PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
alhamdulillah...empat ketua cabang pkr disabah letak jawatan sertai umno
PRU-13: Lagi pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti
KOTA KINABALU 25 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah
menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei
ini, apabila empat ketua cabang dan seorang timbalan ketua cabang PKR
keluar parti untuk menyertai UMNO.
Mereka ialah ketua cabang PKR Sandakan, Mazhry Nasir, ketua cabang
PKR Kota Belud, Saidil Simoi, ketua cabang PKR Kalabakan, Irianshah
Yunus, pemangku ketua cabang PKR Putatan, Abdul Zainal Atin dan timbalan
ketua cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.
Mereka mengumumkan keputusan mereka pada sidang media yang dihadiri
oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Yahya Hussin, yang
juga Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri,
Datuk Abdul Rahman Dahlan di Bangunan UMNO di sini, hari ini.
Sambil mengalu-alukan keputusan menyertai UMNO, Yahya berkata
pendirian mereka adalah bijak selepas menyedari hanya kerajaan BN sahaja
yang mampu membela nasib rakyat.
Beliau berkata keputusan itu menunjukkan ketua cabang PKR berkenaan
sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti pembangkang itu di
Sabah.
Dalam pada itu, Mazhry berkata keputusan keluar parti itu dan
menyertai UMNO dibuat tanpa didesak atau didorong oleh mana-mana pihak.
Saidil, yang juga pengarah Buku Jingga PKR Sabah, berkata beliau
membuat keputusan itu selepas menyedari perjuangannya selama ini bersama
parti pembangkang itu adalah kosong dan sia-sia sahaja. - BERNAMA
link pls
ReplyDeletehttp://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130425/px_76/PRU-13-Lagi-pemimpin-cabang-PKR-Sabah-keluar-parti
ReplyDelete