ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Wednesday, April 13, 2011

HADIAH KHAS RM 2000....

Tiga Tahun Mentadbir Hanya “Harapan Palsu Untuk Rakyat”


SHAH ALAM, 8 Mac- Slogan pakatan pembangkang ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’, sepatutnya ditukar kepada “Harapan Palsu Kepada Rakyat” kerana sehingga ke hari ini, janji-janji mereka hanya pembohongan semata-mata, ujar Setiausaha UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau juga secara sinis mengucapkan ‘takziah’ kepada pentadbiran kerajaan PKR Selangor yang masih gagal menunaikan janji-janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 walaupun sudah genap tiga tahun memerintah.
“Janji yang ditaburkan parti-parti pembangkang semasa pilihan raya umum lalu hanya omong kosong dan banyak mengelirukan rakyat negeri ini.

“Terlalu banyak kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang diterajui PKR walaupun usia pentadbiran mereka baru tiga tahun,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Pakatan pembangkang berjanji akan menyediakan bekalan air percuma, menyediakan hadiah RM 1000 untuk pelajar-pelajar cemerlang dan hadiah khas RM 2000 untuk pelajar-pelajar yang berjaya memasuki universiti, bantuan kewangan kepada ibu mengandung untuk mengurus perbelanjaan hospital, bantuan RM 75 sebulan kepada anak-anak di Tadika, RM 50 sebulan untuk anak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak, bantuan kebajikan RM 100 kepada keluarga miskin dan pelbagai macam lagi janji manis.

Beliau seterusnya percaya rakyat di negeri ini tidak akan lupa segala janji tersebut dan tidak akan terpedaya dengan gula-gula baru pakatan pembangkang.

“Janji tersebut hanya tinggal janji. Kalau hendak disenaraikan banyak lagi yang tidak ditunaikan termasuklah memberi elaun khas antara RM150 hingga RM250 sebulan untuk para suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka. Meskipun berjaya melaksanakan janji pemberian air secara percuma tetapi masih ramai rakyat di negeri ini yang tidak dapat menikmatinya.

“Kita melihat kerajaan negeri hanya bertindak sekadar melepaskan batuk di tangga dalam memastikan janji tersebut dapat dinikmati rakyat secara keseluruhannya,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Zin mencabar pentadbiran kerajaan negeri menunaikan semua janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu sebelum menabur janji-janji baru sebagaimana terkandung dalam program Buku Jingga.

“Kalau tidak boleh tunaikan janji, maka selepas ini mereka tidak perlu lagi menabur pelbagai janji dan memberikan harapan palsu kepada rakyat. Sepatutnya mereka merasa malu kerana gagal melunaskan segala janji yang ditaburkan,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment