ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Thursday, April 15, 2010

RAMAI BOS PKR TAK SUKA ZAID JADI CALON?

Sumber UMNO Online 

DEWAN PARLIMEN, 14 April – Semakin ramai pemimpin PKR tampil meluahkan rasa tidak puashati apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, pilih Datuk Zaid Ibrahim bertanding di PRK Hulu Selangor.

Semalam ahli parlimen PKR Wang Maju, Wee Choo Keong akui Zaid bukan calon disenangi semua pemimpin parti itu dan hari ini, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam juga luahkan perkara sama.

“Memang ada tak suka (Zaid dicalonkan) tetapi bukan semua,” kata ahli parlimen yang lebih dikenali dengan panggilan Mike ketika ditanya perkara itu oleh Agendadaily di Lobi Parlimen.

Malah, beliau salah seorang antara yang kecewa dengan pemilihan Zaid.

Ini kerana Mike dan ahli parlimen Subang R.Sivarasa mahu PKR meletakkan calon India mewakili parti itu bertanding di Hulu Selangor.

“Saya antara yang kecewa tetapi Ketua Umum ( Anwar) janji nak beri calon India bertanding di Hulu Selangor dalam pilihanraya umum akan datang…saya harap dia tunaikan janji nanti,” katanya.

Menurut Mike, beliau berjumpa Ketua Pembangkang itu dan mendengar penjelasan mengapa Zaid dipilih bertanding bukannya calon India seperti dituntut beliau dan Sivarasa.

“Kita ada beberapa nama termasuk peguam N.Surendran. Kita mahu kerusi yang ditandingi MIC mesti diberikan kepada calon India mewakili PKR,” katanya.

Anwar katanya, mahu mereka yang dicadangkan Mike dan Sivarasa menyarung baju PKR terlebih dahulu dan bersama-sama berjuang dalam PKR sebelum dipilih pada pilihanraya umum akan datang.

Mike berkata, ada beberapa pemimpin Hindraf dan pertubuhan lain mewakili kaum India yang mahu diketengahkan melalui PKR dan bertanding di kerusi yang ditandingi wakil MIC.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kapar itu yang sebelum ini beberapa kali dikatakan mengamcam mahu keluar PKR menyatakan kesedia turun berkempen di Hulu Selangor walaupun Zaid dicalonkan.

No comments:

Post a Comment