ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, April 16, 2011

KALAU DAH GIAN, DALAM KEBUN SAWIT PUN JADI

Syabas..kerana berjaya mematahkan kumpulan ini.  Namun demikian, pastinya masih ada lagi kumpulan sedemikian yang masih terus bebas.  Ayuh kita bersama membantu pihak berkuasa menangani hal ini dengan memberikan maklumat.


‘Syurga' dadah diserbu

KAJANG - ‘Syurga’ sekumpulan penagih dan pengedar dadah di sebuah kebun kelapa sawit, berhampiran jirat Cina di Sunway Semenyih, di sini bagi melepas gian terbongkar apabila diserbu Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah ini, semalam.

Biapun berdepan tindakan agresif tiga lelaki dipercayai pengedar dadah yang mengacu parang panjang, kecekapan anggota polis berjaya mematahkan tindakan tersebut dan mengawal situasi tegang itu.

Malah, polis berjaya menahan ketiga-tiga lelaki terbabit selain 50 penagih lingkungan usia 30-an hingga 50-an.

Turut dirampas dalam operasi tersebut, 320 paket dadah dipercayai heroin.

No comments:

Post a Comment