ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Tuesday, August 31, 2010

TEORI RAHMAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.  TEORI RAHMAN BENAR-BENAR MENJADI KENYATAAN.  ADA IDEA TEORI BARU?

AMIN YA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Tuhan yang memiliki segala Keagongan dan Kebesaran. 

Ya Allah, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. 

 Ya Allah, tetapkan lah keikhlasan perjuangan kami, keikhlasan pemimpin kami, keikhlasan orang-orang disekeliling kami.  Keikhlasan hati yang lurus untuk bersama melahirkan generasi yang cemerlang dan berpesonaliti menjulang.    

Anugerahkanlah kejayaan Negara Kami, Perkukuhkanlah kedudukan Negara Kami, Ya Allah, satukan wawasan kami, fokuskanlah sasaran kesejahteran kami.  Kesejahteraan didunia lebih-lebih lagi kesejahteran diakhirat nanti Ya allah.

Ya ALLAH, doa untuk pemimpin kami, teguhkanlah mereka dengan kata-kata yang benar, beri petunjuk sekiranya mereka terlalai, Cekalkan hati-hati mereka, Ya allah beri kan kami kemenangan ya allah, kemenangan didunia ini, lebih-lebih lagi kemengangan diakhirat nanti.
                                                            

                                                                           

Ya Allah, tambahkan integriti kami, tambahkan kekuatan kami, tanamkanlah keikhlasan ke dalam hati kami ya allah.  Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami  tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Sesungguhnya hanya engkaulah yang maha mengetahui.

 
Ya allah satukanlah hati-hati kami Rakyat Malaysia ini ya Allah terutama hati orang melayu dan berugama islam.  Satukanlah kami dibawah lembayung rahmat mu agar kami bersatu hati seperti yang telah kau amanahkan kepada kami.  Berilah kami kekuatan, akhlak yang mulia, jujur dan ikhlas yang berterusan untuk terus menjaga kesejahteraan Negara Kami.  Terapkanlah dihati kami nilai-nilai murni dan jati diri.



Ya allah, bimbinglah kami ke jalan yang lurus, jauhilah kami dari jalan orang yang sesat dan hindarkanlah kami dari jalan orang yang engkau murkai.  Lindungi kami dari merbahaya dan musibah yang tidak diingini.



Ya Allah, Kami berdoa untuk kejayaan kami, kejayaan Bangsa Kami, Kejayaan Negeri Kami, Kejayaan Negara Kami.  Kejayaan didunia ini, lebih-lebih lagi kejayaan di akhirat nanti ya allah.

YA ALLAH, SEMPENA HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 INI, KAMI MEMOHON LIMPAH DAN KURNIA MU, MEMOHON KERAHMATAN MU SEMOGA KESEJAHTERAAN NEGARA KAMI YANG KAMI CINTAI INI BERKEKALAN.  

YA ALLAH, LINDUNGI NEGARA KAMI DARI PERBUATAN KEJI SYAITAN, MAHUPUN MANUSIA YANG DENGKI TERHADAP NEGARA KAMI.  PELIHARALAH KESEJAHTERAAN KAMI, PELIHARALAH KEAMANAN KAMI, PELIHARALAH KEAMANAN NEGERI KAMI, PELIHARALAH KEAMANAN NEGARA KAMI YA ALLAH.



ALLAH humma Ya Allah, ALLAH humma Ya RAHMAN,ALLAH humma Ya RAHIM,



Ya allah perkenankanlah segala permohonan kami ini ya allah.

  

Thursday, August 26, 2010

KETUA PKR BUKIT BINTANG SERTAI UMNO

Ketua PKR Bukit Bintang, 15 ahli sertai UMNO

2010/08/26

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan, Mahmood Abdullah, bersama 15 anggota yang sebahagiannya adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai UUMNO, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai UMNO itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, serta disaksikan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah, dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata, keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan UMNO.

"Tujuan kami kembali kepada UMNO adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.

"PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya pada sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di sini.

Katanya, selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.

"Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi ahli parti itu akan menyertai UMNO selepas Aidilfitri ini.

Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR September ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar.

Sunday, July 18, 2010

BETUL KER DEPA PAKAT KELUAR PKR LAGIII.....

PKR Ranting Permatang Pasir bubar

18/07/2010 6:08pm

BUKIT MERTAJAM 18 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Permatang Tinggi di sini dibubarkan selepas kesemua 56 angotanya bertindak keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Timbalan Ketuanya, Ismail Md. Ali berkata, keputusan itu dibuat mereka selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

"Kami juga sudah bosan dengan janji-janji manis PKR kerana sehingga hari ini iaitu selepas dua tahun memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk tiada satu (janji) ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua Bahagian Bukit Mertajam Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Ismail juga mendakwa Anggota DUN tersebut, Tan Hock Leong tidak pernah turun padang bertemu penduduk sejak memenangi kerusi itu.

Sementara itu, Musa berkata tiga lagi ranting PKR di Bukit Mertajam telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO.

Ia membabitkan kira-kira 300 anggota PKR, katanya yang enggan memberitahu ranting yang terlibat. - Bernama

Tuesday, July 13, 2010

GELOMBANG TINGGALKAN PKR MASIH PANAS

Naib Ketua PKR Keningau, 200 ahli sertai UMNO

KENINGAU 12 Julai - Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Mohd. Azmi Egang Linitok bersama tujuh ketua mukim dan 200 ahli membuat keputusan nekad keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Mohd. Azmi berkata, dia dan ketua-ketua mukim mengambil keputusan menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang yang tidak komited dengan perjuangannya.

"Kita juga sedar bahawa semakin ramai pemimpin-pemimpin PKR meninggalkan parti. Ini menunjukkan di kalangan pemimpin pun tidak sehaluan," pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO di sini semalam.

Beliau menyerahkan borang berkenaan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lajim Ukin selepas perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Keningau di sini semalam.

Mohd. Azmi berkata, mereka memilih UMNO sebagai landasan perjuangan dalam BN kerana yakin dengan parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kepimpinan Najib yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan mencerminkan bahawa seluruh rakyat pelbagai kaum, lapisan dan kepercayaan di negara ini tidak tercicir," katanya.

Sementara itu Lajim berkata, tindakan Mohd. Azmi dan rakan-rakannya meninggalkan PKR merupakan langkah bijak demi kebaikan masyarakat bumiputera di negeri ini.

''Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin dan ahli PKR bukan sahaja di Keningau tetapi seluruh Sabah meninggalkan parti pembangkang itu dan menyertai UMNO," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Keningau, Datuk Sairin Karno berharap keputusan Mohd. Azmi dan rakan-rakannya itu menyedarkan ahli-ahli PKR lain tentang pembohongan yang dilakukan parti tersebut.

''Selain itu ia juga diharap dapat membuka minda pemimpin dan ahli pembangkang lain seperti Parti Maju Sabah (SAPP) untuk kembali bersama BN," katanya.

Saturday, July 3, 2010

LAGI TINGGALKAN PKR...

230 ahli PKR sertai Makkal Sakti

2010/07/03

HUTAN MELINTANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bagan Datoh kini semakin tergugat apabila 230 ahli daripada empat cawangan berpaling tadah menyertai Parti Makkal Sakti yang berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Empat cawangan PKR terbabit ialah cawangan Sungai Timah, Batu 25, Taman Desa Baru dan Hutan Melintang.

Bekas Ketua PKR Cawangan Batu 25, M Subaramaniam mengetuai kumpulan terbabit menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Makkal Sakti Kebangsaan, N Ramu pada satu majlis khas di sini, semalam.

Subramaniam berkata, mereka bertindak tidak menyokong PKR kerana kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti itu yang tidak menunaikan janji memperjuangkan nasib masyarakat India.

Katanya, pemimpin PKR bijak menabur janji kosong, tetapi sentiasa berdolak-dalih apabila menerima aduan rakyat miskin, selain gagal membawa projek pembangunan kepada penduduk di kawasan terbabit.

“Kami sudah memohon projek membina parit, longkang dan jalan di kawasan perumahan kami tetapi pemimpin PKR yang ditemui berdolak-dalih dengan memberi pelbagai alasan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, 230 bekas penyokong PKR itu berikrar memberi sokongan kepada BN untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang daripada PKR yang memenanginya pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu dengan menewaskan calon MIC.

Sementara itu, di IPOH, Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ramai ahli PKR hilang kepercayaan dan bertindak keluar parti, sekali gus memilih parti yang lebih menjamin masa depan, berikutan parti itu tidak mempunyai hala tuju dan sering berlaku pertelingkahan antara pemimpinnya.

Beliau berkata, pemimpin parti berkenaan sering menuding jari kepada kerajaan dan menabur fitnah untuk memecahbelahkan rakyat.

“Apa yang berlaku ke atas parti itu ialah pergolakan dalaman antara pemimpinnya untuk merebut jawatan serta pangkat dalam parti, dan bukannya berjuang untuk rakyat seperti sering digembar-gemburkan oleh mereka.

“Jika dilihat, ramai ahlinya bertindak keluar parti kerana sudah menyedari bahawa PKR hanya sebuah parti yang mengamalkan prinsip retorik dan tidak mampu berjuang untuk rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ahmad Husni yang juga Menteri Kewangan Kedua, berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa mengalu-alukan tindakan ahli parti itu yang keluar parti dan akan menerima mereka untuk menyertai BN demi membantu rakyat dan memartabatkan negara.

Katanya, BN percaya ramai penyokong dan ahli PKR bertindak untuk keluar kerana berasakan parti itu tidak mempunyai agenda untuk membangunkan negara serta gagal menunaikan janji seperti diumumkan pada pilihan raya lalu.

“Pertikaian dalam PKR sudah lama dijangka kerana mereka tidak komited dalam usaha untuk membangunkan ekonomi negara dan tidak serius dalam menyelesaikan permasalahan rakyat," katanya.

Wednesday, June 30, 2010

TAHNIAH KEPADA YB TAN CHER PUK

Cuba bunuh diri dipercayai kecewa rumah kena lelong

JOHOR BAHRU: Kecekapan anggota bomba dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Johor Jaya, Tan Cher Puk mententeramkan keadaan menyebabkan seorang lelaki membatalkan niat cuba terjun dari atas bumbung sebuah bangunan empat tingkat syarikat kewangan di Bandar Baru Permas Jaya, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu cuba membunuh diri dengan menjulurkan kaki kiri di atas tembok atas bangunan yang hanya kira-kira 50 meter dari Balai Polis Permas Jaya.

Dia dipercayai kecewa selepas syarikat kewangan terbabit dikatakan melelong rumahnya di Taman Tan Sri Yaakob, di sini selepas beliau gagal menjelaskan bayaran bulanan rumah yang dibeli pada 1990 kepada syarikat kewangan itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taman Johor Jaya, Pegawai Kanan II Syed Nasir Syed Abu Bakar, berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai cubaan bunuh diri itu kira-kira jam 10.45 pagi.

Katanya, anggotanya berjaya mengawal keadaan sekali gus cubaan bunuh diri lelaki terbabit itu berjaya dihalang menerusi bantuan Tan selepas kaedah psikologi yang digunakan anggotanya kurang berkesan.

“Kami cuba memujuk dan menasihatinya dari bawah, namun tidak diendahkan sebelum Tan tampil untuk membantu menerusi panggilan telefon bimbit sekali gus berjaya mematahkan hasrat lelaki itu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Tan berkata, lelaki itu bertindak nekad untuk terjun bangunan berkenaan selepas gagal mendapatkan penjelasan berhubung lelongan rumah berkenaan tanpa pengetahuannya daripada salah seorang pegawai bank.

“Dia berasa kecewa dengan tindakan pihak bank dikatakan melelong rumah yang dibelinya dengan harga RM75,000 pada 1990 di Taman Tan Sri Yaakob, di sini dilakukan tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dulu.

“Sebaik menyedari terdapat kerja ubah suai di rumahnya, lelaki itu cuba mendapatkan bantuan seorang wakil rakyat pembangkang tetapi tidak mendapat pertolongan memuaskan sebelum menemui salah seorang pegawai bank terbabit untuk mendapatkan penjelasan” katanya.

Sunday, June 27, 2010

JANGAN LAH BERGADUH SESAMA SENDIRI

Hindari Kepentingan Diri, Bertaut Matlamat Asal Perjuangan -Zahid

Jun 26th, 2010, By Isa Nikmat  

RANTAU PANJANG, 26 Jun – Selaras musim persidangan tahunan perwakilan Bahagian kini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pemimpin parti itu yang bertelagah menghentikan sengketa dan kembali bersatu demi UMNO supaya dapat meneruskan perjuangan meninggikan syiar agama, menjulang martabat bangsa dan melonjakkan negara ke persada antarabangsa

“Kembalilah kepada matlamat asal perjuangan kita dalam MNO, hindarilah kepentingan peribadi dan beri tumpuan kepada pengukuhan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan merujuk kepada perpecahan dalam UMNO Rantau Panjang yang menyaksikan kewujudan dua puak, iaitu kumpulan yang dipimpin Ketua Bahagian Abdullah Mat Yasin dan yang diketuai bekas ketua bahagian Datuk Mohd Zain Ismail.

Hari ini kedua-dua kumpulan mengadakan mesyuarat masing-masing di dua tempat berasingan. Abdullah mengadakan mesyuarat di Dewan Kolej Kemahiran MARA dan dirasmikan Ahmad Zahid, sementara Mohd Zain pula mengadakan mesyuarat di Dewan UMNO bahagian itu.

Ahmad Zahid turut singgah di perhimpunan yang dipimpin Mohd Zain dan memberitahu pemberita ianya dilakukan di atas arahan Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya pertelagahan itu berterusan ianya akan menjejaskan peluang UMNO dan Barisan Nasional untuk menguasai semula kawasan berkenaan pada pilihan raya yang akan datang. -MediaUMNO/Bernama

Saturday, May 1, 2010

LAPORAN POLIS BUAT LIM GUAN ENG

Guan Eng dakwa peniaga jalankan aktiviti bar pantai

GEORGETOWN: Pemilik gerai atas pokok, Kafe Do Re Mi di sini, Johar Ismail membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa membuat fitnah terhadapnya sehingga mencalarkan imejnya.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Jalan Patani di sini, semalam.

Johar berkata, beliau membuat laporan polis itu selepas Guan Eng menuduhnya menjalankan perniagaan bar pantai seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Katanya, tuduhan Guan Eng itu jelas mencalarkan imejnya dan umat Islam secara keseluruhannya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya menjalankan perniagaan kafe, bukannya bar pantai seperti didakwa Guan Eng. Tuduhannya tidak betul sama sekali dan jelas memfitnah.

“Beliau seolah-olah bankrap idea dan cuba mendapatkan simpati daripada orang ramai yang sebelum ini bersimpati dengan saya. Tetapi, usahanya itu gagal,” katanya di sini, semalam.

Dalam laporan akhbar milik pakatan pembangkang itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dipetik berkata: “Kita tidak antisesiapa. Kalau halang jalan kita ambil tindakan. Isu Do Re Mi Beach Bar juga digembar-gemburkan,” katanya.

Johar berkata, Guan Eng tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu seumpama itu dan sepatutnya lebih kerap ‘turun padang’ untuk melihat sendiri bentuk perniagaan yang dijalankannya.

Baru-baru ini, kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan tindakan meroboh gerai haram termasuk Kafe Do Re Mi, mulai 1 Mei.

Bagaimanapun, keputusan yang diambil kerajaan negeri itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai melampau.

Sunday, April 25, 2010

DATA KIRAAN UNDI

BN rampas Parlimen Hulu Selangor



21:15:14 PM



KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim. [+]



Selepas semua 137 saluran: BN menang majoriti 1,725 undi



21:13:02 PM BN menang Parlimen Hulu Selangor - calon BN, P Kamalanathan (24,997 undi); Zaid Ibrahim (PKR) 23,272 undi, majoriti 1,725 undi kepada BN. [+]



PM tiba di pusat penjumlahan undi bagi raikan kemenangan



21:07:13 PM



KUALA KUBU BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di pusat penjumlahan undi, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, jam 9.06 malam tadi. [+]



Hulu Selangor: 132 saluran peti undi - BN: 23,978 ; PKR: 22,591



21:05:03 PM Selepas 132 saluran peti undi: BN: 23,978 PKR: 22,591 Majoriti: 1,387 (BN) [+]



Hulu Selangor: 131 saluran peti undi: BN: 23,835; PKR:22,268



21:03:42 PM







Selepas 131 saluran peti undi: BN: 23,835 PKR:22,268 Majoriti: 1,567 (BN) [+]



Hulu Selangor: 121 saluran peti undi: BN: 21,617; PKR: 20,582



20:48:28 PM







Selepas 121 saluran peti undi: BN: 21,617 PKR: 20,582 Majoriti: 1,035 (BN) [+]



Hulu Selangor: 101 saluran peti undi: BN: 17, 454; PKR: 17,335



20:41:24 PM







Selepas 101 saluran peti undi: BN: 17, 454 PKR: 17,335 Majoriti: 119 (BN) [+]



Hulu Selangor: 80 saluran peti undi - BN: 12,961; PKR: 14,134



20:28:12 PM







Selepas 80 saluran peti undi BN: 12,961 PKR: 14,134 Majoriti: 1,173 (PKR) [+]



BN menang Hulu Selangor - majoriti undi tidak rasmi 2,000



20:26:12 PM







[+]



Hulu Selangor: 62 saluran peti undi - BN: 9,385 ; PKR: 10,880



20:16:08 PM







Selepas 62 saluran peti undi BN: 9,385 PKR: 10,880 Majoriti: 1,495 (PKR) [+]



Hulu Selangor: 61 saluran peti undi - BN: 9,194; PKR: 10,726



20:11:07 PM







Selepas 61 saluran peti undi - BN 9,194; PKR 10,726 (majoriti 1,532 - PKR) [+]



Hulu Selangor: 50 saluran peti undi - BN: 7,520 ; PKR: 8,815



20:05:21 PM







Selepas 50 saluran peti undi BN: 7,520 PKR: 8,815 Majoriti: 1295 (PKR) [+]



Hulu Selangor: 45 saluran peti undi - BN 6,960; PKR 7,733



19:58:52 PM







Selepas 45 saluran peti undi: BN 6,960; PKR 7,733 (majoriti 773 - PKR) [+]



Hulu Selangor: 40 saluran peti undi - BN: 5,949; PKR: 6,552



19:53:31 PM







Selepas 40 saluran peti undi BN: 5,949 PKR: 6,552 Majoriti: 606 (PKR) [+]



Hulu Selangor: 26 saluran peti undi - BN: 3,781; PKR: 4,312



19:51:36 PM







Selepas 26 saluran peti undi BN: 3,781 PKR: 4,312 Majoriti: 531 (PKR) [+]



Hulu Selangor - 7 saluran peti undi: BN:1,325 PKR:1,201



19:14:20 PM







Selepas 7 saluran peti undi: BN:1,325 PKR:1,201 Majoriti: 124 (BN) [+]



Hulu Selangor: 17 saluran peti undi - BN: 2,592 PKR:2,842



19:22:15 PM







Selepas 17 saluran peti undi: BN: 2,592 PKR:2,842 Majoriti: 250 (PKR) [+]



Hulu Selangor: 13 saluran peti undi - BN: 2,011 PKR: 2,456



19:19:06 PM







Selepas kiraan 13 saluran peti undi: BN: 2,011 PKR: 2,456 Majoriti: 445 (PKR) [+]



Hulu Selangor - keputusan undi pos: BN:767, PKR:120



18:41:17 PM







Keputusan undi pos: BN:767, PKR:120 Majoriti: 647 (BN) [+]



Peti undi pos tiba di pusat penjumlahan 6.28 petang



18:32:59 PM







[+]



Peti undi pertama dari Bukit Fraser tiba di pusat penjumlahan 6.10 petang



18:23:48 PM







KUALA KUBU BHARU: Peti undi pertama dari Bukit Fraser tiba di pusat penjumlahan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor jam 6.10 petang ini. [+]



Hulu Selangor: Bilangan keluar mengundi meningkat sedikit kepada 75.87 peratus



17:55:02 PM







KUALA KUBU BHARU: Seramai 48,935 pengundi atau 75.87 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang berakhir pada jam 5 petang tadi. [+]



Hulu Selangor: 48,935 pengundi atau 75.87 peratus keluar mengundi



17:54:35 PM







KUALA KUBU BHARU: Tamat jam 5 petang ini, 48,935 pengundi atau 75.87 peratus daripada 63,701 pemilih keluar pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. [+]



Musa puas hati aspek keselamatan semasa pengundian



17:49:23 PM







KUALA KUBU BHARU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berpuashati dengan keadaan keselamatan sepanjang proses pengundian pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini. [+]



Hulu Selangor: Proses pengundian tamat



17:08:37 PM







KUALA KUBU BHARU: Proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tamat pada jam 5 petang tadi. [+]







SPR perlu keluarkan garis panduan tentukan kawasan petugas parti



16:56:08 PM







HULU SELANGOR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengeluarkan garis panduan bagi menentukan kawasan atau tempat yang sesuai untuk pekerja parti bertanding menjalankan urusan pilihan raya pada hari pengundian. [+]



Hulu Selangor: 32 ditahan kerana jadi 'tukang kecoh'



16:53:42 PM







HULU SELANGOR: Sebanyak 32 orang, termasuk enam orang hari ini, ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor. [+]



73.82 peratus keluar mengundi sehingga 4 petang



16:45:13 PM







KUALA KUBU BHARU: Seramai 47,615 pengundi atau 73.82 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 4 petang tadi. [+]



67.18 peratus keluar mengundi sehingga 3 petang



15:23:30 PM







KUALA KUBU BHARU: Seramai 43,333 pengundi atau 67.18 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 3 petang tadi. [+]



Rayuan ditolak, Naib Canselor UUM didenda RM5,000



15:02:28 PM




63.74 peratus keluar mengundi sehingga 2 petang



15:10:55 PM







KUALA KUBU BHARU: Seramai 41,112 pengundi atau 63.74 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 2 petang tadi. [+]



56.82 peratus keluar mengundi sehingga 1 petang



13:17:58 PM
KUALA KUBU BHARU: Seramai 36,650 pengundi atau 56.82 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 1 petang tadi. [+]





Insiden baling botol air dilaporkan dekat pusat pengundian



13:06:26 PM
KUALA KUBU BHARU: Beberapa insiden tolak menolak dan membaling botol air di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan di beberapa tempat ketika proses pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pagi ini. [+]





49.04 peratus keluar mengundi sehingga 12 tengah hari



12:25:13 PM
KUALA KUBU BHARU: Seramai 31,632 pengundi atau 49.04 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 12 tengah hari tadi. [+]





Keadaan di semua pusat mengundi terkawal: Polis



12:16:42 PM
HULU SELANGOR: Keadaan di semua pusat pengundian pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar. [+]





Jurugambar dibenarkan masuk ke pusat pengundian: SPR



11:23:52 AM







KUALA KUBU BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan hanya jurugambar media dibenarkan memasuki ke pusat pembuangan undi semasa proses pemilihan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. [+]



38.21 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi



11:34:38 AM







KUALA KUBU BHARU: Seramai 24,645 atau 38.21 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 11 pagi ini. [+]



25 peratus sudah keluar mengundi sehingga 10 pagi



09:59:29 AM







HULU SELANGOR: Seramai 16,932 atau 25.25 peratus daripada 63,701 pengundi telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor sehingga 10 pagi ini. [+]



Keadaan di Batang Kali terkawal, ramai pengundi keluar awal



10:19:08 AM







BATANG KALI: Suasana di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Batang Kali, terkawal dengan ramai pengundi keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. [+]



Petugas media dihalang masuk pusat mengundi



09:25:44 AM



KUALA KUBU BHARU: Petugas media dihalang polis daripada memasuki perkarangan pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pechah atas alasan keselamatan sebentar tadi. [+]



Pusat mengundi di KKB masih lengang



09:20:14 AM



KUALA KUBU BHARU: Pusat pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Hulu yang dibuka jam 8 pagi tadi di sekitar bandar ini masih lengang dengan jumlah keluar mengundi kurang menggalakkan. [+]



Hulu Selangor: Pengundian pilihan raya kecil bermula



08:18:43 AM
(2)



HULU SELANGOR: Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka 8 pagi ini. [+]

TAKBIR - ALLAHHUAKBAR

ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENDENGAR.

Kalau benar berita yang saya dengar ini maka Permintaan kita telah didengar oleh ALLAH.  Kita telah menang di Hulu Selangor. 

Ingat, tunaikan lah janji yang telah dilemparkan semasa berkempen.  Yang Berhormat P. Kamalanathan harus buktikan kemampuan.  Jangan rosakkan nama BN dan MIC.

Tunaikan janji segera.  Jangan tunggu dekat pilihanraya yang ke 13 baru nak tunaikan janji dan nampak batang hidung.  Teruskan bekerja dari sekarang untuk menambah undi daripada 1600 majoriti kepada 16000 majoriti.

Syabas Yang Berhormat.

Teruskan kita memupuk setiakawan antara masyarakat majmuk yang berharmoni.

JOHAN DI HULU SELANGOR

Y.B. Tuan Haji Johan bin Abd Aziz. AMS, JP telah turun padang membantu parti BN di Hulu Selangor.  Gambar ihsan dari RBF.

Semoga dengan kehadiran Johan, akan dapat membantu juga untuk Menjohankan Calon Hulu Selangor.

Saturday, April 24, 2010

YA ALLAH, BANTULAH KAMI

BISMILLAH HIRRAHMAN NIR RAHIM,

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN SEKALIAN RASULNYA.

YA ALLAH, AKU TIDAK PANDAI BERDOA, APA YANG AKU INGINKAN, ITULAH YANG AKU PINTA.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, HANYA KEPADA MU AKU BERMOHON AGAR KAU MENANGKANLAH CALON BARISAN NASIONAL DALAM PEMILIHAN MENGUNDI BAGI AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR ESOK HARI YA ALLAH.

YA ALLAH, WALAUPUN CALON BN ADALAH DARI KALANGAN ORANG INDIA, NAMUN DIA BERNAUNG DI BAWAH PEMERINTAHAN PERDANA MENTERI YANG DATANG DARI PIMPINAN ORANG MELAYU ISLAM DAN PARTI YANG TERASNYA  PERJUANGANNYA ISLAM DAN MELAYU

YA ALLAH, SEKIRANYA KAU BERI KEMENGANGAN KEPADA CALON PKR, SESUNGGUHNYA IA BERSEKONGKOL DENGAN DAP DIMANA DAP INI KITA SUDAH NAMPAK HALA TUJUNYA PERJUANGAN.

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KAU TELAH PERLIHATKAN DALAM TEMPOH 2 TAHUN INI AKAN APA YANG BERLAKU DI NEGERI SELANGOR INI.

PEDIH BENAR HATI INI INI YA ALLAH.  BANTULAH KAMI UNTUK KAMI TAWAN KEMBALI SELANGOR INI YANG KINI DIBAWAH PIMPINAN DAP.

AMIN YA ALLAH, AMIN YA RAHMAN, AMIN YA RAHIM.

Thursday, April 22, 2010

ISU-ISU PANAS DISELANGOR - JANGAN KITA LUPA

Isu-isu Panas Selangor

Isu kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima.

Isu non muslim berceramah dalam ruang solat

Isu Pengurus Besar PKNS (non-muslim)

Isu keuntungan jualan pasir di Selangor;

Isu ladang babi

Isu kalimah Allah dan perdebatan Khalid Ibrahim dengan Zulkifli Nordin;

Isu rumah urut dan penjualan arak yang dipertahankan oleh Ronnie Liu;

Isu gambar Elizabeth Wong;

Isu cadangan Menteri Besar Selangor mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu;

Isu pembatalan pembinaan UiTM di Serendah

Isu MB pro-bukan Melayu;

Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembap;

Isu menggunakan wang zakat untuk bukan Islam.


Antara isu yang memberikan impak kepada pakatan itu ialah:

Isu kes liwat Anwar dan Saiful;

Isu Anwar tak mahu bersumpah dan berdalih-dalih

Isu Anwar dan hubungannya dengan Yahudi;

Isu pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September;

Isu kredibiliti Nik Aziz membabitkan tajaan haji

Isu wakil rakyat pakatan lompat parti;

Isu keluar parti PKR

Pendedahan wakil rakyat Bebas di DUN Perak dan Parlimen;

Isu tahap keutuhan hubungan Pas, PKR dan DAP;

Isu hubungan pakatan dengan Sultan Perak.

Minta Tambahkan Lagi...

Wednesday, April 21, 2010

Aku Rela MATI

Inilah pendedahan rakan baik Anwar Ibrahim iaitui Datuk Nalla.  Kita banyak lihat rakan karib Anwar mendedahkan hal sebenar Anwar.  Terbaru Dr. Halili Bekas Bendahari PKR Hulu Selangor.  Ramai lagi kenalan rapat Anwar seperti Ezam, Anuar, Zahrain dan ramai lagi kalu saya nak listkan disini.

Mungkin ramai lagi yang akan mengisytiharkan untuk keluar parti PKR. Bukan sahaja ahli tetapi pemimpin-pemimpin tertinggi negeri mereka juga sudah mula goyah.. Lihat lah di Perak, Gelombang Jom Keluar PKR sudah berjangkit di sana.

Apa yang saya nak beritahu kepada pembaca terutama pembaca dari Hulu Selangor ialah sedangkan orang yang rapat dengan Anwar pun dah mula meragui perjuangan Anwar inikan pula para penyokong yang tak pernah berjumpa ngan Anwar.  Fikir-fikirkan laahh..

Janganlah asyik nak menuding jari mereka di beli, mereka dibeli apabila mereka melompat parti atau beralih  sokongan..renungkan balik, kenapa ?, mengapa ?, dan siapa? ini dilakukan oleh mereka.

Ini kerana mereka sudah sedar yang mana intan yang mana kaca...

Fikir-fikirkan lahh...

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

rafie.azimi@utusan.com.my

HULU SELANGOR 19 April - "Saya rela mati daripada membiarkan Anwar Ibrahim menghancurkan negara."

Demikian ikrar yang dilafazkan oleh bekas rakan karib ketua pembangkang berkenaan, Datuk S. Nallakaruppan selepas membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh diterimanya semalam.

Menurutnya, beliau menerima ugutan memintanya berhenti bercakap tentang ketua pembangkang itu setelah selesai memberi ceramah politik di Ulu Bernam semalam.

"Sebaik sahaja memberi ceramah kira-kira pukul 5.30 petang, saya minum di sebuah restoran bersama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin.

"Ketika itu saya menerima pesanan melalui peti simpanan suara yang memberi amaran agar berhenti bercakap tentang Anwar atau saya akan ditembak.

"Rakaman suara kira-kira seminit itu datangnya daripada lelaki yang bercakap dalam bahasa Tamil. Dia turut mendakwa telah menerima wang daripada seseorang untuk membunuh saya jika terus bercakap tentang Anwar," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini hari ini.

Ini bukan kali pertama beliau menerima ugutan sedemikian.

Sebelum ini, Nallakaruppan pernah diugut melalui 10 khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memintanya keluar dari Permatang Pauh pada pilihan raya kecil Parlimen itu dua tahun lalu.

Nallakaruppan yang berang dengan ugutan berkenaan berkata, beliau mungkin diugut kerana mendakwa Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali sebagai dayus setelah Azmin mengatakan beliau gila kerana membuat kenyataan Anwar mahu memerdekakan Sarawak jika memenangi pilihan raya umum nanti.

"Apabila saya cakap demikian, terus datang satu ugutan. Saya hendak beritahu Anwar dan Azmin agar bersikap lebih gentleman.

"Kalau mahu cakap apa-apa terus datang berdepan dengan saya dan jangan guna permainan ini. Lagipun, dia sudah heret saya ke mahkamah sebelum ini, tunggu sahajalah.

"Saya tidak takut. Kalau mati pun, matilah. Saya tidak rela Anwar hancurkan negara ini dan beritahu Anwar, saya cuma akan berhenti apabila dia juga berhenti berceramah," katanya.

Sementara itu, Nallakaruppan menganggap tindakan bekas doktor peribadi Anwar, Datuk Dr. Halili Rahmat keluar parti disebabkan beliau telah kenal siapa Anwar sebenarnya.

"Sepatutnya, Halili sudah lakukan itu lama dahulu. Saya sendiri rasa telah membazir masa selama 30 tahun berkawan dengannya (Anwar)," katanya.

Tuesday, April 20, 2010

PKR PERAK PULA BERGOLAKKK....

Bukalah mata kita sekelian. Setiap kali ada orang PR masuk BN dikatan dibeli oleh BN.  Mana mungkin BN dapat membeli semua orang yang melompat parti.  Berfikirlah secara rasional. Sudah berapa ramai yang keluar PKR dan menyokong perjuangan BN di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Insyallah, dengan berkat usaha dan doa kita. BN akan kembali merampas Selangor, Perak dan Kedah.

 
Dua pemimpin Wanita PKR Perak keluar parti, sertai UMNO


20/04/2010 2:10pm

HULU SELANGOR 20 April – Moral Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus tercalar apabila dua pemimpin Wanita Perak mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Mereka ialah Ketua Penerangan Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd. Basir.

Kedua-dua mereka menjelaskan tindakan itu didorong oleh rasa tidak puas dengan kepincangan pentadbiran parti selain tidak dapat menerima kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menentukan hala tuju parti secara bersendirian.

Turut keluar parti ialah suami Roshanita, Saghazali Abdul Kadir. – Utusan

Sunday, April 18, 2010

Gelombang Keluar PKR Lagi.....

Lagi gelombang keluar PKR. Apa sudah jadi?  Kepada rakyat sekalin, fikirlah.  Semua ini berlaku ada sebabnya.  Semua ini berlaku bukan hanya sekadar mainan.  Ingatlah, pilihlah pemimpin yang berjuang untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Ayuh kita sama-sama tolak PKR di Hulu Selangor.  BN akan memastikan Malaysia Negara tercinta ini akan terus aman dan makmur.


Ketua, Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Shah Alam keluar parti

18/04/2010 4:57pm

SHAH ALAM 18 April - Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta.

Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd. Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.

Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kami sertai sejak 1999, katanya.

"Kami yakin pemilihan beliau bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau,'' katanya. - Bernama

TAHNIAH G.PALANIVEL

Y. Bhg. Datuk G. Palanivel,

Timbalan Presiden MIC,

Y. Bhg. Datuk,

Sekalung dan sejuta jutaan terima kasih kepada Y. Bhg. Datuk kerana datang hadir ke Majlis Penamaan Calon di Hulu Selangor sebentar tadi. Dengar hadirnya Y. Bhg. Datuk, secara totalnya menyangkal dakwaan bahawa Y. Bhg Datuk memboikot calon BN. Secara totalnya juga, PKR dan Kuncu-kuncunya tak dapat mainkan isu ini.

Y. Bhg. Datuk,

Saya yakin, dengan kehadiran Datuk ini akan menguatkan lagi BN. Terutama MIC di Kawasan Hulu Selangor. Seperti kata TPM, jasa Y. Bhg. Datuk tidak akan dilupakan dimana Y. Bhg. Datuk adalah Wakil Parlimen selama 4 penggal di sana. Saya yakin, Datuk dapat membantu menyatukan MIC di Hulu Selangor.


Y. Bhg. Datuk,

Janji Y. Bhg. Datuk untuk membantu kempen untuk memenangkan calon BN dari MIC membuktikan Datuk adalah berjiwa pejuang. Walau bukan menjadi calon, semangat juang Datuk tetap mengalir di dalam diri.

Semangat seperti inilah yang perlu ada pada semua pejuang di dalam BN. Saya pasti kalau semangat ini ada dikalangan kita semua, pasti, saya ulangi pasti tembok dan dinding penangkis kita cukup kuat menanti serangan dari luar.

Kerana semangat Datuk ini, Rakyat akan tetap menyanjung Datuk sebagai Pejuang.

Sekali lagi, TAHNIAH DATUK G. PALANIVAL. DAN TERIMA KASIH

SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA

Kalau pemimpin PKR sendiri hilang keyakinan, apa tunggu lagi...Rakyat Hulu Selangor, lihat lah betapa ramainya Ahli Parlimen dan Adun PKR telah hilang kepercayaan kepada Pemimpin mereka.  Adakah anda masih tidak nampak akan kepincangan ini? 

Berfikirlah dengan baik..jgn letakkan kekuatan anda sebagai pengundi mendorong untuk silap lagi memilih...bacalah apa yang direncanakan oleh Saudara Azman Anuar dari Utusan ini.  Ingat, Pakatan Rakyat hanya memain emosi anda semua, mereka lebih suka menjadikan sesuatu isu itu sebagai persepsi dan terus dialun-alunkan berulang kali agar nampak ianya seperti benar...

Ingat, Persepsi Manusia mati di makan Jerung, hakikatnya berapa banyak Jerung yang mati dimakan manusia.

Persepsi pengundi BN lemah, hakikatnya PKR ramai pemimpin atasan yang keluar parti...

Renung-renungkan lahh...

Sila baca rencana Saudara Azman Anuar...


Oleh AZMAN ANUAR

rencana@utusan.com.my

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) hari demi hari semakin tertekan. Parti itu setakuk demi setakuk ditolak oleh kepimpinan mereka sendiri. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah bosan dengan perjuangan PKR. Kini mereka sudah sedar bahawa PKR hanya satu siasah politik untuk agenda Anwar Ibrahim.

Bagaimana dengan pendirian para penyokong dan pengundi PKR sekarang? Terserahlah jika anda masih yakin dengan perjuangan dan janji-janji Anwar dan pemimpin PKR yang lain.

Tetapi berdasarkan tindakan ADUN Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu yang keluar daripada PKR Khamis lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas patut memberi tanda soal di fikiran orang ramai.

Apa sebenar yang berlaku dalam PKR?

Tetapi kalau menurut kenyataan Timbalan Presiden PKR Senator Dr. Syed Husin Ali pada 4 Mac lalu ketika gelombang pertama dalam tempoh tiga minggu wakil rakyat PKR keluarga parti, beliau yakin partinya tidak akan lingkup sebagaimana diramalkan. Tetapi Syed Husin menyifatkan PKR akan mempunyai kulit yang "lebih bersih dan badan yang lebih sihat".

Cukup hebat bunyi kenyataan itu. Tetapi yang tidak sedap didengar ialah tuduhan atau fitnah yang dibuat oleh PKR yang sengaja meletakkan kesalahan dan kelemahan mereka kepada Perdana Menteri, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Trend membuat tuduhan melulu supaya rakyat mempercayai kata-kata mereka dan inilah senjata utama pakatan pembangkang melalui pentas ceramah. Menanam persepsi dan membuat tuduhan tidak berasaskan bukti sebenar.

Senang sangat mereka melempar tuduhan kononnya kepimpinan UMNO atau BN memainkan peranan dalam menarik keluar wakil-wakil rakyat parti itu.

Dengan mudah Syed Husin berkata mereka ada maklumat bahawa berpuluh juta dana disediakan oleh Perdana Menteri serta kroni korporat untuk membeli ADUN dan Ahli Parlimen terutama daripada PKR.

Tanpa bukti sahih, sama seperti pendedahan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Noor tentang isu enam kotak rahsia mengenai senarai nama mereka yang terlibat rasuah yang Anwar minta beliau dedahkan dahulu, sampai sekarang tinggal misteri. Mungkin sebenarnya palsu.

Apa pun, tindakan wakil-wakil rakyat dan pemimpin akar umbi PKR yang keluar parti menunjukkan isyarat bahawa lebih ramai anggota parti itu semakin tidak mempercayai perjuangan PKR.

PKR sudah hilang keyakinan daripada pemimpin dan penyokong kuatnya sebelum ini.

Seperti kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, PKR sudah sampai ke peringkat yang tidak mungkin diyakini, dipercayai bukan sahaja oleh orang biasa tetapi anggota dan pemimpin mereka sendiri.

Berdasarkan perkembangan semasa, tindakan Wei Shu keluar daripada PKR dilihat sebagai kritikal ketika pakatan pembangkang berhadapan dengan cabaran mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Tidak payah berselindung lagi, hakikatnya momentum PKR yang memimpin pakatan pembangkang sedang mengalami banyak luka dan penyakit dalaman.

Sejak sedekad lalu satu persatu pemimpin besar PKR meninggalkan perjuangan yang kosong dan tidak jelas. PKR tidak mempunyai matlamat yang khusus. Kalau ada pun agenda yang tidak konsisten dengan kehendak rakyat.

Hakikat ini sudah jelas, tetapi sesetengah mereka dari PKR sahaja yang tidak mahu menerima kenyataan yang sebenarnya.

Pemimpin mereka keluar dengan sebab-sebab tersendiri yang bersangkut paut dengan cara PKR ditadbirkan dan kesemuanya kecewa kerana parti tidak menghiraukan isu-isu yang mereka bawa untuk dibincangkan demi kepentingan rakyat.

Kini anak kera di hutan disusui, anak sendiri mati kebuluran. Ramai pemimpin PKR kecewa, pada hal pada 1998 dahulu, mereka yang mula bergerak di jalan raya dan berkorban masa serta wang untuk menentukan ada satu pergerakan ke arah perubahan.

Sekarang mereka sendiri insaf dan sedar, perubahan yang cuba dibawa oleh PKR tidak ke mana. Tiada perubahan yang rakyat boleh nampak dengan nyata sejak PKR diberi tempat dalam politik negeri dan negara.

Jadi, fikir dan tanya diri sendiri, patutkah PKR diberi keyakinan untuk mentadbir rakyat dan negara ini?

Saturday, April 17, 2010

TAHNIAH G.PALANIVEL

Y. Bhg. Datuk G. Palanivel,
Timbalan Presiden MIC,

Y. Bhg. Datuk,

Sekalung dan sejuta jutaan terima kasih kepada Y. Bhg. Datuk kerana datang hadir ke Majlis Penamaan Calon di Hulu Selangor  sebentar tadi.  Dengar hadirnya Y. Bhg. Datuk, secara totalnya menyangkal dakwaan bahawa Y. Bhg Datuk memboikot calon BN.  Secara totalnya juga, PKR dan Kuncu-kuncunya tak dapat mainkan isu ini.

Y. Bhg. Datuk,

Saya yakin, dengan kehadiran Datuk ini akan menguatkan lagi BN.  Terutama MIC di Kawasan Hulu Selangor.  Seperti kata TPM, jasa Y. Bhg. Datuk tidak akan dilupakan dimana Y. Bhg. Datuk adalah Wakil Parlimen selama 4 penggal di sana.  Saya yakin, Datuk dapat membantu menyatukan MIC di Hulu Selangor.

Y. Bhg. Datuk,

Janji Y. Bhg. Datuk untuk membantu kempen untuk memenangkan calon BN dari MIC membuktikan Datuk adalah berjiwa pejuang.  Walau bukan menjadi calon, semangat juang Datuk tetap mengalir di dalam diri.

Semangat seperti inilah yang perlu ada pada semua pejuang di dalam BN.  Saya pasti kalau semangat ini ada dikalangan kita semua, pasti, saya ulangi pasti tembok dan dinding penangkis kita cukup kuat menanti serangan dari luar.

Kerana semangat Datuk ini, Rakyat akan tetap menyanjung Datuk sebagai Pejuang.

Sekali lagi, TAHNIAH DATUK G. PALANIVAL.   DAN TERIMA KASIH