70 Anggota Keluar Parti Dap, Ikrar Sokong Calon BN
PANTAI REMIS, 21 April – Seramai 70 anggota DAP di sini mengumumkan
keluar parti dan berikrar memberi sokongan penuh kepada semua calon
Barisan Nasional (BN) di Parlimen Beruas dan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pengkalan Baharu dan Pantai Remis pada pilihan raya umum ke-13.
Lima puluh anggota DAP cawangan Changkat Kruing dan 20 anggota dari
Taman Bintang di sini mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mereka dakwa menindas
pengundi India di Parlimen Beruas.
Timbalan Ketua DAP cawangan Changkat Kruing G. K Haridas memberitahu
siding media di sini hari ini, mereka kecewa dengan Ngeh yang tidak
pernah turun padang menyelesaikan masalah penduduk setempat.
“Tindakan keluar parti DAP diambil sebulat suara oleh ahli-ahli DAP
Beruas sebagai protes dan bantahan secara terbuka kepada Ngeh dan
calon-calon DAP di DUN Pantai Remis dan Pengkalan Baharu.
“Kami berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon BN yang sentiasa menjaga nasib orang India di kawasan Parlimen Beruas.
“Kami berjanji akan menentukan mimpi Pakatan Rakyat ke Putrajaya
tidak menjadi kenyataan. Kami sokong penuh pimpinan (Perdana Menteri)
Datuk Seri Najib Tun Razak dan (Menteri Besar Perak) Datuk Seri Dr
Zambry Abd Kadir daripada kerajaan BN,” katanya.
Haridas berkata Ngeh yang juga penyandang Parlimen Beruas tidak
pernah turun padang berkhidmat atau berjumpa pengundi India di kawasan
itu.
“Janji-janji untuk menyelesaikan isu sekolah dan kuil atau
menyediakan infrastruktur seperti jalan raya pada pilihan raya 2008
tidak pernah ditunaikan sehingga hari ini,” katanya.
Beliau mendakwa Ngeh hanya menjaga kaum Cina sahaja dan tidak pernah member tumpuan terhadap pengundi India di parlimen itu.
“Walaupun Parlimen Beruas dimenangi Ngeh dalam pilihan raya umum
ke-12, calon BN Datuk Chang Ko Youn, Datuk Abdul Manap Hashim (calon BN
Pengkalan Baharu) dan Kor Ser Yu (calon BN Pantai Remis) sentiasa
membantu masyarakat India di Parlimen Beruas,” katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Ngeh mengalahkan Chang dengan majoriti 1,828 undi.
No comments:
Post a Comment