ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Sunday, April 18, 2010

Gelombang Keluar PKR Lagi.....

Lagi gelombang keluar PKR. Apa sudah jadi?  Kepada rakyat sekalin, fikirlah.  Semua ini berlaku ada sebabnya.  Semua ini berlaku bukan hanya sekadar mainan.  Ingatlah, pilihlah pemimpin yang berjuang untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Ayuh kita sama-sama tolak PKR di Hulu Selangor.  BN akan memastikan Malaysia Negara tercinta ini akan terus aman dan makmur.


Ketua, Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Shah Alam keluar parti

18/04/2010 4:57pm

SHAH ALAM 18 April - Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta.

Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd. Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.

Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kami sertai sejak 1999, katanya.

"Kami yakin pemilihan beliau bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau,'' katanya. - Bernama

2 comments:

  1. gambar perarakan maulidur rasul dun semenyih di http://cendera-mata.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Tak ada pun gambar nya. Gambar orang berniaga cenderamata adalah...
    Tak mengapa, bagus tu orang Melayu berniaga...pasal gambar tu saya ada ambil ketika perarakan tapi tak sempat nak download kan..apa pun terima kasih sudi singgah di blog ini...

    ReplyDelete