ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Thursday, February 18, 2010

HAJI HADI PUJI UMNO???

Betul ke berita yang aku baca ni.  Aku baca balik betul la. Aku baca lagi betul la tu.  Aikkk puji-puji ni ada apa-apa ker?  Kalau niat ikhlas, alhamdulillah... Seperti saranan PM dan TPM, buat satu keputusan yang menyeluruh.  Dan keputusan menyeluruh itulah yang diajukan kepada UMNO dan BN.  Bukannya hanya dari mulut beberapa orang Pimpinan Utama. 

Dato' Seri Haji Hadi memang dah lama bersetuju muzakarah ini, tetapi ditarik balik sebelum ini.  Kini dah buka semula buku baru.  Kita lihatlah apa kesudahannnya, sekiranya demi kebaikan Ummah, kita haruslah berdoa kepada ALLAH agar satu jawapan yang terbaik akan nampak sinarnya kepada orang Islam, Melayu dan seluruh penduduk di Malaysia.

Sebenarnya, dari dahulu lagi UMNO sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak orang melayu dan islam.  Sebagai suara majoriti Kerajaan, UMNO juga tidak meminggirkan bangsa-bangsa lain.  Kita hidup dari dahulu hingga kini secara aman hasil perjuangan UMNO dan BN.

Kalau UMNO tidak memperjuangkan islam, ntah-ntah kita dah jadi seperti Singapura.  Tengoklah di Pulau Pinang, nak berarak Maulidur Rasul pun dah mula nak disekat-sekat.  Memanglah bukannya wajib berarak tu, tetapi amalanya kita dah buat begitu dan bendanya pun baik.  Kenapa tak boleh diteruskan. 

Ingatlah, kalau kita tak buat perarakan, kita tak buat ceramah-ceramah, kita tak buat majlis sempena maulidur rasul ini, dimana kita?  Di kedai kopi, di pusat membeli belah atau di surau-surau sambil bersembang-sembang di beranda surau sementara menunggu sembahyang waktu masuk.

Fikir-fikirkan lah....


UMNO mula alami perubahan baik - Hadi

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO.

"Oleh sebab itu, perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan UMNO terutama Islam amat penting," katanya ketika ditemuramah sebuah stesen televisyen dan disiarkan melalui blognya http://presidenpas.org.my hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini pernah menyatakan bahawa parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Pas lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan UMNO mengenai sebarang isu.

Abdul Hadi berkata, Pas telah mula 'meneroka' kerjasama tersebut apabila dijemput menghadiri perjumpaan dengan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Beliau berkata, Pas sentiasa terbuka dan positif terhadap perbincangan tersebut demi kebaikan semua pihak.

"Ada perkara yang boleh disatukan untuk kepentingan, keadilan, hak dan kebaikan semua. Walaupun ada persepsi negatif tetapi semua itu boleh dibincang, perkara yang boleh disatukan, boleh diraikan kita perlu bertolak ansur," katanya.

Beliau berkata, sebarang perbezaan pendapat antara Pas dan UMNO tidak lagi boleh dilihat sebagai satu prinsip yang jumud dan tidak boleh dirungkaikan melalui perundingan.

"Dengan itu, Pas bersedia untuk adakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkaikan, diselesaikan secara bijaksana berpandu kepada prinsip fleksibel seperti di dalam al-Quran," katanya.

Ditanya apakah wujud percanggahan pendapat antara beliau dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: ''Tidak ada sebarang percanggahan dengan beliau.''

Jelasnya, jika ada, ia adalah perbezaan pendapat dalam aspek-aspek tertentu namun bukan berkaitan soal agama.

No comments:

Post a Comment