ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Sunday, April 21, 2013

SIARAN ULANGAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Siaran ulangan..terutama kpd Penyokong dan Pengundi DUN Bangi.  

LIHAT PADA GAMBAR SUDAH MEMADAI DAN PASTI KITA FAHAMI...KETUA UMNO BAHAGIAN BANGI (Dato' Fathil seedang Bersalaman dengan Dato' Zaidi) DAN BARISAN J/KUASA BAHAGIAN MENYOKONG PENCALONAN DATO' ZAIDI SEBAGAI CALON ADUN BANGI.  INI ADALAH  SESUATU KEKUATAN BUAT KITA SEMUA.  TERUSKAN PERJUANGAN...      TAKBIRRR...ALLAHHUAKBAR... 

Berazam kembalikan kerusi Bangi kepada UMNO


Mohd. Zaidi Md. Zin@Zakaria (kanan) menyerahkan fail gerak kerja kepada Mohd. Fathil Daud dalam satu majlis ringkas di Bangi, semalam.
KUALA LUMPUR 17 April - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi , Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain@Zakaria berazam untuk memberi perkhidmatan terbaik dan membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Menurut beliau, amat penting untuk negeri Selangor serta DUN Bangi khususnya kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) bagi bersama menggerakkan pembangunan dan mewujudkan kehidupan yang lebih kondusif.

"Saya menggalas tanggungjawab membawa aspirasi BN sebagaimana tertera dalam aku janji BN untuk negara dan negeri Selangor.

"Rakyat sewajarnya sedar kerajaan negeri pakatan pembangkang Selangor tidak menunaikan janji mereka, malah mereka berasa tidak bersalah atas segala kegagalan mereka," katanya yang juga seorang Peguam Syarie ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Mohd. Fathil Daud berkata, seluruh jentera Barisan Nasional (BN) Serdang sudah bersiap sedia untuk bekerja bagi memastikan kerusi DUN Bangi berjaya dirampas dari pembangkang.

Jelas beliau, pihaknya berharap dapat menyumbang kepada kekuatan BN untuk mendapat mandat di negeri Selangor.

"Saya menyokong Mohd. Zaini sebagai calon BN Dun Serdang dan saya yakin beliau akan turun dengan merendah diri bagi membantu menyelesaikan masalah dan rintihan rakyat.

"Saya memohon pengundi di Bangi untuk tidak lagi memberi peluang kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang Selangor yang jelas gagal dalam tanggungjawabnya," katanya.

1 comment: