ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Friday, April 15, 2011

ANWAR MENGELAK LAGI.....

Anwar jawab kenyataan Raja Petra minggu depan

15/04/2011 3:18pm

KUCHING 15 April – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan hanya memberi penjelasan mengenai kenyataan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai kepimpinannya selepas pilihan raya negeri Sarawak esok.

Beliau berkata, tindakannya untuk tidak menjawab dakwaan bekas teman rapatnya itu bukannya untuk mengelak, tetapi perkara itu boleh dibincang pada Ahad ini selepas pilihan raya negeri Sarawak.
"Ini adalah untuk tidak membenarkan sesiapa mengalihkan pandangan, tetapi sekarang ini menumpukan perhatian kepada pilihan raya, biar rakyat Sarawak membuat pilihan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Anwar diminta mengulas kenyataan Raja Petra yang Anwar sudah hilang kredibiliti dan gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif dalam temu bual ekslusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 semalam. - Bernama

No comments:

Post a Comment