan fitnah itu telah disiarkan dan diterbitkan
dengan sengaja dan berniat jahat untuk merosakkan dan menghancurkan
reputasi parti itu di negara ini dan juga di mata dunia.
UMNO mendakwa bagi artikel ketiga dan keempat pula, Asmuni telah
mengucapkan kata-kata fitnah pada 12 April dan 13 April yang kemudiannya
diterbitkan semula di HarakahDaily.net dan akhbar The Star.
Bagi artikel kelima pula, parti itu berkata defendan ketiga pada 12
April lepas telah menerbitkan semula kenyataan media berhubung video
lucah itu oleh Mustafa di HarakahDaily.net.
UMNO mendakwa pada 15 April lepas, UMNO melalui peguam caranya,
Tetuan Hafarizam telah menghantar notis tuntutan kepada semua defendan
antara lain menuntut supaya berhenti daripada memberikan kenyataan
berunsur fitnah, bagaimanapun sehingga tarikh writ difailkan mereka
masih lagi gagal memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan plaintif.
Parti itu berkata akibat daripada pernyataan fitnah itu, reputasi
UMNO telah terjejas dan mengalami kerosakan yang serius di mata rakyat
Malaysia dan juga di mata dunia.
http://www.umno-online.my/?p=82395&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29
No comments:
Post a Comment