ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Friday, April 16, 2010

STRATEGI MENGENA NAJIB

Masih ingatkah kita akan lawatan mengejut Najib di Bukit Sentosa. Lawatan tersebut adalah salah satu agenda bagi Program Juara Rakyat di Hulu Selangor. Sebaik sahaja lawatan, Najib mengumumkan peruntukan untuk membaiki pangsapuri2 yang telah rosak teruk.

Pada ketika itu Ahli Parlimen PKR masih hidup dan matlamat asalnya ini bukanlah untuk meraih undi sebaliknya untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan BN. Tidak terlintas pun pada sesiapa pada ketika itu bahawa Ahli Parlimen PKR akan meninggal dunia dan akan diadakan pilihanraya kecil di kawasan ini.

Ini adalah bukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional telus memberikan peruntukan kepada rakyat bukan hanya semata-mata untuk meraih undi. Tidak terfikir oleh sesiapa pun bahawa kawasan ini akan ada pilihanraya kecil. BN akan terus berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira masa.

Kepada penduduk Hulu Selangor, lihatlah ketelusan Pemerintahan BN untuk memajukan negara dan terus menjadi Juara Rakyat.

Saya berharap, Penduduk Hulu Selangor berfikir sejenak sebelum keluar mengundi. Teruslah beri sokongan kepada BN untuk memastikan Negara kita diperintah dengan baik dan harmoni.

Alhamdulillah, peruntukan membaiki pangsapuri tersebut diumumkan sebelum kita mengetahui akan ada pilihanraya kecil di kawasan ini. Bayangkan kalau peruntukan ini diumumkan selepas SPR mengumumlan kekosongan Ahli Parlimen Hulu Selangor, maka Pakatan Rakyat akan menggunakan isu ini bahawa BN akan hanya memberikan peruntukan untuk memancing undi sahaja.

Kepada rakyat-rakyat sekelian, fikir-fikirkan lah....

HULU SELANGOR 14 April - "Dah boleh tidur lena, tiada lagi air tiris dan banjir selepas hujan," kata Mariah Juraid.

Suri rumah berusia 41 tahun itu yang menetap hampir 10 tahun di pangsapuri kos rendah Seri Rose 2 di Bukit Sentosa di sini boleh menarik nafas lega sekarang kerana tidak perlu lagi risau rumahnya dibasahi air setiap kali hujan.

Beliau adalah antara lebih 80 keluarga menetap di pangsapuri itu, mampu tersenyum, selepas 70 peratus bumbung rosak di pangsapuri itu hampir siap dibaiki.

Seorang lagi penduduk, Looi Tian Swee, antara penghuni terawal di kawasan itu berkata tindakan kerajaan membaiki bumbung rosak itu amat dihargai.

Tian Swee, 54, berkata pembinaan sekolah jenis kebangsaan Cina di kawasan itu juga seperti diumumkan kerajaan sebelum ini juga akan membantu lebih ramai kaum itu menetap di Bukit Sentosa.

"Sekarang banyak senang, tak macam dulu. Itu jam (masa dulu) air saja ada, api tiada selalu ada problem. Sekarang sudah okey," katanya yang menetap di unit bawah pangsapuri itu bersama isterinya, Lim Swee Gick, 56.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Rose 2, Ahmad Daud Alwi, 50, berkata sekurang-kurangnya usaha kerajaan ini akan memberi nafas baru kepada penduduk.

Bagi suri rumah, Norasita Ishak, 38, beliau mahu pihak berwajib memantau proses membaiki bumbung supaya siap sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek keselamatan.

Pengarah Bina Warisan Enterprise, Ahmad Syah Abdul Rahman berkata kerja membaiki bumbung rosak itu sejak 19 Mac lepas dijangka siap 20 April ini, lima bulan lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

"Kita berjaya siapkan bumbung ini dalam tempoh sebulan tanpa kompromi dari aspek kualitinya," kata Ahmad Syah ketika ditemui di pangsapuri itu hari ini.

Bina Warisan adalah antara 15 kontraktor yang dilantik Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPPNS) bagi membaik pulih bumbung rosak di 50 blok pangsapuri kos rendah di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung melibatkan lebih 1,000 penghuni.

Tindakan itu ekoran arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari lepas yang mahu masalah dihadapi penduduk kawasan itu diselesaikan selepas bumbung pangsapuri mereka rosak sejak beberapa tahun lepas akibat ribut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang melawat kawasan itu hari ini turut mengumumkan bahawa kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM2.1 juta bagi kerja membaik pulih bumbung berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment