ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, April 17, 2010

ZAID CALON PILIHAN DAP?

Zaid calon pilihan DAP

HULU SELANGOR 16 April - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor disebabkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merupakan calon pilihan DAP.

Bekas Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, Penasihat PKR itu menjadikan Zaid sebagai taruhan politiknya untuk meraih sebanyak mungkin undi daripada kaum bukan Melayu di Hulu Selangor.

"Langkah tersebut dengan harapan DAP akan membantu PKR meraih undi kaum Cina pada pilihan raya kecil itu, semua ini menunjukkan Anwar sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menyakiti pemimpin PKR lain dalam parti dengan mengikut sahaja telunjuk DAP.

"Bagi Anwar, DAP adalah keluarga angkatnya ketika ini kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh sanggup menjadi peguambelanya dalam kes liwat.

"Jangan lupa bahawa ketika Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkrisis dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Anwar memilih untuk menyebelahi Guan Eng," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pemilihan Zaid oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang bagi mewakili PKR menentang calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan pada pilihan raya kecil pada 25 April ini.

Nazmi berkata, keputusan Anwar memilih Zaid juga menunjukkan beliau meneruskan budaya calon 'payung terjun' dalam PKR.

Sebagai bukti, dakwanya, pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, ramai ahli Parlimen PKR adalah calon 'payung terjun' kerana mereka bukanlah berasal dari kawasan tersebut ataupun pernah memegang sebarang jawatan rasmi di cawangan yang mereka wakili.

"Antaranya ialah Gwo-Bourne Loh (Kelana Jaya), S. Manikavasagam (Kapar), Abdullah Sani (Kuala Langat) dan Zuraidah Kamaruddin di Ampang," dakwanya.

Beliau berkata, keadaan itu jelas membuktikan Anwar terlalu mementingkan diri sendiri.

"Ramai lagi pimpinan PKR yang sudah lama setia dengannya tidak diberikan peluang untuk bertanding di Hulu Selangor, malah Anwar seolah-olah tidak pedulikan kesetiaan mereka sehingga ada antara mereka yang tidak puas hati tetapi takut untuk bersuara," katanya.

Selain itu, dakwanya, pemilihan Zaid sebagai calon juga menjadi beban kepada Pas kerana Zaid suatu ketika dahulu pernah menyaman Pas Kelantan kerana meluluskan undang-undang hudud.

"Anwar tidak mempedulikan hati dan perasaan pimpinan Pas ketika ini. Apa yang penting Anwar mahu membuat keputusan politik menjadikan Zaid sebagai taruhan untuk meraih sebanyak mungkin undi bukan melayu di Hulu Selangor," dakwanya.

No comments:

Post a Comment