ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, January 9, 2010

PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT - TERKINI

12.00 tengah hari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja selesai melancarkan perasmian Program Juara Rakyat yang tentunya mendapat maklum balas positif dari para pengunjung. Sebelum itu beliau telah meninjau kerosakan pangsapuri penduduk di kawasan Bukit Sentosa dan hasilnya beliau mengumumkan peruntukan RM15.6 juta untuk baik pulih bangunan terbabit.


Ucapan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mendekati hati rakyat.  Pemimpin di semua peringkat Kerajaan/Parlimen/Adun/Bahagian/Cawangan dan Sayap Parti perlu membuka mata dan berlari serta menari selari dengan saranan Perdana Menteri.
*****

Tapak expo Program Juara Rakyat penuh sesak dengan masyarakat berbilang kaum yang memenuhi kawasan seawal pukul 9.00 lagi. Dianggarkan seramai lebih 20,000 orang hadir membanjiri majlis sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.

09 JANUARI 2010

*****

9.15 malam – Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Sen. Mej. Jen. Datuk Jamil Khir Baharom baru sahaja selesai merasmikan Forum Perdana Ehwal Islam di Pentas Juara, tapak expo Juara Rakyat. Untuk mengisi ruang forum tersebut terdiri dari ahli panel Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ustaz Farid Ravi dengan mederatornya Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Turut sama memeriahkan acara ialah kumpulan Raihan yang akan menagadakan persembahan selepas berlangsungnya Forum Perdana tersebut.


*****

4.30 petang – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi keluarga daif di sekitar Bukit Sentosa. Turut bersama ialah Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Sementara itu, di tapak expo Juara Rakyat, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal melawat gerai dan beramah mesra dengan para pengunjung Juara Rakyat.

*****

3.15 petang – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke SRJK (C) Bukit Tagar. Sebelum itu Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut berada di kawasan tapak expo dan mengunjungi gerai-gerai.

*****

11.30 pagi – Gerai dan pameran mula dikunjungi orang ramai. Sedang berlangsung ialah syarahan 1Malaysia yang melibatkan acara saringan bertempat di Pentas Juara, tapak expo. Selain itu, ikon 1Malaysia, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan wanita Asia pertama mengembara ke Kutub bersedia beramah mesra dan berkongsi pengalaman beliau di gerai ikon 1Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan turut berada di kawasan tapak expo dan mengunjungi gerai-gerai yang ada bukan sahaja untuk meninjau suasana sekitar tetapi juga untuk merasai sendiri suasana dan kemeriahan yang ada.

08 JANUARI 2010



*******

HULU SELANGOR, 8 Jan. – Program Juara Rakyat yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dibuka meriah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Selain itu, lebih 100 buah gerai yang menjual pelbagai jenis barangan boleh dikunjungi.


No comments:

Post a Comment