ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Thursday, April 21, 2011

PASAI APA PULAK KALUT-LALUT NIH...

Presiden, pemimpin Pas tak perlu kalut jika dicabar

21/04/2011 12:31pm

RANTAU PANJANG 21 April - Pemimpin Pas tidak perlu berasa risau atau bertindak terburu-buru apabila diuar-uar akan dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, mereka sebaliknya harus menilai sendiri sama ada mereka berjuang untuk parti atau kepentingan diri.

"Pemimpin tertinggi Pas termasuk presiden sendiri tidak perlu kalut apabila menghadapi keadaan sama ada dicalonkan atau mempertahankan diri dalam sesuatu jawatan,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku itu kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemimpin Pas yang matang juga tahu bahawa mereka yang benar-benar berwibawa tidak perlu menonjolkan diri agar dicalonkan, sebaliknya menunggu pencalonan daripada akar umbi. - Bernama

No comments:

Post a Comment