PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.
Saya mengucapkan tahniah di atas ketegasan kepimpinan UMNO untuk memecat 61 Ahli yang telah melanggar arahan Parti. Saya ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada pembelot seperti ini. Tak rugi kalau orang seperti ini dipecat. Mereka ini mementingkan hala tuju diri sendiri dari Hala Tuju Parti. Kalau sebelum ini kebanyakan penyokong PR bubar cawangan dan cabang, kini giliran UMNO pula. Cuma bezanya, mereka ini di buang dan dipecat dan bukannya mereka meninggalkan parti.
Sekali lagi...SELAMAT TINGGAL . Berikut adalah petikan yang diambil daripada UMNO ONLINE....
Pecat Anggota Tanding Calon Bebas Wajar, Tepat Dengan Peraturan BN
KEPALA BATAS, 22 April – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad
Badawi berkata tindakan Barisan Nasional (BN) memecat serta merta
anggotanya yang ‘belot’ adalah wajar dan bertepatan dengan peraturan
parti.
Beliau berkata tindakan tegas perlu supaya tiada anggota yang berani bertindak sedemikian pada masa hadapan.
“Keputusan itu memberi gambaran pucuk pimpinan parti benar-benar
serius terhadap isu berkenaan dan saya mahu mereka bertindak tegas
supaya tiada anggota yang berani bertindak sedemikian pada masa hadapan.
“Jika mereka (anggota BN yang bertanding bebas) masih berada dalam
parti, saya bimbang ia merebak dan lebih ramai pula akan menjadi
pembelot,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan parti memecat
anggota secara automatik kerana bertanding sebagai calon Bebas di
kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum
ke-13 (PRU-13).
Antara anggota BN yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas
pada PRU 5 Mei ini ialah bekas naib ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia
Ibrahim yang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar.
Turut dipecat ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor Datuk
Seri Mohd Shariff Omar yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan
Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang
bertanding kerusi Parlimen Sepang.
Datu Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.
Abdullah, penyandang kerusi parlimen Kepala Batas, sebelum itu
mengadakan perjumpaan dengan calon penggantinya Datuk Seri Reezal
Merican Naina Merican.
Yang turut hadir pada pertemuan itu calon Dewan Undangan Negeri (DUN)
Penaga Mohd Zain Ahmad dan calon Bertam, Shariful Azhar Othman.
Sementara itu, Abdullah berkata beliau berpuas hati dengan penerimaan
calon-calon itu oleh pengundi di kawasan Kepala Batas dan percaya
kesemua calon BN itu akan menang besar.
“Saya juga turut membantu mereka untuk berkempen di Kepala Batas bagi
memastikan BN menang dan mempertahankan kubu kuat kita,” katanya.
Alhamdulillah...nyahhh, mereka dari UMNO... Tiada kesetiaan langsung... jika kesetiaan pada parti sudah tiada...bagaimana untuk menyatakan kesetiaan pada agama, bangsa dan negara..??? Malu aku, ada pemimpin yang penting diri dari rakyat.
ReplyDeleteBiarkan mereka berambus! pengkhianat.. tamak haloba.. tak layak diampun!
ReplyDelete